*KPT FLIP FLOP BATALKAN DI SAAT TERAKHIR PENDAFTARAN DI KAMPUS*
Ramai yang mengeluh kecewa dan hampa apabila pengumuman Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang membatalkan pendaftaran di kampus di saat-saat terakhir sehinggakan #MenteriKPTsilaletakjawatan dan #siswajagasiswa menjadi trend di Twitter.
Namun, jika diteliti perkongsian oleh mahasiswa mahupun ibu bapa, rata-rata telah buat persediaan dan membelanjakan sejumlah wang yang besar ertinya buat keluarga.
Kita tidak nafikan keperluan untuk mengekang penularan wabak Covid19, tetapi biarlah kaedahnya lebih profesional dan teratur.
Ini bukanlah kali pertama kegagalan KPT menguruskan mahasiswa, selepas menukar keputusan penutupan dan pembukaan kampus beberapa kali sebelum ini.
Yang menyedihkan, mahasiswa langsung tidak dibenarkan masuk ke kawasan kampus dalam keadaan ada yang datang jauh dari kampung halamana.
Kini, mereka terpaksa mencari alternatif samada penginapan sementara atau mencari tiket untuk pulang kembali ke rumah.
Saya telah berbincang dengan saudara Irfan, Presiden Mahasiswa KEADILAN Malaysia (MKM) mengenai usaha untuk membantu mereka yang memerlukan.
Bagi meringankan beban mereka, kami memohon bantuan saudara-saudari ke akaun AMK seperti berikut:-
Parti Keadilan Rakyat (Angkatan Muda Keadilan)
21243960010033
RHB Bank
MKM telah menyediakan 5 hotline mengikut zon seperti yang tertera dalam infographik.
Segala sumbangan yang diterima akan diserahkan sepenuhnya kepada mahasiswa.
Terima kasih kerana membantu.
#RakyatJagaRakyat
AKMAL NASIR
Ahli Parlimen Johor Bahru
Ketua AMK Malaysia
https://www.facebook.com/akmalnasir.keadilan/posts/3405812832848863