KAH..KAH...KAH.DALAM DIAM DIA BUAT HALTAKKAN TAJUDDIN NAK FITINAH HANG KOT......APA SUMBANGAN DIA NI SELAMA JADI MP ....

 


Tok Pa nafi seleweng dana Umno, masuk Bersatu bukan elak disiasat



(Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Jeli, Mustapa Mohamed menafikan dakwaan penyelewengan peruntukan Badan Perhubungan Umno Kelantan sebelum pilihan raya umum ke-14 (PRU14) lalu seperti yang dinyatakan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau dalam pada itu juga berkata, pengunduran daripada Umno dan penyertaan dalam Bersatu bukanlah untuk mengelak daripada disiasat pihak berkuasa.

“Saya merujuk kepada laporan media mengenai perbicaraan di Mahkamah Tinggi membabitkan Ahli Parlimen Bagan Datuk, Ahmad Zahid Hamidi yang membuat kenyataan saya yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan pada masa itu, menyeleweng peruntukan kepada Badan Perhubungan Umno Kelantan sebelum PRU14.

“Saya menafikan kenyataan Ahmad Zahid itu, malah penyertaan saya dalam Bersatu bukan untuk mengelak siasatan oleh pihak berkuasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Mustapa berkata, dana itu diuruskan jawatankuasa berkenaan di peringkat Badan Perhubungan dan ia diuruskan mengikut garis panduan oleh parti sendiri termasuklah untuk pilihan raya.

Beliau juga menyifatkan tuduhan tersebut berniat untuk mencemarkan reputasinya sebagai ahli Jemaah Menteri dan Ahli Parlimen, selain berkata penyertaannya dalam Bersatu tidak mendapat gesaan mana-mana pihak, malah beliau bersedia memberi kerjasama jika diperlukan.

“Saya tidak pernah menerima tekanan daripada mana-mana pihak untuk menyertai Bersatu, saya bersedia memberi kerjasama kepada pihak berkuasa sekiranya diperlukan,” katanya.

Mengulas lanjut, Mustapa berkata, selepas PRU14, beliau dipanggil untuk memberi keterangan kepada pihak berkuasa sebanyak dua kali iaitu pada akhir 2018 dan awal tahun 2019.

“Saya dipanggil memberi keterangan mengenai perkara berikut iaitu sebagai bekas ahli Jemaah Menteri, saya diminta memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan minit Mesyuarat Jemaah Menteri mengenai projek Trans Sabah Gas Pipeline.

“Selain itu, sebagai bekas Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, saya memberi keterangan kepada Polis berkaitan dana dimasukkan dalam akaun Badan Perhubungan Umno Kelantan yang didakwa diperoleh daripada sumber 1Malaysia Development Berhad (1MDB),” katanya.

Terdahulu media melaporkan, Zahid mendedahkan di mahkamah terdapat lima ahli Parlimen Umno yang melompat parti dan menyertai Bersatu menyeleweng jutaan ringgit dana parti itu.

Pendedahan itu dibuat semasa prosiding pembelaan kes rasuah Yayasan Akalbudi yang sedang dihadapinya ketika ini.

Zahid mendakwa, beliau bukan sahaja mempunyai pengetahuan sebaliknya ada bukti tentang penyelewengan dana Umno yang telah diamanahkan kepada beberapa pemimpin yang bertanding di kerusi Parlimen mewakili Umno pada PRU14.

No comments: