INTERPOL NAK SENARAI PUN NAIK PENING. DALAM NEGARA YANG SAPU BILLION BILLION SELAIN MAHATHIR YANG NAJIB DAKWA ..NAJIB PUN SAPU BILLION BILLION JUGA. HANYA PENYAMUN KENAL PENYAMUN

 


Jho Low, Nicky Liow belum dimasukkan dalam senarai Interpol, kata KPN






Polis telah membuat permohonan Notis Merah, bagaimanapun nama Jho Low dan Nicky Liow masih tidak dimasukkan dalam senarai individu dikehendaki.

KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan dalam buruan Low Teak Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low dan Nicky Liow Soon Hee masih belum dimasukkan ke dalam senarai Notis Merah oleh Interpol (Polis Antarabangsa) kata Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani.

Beliau berkata polis telah membuat permohonan Notis Merah itu bagaimanapun nama Jho Low dan Nicky Liow masih tidak dimasukkan dalam senarai individu dikehendaki.

“Saya akan dapatkan pengesahan dari PJSJ (Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Abd Jalil Hassan) kerana permohonan Notis Merah dalam Interpol perlu memenuhi beberapa protokol,” katanya.

Acryl Sani berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan Jho Low dan Nicky Liow dalam sidang media selepas melawat reruai 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini, hari ini.

Pada November lepas Kementerian Dalam Negeri dilaporkan mengakui tidak mempunyai maklumat mengenai keberadaan Jho Low.

Jho Low menjadi buruan ekoran skandal 1Malaysia Development Berhad manakala pengasas Winner Dynasty Group, Nicky Liow berhubung sindiket Macau Scam.

No comments: