LAPORAN POLIS KE ATAS AKHBAR HARAKAH PEMBAWA FITNAH

 

Angkatan Muda Harapan telah membuat satu laporan Polis di IPD Shah Alam Selangor terhadap portal Harakah Daily berkenaan satu laporan berita bertajuk "Pakatan Harapan: Rejim Yang Bakal Hancurkan Melayu-Islam" yg telah disiarkan pada 12hb Oktober 2022.

Laporan polis telah dibuat oleh Sdr Abbas Azmi Naib Ketua Pemuda AMANAH Nasional, Sdr Raja Ahmad Iskandar SU Publisiti DAPSY Kuala Lumpur, Izuan Kasim KETUA AMK Selangor dan Shafiq MUDA Bangi anjuran Biro Mobilisasi Rakyat PemuPemda AMANAH Nasional.

Kenyataan Media

Kebiadapan Artikel di HarakahDail: Pakatan Harapan Rejim Yang Akan Menghancurkan MELAYU5 Islam?

Pemuda Parti AMANAH Negara bersama rakan komponen Pakatan Harapan menzahirkan rasa kesal diatas terbitan artikel yang disiarkan oleh portal HarakahDaily diatas tajuk Pakatan Harapan Rejim Yang Akan Menghancurkan Melayu - Islam.

Artikel ini ditulis oleh seorang manusia yang bernama Zurk Ahmad yang ditulis pada 12 Oktober 2022.

Tulisan Fitnah ini dilihat sebagai strategi pihak tertentu sempena menjelangnya pilihanraya Umum ke 15. Ketakutan melampau penulis dan Mungkin PAS sehingga memaksa mereka menerbitkan tulisan fitnah sebegini.

Pakatan Harapan sangat menjunjung perlembagaan yang mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi dan hak orang Melayu dan bangsa dan agama lain yang ada di Malaysia.

Justeru satu laporan polis telah dibuat bagi menghentikan tulisan Fitnah sebegini dan memohon satu tindakan undang undang kepada penulis dan penerbit artikel ini.

Sesungguhnya Dosa Fitnah ini Jebih besar dari dosa membunuh dan Islam tidak mengajar akhlak sebegini.

 

0:00 / 10:56
341
27 shares


No comments: