NAJIB : SAMBIL MENYELAM MINUM AIR- UNTUNG TAK KE DALAM LAGI YA..TAPI RAKYAT MALAYSIA SEDANG MENUNGGU WALAU PUN LAMA SAAT SAAT KE SUNGAI BULOH.MAKCIK PEKAN MAIN GOLF KAT MANE ?

 May be an image of 5 people and text that says "3:52 PM 71% Posts About Photos Mentions Najib Razak 29 Ini pun jadi isu? Tak kan saya bersama cucu 24 jam setiap hari selama tempoh hari saya berada di Singapura? Individu dalam gambar ini ialah Encik Sam Goi yang juga terkenal sebagai 'Popiah King" Sing.. See more Zunar Cartoonist Fan Club 45m X Bertemu dengan cucu di Singapore? Sign Up Follow"

INTERPOL NAK SENARAI PUN NAIK PENING. DALAM NEGARA YANG SAPU BILLION BILLION SELAIN MAHATHIR YANG NAJIB DAKWA ..NAJIB PUN SAPU BILLION BILLION JUGA. HANYA PENYAMUN KENAL PENYAMUN

 


Jho Low, Nicky Liow belum dimasukkan dalam senarai Interpol, kata KPN






Polis telah membuat permohonan Notis Merah, bagaimanapun nama Jho Low dan Nicky Liow masih tidak dimasukkan dalam senarai individu dikehendaki.

KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan dalam buruan Low Teak Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low dan Nicky Liow Soon Hee masih belum dimasukkan ke dalam senarai Notis Merah oleh Interpol (Polis Antarabangsa) kata Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani.

Beliau berkata polis telah membuat permohonan Notis Merah itu bagaimanapun nama Jho Low dan Nicky Liow masih tidak dimasukkan dalam senarai individu dikehendaki.

“Saya akan dapatkan pengesahan dari PJSJ (Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Abd Jalil Hassan) kerana permohonan Notis Merah dalam Interpol perlu memenuhi beberapa protokol,” katanya.

Acryl Sani berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan Jho Low dan Nicky Liow dalam sidang media selepas melawat reruai 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini, hari ini.

Pada November lepas Kementerian Dalam Negeri dilaporkan mengakui tidak mempunyai maklumat mengenai keberadaan Jho Low.

Jho Low menjadi buruan ekoran skandal 1Malaysia Development Berhad manakala pengasas Winner Dynasty Group, Nicky Liow berhubung sindiket Macau Scam.

DIA KATA ANWAR TAK TAHU PERINTAH NEGARA. MASA MANA ANWAR PERINTAH. DIA YANG TAHU TAPI BANYAK JUGA DIA BAGI PELINGKUP BILLION BILLION.NAK BAGI KE ANAK KATA MB NUSI SIMPAN DUIT LUAR NEGARA...PANDAI LA SANGAT...

 

Dr M: Anwar tak tahu perintah negara, tapi perlu untuk jatuhkan Najib




Dr Mahathir Mohamad berkata hanya Anwar Ibrahim seorang yang menekan beliau melepaskan jawatan Perdana Menteri lebih awal.

PETALING JAYA: Dr Mahathir Mohamad yakin Anwar Ibrahim tidak tahu memerintah negara dan hanya bekerjasama dengan Presiden PKR itu untuk menumbangkan Najib Razak.

Bekas Perdana Menteri itu menyentuh beberapa isu tersebut dalam buku terbaharunya, “Capturing Hope: The Struggle Continues for a New Malaysia”, yang dilancarkan hari ini.

Mahathir mempunyai sebab-sebab tersendiri yang membuatkan beliau tidak senang dengan Anwar, tetapi merasakan apa yang Najib sudah lakukan pada negara adalah lebih teruk.

Beliau berkata matlamat mereka terhadap Najib seiring, dan kerjasama itu membuahkan hasil.

Mahathir akui beliau ada berjanji akan berundur sebelum PRU seterusnya, tetapi Anwar secara tidak langsung menekan beliau untuk melepaskan jawatan lebih awal.

Beliau berkata hanya Anwar seorang yang menekan-nekan, kerana pemimpin pembangkang lain tidak memaksa malah memberikan masa kepadanya untuk selesaikan beberapa masalah ‘rumit’.

Mahathir seterusnya mengkritik kebolehan Anwar memimpin dan merasakan Presiden PKR itu tidak tahu memerintah negara berdasarkan pengalamannya yang lalu.

Anwar, katanya, mungkin menganggap dirinya berkebolehan tetapi beliau bukanlah faktor berlakunya rampasan kuasa.

Mahathir akui ada cakap-cakap mengenai membentuk kerajaan Melayu-Islam selepas PH menang PRU dan rampasan kuasa, tetapi menepisnya kerana merasakan ia tak akan boleh dilakukan.

Malah, beliau merasakan anggota Jemaah Menterinya, yang turut dianggotai oleh pemimpin Bersatu, bekerjasama dengan baik.

Dalam pada itu, Mahathir turut mendedahkan yang beliau hampir-hampir meninggalkan Istana Negara sebelum angkat sumpah Perdana Menteri tetapi dihalang oleh pemimpin DAP, Gobind Singh Deo.

Beliau merasa tidak puas hati kerana Istana Negara mengambil masa untuk memastikan yang beliau mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen dengan mengesahkan sokongan parti-parti lain.

Mahathir merasakan peristiwa dihalang Gobind itu ‘ironik’ kerana bapanya, Karpal Singh, ditahan bawah ISA semasa pemerintahannya yang lalu.


ANNUAR MUSA MANA ? MAIL SABRI MANA ? LAIN LAIN MENTERI MELAYU ISLE DAN YANG PALING BANGANG WALAUNCAI DIAM BISU PI MANA ?KAMU ADALAH MANUSIA ZALIM PADA BANGSA SENDIRI..


 

KISAH ROSMAH BERBOMOH DIDEDAHKAN OLEH DIPAK JAIKISAN SIRI 1


 

KISAH ROSMAH BERBOMOH DIDEDAHKAN OLEH DIPAK JARKISAN SIRI 2


 

Mangsa buli alami kecederaan dalaman, sedang dirawat di hospital


Mangsa buli alami kecederaan dalaman, sedang dirawat di hospital

Pelajar lelaki tingkatan satu Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah (SAS) Kuala Kangsar yang menjadi mangsa buli rakan setingkatan, sedang dirawat di sebuah hospital di Selangor.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, mangsa kini dalam pemantauan doktor namun keadaannya dilaporkan stabil.

“Berdasarkan pemeriksaan doktor, pelajar itu mengalami kecederaan yang diklasifikasikan sebagai ‘soft tissue injury’ atau kecederaan tisu lembut dalam badan.

“Keadaannya okey dan stabil namun dia masih dirawat di hospital untuk pemantauan doktor,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut beliau, bapa mangsa juga telah membuat satu laporan polis di Selangor berhubung kejadian menimpa anak lelakinya.

“Kita telah pun mengambil keterangan mangsa bagi membantu siasatan kes berkenaan,” katanya.

Terdahulu Mior Faridalatrash memberitahu, suspek kes buli membabitkan enam pelajar lelaki tingkatan satu yang ditahan semalam telah dilepaskan dengan jaminan polis hari ini.

Katanya, tiga pelajar lelaki berusia 13 tahun dan seorang pelajar berusia 15 tahun pula ditahan malam ini di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar untuk diambil keterangan.

“Kesemua mereka akan dibebaskan dengan jaminan polis sebaik siasatan selesai dijalankan,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, video berdurasi 10 saat tular dalam media sosial yang memaparkan seorang pelajar dikepung rakan-rakannya di dalam bilik asrama dengan mangsa ditumbuk di bahagian perut.

Video tersebut mendapat perhatian warganet dengan rata-rata mengecam tindakan pelajar-pelajar berkenaan yang membuli mangsa.

LINK KE BERITA PAGI. RUANG TERHAD .

 

LINK KE BERITA PAGI



26 ISU SEHINGGA KINI


'Kita pilih calon setia kali ini' - Anwar



Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui kegagalan parti memilih calon yang baik dalam pilihan raya lalu sehingga mereka melompat setelah menang.


Namun katanya, kali ini hal itu tidak akan berlaku kerana calon dipilih adalah dalam kalangan pemimpin yang setia.


"Saudara Joshua Jabeng itu orang kuat kita.


"Pasukan ini menentukan sama ada kita menang atau kalah. Kita tahu alasan. Kamu tahu lompat katak. Dia guna kamu kerja. Lepas itu mereka menang jadi menteri tak jaga.


"Sebab itu kita ambil keputusan kita letak Joshua sebab dia telah teruji," katanya dalam kempen di DUN Kakus, hari ini.


Anwar turut memuji Johsua sebagai calon yang suka membantu orang susah, dan pengundi kalangan kaum Iban perlu mengangkat wakil seperti itu ke DUN untuk mengenengahkan masalah mereka .


"Masyarakat Iban kena pilih orang bukan wakil syarikat (balak, ladang). waklil GPS pertahan syarikat balak.


"Apa pula PSB, tauke balak juga. Wakil kita, balak apa yang Joshua ada? Jadi kita kena bawa mesej yang jelas. Saya mahu sebut satu perkara. Mahu menang kena kerja, setia," katanya.


Beliau menyifatkan Pilihan Raya Negeri Sarawa merupakan pertempuran yang hebat dan pekerja parti mesti berusaha sekeras mungkin untuk memenangkan Joshua.


"Ini saya anggap pertempuran utama. Saya datang sini kerana calon kita Joshua. Ini calon telah teruji. Jjika dia menang gegar DUN. Ketua Menteri akan panik," katanya lagi.



(function() { var d = document, w = window; w

GAMBAR HARI INI