SUSAH APA DAPIG KALAU TAK NDAK ANWAR - PKR TETAP TERIMA ANWAR KITA JALAN TERUS SAJA....LAWAN TERUS SAJA...

 


Jelaskan dakwaan DAP tolak Anwar, jangan serang guna media, Shamsul beritahu Boo




Boo Cheng Hau digesa memberikan penjelasan lanjut kepada Anwar Ibrahim sendiri.

PETALING JAYA: Pemimpin DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau digesa tampil membuat penjelasan mengenai dakwaannya sebahagian pemimpin DAP menolak Anwar Ibrahim mengetuai blok pembangkang, kata Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Ketua Penerangan PKR itu menyifatkan pendedahan Boo yang mendakwa sebahagian pimpinan DAP, terutamanya bekas menteri dan timbalan menteri ketika Pakatan Harapan (PH) menjadi kerajaan dahulu, tidak mahu menerima kepimpinan Anwar mengejutkan.

“Saya menggesa Boo untuk tampil dan mengambil tanggungjawab mengemukakan penjelasan lanjut kepada Pengerusi PH (Anwar) sendiri dan tidak melemparkan tuduhan dan melakukan serangan menggunakan media,” katanya kepada FMT.

Semalam, portal The Vibes melaporkan Boo mendakwa beberapa pemimpin DAP menggesa Anwar berundur sebagai ketua blok pembangkang.

Bekas ketua DAP Johor itu berkata, mereka adalah individu yang mesra dengan bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad dan berharap dapat kembali berkuasa suatu hari nanti.

Boo berkata, beliau tidak bersetuju dengan beberapa rakan partinya yang menjadikan Anwar sebagai kambing hitam untuk prestasi buruk PH dalam pilihan raya negeri Melaka bulan lepas.

Tanpa menamakan pemimpin DAP itu, katanya, kumpulan yang mahu Anwar berundur ialah bekas menteri dan timbalan menteri ketika PH mentadbir negara sebelum ini.

Dalam pada itu, Shamsul berkata, Deklarasi Port Dickson selepas pemukiman PH awal tahun ini mencapai konsensus untuk Anwar mengetuai kempen pilihan raya umum ke-15 dan akan diangkat sebagai calon Perdana Menteri.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil menyifatkan kenyataan Boo itu sekadar pandangan peribadi yang tidak mewakili pendirian DAP.

Katanya, beliau tidak mempunyai maklumat lanjut untuk mengulas dakwaan itu yang melibatkan isu dalaman PH.

No comments: