PM YANG BERANI WALAU MUNGKIN TIDAK GLAMOUR. TAPI DAPAT SELAMAT DUIT RAKYAT JUTAAN RINGGIT.

 


Semua lantikan politik dalam GLS telah ditamatkan perkhidmatan berkuatkuasa serta-merta. Langkah yang sangat berani oleh DS Anwar.


Semenjak Ogos 2022, terdapat 234 lantikan politik dengan 119 lantikan baharu manakala 115 lagi diwarisi dari zaman Mahiaddin.


Ini memang sesuatu yang PH ingin sangat lakukan. Sebenarnya PH telah mulakan pada tahun 2018 tapi dihidupkan semula oleh Mahiaddin melalui Scheme of Things-nya.


Walaupun ini satu langkah yang baik, tetapi takut nanti akan ada balas dendam ketika usul undi percaya pada 19 Disember nanti.


Apa pun, aku hormati keberanian DS Anwar. Nyata beliau pentingkan reformasi berbanding kedudukan beliau sebagai PM. Perbezaan yang jelas dengan Mahiaddin. Guane boh?


 

Raja Gelap 


No comments: