1. Keputusan PAS Pusat untuk terus bersama dengan Perikatan
Nasional bagi menghadapi PRU-15 sudah dijangkakan.
2. Hakikatnya, UMNO tidak pernah menutup pintu kepada sebarang
usaha murni ke arah penyatuan ummah yang berteraskan nilai keikhlasan dan
kejujuran.
3. Dengan keputusan ini, UMNO bersama Barisan Nasional akan
terus bergerak solo dengan mengekalkan imej parti yang sentiasa berpaksikan
kesederhanaan dan mampu menawarkan kestabilan serta kemakmuran kepada rakyat
yang berbilang kaum dan agama dalam Negara ini.
AHMAD ZAHID BIN HAMIDI
13 OKTOBER 2022
Pautan berita: https://umno-online.my/.../keputusan-pas-sudah-dijangka.../