Ezam cabar Dr M di Langkawi- Ezam tahu banyak rahsia Mahathir

 

Ezam cabar Dr M di Langkawi





Ezam Mohd Nor dijangka menentang bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad di Parlimen Langkawi pada PRU15.

PETALING JAYA: Ezam Mohd Nor, bekas setiausaha politik Presiden PKR Anwar Ibrahim dijangka menentang Dr Mahathir Mohamad di kerusi Parlimen Langkawi pada PRU15.

Beliau akan bertanding sebagai calon bebas atau calon bagi mana-mana parti yang sudi memberikan laluan kepadanya, menurut Pertubuhan Perubahan Rakyat Malaysia (Gerak).

Setiausaha Agung Gerak, Syed Putra Syed Isa, berkata keputusan itu hasil desakan pelbagai pihak terhadap kumpulan berkenaan untuk meletakkan calon menentang Mahathir di Langkawi.

“Mahathir masih lagi merupakan ancaman utama kepada proses reformasi dalam negara ini dan menjadi tanggungjawab Gerak Malaysia meletakkan saingan yang serius pada kali ini atau dalam PRU15,” katanya dalam kenyataan.

Mahathir yang mewakili Pakatan Harapan (PH) dipilih sebagai Ahli Parlimen Langkawi dalam PRU14 pada 2018. Beliau mengalahkan calon Umno Nawawi Ahmad dan PAS Zubir Ahmad dengan majoriti 8,893 undi.

Beliau kini pengerusi Pejuang selepas meninggalkan Bersatu pada 2020.

Ezam yang juga pengerusi Gerak bersetuju dengan keputusan kumpulan itu meletakkannya bertanding menentang bekas perdana menteri tersebut.

Keputusan untuk bertanding di Langkawi itu turut disahkan sendiri oleh beliau kepada FMT.

Syed Putra berkata, semua jentera pilihan raya Gerak terutama di Kedah sudah diarahkan membuat persiapan segera.

Katanya, Ezam dijangka membuat pengumuman mengenai keputusan itu ketika pelancaran sukarelawan Gerak, esok.

Ezam sebelum ini merupakan ketua Pemuda PKR dari 1999 hingga 2005. Beliau kemudian meninggalkan parti itu pada 2008 dan menyertai Umno.

Beliau pernah berkata akan berdepan Naib Presiden PKR Amirudin Shari di DUN Sungai Tua jika menteri besar Selangor itu dicalonkan bagi mempertahankan kerusi tersebut.

Ezam turut mendesak Amirudin dan lapan lagi ADUN PKR Selangor untuk tidak bertanding pada PRU disebabkan hubungan mereka dengan bekas timbalan presiden PKR, Azmin Ali.

LAPORAN POLIS KE ATAS AKHBAR HARAKAH PEMBAWA FITNAH

 

Angkatan Muda Harapan telah membuat satu laporan Polis di IPD Shah Alam Selangor terhadap portal Harakah Daily berkenaan satu laporan berita bertajuk "Pakatan Harapan: Rejim Yang Bakal Hancurkan Melayu-Islam" yg telah disiarkan pada 12hb Oktober 2022.

Laporan polis telah dibuat oleh Sdr Abbas Azmi Naib Ketua Pemuda AMANAH Nasional, Sdr Raja Ahmad Iskandar SU Publisiti DAPSY Kuala Lumpur, Izuan Kasim KETUA AMK Selangor dan Shafiq MUDA Bangi anjuran Biro Mobilisasi Rakyat PemuPemda AMANAH Nasional.

Kenyataan Media

Kebiadapan Artikel di HarakahDail: Pakatan Harapan Rejim Yang Akan Menghancurkan MELAYU5 Islam?

Pemuda Parti AMANAH Negara bersama rakan komponen Pakatan Harapan menzahirkan rasa kesal diatas terbitan artikel yang disiarkan oleh portal HarakahDaily diatas tajuk Pakatan Harapan Rejim Yang Akan Menghancurkan Melayu - Islam.

Artikel ini ditulis oleh seorang manusia yang bernama Zurk Ahmad yang ditulis pada 12 Oktober 2022.

Tulisan Fitnah ini dilihat sebagai strategi pihak tertentu sempena menjelangnya pilihanraya Umum ke 15. Ketakutan melampau penulis dan Mungkin PAS sehingga memaksa mereka menerbitkan tulisan fitnah sebegini.

Pakatan Harapan sangat menjunjung perlembagaan yang mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi dan hak orang Melayu dan bangsa dan agama lain yang ada di Malaysia.

Justeru satu laporan polis telah dibuat bagi menghentikan tulisan Fitnah sebegini dan memohon satu tindakan undang undang kepada penulis dan penerbit artikel ini.

Sesungguhnya Dosa Fitnah ini Jebih besar dari dosa membunuh dan Islam tidak mengajar akhlak sebegini.

 

0:00 / 10:56
341
27 shares


AKHIRNYA MALAIKAT BERTAKBIR DI KUBUR PULAK KA ?




 MMMS

Ah jadi malaikat bertakbir di kubur pula ke? Macam mana dengan fatwa yang MN mengetarkan hati syaitan, adakah syaitan tengah bergembira bila muafakat nasional terkubur? Yang pasti pedihnya akan di rasa lebai berbulan-bulan bila elaun menteri hilang selepas parlimen terbubar





HUDUH PERANGAI- CARI LA MODAL LAIN.






Maksudnya, orang kaki liwat, tetap akan meliwat dalam penjara jika ada peluang. Orang yg difitnah meliwat, tidak akan berbuat demikian walaupun diberi peluang.

Tetapi...

Bukan lagi bayangan, tapi satu kenyataan bahawa kita pernah ada seorang PM dan bini dia yg merompak. Kita bimbang dalam penjara nanti, dia akan mencuri seluar dalam banduan2 yg lain, maklumlah dah biasa mencuri dan merompak.

WFAUZDIN NS

 

PEMAKAN RASUAH SERAM DENGAN PH

 

BOB KELANANG


Pemakan rasuah memang takut ke PH, buktinya Wak Ponorogo beri amaran kepada geng pemakan rasuah, jangan bagi PH menang, menang kalu, ramai masuk penjara...

Pemimpin olamak su' Pas pun takut 90 jote terbongkar...

KOH KOH KOH... jilaker!!

 



PAS TOLAK UMNO KERANA ADA PEMIMPINNYA ‘GELENYAR’ TAK SEDAR DIRI – HADI AWANG


 Presiden Pas, Abdul Hadi Awang menganggap kerjasama yang dijalin PAS dengan Umno-BN ibarat “durian mentah” yang boleh menyebabkan seseorang mengalami perut kembung jika dimakan.

Menjelaskan alasan mengapa PAS memilih Perikatan Nasional (PN) berbanding menjalin kerjasama dengan BN, Abdul Hadi berkata partinya tidak dapat menerima Umno yang “keruh”.

“Kita (PAS) tak bersama dengan BN kerana ada keruh…. keruhnya masih ada penerima rasuah. Lepas tu rakus pula nak perintah lagi. (

“(Padahal) kita baru tolong bantu jatuhkan PH (Pakatan Harapan),” katanya ketika meyampaikan kuliah mingguan di Marang, Terengganu hari ini.

Abdul Hadi berkata demikian sebagai penjelasan kepada pendirian PAS memilih untuk mengukuhkan PN – yang ditunjangi parti itu dan Bersatu – berbanding Muafakat Nasional (MN) bersama Umno.

Semalam Abdul Hadi juga menerangkan PAS akan berunding mengenai pembahagian kerusi dalam kalangan komponen PN – bermakna pertembungan mereka dengan Umno-BN tidak dielakkan.

PAS sebelum ini berkali-kali menegaskan mahu mempertahankan ‘agenda perpaduan ummah’ dengan mendamaikan BN dan PN yang bertelagah.

Mengulas lanjut berhubung keputusan PAS semalam, Abdul Hadi hari ini berkata walaupun tindakan itu merupakan jalan sukar tetapi ia adalah yang terbaik buat mereka.

Katanya buat masa ini PAS mahu menjernihkan gabungan mereka bersama PN yang sepakat untuk menolak “pemberi serta penerima rasuah”.

Ahli parlimen Marang itu juga mengakui untuk mencapai kemenangan mudah, Umno-BN adalah pilihan yang lebih baik buat PAS kerana gabungan tersebut memang memiliki ramai penyokong.

“Tapi kita tak (boleh) gopoh. Macam buah durian – jangan dikait cepat sangat, kalau tak masak nanti kembung perut.

“Biar masak betul-betul dulu. Saya tahu ada orang PAS yang tak tahan dah, dah terliur nak makan durian.

“Durian mentah lagi… kena sabar dulu biar masak molek dulu,” katanya dalam kuliah yang turut disiarkan secara langsung di Facebook.

Dalam kuliahnya itu, Abdul Hadi turut membangkitkan isu royalti minyak di negeri pimpinan PAS serta dakwaan isu air melibatkan Kelantan, selain mendakwa BN gagal melaksanakan tanggungjawab sepatutnya dalam Islam meskipun pernah mentadbir negara lebih lima dekad.

Mengenai isu Kelantan, Abdul Hadi meminta rakyat negeri itu bersabar dan mereka sudah melakukannya selama ini walaupun “didera” selama puluhan tahun olen BN.

“Di dalam Umno ni masih ada yang gelenyar (gatal) lagi yang tak sedar. Ni masalahnya (bila ada) kekeruhan.

“Bukan kita nak bermusuh (dengan Umno-BN), tak bermusuh… tapi kerana ada ‘keruh’ ni kita tangguh dulu.

“Jadi kita ambil pendekatan jernihkan keadaan. Banyak orang pujuk saya (dari pangkat) setinggi-tinggi dan serendah-rendah mari (datang) pujuk saya (minta) gabunglah dengan BN,” katanya.

Sumber – https://m.malaysiakini.com/news/639548



(function() { var d = document, w = window; w

UNTUNG MEMANG SEDIKIT, TETAPI....

  " Kalau kita buat macam biasa, dah lama dah masakan panas, dengan keadaan barang sekarang mahal, takde untung. Kalau satu ratus kita ...