PANIK INI BAGUS ATAU TIDAK UTK RAKYAT?

 Orang politik patut dipersalahkan


Adakah patut kita contohi Singapura tangani CVD19

PANIK INI BAGUS ATAU TIDAK UTK RAKYAT?


Di Group Whatsapp bergaduh ( gaduh adik beradik ) antara pekerja swasta dan kerajaan. Pekerja Swasta tak mahu PKP kerana bimbang akn diberhentikan kerja dan pastinya pekerja kerajaan yg terjamin masa depan mahu bercuti panjang lagi. Saya mahu huraikan isu ini utk kita sama2 memikirkannya.


Pelbagai negara mencuba pelbagai kaedah tersendiri dlm menangani Covid 19. Masing2 cuba mengatasi dgn mengimbangi kesan ekonomi pada negara masing2. 


Di Russia F1 dibenarkan kehadiran penonton dgn penjarakan sosial. Begitulah juga final Squash World Tours Final di Cairo yg membenarkan kehadiran penonton dgn SOP ditetapkan. Ini semua dilakukan utk mengimbangi ekonomi kesan Covid 19 dan dlm maksud lain ekonomi mesti bergerak dgn SOP yg ketat.


Tahukah ketika negara kita membuka PKP pada Jun lalu di mana anak2 sudah mula bersekolah...masih berlaku sebanyak 277 kes sehari iaitu pada 4 Jun, keesokkan harinya menyusut hingga 27 kes sahaja dan selepas itu angka terus tersebut menyusut hingga ke satu angka.


Tahukah kalian dlm masa sama Singapura dari Phase 1 menuju ke era new normal walaupun kes sehari masih dlm 300 sehari. Sehingga kini Malaysia yg baru mempunyai keseluruhan kes 11,771 berbanding Singapura sudah pun mencecah ke angka 57,794 kes iaitu hampir 6 kali ganda dari negara kita. Recovered 57, 534... 


Singapura juga pernah menjadi negara Asia paling ramai dihidapi Covid pada awal Covid dikesan. Jika berdasarkan keluasan Singapura sepatutnya ia menimbulkan suasana panik tetapi mereka masih meneruskan kegiatan ekonomi mereka sepertimana dilakukan Korea.


Malah pada 1 Sep khabarnya kerajaan Singapura telah membenarkan pelancong dari Australia dan Vietnam memasuki negara tersebut.


Line Celcom problerm seharian. Jadi yg berfungsi dgn baik adalah Whatsapp. Lalu saya ambil masa kesempatan menghubungi dua x staff yg kini bertugas di Singapura. Saya bertanya kpd mereka mengenai situasi di Singapura.


Mereka adalah antara pekerja asing yg disediakan penginapan oleh kerajaan Singapura. Bila saya ajukan soalan bagaimana kerajaan Singapura mengharungi Covid 19 ni.... apa jawab mereka?..u all jgn terkejut...


"Ekonomi Singapura dah ok bang . Saya tgk kerajaan Singapura tangani isu Covid ini mcm gigit semut je. Semua org keluar macam biasa. Cuma kerajaan Singapura wajibkan memakai mask dan patuhi SOP.


Seorang lagi PM secara peribadi, " Dkt Malaysia kaki viral suka benda macam ni bang. Suka tokok tambah atau bikin panas. Virus ini hidup dkt mana2. Kadang kita pun tak sangka ada pada diri kita kerana tiada simptom.


"Menurut kawan2 di Singapura kajian dibuat jumlah yg ramai kena adalah org muda. Kerajaan melihat ia mudah diubati kerana antibodi org muda. Memandangkan kurangnya obesiti di Singapura kes kematian agak kurang bang.


Saya bertanya pula cousin saya yg menetap di Machester, UK. Katanya ekonomi tetap berjalan seperti biasa tetapi mask wajib dipakai. Jelasnya    " Yg ramai mati tu abg man cz di UK ini ramai org2 tua. Yg remaja jika kena biasa sembuh kecuali yg ada penyakit obesiti. Kami tetap mcm biasa cuma mcm biasa kena ikut SOP."


Berbalik apa yg terjadi di Malaysia saya memilih cara pendekatan Singapura terbaik. Mereka mewajibkan pekerja asing termasuk dari Malaysia utk membuat saringan Covid. Bagi kerajaan Singapura ekonomi mesti dirancakkan semula.


Kerajaan Singapura tidak memfokuskan kpd Covid 19 sebagai topik utama tetapi kerajaannya kini sdg rancak bagaimana merancakkan ekonomi negara tersebut seperti langkah membuka kehadiran pelancongan. 


Menggalakkan rakyatnya berbelanja. Malah khabar mana2 rakyat China boleh hadir ke negara tersebut atas urusan penting seperti perniagaan. Bukan sahaja dari China malah atas urusan perniagaan rakyat Jepun, Korea, Malaysia dan Brunei juga dibenarkan.


Apa yg terjadi sekarang bukan salah KKM tetapi saya yakin Tan Sri Norhisyam tertekan dgn org politik dlm melaksanakan tugasnya. Org politik yg dianggap 'VIP dari neraka ' ini memang punca kpd peningkatan Covid. Namun dari pengalaman rasanya kita tidak perlu panik dgn suasana skg.


Langkah PKPD wajar. 2 minggu lalu saya sudah sarankan agar dilaksanakan penutupan Sabah Timur ke Sabah barat. Hari ini kes di Sabah berlaku 95% di empat bandar utama iaitu LD, Semporna, Tawau dan Kunak. Tapi kerana tiada detail kawasan yg mempunyai ramai Covid 19... bagi mereka jumlah yg disebut oleh KKM adalah di KK hingga satu Sabah panik. 


Ia tidak bagus utk ekonomi negeri Sabah yg terkenal sebagai destinasi pelancongan yg teruk terjejas kerana hilang pelancong sebelum ini. Tanpa pelancong domestik atau dari Malaya ekonomi bandaraya KK hingga ke Kundansang boleh lumpuh.


Sabah dan Kedah sepatutnya ditutup rentas daerah dan negeri utk tempoh 2 minggu. Bezanya di Sabah ia negeri yg sgt besar. Berbanding dgn Kedah Sabah 4 kali ganda luasnya. Jadi sekatan rentas daerah itu sudah memadai. 


Jika kita mahu detail mereka yg menghidapi Covid -19 dgn mewajibkan saringan kpd pekerja asing, saya yakin jumlahnya jauh lebih ramai dari Singapura. Tapi apa yg berlaku kaki viral telah melemahkan ekonomi setempat atau negeri dan negara.


Contoh jika guru yg meninggal di Semporna angkara Covid 19... kena jelaskan secara detail... adakah ia mempunyai latar belakang penyakit yg lain dan sebagainya. Adalah tidak adil hanya di sebuah satu Sabah sekolah ditutup.


Seperti di Semenanjung, hari ini Kedah jumlah paling tinggi dlm negara. Takkan kerana Kedah Zon Merah di Terengganu sektor ekonominya juga mahu ditutup? Yg penting Kerajaan kena bertindak cepat menutup rentas negeri utk rakyat Kedah. Bukan sahaja cepat memberi info Covid tetapi cepat mengelakkan suasana panik.


Masih ingatkan kita kes Adam mengamuk. Masa tu tiada Internet atau HP. Berlaku di Chow Kit...habis saudara mara di KL hubungi keluarga di kampung suruh beli barang dapur utk sebulan. Kononnya Melayu bergaduh dgn Cina. Kelam kabut org Melayu beli barang di kedai runcit dan pasar. Panik bahaya utk ekonomi negara.


Kita tidak mahu sebebas Amerika yg rakyat tidak mahu mengikuti SOP. Malah memburukkan keadaan Presidennya memandang ringan Covid 19 . Yg kita mahu kerajaan bertindak segera 'mengurung' kawasan mereka yg terkena Covid 19 dan rakyat patuhi SOP.


Kita amat malang mempunyai Menteri Kesihatan yg tak berguna. Yg tak berani berhujah dgn rakyat. 


Saya mengharapkan Menteri akan berkata seperti ini..." Jgn panik. Kita ada pengalaman menjadi antara negara terbaik menangani wabak Covid 19. Jgn viralkan berita palsu atau viralkan utk membuat rakyat panik seperti jgn pergi ke hotel atau Mall tersebut. 


"Jika kita mahu mengikuti jaringan pesakit Covid... semua tempat akn ditutup. Kerajaan akn laksanakan nyah virus dari semasa ke semasa.


"Teruskan kehidupan seperti biasa. Yg penting wajib patuhi SOP. Pemakaian mask kini adalah wajib sepertimana kita memakai helmet ketika menunggang motorsikal sebagai new normal. Setiap rakyat Malaysia mesti menyimpan mask di dlm beg tangan atau poket masing2.


" Mana2 kawasan yg didapati Zon Merah kita akn laksanakan PKP di kawasan tersebut dan dlm masa sama fokus memberikan perubatan terbaik utk mereka. Virus ini hidup di mana2 so jgn panik. 


"Kpd mereka yg mempunyai penyakit seperti kencing manis... mereka boleh mendapat surat pelepasan dari majikan jika di kawasan daerah tersebut berada di Zon Merah. Yg penting kita wajib memakai mask dan follow SOP.."


Jika mahu dipersalahkan kenapa suasana panik ini berlaku, kita mesti menuding jari kpd org2 politik. Sebagai rakyat kita jaga SOP, jaga kesihatan dan berdoa...