JOM PROMOSI RAYA- KERAJAAN MELAYU ISLE...


 

Umat Islam di Malaysia sambut Aidiladha pada 10 Julai

 


Astro Awani
Umat Islam di Malaysia sambut Aidiladha pada 10 Julai
Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada Ahad, 10 Julai susulan tarikh 1 Zulhijjah 1443 jatuh pada Jumaat ini.
KUALA LUMPUR: Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada Ahad, 10 Julai susulan tarikh 1 Zulhijjah 1443 jatuh pada Jumaat ini.
Perkara itu diumumkan Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja, Mohd Aseral Jusman sebentar tadi, selepas aktiviti cerapan dilaksanakan di 29 lokasi di seluruh negara, petang tadi.
"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka dengan ini saya bagi pihak Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijah 1443 Hijrah ialah pada Jumaat, 1 Julai 2022.
"Oleh yang demikian, Hari Raya Korban (10 Zulhijah) bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Ahad, 10 Julai 2022," katanya menerusi pengumuman yang disiarkan malam ini.

KRITIK HARGA BARANG SATU KESALAHAN?


“PERANAN NAZLAN DI MAYBANK TIADA KAITAN DENGAN KES RASUAH SRC NAJIB”


 Peranan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali sebelum ini di Maybank adalah tidak relevan dengan kes rasuah RM42 juta SRC International ke atas Najib Razak, kata pihak pendakwaan.

Dalam afidavit yang difailkan di Mahkamah Persekutuan petang ini untuk membantah permohonan bekas perdana menteri yang mahu mengemukakan bukti tambahan baru, timbalan pendakwa raya (TPP) Mohd Ashrof Adrin Kamarul berhujah bahawa bukti yang didakwa itu lebih berkaitan dengan perbicaraan rasuah membabitkan RM2.28 bilion dana 1MDB yang sedang dijalankan terhadap tertuduh.

Tuduhan pemohon tidak lain hanyalah untuk mengisytiharkan perbicaraan SRC sebagai tidak sah, kata timbalan pendakwa raya itu.

Sehubungan itu, Mohd Ashrof berkata, bahawa isu pengambilalihan 1MDB terhadap Tanjong Energy Holdings, penglibatan Maybank Berhad dan Hakim Nazlan dalam perkara 1MDB ini, tidak relevan dengan fakta berhubung pertuduhan SRC yang dihadapi pemohon.

“Isu-isu ini tidak relevan dengan rayuan SRC tetapi berkaitan dengan kes 1MDB yang tidak dipengerusikan oleh Hakim Nazlan,” katanya.

Baru-baru ini, Najib memfailkan permohonan untuk mengemukakan keterangan lanjut bagi membatalkan sabitan dan hukumannya dalam perbicaraan rasuah SRC.

Pasukan peguam bekas perdana menteri itu berhujah bahawa terdapat konflik kepentingan yang didakwa berlaku apabila hakim perbicaraan di Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan ketika itu menngendalikan perbicaraan kes SRC. Dia kemudiannya telah dinaikkan ke Mahkamah Rayuan.

Mahkamah Persekutuan menetapkan 10 hari pada Ogos untuk mendengar rayuan terakhir SRC Najib untuk membatalkan keputusan bersalahnya atas tujuh pertuduhan salah guna kuasa, pecah amanah jenayah dan pengubahan wang haram serta hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta.



PATUT LAMA DAH BERTINDAK- NAK PILIHANRAYA KOT- KAH..KAH..KAH..BAB JIHAD NI KLAU BAGI PADA PIMPINAN PAS BARU BETOI..TIMBALAN KPDNHEP YANG RAJIN DOK BUAT KENDURI SEPATAH SUARA PUN DIA TAK KELUAR...DOK LAMA LAM GUA

 

Annuar Musa ketuai pasukan jihad perangi inflasi, kos sara hidup naik




Pasukan itu berperanan mengumpulkan aklumat daripada kementerian,
 agensi dan orang ramai bagi merangka strategi serta mengkoordinasi
 tindakan menyelesaikan isu berkaitan inflasi khususnya mengawal
 kenaikan harga barang.

PETALING JAYA: Kerajaan menubuhkan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi bagi membantu Keluarga Malaysia menghadapi cabaran peningkatan kos sara hidup.

Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob berkata, pasukan itu akan dipengerusikan Menteri Komunikasi dan Multimedia Annuar Musa.

“Pasukan khas ini berperanan untuk mengumpulkan semua maklumat daripada kementerian, agensi dan orang ramai bagi merangka strategi serta mengkoordinasi tindakan menyelesaikan isu berkaitan inflasi khususnya mengawal kenaikan harga barang dengan lebih efisien dan berkesan.

“Pasukan khas ini akan berfungsi sebagaimana pasukan yang mengurus pandemik Covid-19, dengan mengadakan mesyuarat sebanyak dua kali seminggu, iaitu pada Isnin dan Khamis,” katanya dalam kenyataan.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Ads by Kiosked

Selain Annuar, pasukan itu akan dianggotai Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz, Menteri Pertanian dan Industri Makanan Ronald Kiandee, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Alexander Nanta Linggi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Mustapa Mohamed dan Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali.

Katanya, pegawai khusus di setiap kementerian akan dilantik sebagai pegawai rujukan untuk memberi maklum balas segera kepada pasukan khas yang diurusetiakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Jelasnya, penubuhan pasukan itu juga dibuat ekoran cabaran peningkatan kos sara hidup akibat daripada perubahan iklim dan ketidaktentuan geopolitik termasuk konflik antara Rusia-Ukraine yang dijangka berlarutan sehingga memberi kesan kepada pasaran komoditi makanan serta bahan api.

“Kerajaan sentiasa berusaha untuk memastikan Keluarga Malaysia tidak terkesan dengan serius akibat daripada kenaikan inflasi di seluruh dunia,” katanya.

KAH..KAH...KAH.DALAM DIAM DIA BUAT HALTAKKAN TAJUDDIN NAK FITINAH HANG KOT......APA SUMBANGAN DIA NI SELAMA JADI MP ....

 


Tok Pa nafi seleweng dana Umno, masuk Bersatu bukan elak disiasat



(Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Jeli, Mustapa Mohamed menafikan dakwaan penyelewengan peruntukan Badan Perhubungan Umno Kelantan sebelum pilihan raya umum ke-14 (PRU14) lalu seperti yang dinyatakan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau dalam pada itu juga berkata, pengunduran daripada Umno dan penyertaan dalam Bersatu bukanlah untuk mengelak daripada disiasat pihak berkuasa.

“Saya merujuk kepada laporan media mengenai perbicaraan di Mahkamah Tinggi membabitkan Ahli Parlimen Bagan Datuk, Ahmad Zahid Hamidi yang membuat kenyataan saya yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan pada masa itu, menyeleweng peruntukan kepada Badan Perhubungan Umno Kelantan sebelum PRU14.

“Saya menafikan kenyataan Ahmad Zahid itu, malah penyertaan saya dalam Bersatu bukan untuk mengelak siasatan oleh pihak berkuasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Mustapa berkata, dana itu diuruskan jawatankuasa berkenaan di peringkat Badan Perhubungan dan ia diuruskan mengikut garis panduan oleh parti sendiri termasuklah untuk pilihan raya.

Beliau juga menyifatkan tuduhan tersebut berniat untuk mencemarkan reputasinya sebagai ahli Jemaah Menteri dan Ahli Parlimen, selain berkata penyertaannya dalam Bersatu tidak mendapat gesaan mana-mana pihak, malah beliau bersedia memberi kerjasama jika diperlukan.

“Saya tidak pernah menerima tekanan daripada mana-mana pihak untuk menyertai Bersatu, saya bersedia memberi kerjasama kepada pihak berkuasa sekiranya diperlukan,” katanya.

Mengulas lanjut, Mustapa berkata, selepas PRU14, beliau dipanggil untuk memberi keterangan kepada pihak berkuasa sebanyak dua kali iaitu pada akhir 2018 dan awal tahun 2019.

“Saya dipanggil memberi keterangan mengenai perkara berikut iaitu sebagai bekas ahli Jemaah Menteri, saya diminta memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan minit Mesyuarat Jemaah Menteri mengenai projek Trans Sabah Gas Pipeline.

“Selain itu, sebagai bekas Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, saya memberi keterangan kepada Polis berkaitan dana dimasukkan dalam akaun Badan Perhubungan Umno Kelantan yang didakwa diperoleh daripada sumber 1Malaysia Development Berhad (1MDB),” katanya.

Terdahulu media melaporkan, Zahid mendedahkan di mahkamah terdapat lima ahli Parlimen Umno yang melompat parti dan menyertai Bersatu menyeleweng jutaan ringgit dana parti itu.

Pendedahan itu dibuat semasa prosiding pembelaan kes rasuah Yayasan Akalbudi yang sedang dihadapinya ketika ini.

Zahid mendakwa, beliau bukan sahaja mempunyai pengetahuan sebaliknya ada bukti tentang penyelewengan dana Umno yang telah diamanahkan kepada beberapa pemimpin yang bertanding di kerusi Parlimen mewakili Umno pada PRU14.

KENYATAAN MEDIA - SEBARAN SEGERA📍

 *📍KENYATAAN MEDIA - SEBARAN SEGERA📍*


*TEKANAN UNTUK MENYEKAT SUARA RAKYAT KIAN PARAH, PENGANJURAN SIDANG NADI RAKYAT BERTUKAR LOKASI*


1. Sidang Nadi Rakyat melahirkan rasa dukacita diatas keputusan pihak pengurusan TH Hotel Kelana Jaya yang tidak membenarkan premis mereka digunakan pada saat-saat akhir sedangkan segala urusan pembayaran telah dibuat, persiapan telah memasuki fasa akhir serta hebahan program sudah berjalan.


2. Sidang Nadi Rakyat melihat tindakan ini tidak bertanggungjawab, keterlaluan serta menyekat rakyat untuk bersuara. Tidak wajar penganjuran Sidang Nadi Rakyat yang bertujuan memberikan ruang kepada rakyat untuk menyuarakan pandangan dan permasalahan dihadapi mereka berdepan layanan sebegini.


3. Ini menyerlahkan isyarat gentar kerajaan terhadap momentum kebangkitan rakyat yang kian merebak ke seluruh negara. Sepatutnya usaha sebegini rupa menjadi iltizam dan sokongan semua pihak yang ikhlas mencari jalan keluar bagi mengatasi beban yang sedang dipikul oleh rakyat dan negara ketika ini.


4. Adalah tidak keterlaluan untuk melihat tindakan ini sebagai suatu mimpi ngeri yang bakal mengulangi skrip lapuk untuk mengheret negara kembali ke zaman gelap pentadbiran UMNO-BN sebelum ini.


5. Sidang Nadi Rakyat juga menggesa agar YB Senator Datuk Haji. Idris Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) untuk segera menyatakan pendirian terhadap keputusan yang dibuat oleh pihak pengurusan TH Hotel.


6. Sidang Nadi Rakyat ingin mengajak rakyat Malaysia untuk turut sama bersolidariti dengan memakai baju putih pada sabtu ini. *Sidang Nadi Rakyat akan tetap diteruskan mengikut perancangan, perubahan lokasi akan dimaklum oleh penganjur dalam waktu terdekat.*


*_“RAKYAT NADI PERJUANGAN”_*


*OMAR MOKHTAR A MANAP*

_Jurucakap Sidang Nadi Rakyat_


PULAU BATU PUTIH. BACA TAPI TAK SEMESTINYA 100% BETUL..

 PULAU BATU PUTIH



1. Baru ni keluar kenyataan PM, dia set up satu Task Force. Tujuannya nak check balik kes Pulau Batu Putih yang Malaysia kalah dengan Singapura. Isunya, kenapa semakan kes tak dibuat oleh Kerajaan PH pada tahun 2018? Bagi mereka yang tertinggal keretapi, saya cuba ulas kes ni, supaya tak ramai yang spin untuk kepentingan politik.


2. Kisahnya bermula pada tahun 1979, bila Malaysia keluarkan peta rasmi sempadan laut negara. Singapura tak puas hati dan bantah tindakan tersebut. Katanya Pulau Batu Putih dia yang punya. Mulalah pertelingkahan antara negara. Nego punya nego, ketemu jalan buntu. Makanya, pada tahun 2003 dua2 negara setuju nak rujuk kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).


3. Syarat ICJ senang, bila negara nak rujuk kes, segala keputusan kes oleh ICJ akan jadi “final dan binding” atau “muktamad dan mengikat”. So, tiada istilah “rayuan” untuk kes yang diputuskan oleh ICJ. Kalau nak kes naik ke ICJ, dua-dua pihak kena berlapang dada untuk terima keputusan. 


4. Makanya, kes pun berjalan sehingga tahun 2008. Dalam 5 tahun tu, dua2 pihak bentang segala hujah dan dokumen. Alih2 pada 23 Mac 2008, ICJ putuskan Singapura menang. Sebab keputusan memang dah muktamad, Malaysia diberi 10 tahun dari tarikh keputusan untuk buat semakan. Dengan syarat ada bukti lain yang dikemukakan dan semakan tidak boleh mengungkit dan menyanggah keputusan yang telah dibuat.


5. Keputusan ICJ ni simple nak paham. Dia kata Singapura menang kerana—


(i) Ada surat pada tahun 1953 oleh “Acting State Secretary of Johor” yang kata Kerajaan Negeri Johor tidak menuntut hak ke atas Pulau Batu Putih; dan

(ii) Tindakan Kerajaan Singapura yang menjaga pulau tersebut selama 130 tahun termasuk dengan mendirikan rumah api di situ.


6. Makanya selama 9 tahun, Malaysia rilex je terima keputusan ICJ. Alih2, pada February 2017, masa tempoh semakan nak hampir tamat (patut tamat Mei 2018), kita masukkan permohonan semakan. Sebabnya kita jumpa 3 dokumen baru yang boleh kuatkan kes.

 

7. Singapore bantah permohonan semakan ini. Katanya Malaysia cuai, sebab dokumen2 ini memang tersedia di UK National Archives dan UK Foreign and Commonwealth Office. Kenapa masa kes mula2 dibicara di ICJ pada tahun 2003-2008 ia tidak dikemukakan? 


8. Seperkara lagi Singapura kata, permohonan ini bukan berbentuk semakan tetapi rayuan. Sebab tiada hujah baru yang dikemukakan. Negara kita membantah, katanya dokumen2 ini penting bagi tentukan hak negara. ICJ patut teruskan bicara kes.


9. Namun, sebulan sebelum bicara nak diteruskan, Kerajaan PH di bawah pimpinan Tun M tarik balik semakan. Alasannya, kes tidak kuat untuk diteruskan dan disebabkan kekangan kos. Malaysia kurang duit nak menanggung. Makanya, kes tersebut dikeluarkan dari senarai kes ICJ dan ia tidak boleh lagi disangkal. Singapore menang dan Pulau Batu Putih jadi hak mereka, selamanya. 


10. Fast forward 2021, sekarang kita nak buat Task Force nak semak balik kes ni. Pada saya dah jadi moot (takde faedah) kerana (1) kita dah terlepas keretapi nak menang kes, it is water under the bridge. 2) banyaknya isu salah menyalah BN vs PH and it’s over politicised tanpa bawa manfaat pada Rakyat.


11. Kalau betul pun nak kaji balik, mungkin bolehlah untuk jadi rujukan kes antarabangsa lain yang Malaysia ada overlapping claim. Bukannya nak pointing fingers for political mileage. Benda yang perlu ditanya:


a. Berapa kos keseluruhan kes bicara dan semakan kes ini termasuk bayaran kepada peguam antarabangsa, ini terpakai bawah zaman bawah BN (Najib) dan PH (Tun M);

b. Kenapa 3 dokumen ketika proses semakan tidak dikemukakan pada peringkat awal bicara?

c. Kenapa zaman BN ambil masa 9 tahun untuk buat semakan? 

d. Kenapa zaman PH senang2 tarik balik semakan? Kalau kes tak kuat atas alasan apa?    


12. Satu lagi yang saya tak berapa berkenan, AG yang putuskan semakan kes pada tahun 2017 dulu ialah Tan Sri Apandi Ali. La ni, dia jugak yang jadi Pengerusi Task Force. Bukankah ada conflict of interest di situ? Dia pengerusikan benda yang dia ada kepentingan. Kalau betul2 nak telus untuk Rakyat dan negara, lantik la orang lain yang tiada kena mengena. Barulah orang boleh percaya.


13. Kalau macam ni punya Task Force, we know the answer already. Ni semua tanda PRU nak dekat. Geng UMNO nak tunjuk champion bela negara lawan Singapura. Ni modal berabad lama yang Rakyat dah muak.


14. Kalau betul nak championkan Rakyat, ini bukan isu yang perlu diangkat. Apa kepentingan tanah sekangkang kera. Yang hanya ada rumah api dan batu-buatan. Bolehkah dibuat makan? Lagi afdal dilihat, kes perjanjian air Malaysia-Singapura.


15. Dalam Perjanjian ini Malaysia memberi hak kepada Singapura untuk mengeluarkan 250 juta gelen sehari air mentah dari Sungai Johor pada kadar TIGA SEN bagi setiap 1,000 gelen. Johor kemudiannya membeli semula air terawat daripada republik itu pada kadar LIMA PULUH sen. Ini bukan bayar pakai Singapore Dollar ya, pakai Ringgit Malaysia! Tak ke bahana?


16. Perjanjian ni dari tahun 1962 sampai tahun 2061 tuan puan. Tengoklah betapa teruknya Malaysia mendapat. Maka, masa zaman BN Najib tiada usaha yang jitu dibuat nak naikkan harga bekalan air ke Singapura. Tu sebab Singapore suka dia. Zaman PH bawah Tun kita nampak dia gung-ho nak ajar Singapura. Tahun 2019 dah start berunding kembali. Namun dengan adanya Langkah Sheraton, the rest is history.


17. Pada saya antara kes Pulau Batu Putih dan Kes Perjanjian Air Malaysia-Singapura, the latter yang banyak ada kepentingan Rakyat dan hasil ekonomi negara pun boleh meningkat. Makanya, kalau UMNO nak sangat sembang pasal kes dengan Singapura, lagi afdal ditengokkan kes air ni. Jadi champion kita, betulkan niat. Jangan lagi digunakan divisive politic tak bertempat.


18. Kena juga ingat masa zaman PH takat hutang negara hanya 60% dari KDNK. Sekarang dah naik 65%. Dulu cabutan judi 8 kali setahun, bukan macam zaman BN dan PN sekarang yang sampai 22 kali. PN peroleh hampir 3 kali ganda, untung judi semata-mata. Berpuluh billion juga. Makanya, bersikap adil la. Ada beza cara penjimatan PH dan PN dalam banyak perkara.


19. Lagi pulak nak habis bermillion atas kes yang kita pun tak sure boleh menang. Lagi elok la duit tu diguna untuk dapatkan bayaran lebih tinggi untuk air yang disalurkan ke Singapura. 


20. Pada saya, dari habiskan duit buat Task Force dan melantik segala jenis Penasihat, eloklah dana tu digunakan untuk beli komputer riba pelajar untuk PdPr. Yang dah dekat dua tahun tak kunjung tiba…


Wallahu a’lam.


Salam hormat,

Liyana Marzuki


ORANG UMNO KENA TIPU LAGI- ASYIK KENA TIPUUUUU SAJA...DENGAN NAJIB KENA...DENGAN WAK KENAAA..DENGAN TOK MAT KENAAA..PENDEKPANJANG KERJA KNAAA TIPU SAJA....


 

((PANAS)) ISU 2 "LEMBAGA HITAM", DATO ZAHARIN CABAR, PRU15 MAHUKAH RAKYA...


ISU 2 "LEMBAGA HITAM", DATO ZAHARIN CABAR, PRU15 MAHUKAH RAKYAT MALAYSIA UNDI UMNO? PRU15 UMNO MENANG BESAR?

KENYATAAN DARI DSAI YANG PASTI RAMAI YANG TERKEJUT!


Jun 29, 2022 AKHIRNYA PENDEDAHAN YANG BERLAKU HARI INI AMATLAH MENGEJUTKAN!!! YANG MANA SEBELUM INI MEREKA MENGATAKAN DSAI HANYA BERBOHONG TETAPI INI LA KENYATAANNYA MARI TONTOn!


Mahathir perlu jelas isu Pulau Batu Puteh, itu baru jantan - Najib


Ahli Parlimen Pekan, Najib Razak hari ini mengkritik Dr Mahathir Mohamad dengan menyamakan bekas perdana menteri itu dengan bekas peguam negara Tommy Thomas. Ini susulan Dr Mahathir enggan memberikan kerjasama terhadap kerajaan berhubung siasatan isu tuntutan Pulau Batu Puteh.

KERAJAAN MULA TAKUT DENGAN TIKTOK?


GAK AGAK HANGPA BETOI KA :?"Pertuduhan terhadap saya bermotif politik" - Ahmad Zahid

 

Bernama
"Pertuduhan terhadap saya bermotif politik" - Ahmad Zahid
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini bahawa pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram ke atasnya bermotifkan politik. - Gambar BERNAMA
KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, hari ini bahawa pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram ke atasnya bermotifkan politik.
Ahmad Zahid berkata, ia adalah hakikat sebenar yang berlaku kepadanya dan pemimpin politik lain yang diheret ke mahkamah.
Beliau berkata demikian semasa disoal balas Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Raja Rozela Raja Toran pada prosiding membela diri atas 47 pertuduhan iaitu 12 pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram, membabitkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi (YAB).
Raja Rozela: Sepanjang beberapa tahun kes ini berjalan, tiada keterangan yang dikemukakan oleh pendakwaan yang boleh dikaitkan sebagai bermotifkan politik, selain fakta yang anda seorang ahli politik.
Ahmad Zahid: Dari segi pendakwaan secara atas kertas memang tidak, tapi di belakang, saya mengetahui sangat ia bertujuan untuk bermotifkan politik.
Raja Rozela: Saya tertarik dengan keterangan Datuk Seri (Ahmad Zahid) semalam, Datuk Seri sebut tentang isu penyelewengan wang atau pecah amanah dan Datuk Seri sebutkan nama tiga Ahli Parlimen dalam konteks itu. Bila saya dengar, terlintas dalam fikiran tentang isu politik dan wang yang mana isu politik dan wang ini bagaikan tidak dapat dipisahkan, munasabah saya cakap begitu?
Ahmad Zahid: Setiap ahli politik parti mana pun, seseorang itu sangat memerlukan wang bagi melaksanakan aktiviti politik. Wang bukan segalanya, tetapi segalanya perlukan wang.
Ahli Parlimen Bagan Datuk itu tidak bersetuju dengan Raja Rozela bahawa kes rasuah, penyelewengan dan penipuan semakin berleluasa di negara ini.
Raja Rozela: Maknanya Datuk Seri tak baca artikel baru-baru ini di The World Street Journal bahawa Malaysia berada di kedudukan pertama dalam negara paling 'corrupt' di dunia, sedih dengar. Datuk Seri ada baca?
Ahmad Zahid: Baca tajuk dan sepintas lalu.
Kepada soalan Raja Rozela, sama ada terdapat kebenaran dalam perkara yang dilaporkan dalam The World Street Journal, Ahmad Zahid menjawab: "Tulisan begitu berdasarkan dua elemen iaitu rasuah dan persepsi rasuah yang pada hemat saya persepsi lebih diutamakan daripada indeks sebenar."
Beliau bagaimanapun bersetuju dengan cadangan Raja Rozela bahawa kes rasuah masih membimbangkan.
Ahmad Zahid juga bersetuju dengan Timbalan Pendakwa Raya itu bahawa negara mempunyai prinsip kedaulatan undang-undang iaitu tidak kira sama ada seseorang itu miskin atau kaya, semuanya sama di sisi undang-undang.
"Tetapi bukan untuk tuduhan-tuduhan terpilih," kata Ahmad Zahid.
Raja Rozela: Saya beri contoh, sekiranya seseorang ahli politik dituduh mengambil rasuah, antara alasan yang diberikan pertuduhan adalah konspirasi berbaur politik, tetapi sekiranya yang dituduh berkaitan rasuah adalah seorang tukang kebun sekolah, tak mungkin ia akan menimbulkan alasan yang sama (konspirasi berbaur politik) setuju?
Ahmad Zahid: Kalau tukang kebun itu ketua cawangan atau pemegang jawatan dalam parti politik, perkara yang sama akan berlaku terhadap tukang kebun itu.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung. -