PATUT LAMA DAH BERTINDAK- NAK PILIHANRAYA KOT- KAH..KAH..KAH..BAB JIHAD NI KLAU BAGI PADA PIMPINAN PAS BARU BETOI..TIMBALAN KPDNHEP YANG RAJIN DOK BUAT KENDURI SEPATAH SUARA PUN DIA TAK KELUAR...DOK LAMA LAM GUA

 

Annuar Musa ketuai pasukan jihad perangi inflasi, kos sara hidup naik




Pasukan itu berperanan mengumpulkan aklumat daripada kementerian,
 agensi dan orang ramai bagi merangka strategi serta mengkoordinasi
 tindakan menyelesaikan isu berkaitan inflasi khususnya mengawal
 kenaikan harga barang.

PETALING JAYA: Kerajaan menubuhkan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi bagi membantu Keluarga Malaysia menghadapi cabaran peningkatan kos sara hidup.

Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob berkata, pasukan itu akan dipengerusikan Menteri Komunikasi dan Multimedia Annuar Musa.

“Pasukan khas ini berperanan untuk mengumpulkan semua maklumat daripada kementerian, agensi dan orang ramai bagi merangka strategi serta mengkoordinasi tindakan menyelesaikan isu berkaitan inflasi khususnya mengawal kenaikan harga barang dengan lebih efisien dan berkesan.

“Pasukan khas ini akan berfungsi sebagaimana pasukan yang mengurus pandemik Covid-19, dengan mengadakan mesyuarat sebanyak dua kali seminggu, iaitu pada Isnin dan Khamis,” katanya dalam kenyataan.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Ads by Kiosked

Selain Annuar, pasukan itu akan dianggotai Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz, Menteri Pertanian dan Industri Makanan Ronald Kiandee, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Alexander Nanta Linggi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Mustapa Mohamed dan Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali.

Katanya, pegawai khusus di setiap kementerian akan dilantik sebagai pegawai rujukan untuk memberi maklum balas segera kepada pasukan khas yang diurusetiakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Jelasnya, penubuhan pasukan itu juga dibuat ekoran cabaran peningkatan kos sara hidup akibat daripada perubahan iklim dan ketidaktentuan geopolitik termasuk konflik antara Rusia-Ukraine yang dijangka berlarutan sehingga memberi kesan kepada pasaran komoditi makanan serta bahan api.

“Kerajaan sentiasa berusaha untuk memastikan Keluarga Malaysia tidak terkesan dengan serius akibat daripada kenaikan inflasi di seluruh dunia,” katanya.

No comments: