Filem Mat Kilau yang setakat ini mencatat kutipan RM12.8 juta rupanya belum balik modal...

 Filem Mat Kilau yang setakat ini mencatat kutipan RM12.8 juta rupanya belum balik modal...


Tadi aku terbaca ulasan Mawi yang menjelaskan, sebanyak 25% (RM3.2 juta) daripada jumlah kutipan perlu diserahkan kepada kerajaan sebagai cukai hiburan.


Bakinya (RM9.6 juta) pula perlu dibahagi 2 dengan pawagam iaitu RM4.8 juta. Jadi filem yang menelan belanja RM8 juta ini perlukan lagi RM3.2 juta untuk balik modal.


Berdasarkan perkiraan aku, filem Mat Kilau perlu catat kutipan sebanyak RM22 juta barulah boleh untung iaitu kira-kira RM8.25 juta setelah ditolak cukai hiburan dan bayaran pawagam.


Wow... Patutlah susah sangat nak tengok syarikat filem tempatan keluarkan filem bermutu. Sebab nak keluarkan modal kasar pun, kutipan kena berganda baru boleh untung.


Aku rasalah, kutipan 25% cukai hiburan adalah terlalu tinggi untuk filem tempatan. Kalau kerajaan nak bantu industri filem tempatan, mungkin boleh kurangkan sedikit jumlah peratusan cukai yang perlu dibayar.


Sebab filem kita bukan dipasarkan di luar negara pun. Berapa sangatlah kutipan? Kalau berterusan begini, memanglah syarikat tempatan  akan lebih cenderung keluarkan filem seperti Sembelit 11.


Tentang bayaran pawagam, susah nak komen sebab itu deal antara syarikat filem dan pawagam sendiri. Lagipun tak ada pilihan. Kalau tak setuju, tak dapat slot.


Itu belum kira rasuah yang kena bayar untuk dapat slot masa yang sesuai. Tak pastilah kena rasuah atau tidak tapi kemungkinan itu ada.


Banyak betul cukai yang kerajaan kutip. Sana sini cukai. Tapi hujung hujung, tarik balik subsidi sebab kerajaan tak cukup duit. Entah ke manalah duit cukai semua tu.


Senanglah jadi kerajaan macam ni. Bila rakyat buat duit, dia hentam cukai. Bila rakyat susah, dia pejam mata. Bila duit dah habis dia belanja, dia potong subsidi untuk rakyat 


Akhirnya, rakyat jadi miskin. Pemimpin boleh pakai baju harga ribu riban, rakyat nak beli t-shirt pagoda pun fikir 14 kali. Kalau tahu begini, aku pun nak jadi perdana menteri.


Itulah nasib kita. Negara lain kutip cukai tinggi tapi harga barangan keperluan kekal rendah. Negara kita kutip cukai kemain banyak, harga barangan makin meningkat.


Untuk apa ada kerajaan, aku pun tak tahu. Orang lain ada kerajaan untuk sejahterakan hidup rakyat. Kita ada kerajaan untuk bikin sengsara. Nasiblah... Guane boh?


 

Raja Gelap



No comments: