SAMAN PEMULA






SAMAN PEMULA

1. Kita dapat berita semalam. MP Klang buat saman pemula terhadap PM. Mencabar nasihat PM kepada YDPA untuk bubar Parlimen.

2. Beliau kata sebagai MP Klang, kawasan yang paling terjejas teruk ketika banjir tahun lepas, beliau nak tahu rasional diadakan PRU masa musim tengkujuh. Kalau bahasa latin cakap, dia ada “locus standi”. Maknanya, dia ada hak nak bersuara. Kena korumnya.

3. Ada orang tanya saya, apa itu Saman Pemula? Dalam omputih kita panggil “Originating Summon”.

4. Pagi ni kita tuisyen sikit. Saman di mahkamah ni ada dua jenis, satu “Saman Pemula”, satu lagi “Writ Saman”.

5. Kalau saman itu melibatkan isu undang2, macam nak persoal kuasa Perdana Menteri, dokumen yang lawyer guna ialah “Saman Pemula”.

6. Kalau saman itu melibatkan isu gaduh2 kerana fakta yang ada, macam ada retis nak saman orang yang dedahkan muka anak dia, tu kena pakai “Writ Saman”.

7. Makanya, sebab kes ni nak cabar nasihat PM kepada Agong, yang isunya di bawah Perlembagaan, jadinya dokumen yang terpakai ialah Saman Pemula.

Simple je kan? Ok next.

8. Alasan yang digunakan untuk cabar nasihat PM:

I. Hanya 17% Ahli Parlimen (MP) daripada 222 MP yang ada bersetuju PRU dibuat.

II. PM tak ikut saranan Jemaah Menteri. Sebab geng PPBM dan PAS tak setuju untuk PRU.

9. Dia guna Perkara 40 (1) Perlembagaan. Katanya Agong kena dengar nasihat Jemaah Menteri bukan hanya Perdana Menteri seorang. Itu yang disyaratkan dalam peruntukan tersebut.

10. Ia juga menyatakan, dia bukan persoal kuasa YDPA untuk bubar Parlimen. Kena ingat YDPA punya budi bicara mutlak untuk bubar atau menolak pembubaran Parlimen. Cuma yang dipersoal prosedur nasihat kepada Agong nak membubar itu.

11. Kes ni akan didengar oleh Hakim pada 20 Oktober ini.

12. Dari segi undang2, kes ini menarik untuk kita tahu keputusannya. Sebab selama ni secara tradisinya, hanya PM sendiri tentukan bila nak bubar dan PRU.

13. Dari segi politik, saya katakan tindakan ini akan menjerat. Tambah nanti kalau Pulau Pinang atau Negeri Sembilan u-turn nak buat PRN sekali.

14. Pada saya, ini juga akan membantutkan momentum PRU. Kerana hakikatnya sebilangan Rakyat dah mula terima dan masuk gear 2-3 dah ni. Ada yang dah mula cakap tak sabar nak mengundi.

Salam hormat,

Liyana Marzuki


No comments: