JANGAN BOIKOT - JOM UNDI-ANIMASI TERKINI DARI KARTUNIS ZUNAR


 

Kartunis Zunar hari ini telah mengeluarkan satu animasi kartun terbaru beliau dengan tema  “Jom Undi Jangan Boikot” . Mesej utama beliau ialah agar rakyat dapat keluar mengundi demi membentuk sebuah Negara yang bebas dari perasuah dan kleptokrat.

Mesej ini jelas melalui animasi kartun yang menjelaskan bahawa , sekiranya kita sebagai rakyat tidak keluar mengundi dan sekiranya kita mengundi parti yang salah sebagaimana sekarang ini dimana kita menghadapi berbagai masaalah seperti kenaikan harga barang, nilai ringgit jatuh , 70 menteri yang tidak berfungsi, harga ayam dan telur ayam pun tidak tahu jaga, inflasi meningkat, pengangguran sebanyak 600k dan gaji dibawah paras kelulusan, harga minyak yang tidak dikawal, malah berbagai masaalah yang gagal diselesaikan oleh kerajaan yang menggelar mereka sebagai kerajaan Melayu Isle…tetapi gagal segagalnya.…INGAT UNDI ANDA ADALAH MUSTAHAK. JIKA ANDA SALAH MEMANGKAH, PERASUAH BEBAS.

Malahan parti agama yang ada bersama juga gagal untuk berfungsi sebagaimana mereka menghentam PH dulu. Berapa ramai ahli parti agama yang tewas dalam saman fitnah kerana mereka tidak bercakap benar kecuali menipu dan memperbodohkan ahli masing masing.

Oleh yang demikian adalah penting sama ada pengundi lama dan pegundi baru dan muda keluar mengundi dan kita ubah kerana selama ini hanya fitnah dan pengkhianatan serta kegagalan Mahathir yang dianggap sebagai bapa segala pengkhianat yang  gagal memenuhi hasrat menyerahkan jawatan PM sebagaimana perjanjian.

Untuk kesekelian kalinya kita harus mengundi PH dan PM baru iaitu DSAI yang akan mengepalai kabinet kerajaan baru dan membentuk semula Malaysia sebagai Negara bermaruah dan menentang rasuah hingga ke akar umbi.

KELUARLAH MENGUNDI DEMI MASA DEPAN NEGARA YANG LEBIH CEMERLANG  .JADIKAN NEGARA KITA LEBIH BERMARUAH DAN BEBAS DARI PERASUAH  DAN PEMIMPIN KLEPTOKRAT.

WRLR

No comments: