KISAH BALIK DARI SABAH

 

AHMAD SAYUTI BASIRON


TIBA KLIA2 around 7 malam, Ahad. Keluar KLIA hampir 6 pagi, Isnin 28/9/2020. Half-day! Pengalaman cukup berharga buat yg melaluinya.

Itu pun kalaulah MKN/KKM atau pasukan 'pengkhianat nasional' itu masih berasa mahu diambil manfaat nya;

1. Slot 'swab-test' selama 1-2 min sahaja. Penumpang dikurung separuh hari, 11-12 jam! Tak masuk akal.

2. Zero info/taklimat sejak dalam flight, masa menunggu. Penumpang tak tahu isu borang dibiarkan, tanpa pen, tanpa tahu pun tujuan, apa nak dibuat di sana.

3. Puluhan anak kecil, warga emas, penumpang sakit mencari ubat berjadual berlonggokan gelimpangan atas lantai. Disaster!

4. Rayuan mahu seteguk air, hanya ehsan Wanita Umno yg mengamuk pada beberapa Menteri mereka. Jam 12 malam dapatlah seorang sebotol, mee goreng sampai 1 pg. Berebutan makanan sebab ramai dah gastrik.

5. Kaunter 10, lengang. Petugas 3 KKM kaunter untuk ratusan atau ribuan penumpang. Alasan, dinyatakan tak sempat bersedia. Arahan SOP 2.0 terlalu suntuk.

6. Penumpang KK bercampur-gaul dan berhimpit rebut barisan 300-500 meter bersama 'zon merah' Timur Sabah. Alasan, security KLIA2 dah tak mampu handle ratusan sebegitu. Itu dah tugas polis tentera sepatutnya. Sejak pagi kami kena tugas dah tak tahan.

7. Lorong sempit, sesak berlaga lutut tanpa penjarakan, tanpa pengudaraan terbuka. Batuk/bersin tanpa henti bersambutan tanpa-henti di zon 'swab-test'. Tetap dibiarnya lagi penumpang bekerumun tanpa kawalan...

Ya Allah, Tuhan Penawar segalanya,

Jauhkan sesekali dari kluster baru, #kluster KLIA2...!

8. Dalam samar subuh itulah kelihatan Menteri yg sepatutnya pembuat polisi dan SOP, sedang angkat kotak mineral tepi jalan, buat saringan mencari penerbangan Tawau yg tercampur-gaul, jadi 'usherer' tunjuk ke meja test, jadi abah tenang kan penumpang yg kena swab-test, etc.

9. Walhal dalam zone-testing semuanya full dress PPE. Kawasan larangan! Bertungkus-lumus Menteri itu tanpa PPE tanpa N95. Mungkin inilah rupanya tarbiyyah 'air suam' menjadikan Menteri kebal dari segala SOP KKM yg ketat itu..?

10. Ramai berkata - KKM sedang dalam krisis yg sungguh besar kah? Sampai Menteri dah kena buat sendiri kerja-kerja Penolong Pegawai di jam 3 pagi sebegitu? Kualiti apakah itu?

Penumpang perhatikan sahaja kisah dinihari itu. Barangkali itulah nilai yg ada pada sebuah pengkhianatan nasional yg dibanggakan itu?

https://www.facebook.com/ahmadsayutibashiron/posts/10158505957474876

Perkongsian penuh di;

https://malaysiadateline.com/pengalaman-terkurung-di.../

 

No comments: