Jawapan kepada kecaman dan fitnah dari walaun mengenai Ubat PrEP.Mungkin Pantai Timur bilangan pesakit HIV akibat menggunakan jarum dalam ladang sawit mengakibatkan HIV.Atau rajin menyeberang ke negara jiran.



Seorang doktor menerima pesakit yang cedera akibat dibelasah oleh penduduk kampung, dia mencuri duit tabung masjid. Jadi jika doktor tu merawat, adakah dia dikira menyokong pencuri tabung masjid?


KKM keluarkan ubat PrEP demi mengawal penyakit HIV, yang mana ubat ni boleh digunakan kepada penagih2 dadah yang dalam proses rehabilitasi, suami atau isteri kepada penagih dadah, pasukan perubatan yg terdedah dengan pesakit HIV. Jika ada golongan LGBT yg guna ubat ni, adakah KKM dikira menyokong LGBT?


Untuk makluman, ubat PrEP ini bukan hanya untuk pengamal sonsang sahaja


Tetapi ia digunakan kepada 


1)penagih2 dadah


2)suami atau isteri kepada penagih2 dadah 


3)pasukan perubatan yang terdedah dengan jangkitan hiv seperti doktor, pembantu perubatan jururawat, petugas makmal, yang terpaksa merawat pesakit HIV.


Ubat PrEP ini juga boleh melindungi isteri2 kepada lelaki yang suka melanggani pelacur yang mana ada diantara golongan ini mereka tidak bersalah tetapi dijangkiti hiv akibat kesilapan pasangan mereka.


Kita mengecam perbuatan mereka tetapi bukan bermakna kita perlu benci dan abaikan soal kesihatan mereka dan keluarga.


Berdakwah ini kan ada pelbagai cara, dan tidak boleh berdakwah dengan cara yang sama sahaja bagi setiap individu


Dr Akmal Saleh

Exco kesihatan & anti dadah negeri melaka

No comments: