[LANGSUNG] Perkembangan tanah runtuh di tapak perkhemahan Batang Kali I ...

Batang Kali landslide: Camp register shows 94 names, more possibly invol...

LIVE: Sidang media Anwar Ibrahim pasca Majlis Permuafakatan Kerajaan Per...

SIAPA SANGKA TEMPAT MMENARIK INI KEMUDIANNYA DITIMPA TANAH RUNTUH


 

INSYAALLAH DAPAT- WALAUN BIASA LA-TAK BOLEH MOVE ON..KEH..KEH


 

BYE BYE PN, MAHIADDIN DAN HADI AWANG – MOU JAMIN ANWAR TIDAK TERANCAM SELAMA LIMA TAHUN






Tidak disangkal lagi perjanjian persefahaman yang dimetrai petang tadi melibatkan semua parti yang membentuk kerajaan perpaduan adalah jaminan kukuh untuk Anwar Ibrahim mampu kekal tanpa terancam sehingga PRU16 akan datang.

Selain Anwar yang mewakili Pakatan Harapan (PH), Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi, Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor, Premier Sarawak Abang Johari Openg dan Presiden Warisan Shafie Apdal turut hadir pada majlis menandatangani perjanjian yang diadakan di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya.

Perjanjian persefahaman berkenaan ditandatangani oleh Setiausaha Agung gabungan politik masing-masing iaitu  Saifuddin Nasution Ismail mewakili PH; Zambry Ab Kadir (BN); Alexander Nanta Linggi (GPS); Marsidi Manjun (GRS) dan Loretto S Padua Jr (Warisan).

Intipati terpenting dalam perjanjian tersebut yang memungkin Anwar tidak terancam selama ialah ia mewajibkan semua Ahli Parlimen gabungan politik dalam kerajaan perpaduan untuk menyokong usul undi percaya kepada Anwar sebagai Perdana Menteri dan rang undang-undang perbekalan selama lima tahun.

Ia menuntut setiap parti dan pihak mengundi untuk menyokong Anwar selaku Perdana Menteri dalam usul-usul berkait dengan usul percaya, perbekalan dan/atau apa-apa usul berbentuk prosedur yang mempunyai kesan kepada keabsahan kerajaan persekutuan.

Perjanjian itu juga menetapkan setiap parti dan pihak perlu bertanggungjawab untuk menguruskan secara dalaman parti masing-masing bagi memastikan sokongan Ahli Parlimen untuk mengekalkan kerajaan semasa dalam sebarang undian.

“Setiap parti-parti dan pihak-pihak hendaklah memastikan bahawa setiap ahli parlimen mereka mengundi menurut klausa 4(a) di atas. 

“Kegagalan, keengganan atau kecuaian dari berbuat demikian hendaklah diambil kira sebagai pelanggaran tanggungjawab Ahli Parlimen secara individu kepada parti itu yang dianggap sebagai perletakan jawatan dan/atau pemberhentian daripada menjadi Ahli Parlimen dan bahawa kerusi beliau dikosongkan,” demikian antara petikan kandungan perjanjian itu.

Ia juga menyebut sebuah Majlis Perundingan dan Timbang Tara yang dianggotai oleh wakil-wakil yang diperakukan oleh parti-parti utama iaitu PH, BN, GPS, GRS dan Warisan diwujudkan untuk memastikan segala terma-terma yang dipersetujui dilaksanakan dengan cermat dan teratur.

“Ini  agar kerajaan perpaduan Malaysia ini dapat beroperasi dengan stabil dan berkesan, tanpa menjejaskan dasar, polisi dan orientasi parti-parti yang bersetuju untuk membentuk kerjasama tersebut.

“Sebarang perselisihan dan salah faham hendaklah diselesaikan secara harmoni melalui majlis ini,” kata perjanjian itu lagi.

Perjanjian itu juga menyebut bahawa pembentukan jemaah menteri terdiri daripada dua puluh lapan orang menteri atau apa-apa jumlah yang dianggap praktikal dan berkesan.

“Portfolio jemaah menteri hendaklah diagihkan oleh Perdana Menteri setelah melalui perbincangan dengan ketua-ketua parti yang lain.

“Pembahagian portfolio jemaah menteri dan pengerusi Jawatankuasa-jawatankuasa Pilihan Khas hendaklah berkadar dengan jumlah Ahli Parlimen setiap parti yang membentuk kerajaan,” petik perjanjian itu seterusnya.

Dengan kandungan perjanjian yang begitu teliti itu, Anwar bukan saja dilihat tiada masalah melepasi undi percaya pada 19 Disember ini, malah diberi jaminan untuk kekal mentadbir negara dengan stabil sehingga PRU16 yang dijangka pada 2027 akan datang.

Bahkan, hampir pasti juga sokongan majoriti dua pertiga akan diperolehinya dalam undian usul percaya nanti.

Dalam erti kata lain, makan bolehlah diucapkan bye-bye kepada PN, Bersatu, Pas, Mahiaddin Md Yasin, Hadi Awang dan lain-lain pemimpin yang berhasrat menebuk atap kerajaan perpaduan yang dititahkan Agong ini di pertengahan jalan.

Mereka kini tiada pilihan selain perlu menghadapi perjuangan sebagai blok pembangkang untuk tempoh lima tahun mendatang ini dengan penuh reda, sabar dan jiwa yang tenang.

Sementara itu, Anwar menyifatkan permetraian perjanjian persefahaman ini sebagai detik bersejarah dalam politik negara serta mempunyai hala tuju jelas dalam memastikan kerajaan yang stabil dan mampu menumpukan kepada tadbir urus yang baik dan membangunkan ekonomi.

“Kita capai persefahaman atau muafakat dengan hala tuju jelas membangun negara, menjamin supaya sistem stabil dan tumpu perhatian untuk mengangkat martabat negara kita sebagai negara yang maju.

“Dalam memorandum ini, saya ingin jelaskan yang disepakati bukan soal kedudukan atau habuan tetapi dasar berasaskan tata kelola yang baik dan memacu ekonomi secara segar dan meyakinkan.

“Saya telah diberikan kepercayaan serta terharu dengan bentuk sokongan dan juga komitmen bersama sebagai satu pasukan mantap (di bawah) kerajaan perpaduan,” katanya.

Menurut Anwar, perjanjian itu juga akan membolehkan mereka menghadapi apa jua permasalahan di Parlimen dan di luar dengan satu suara iaitu kerajaan perpaduan Malaysia.

Selain mengutamakan tata kelola yang baik dan ekonomi, Anwar berkata tumpuan mereka juga adalah  kepada Perjanjian Malaysia 1963 serta pembangunan dan dasar di Sabah dan Sarawak.

Ketika ditanya sama ada memorandum itu akan memastikan kerajaan yang stabil dan berkekalan untuk lima tahun akan datang, Anwar berkata, beliau “begitu bersemangat” dengan kepercayaan dan komitmen yang diberikan oleh parti-parti yang terlibat dalam memorandum itu.

Menurutnya, rundingan itu tidak begitu sukar kerana masing-masing boleh bersetuju dengan parameter dan dasar bersama. – ShahbudinHusin 16/12/2022.



Jawapan kepada kecaman dan fitnah dari walaun mengenai Ubat PrEP.Mungkin Pantai Timur bilangan pesakit HIV akibat menggunakan jarum dalam ladang sawit mengakibatkan HIV.Atau rajin menyeberang ke negara jiran.



Seorang doktor menerima pesakit yang cedera akibat dibelasah oleh penduduk kampung, dia mencuri duit tabung masjid. Jadi jika doktor tu merawat, adakah dia dikira menyokong pencuri tabung masjid?


KKM keluarkan ubat PrEP demi mengawal penyakit HIV, yang mana ubat ni boleh digunakan kepada penagih2 dadah yang dalam proses rehabilitasi, suami atau isteri kepada penagih dadah, pasukan perubatan yg terdedah dengan pesakit HIV. Jika ada golongan LGBT yg guna ubat ni, adakah KKM dikira menyokong LGBT?


Untuk makluman, ubat PrEP ini bukan hanya untuk pengamal sonsang sahaja


Tetapi ia digunakan kepada 


1)penagih2 dadah


2)suami atau isteri kepada penagih2 dadah 


3)pasukan perubatan yang terdedah dengan jangkitan hiv seperti doktor, pembantu perubatan jururawat, petugas makmal, yang terpaksa merawat pesakit HIV.


Ubat PrEP ini juga boleh melindungi isteri2 kepada lelaki yang suka melanggani pelacur yang mana ada diantara golongan ini mereka tidak bersalah tetapi dijangkiti hiv akibat kesilapan pasangan mereka.


Kita mengecam perbuatan mereka tetapi bukan bermakna kita perlu benci dan abaikan soal kesihatan mereka dan keluarga.


Berdakwah ini kan ada pelbagai cara, dan tidak boleh berdakwah dengan cara yang sama sahaja bagi setiap individu


Dr Akmal Saleh

Exco kesihatan & anti dadah negeri melaka

Parti politik meterai MoU sokong Kerajaan Perpaduan


TUAN BUQHAIRAH TUAN MUHAMAD ADNAN DAN NAZRIN ZULKAFLI
16 DEC 2022

PM 10 HEBAT NO..KEH..KEH...


 

SIANG MALAM TABUR FITNAH- TAPI AKHIRNYA


 

PM SD- AKHIRNYA TAK BOLEH MOVE ON


 

KISAH LAMA YANG PERLU DIBERI PERHATIAN KERAJAAN BARU PIMPINAN ANWAR








GUNA DALIL QURAN UNTUK KEPENTINGAN PARTI POLITIK DIA


 

INILAH DIA PERANGAI DAN DALIL HAJI HADI


 

BODOH PUNYA KAMERAMAN- BOLEH DIA NAK BANDINGKAN - SIAPA YANG BERLAKON NI.


 

APA MEREKA AKAN LAKUKAN MENJATUHKAN KERAJAAN TDPA-TAPI TAK BERJAYA


 

TERKINI JAM 11 PAGI TADI. 13 DISAHKAN MENINGGAL DUNIA












 

RAKYAT SETUJU SAMAN KAKI FITNAH MB KEDAH


 

TELOQ DAH TURUN. HEBAT MAT SABU- KERAJAAN DULU 2 MINGGU NAIK HARGA...SEKARANG TAK SAMPAI 2 MINGGU KOT...


 

NAK TANYA- SEBELUM PRU HANGPA CAKAP BUKAN BUKAN.


 

WOOOOI KAK- SEKARANG DAH ADA TELOR DAH KAN...KEH..KEH


 

SEKALI DAP CAKAP- HANGPA RATIP HARI HARI- DIA BUAT KERJA HANGPA ADA KUASA TAK BOLEH BUAT APA.


 

KAH..KAH...PN MANA ADA PRINSIP . PONTENG PARLIMEN ....


 

JANGAN HERAN APA YANG BERLAKU DIKALANGAN ORANG POLITIK .KEMARIN AHLI NERAKA HARI NI DIA AHLI SYURGA- HANGPA PERCAYA BUAT APA ?


 

ADA RASUAH DALAM BADAN SUKAN- LIHAT SOAL PERBAIKI STADIUM BUKIT JALIL.


 

KELANTAN NEGERI PERTAMA BANTUAN DIBERI- KERAJAAN NEGERI BUAT APA DAH NIH.


 

LANTIKAN POLITIK DIHENTIKAN


 

TERKINI- TANAH RUNTUH BATANG KALI


 

KENA GELAK DENGAN ORANG DAH- HANGPA HINA DIA-AKHIR KENA JUMPA DIA- MUKA TAK MALU.


 

BELIAU ADALAH BEKAS PEGAWAI PENJARA YANG MENGAWAL ANWAR KETIKA DI PENJARA


 

BELAJARLAH BERTERIMA KASIH PADA KERAJAAN PIMPINAN ANWAR


 

DR REDUAN DAH KENAL BLOCK DENGAN KERAJAAN KOMUNIS ? #PDRM CUBA SIASAT TIKTOK INSAN KAMIL NI ?


 

ANWAR EGEN ULAMA DUNIA


 

KEH..KEH....MANUSIA KEMARUK ?


 

SANUSI KENA BAYAR MAHFUZ- TEST DRIVE FORD DIPENANG KENA BAYAR SAMAN- INGAT ANWAR BIASANYA MENANG BILA MENGAMBIL CABARAN


 

JADI KERAJAAN 30 TAHUN- DOK RATIB YANG SAMA SAJA-BAB AIR DAN APA YANG DIBUAT.


 

ADAKAH ISU INI BENAR ? ADAKAH GURU BARU YANG DIPOSTING BERDEKATAN DENGAN TEMPAT SENDIRI


 

ANWAR DIJANGKA MUDAH LEPAS 112 MAJORITI


YA BETUL- TAPI KALAU KEMETERIAN SENDIRI LAMBAT UNTUK MEMBALAS FITNAH DAN MENGAMBIL INISIATIF MENJAGA MEDIA PKR SENDIRI BAGAIMANA ?

 RAKYAT MAHU TENGOK HASIL PEMERINTAHAN, BUKAN RETORIK

KERAJAAN PERPADUAN DIJANGKA LEPASI UNDI PERCAYA


SOKONGAN MP KEPADA KERAJAAN PERPADUAN PADU


NI ORANG KECEWA NI



Tetiba si Jamal Abdillah pi masuk geng tu. Duk menyanyi elok² nak juga join pengkhianat. Eh ada Cina dua orang, Tian Chua kan tu?





 

BARU TAU NO....BAGUIH ANWAR NI- MINTA MACAM MACAM- DULU BUKAN PEMIMPIN AWAK TELAH BUAT-BUAT APA-HAPA PUN TAK BUAT


 

SEMBANG...KENA PANGGIL DAH HARI TU- KES SANGKUT ADA LAGI. PN DAH BAZIRKAN PELUANG


 

PELUANG MEMBANTU RAKYAT- TAPI ADA LAGI YANG MELIHAT KERAJAAN LEPAS BAIK KATANYA-ISHHHISSSHHH


 

KITA KENA CARI PELUANG YANG BAIK DI BAWAH KERAJAAN BARU NI YANG MEMBANTU RAKYAT ...BAWAH PIMPINAN MEREKA, SEMUA HARGA BARANG NAIK..TAK KAN TAK MERASAINYA-


 

PM YANG BERANI WALAU MUNGKIN TIDAK GLAMOUR. TAPI DAPAT SELAMAT DUIT RAKYAT JUTAAN RINGGIT.

 


Semua lantikan politik dalam GLS telah ditamatkan perkhidmatan berkuatkuasa serta-merta. Langkah yang sangat berani oleh DS Anwar.


Semenjak Ogos 2022, terdapat 234 lantikan politik dengan 119 lantikan baharu manakala 115 lagi diwarisi dari zaman Mahiaddin.


Ini memang sesuatu yang PH ingin sangat lakukan. Sebenarnya PH telah mulakan pada tahun 2018 tapi dihidupkan semula oleh Mahiaddin melalui Scheme of Things-nya.


Walaupun ini satu langkah yang baik, tetapi takut nanti akan ada balas dendam ketika usul undi percaya pada 19 Disember nanti.


Apa pun, aku hormati keberanian DS Anwar. Nyata beliau pentingkan reformasi berbanding kedudukan beliau sebagai PM. Perbezaan yang jelas dengan Mahiaddin. Guane boh?


 

Raja Gelap 


ULAMA MEMBENCI DSAI?




Beberapa persoalan timbul selepas perjumpaan mahabbah ulama dan asatizah bersama PM10 yang berlangsung di Seri Perdana Ahad kelmarin.


Bagi pendokong tegar Pakatan Harapan, kita memang mengenali wajah seorang demi seorang daripada so called ulama yang hadir itu, sebelum ini merupakan duri kepada perjuangan reformasi. Bukan kerana mereka berlainan fikrah, tapi dari komentar mereka di publik.


Semua kita tahu perjuangan politik ini berlandaskan demokrasi, dan ia di luar dari tuntutan iman dan tauhid. Cuma negara kita yang dominan adalah Melayu Islam lalu Islamlah jadi rujukan kita.


Fikrah agama juga berbeza-beza. Ada yang taksub kepartian, taksub tok Sheikh, taksub mazhab sehingga menimbulkan ketegangan juga. Seperti perbalahan wahabi salafi yang tidak berkesudahan, semua mengaku mereka sahaja yang betul dan merekalah golongan yang dipandu ke syurga.


Politik demokrasi juga begitu, golongan liberal dan pragmatik dengan benderanya, sementara parti berlabel Islam mati-mati berkata bahawa mereka saja yang betul.


Dari kalangan jemputan yang dapat dilihat hadir hari itu adalah pendiri pondok, pondok modern serta ulama kontemporari yang popular. Ramai mereka tiada kaitan mempromosi politik kepartian. Cuma beberapa ulama yang cenderung salafi tidak kelihatan. Mungkin untuk next session mereka boleh hadir.


Admin mengenali beberapa antara mereka yang tegar Aswaja hadir, akan tetapi sebelum DSAI dilantik menjadi Perdana Menteri mereka merupakan individu-individu yang keras membenci dan mempromosi kebencian mereka terhadap DSAI.


Kita tidak layak suuzon. Cuma kebimbangan admin ialah golongan ini manakala naiknya DSAI terus begitu lunak dan menyokong seumpama individu yang hipokrit. Masa belum berkuasa, mereka mengecam, memburukkan dan berulangkali menjadi lidah sambung fitnah terhadap DSAI atas apa persepsi asalkan rakyat membenci DSAI.


Bagi pendokong di lapangan barangkali ada sedikit mual dengan kelompok manusia seperti ini. Tinggal kita sahaja yang mahu mengandaikan bagaimana, DSAI mungkin mempunyai pendapat yang berbeza.


Kita selalu mendengar luahan DSAI dalam ceramah bahawa beliau pernah makan sehingga ke istana raja, bersama orang ternama, dan beliau juga pernah dihina semasa dihumban ke penjara dan diberi layanan dan makan seumpama anjing belaan.


Mungkin pengalaman derita DSAI telah menjadi pembelajaran berguna kepada beliau untuk meraikan semua jenis manusia, semua kelompok fikrah dan semua bangsa yang ada di Malaysia dan dunia. Beliau terlalu padat dengan ilmu berkaitan perhubungan sesama manusia.


Bagi admin, biar apa jenis asatizah atau ulama yang selalu dan bakal mendampingi DSAI, kita berharap Malaysia menemui satu titik yang harmoni dalam hidup beragama di negara. 


Kalau boleh, kita tidak mahu lagi ditakuk lama apabila pergaduhan fikrah mencetuskan kesenjangan yang semakin melebar. Islam adalah agama dari Allah, bukan manusia yang menentukan amalan ibadah dan penafsiran ikut suka. Semua mesti berpandu Al-Quran dan As-Sunnah.


Mengenai penggunaan Seri Perdana yang disuarakan oleh Perdana Menteri untuk dijadikan pusat penyampaian dakwah amat dialu-alukan sangat. Muzakarah sihat seperti ini sudah semestinya ditempatkan di suatu premis yang strategik dan tidak berguna kalau dibangunkan Seri Perdana bernilai ratusan juta hanya sebagai simbol kemegahan tapi dimanfaatkan sebagai pusat magnetik bagi rakyat Malaysia mengenali Islam yang Rahmah.


Diharap pihak stesen TV milik kerajaan bersedia untuk membuat siaran langsung bagi setiap minggu sessi dakwah itu berlangsung.


Sekian: Admin SS