TUAN TUAN..TENGOK LAH PERANGAI PIMPINAN PAS INI. MASA DIA SUKA DAN MASA DIA MAHU - DIA SANGGUP SONDOL UMPAMA BABI SONDOL TANAH CARI CACING. PADA HAL UMNO TAK CARI DIA PUN. DIA TERHEGEH HEGEH MN MN..UMNO TAK MAHU KE DIA ..DIA MAHU KE UMNO...TAPI BILA TAK JADI DAN DIA TAK MAHU DIA HINA TU LAH PERANGAI ...LEBAI...


 

PAS henti kerjasama sebab pemimpin BN masih rasuah, kata Hadi

PAS memilih untuk memutuskan kerjasama dengan BN dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ekoran pemimpinnya terlibat dengan perbuatan rasuah, lapor The Malaysian Insight.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata meskipun laluan kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) lebih sukar namun pihaknya memilih untuk menjernihkan kekeruhan yang berlaku antara mereka.

“Kerana ada keruh ini kita tangguh dahulu jadi kita ambil pendekatan jernihkan keadaan dulu dengan gabungan PN. Tolak yang beri dan terima rasuah (BN).

“Walaupun ini (PN) lebih payah,” katanya ketika menyampaikan kuliah dhuha di Marang, Terengganu hari ini.

Terdahulu, Abdul Hadi mengumumkan mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat bersetuju parti itu terus kekal bersama PN bagi menghadapi PRU15 tidak lama lagi.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan keputusan PAS itu sebagai suntikan semangat kepada rakan-rakan PN selain menghargai semangat setiakawan yang ditunjukkan PAS.

 

No comments: