Dato Ismail Sabri
TSMY
KP KKM
Antara tokoh yang
nama mereka di sebut sebut hero dari bulan Mac lalu...
Beberapa tulisan saya
dari bulan Mac menyebut popular yang di dapati oleh tokoh tokoh ini dan
kerajaan PN sifatnya sementara dan di jangka pada bulan Okt nama nama ini akan
merudum populariti terutama kerajaan PN. Tetapi asas yang saya jangka masa itu
adalah sekadar masalah ekonomi.
Tetapi hari ni benar
benar merudum nama nama mereka ini dalam kes berdepan dengan masalah convid.
Kebelangkangan ini isu terhadap perlaksanaan kerajaan PN telah menjadi isu di
kalangan rakyat bermula dari kes menteri Al Takiri....
Datang pula PRK Sabah
dan tiba tiba kes convid melonjak. Ramai juga penyokong cuba mempertahan
masalah ini. Bagi beberapa penulis memberi tahu kes convid yang datang ke Semenanjung hanya 137 sahaja bukanya banyak pun. Klauter di Kedah lebih besar
berbanding kes yang datang dari Sabah...
137 kes itu bagi saya
banyak dah tu....dan kes dari Sabah ini pula merebak di seluruh negara. Kita
juga tahu bahawa untuk ke sabah dan balik dari Sabah ke semenanjung hanya
melalui airport tidak ada jalan lain. Bukan ada jalan raya atau jalan laut.
Maknanya jika lah jawatan kuasa di KKM dan MKN betul serius mudah bagi kerajaan
bertindak kerana jalan keluar masuk hanya airport. Tetapi mereka teperangkap
dengan keputusan politik jadi perlaksanaan itu tidak dapat di buat kerana
kepentingan politik mengatasi keselamatan.
Sekarang apa juga
kenyataan dari Menteri Kanan Dato Ismail Sabri tidak lagi di peduli rakyat.
Rakyat merasakan undang undang ada dua. Satu rakyat yang berparti dan satu lagi
rakyat biasa. Rakyat berparti termasuk menteri undang undang mereka istimewa
dan kebal dari virus 19. Begitu lah komen komen rakyat biasa....
Pada hal bagi saya
bukan saja ahli politik di PN tidak bertangungjawap ahli politik di pembangkang
juga tidak bertangungjawap malah semua ahli politik di Malaysia seolah olahnya
tidak pun sayang kepada rakyat dan negara. Bergaduh tidak
berkesudahan...sehingga PM dalam ciri ceramah di Sabah dengan jelas menyebut
jika PN menang dia akan dengan segera bubar parlimen...
Selama 67 tahun
merdeka kali ini Malaysia berada dalam keadaan paling teruk kerana ahli politik
yang ada adalah terdiri daripada perosak bangsa....perosak negara....perompak
kekayaan negara dan golongan tamak....dan yang sedihnya mereka ini semua dah
tua tua 65 ke atas umur mereka....masih berebut....masih tamak....dan masih
ingat mereka sahaja yang layak jadi pemimpin negara....memang mereka ni semua
tak ada moral dan sifat kenegaraan.....bergaduh bertempur dalam semua keadaan
walau pun dah nak mampus....