Pembangkang kritik bila menteri PH umum eksport sawit naik.Sekatan AS jejas lebih 32,000 pekebun sawit, kata persatuan(PESANAN BUAT AT TAKIRI-JANGAN LENA ATAU PERGI BINCANG)



Sekatan AS jejas lebih 32,000 pekebun sawit, kata persatuan

Persatuan yang mewakili pekebun kecil berkata dakwaan Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) AS bahawa FGV terlibat dalam amalan buruh paksaan adalah tidak berasas kerana kebanyakan pekerja mengurus sendiri ladang mereka.

KUALA LUMPUR: Penanam kelapa sawit membidas sekatan Amerika Syarikat terhadap pengimportan produk FGV Holdings Bhd, dengan berkata tindakan itu akan menjejaskan lebih daripada 32,000 pekebun sawit.

Persatuan Kebangsaan Pekebun-pekebun Kecil Malaysia menyifatkan larangan tersebut sebagai “tindakan melulu” dan berkata, ia akan memburukkan lagi reputasi komoditi itu sewaktu ia berhadapan dengan kempen anti kelapa sawit di Eropah.

Kumpulan itu berkata dakwaan Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) AS bahawa FGV terlibat dalam amalan buruh paksa adalah tidak berasas kerana kebanyakan pekerja mengurus sendiri kebun mereka.

Perintah Kastam AS adalah hasil daripada siasatan sepanjang setahun yang didakwa mendedahkan amalan buruh paksa, penipuan, sekatan pergerakan, pengasingan, ugutan dan keganasan fizikal serta seksual, menurut kenyataannya.

Larangan import adalah satu lagi bencana kepada industri kelapa sawit yang sedang bergelut dengan pengurangan permintaan minyak masak berikutan penularan Covid-19 menyebabkan restoran bertutup.

Malaysia, yang merupakan pengeluar minyak sawit ke-2 terbesar di dunia, bergelut dengan masalah kekurangan pekerja susulan sekatan perjalanan dan kini perlu bergantung kepada banduan untuk membantu industri tersebut.

FGV, salah satu pengeluar minyak masak terbesar di dunia, berunding dengan pihak berkuasa AS sejak Ogos tahun lepas dan telah mengambil langkah untuk mematuhi standard buruh, katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Pengeluar utama yang lain, Sime Darby Plantation Bhd, berkata, ia juga bimbang akan dikenakan tindakan sama oleh AS kerana sebuah NGO memfailkan petisyen berhubung amalan buruh kanak-kanak dan paksa di ladangnya.



No comments: