((PANAS-TERKINI)) DATO ZAHARIN BELASAH PIMPINAN UMNO

ALLAH AKAN JAHANAMKAN ORANG YANG BERBUAT JAHAT KEPADA ANWAR

 


[LANGSUNG] #AWANI745 18 Ogos 2021 | #UsahaWIRA

Pemilihan PM-9 | GPS sokong satu nama, serah kepada Agong #UsahaWIRA

Anwar Sanggup Derita Di Penjara Punca Afdlin Ceburi Politik

PENJAJARAN BAHARU DEMI RAKYAT


“Di dalam menghadapi situasi getir seperti ini, jiwa besar amat diperlukan kerana tidak ada yang benar-benar diharapkan oleh rakyat melainkan kesihatan dan ekonomi rakyat kembali pulih,” ujarnya. Beliau menegaskan apabila mandat rakyat dalam pilihan raya yang lalu dikembalikan dan institusi parlimen dihidupkan, maka tidak ada sesiapa yang ketinggalan.

PADAM BUAT APA...TAKUT KENA KECAM MUNAFIK KA APA?

 

Kenapa Pas padam ucapan tahniah kepada Taliban atas kemerdekaan Arganistan?


Kenapa Pas padam ucapan tahniah kepada Taliban atas kemerdekaan Arganistan?


Lajnah Hal Ehwal Antarabangsa dan Hubungan Luar PAS Pusat awal petang ini memadam ucapan tahniah yang dibuat parti itu kepada Taliban ekoran langkah kumpulan terbabit kini menguasai Afghanistan.

Terdahulu ucapan tahniah daripada PAS itu dibuat pengerusi lajnah terbabit, Muhammad Khalil Abdul Hadi.

Menurut Adun Batu Buruk di Terengganu itu, PAS menganggap penguasaan Taliban itu sebagai suatu “kemerdekaan” rakyat dan negara itu daripada cengkaman penjajahan.

“Kemenangan dan ‘kemerdekaan’ yang dicapai kali ini adalah hasil usaha seluruh rakyat Afghanistan dalam usaha untuk membebaskan tanah air mereka yang selama 20 tahun dijajah dan diceroboh dengan tanpa belas ihsan dan perikemanusiaan hingga hampir memusnahkan negara tersebut,” katanya dalam kenyataan asal.

Khalil menambah dengan “kemenangan” itu PAS berharap semua pihak yang berkaitan dapat berganding baru membangunkan semula negara berkenaan.

Katanya mereka diharap mencapai kata sepakat untuk berdamai bagi meletakkan kembali Afghanistan di landasan yang betul.

Kumpulan Taliban menguasai Kabul sejak 16 Ogos lalu sekali gus menyempurnakan penguasaan mereka ke atas negara berkenaan selepas memulakan gerakan tersebut dari satu wilayah ke wilayah lain tanpa banyak tentangan beberapa bulan lalu.

Sejurus sebelum Taliban memasuki Kabul, Presiden Afghanistan Mohammad Ashraf Ghani Ahmadzai meninggalkan negara tersebut untuk ke lokasi yang sehingga kini belum disahkan.

Ashraf – bekas pensyarah universiti di AS – mendakwa dia meninggalkan Afghanistan bagi mengelakkan pertumpahan darah. Menjelang pemergiannya kumpulan Taliban sudah berada di pinggir Kabul dan bersedia untuk memasuki ibu negara Afghanistan berkenaan.

Kemasukan Taliban ke Kabul kelmarin berlangsung secara aman.

Taliban kali ini dianggap lebih sederhana berbanding kumpulan yang mentadbir Afghanistan pada 1996 apabila mereka melaksanakan peraturan yang konservatif.

Bagaimanapun kemasukan Taliban juga menyaksikan sebahagian orang awam berpusu-pusu cuba meninggalkan Afghanistan termasuk dengan cara yang amat terdesak.

Khalil berkata kerajaan baru Afghanistan dan rakyat negara itu diharap dapat bersama-sama memajukan negara terbabit berasaskan nilai Islam.

“Semoga kerajaan baru Afghanistan dan rakyatnya berganding bahu dan berkerjasama membangunkan negara seterusnya memperolehi kemakmuran, keamanan dan kemajuan selepas ini dengan berpandukan syariat dan nilai-nilai Islam yang syumul di samping mendapat rahmat, keberkatan dan pertolongan Allah SWT,” katanya.

PH sedia terima Ahli Parlimen ‘terlanjur’ khianati gabungan, kata Mahfuz

 

Mahfuz Omar berkata, wajar untuk mereka yang mungkin ‘terlanjur’ dalam langkah sehingga mengabaikan mandat rakyat sebelum ini kembali bersama Pakatan Harapan. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) sedia menerima semula Ahli Parlimen yang sebelum ini disifatkan sebagai “terlanjur” sehingga mengabaikan mandat rakyat yang diberikan kepada gabungan itu sebelum ini.

Naib Presiden Amanah, Mahfuz Omar berkata, setiap orang yang melakukan kesilapan akan sentiasa ada ruang keinsafan buatnya, begitu juga dengan Ahli Parlimen yang mahu kembali ke pangkuan PH.

“Jika mereka kembali kepada PH, itu yang terbaik, setiap orang ada kesilapan dan setiap orang diberikan peluang keinsafan untuk kembali kepada (usaha mengembalikan) mandat rakyat.

“Jadi bagi saya adalah wajar untuk mereka yang mungkin ‘terlanjur’ dalam langkah sehingga mengabaikan mandat rakyat tempoh hari, harus kembali bersama Pakatan Harapan.

“Insya-Allah untuk kita bina kembali (negara), kita akan terima dengan hati terbuka tidak ada masalah,” katanya dalam sidang media melalui siaran langsung di Facebooknya hari ini selepas menandatangani akuan berkanun (SD) mencalonkan nama perdana menteri di pejabat Pesuruhjaya Sumpah Rashid, di Alor Setar.

Dalam pada itu Mahfuz berkata, keputusan PH mencalon Presiden PKR Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri ke-9 adalah langkah tepat dalam mengembalikan keyakinan rakyat terhadap kerajaan.

Semalam, semua Ahli Parlimen diarahkan menghantar surat akuan menamakan calon pilihan untuk dilantik sebagai perdana menteri ke-9 kepada Istana Negara.

Ahli Parlimen diberi masa selewat-lewatnya 4 petang ini untuk mengemukakan surat akuan secara bertulis.

Anwar 105, Ismail Sabri hilang 18 dari GPS

 


TERBAIK....ORANG PENANG KENA BIJAK..

 


Wanita dedah pandu uji MB tuntut RM3 juta daripada 3 pihak




facebook sharing button 
twitter sharing button 
whatsapp sharing button 
email sharing button 
Catatan oleh Nini Siron yang mendedahkan pandu uji di Juru membabitkan menteri besar Kedah. Wanita itu berkata, beliau berdepan banyak gangguan dan dihujani surat benci.

GEORGE TOWN: Seorang wanita yang mendedahkan pandu uji melibatkan menteri besar Kedah di Juru dua bulan lalu mengugut akan menyaman pembantunya, Harakahdaily dan seorang lagi individu atas dakwaan gangguan, pencerobohan privasi dan buli siber di media sosial.

Selain Harakahdaily, dua lagi pihak terbabit ialah Afnan Hamimi Taib Azamudden yang merupakan setiausaha politik Muhammad Sanusi Md Nor, serta Mohamad Solhi Mohd Sharif.




Jika Ismail dilantik PM, luar sahaja lain, dalam sama, kata penganalisis

 

facebook sharing button 
twitter sharing button 
whatsapp sharing button 
email sharing button 
Ismail Sabri Yaakob tidak akan membawa banyak perubahan dalam kerajaan baharu sekiranya dilantik sebagai perdana menteri, kata penganalisis. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Potensi pelantikan Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri ibarat “tiada perubahan dan hanya luaran sahaja berbeza”, kata penganalisis.

Bekas timbalan perdana menteri itu yang juga jurucakap bukan kesihatan utama kerajaan pimpinan Perikatan Nasional (PN) mengenai isu Covid-19, kini mendapat sokongan Barisan Nasional (BN), Bersatu, PAS dan GPS sebagai calon utama perdana menteri selepas Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan pada Isnin.

“Ini seperti tiada perubahan dan hanya luaran sahaja berbeza atau pepatah Cina menyebut, ‘anda ubah nama sup, tetapi tidak mengubah ramuannya. Anda masak sup yang berbeza atau dengan rasa yang berlainan, tetapi ramuannya sama’,” kata Felo Kanan Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura Oh Ei Sun kepada FMT.

Oh meramalkan negara akan melihat “rombakan Kabinet” yang kebanyakannya dianggotai oleh muka sama dalam pentadbiran baru dengan jawatan menteri berbeza dan bukannya perubahan terhadap keseluruhan kerajaan.

“Keseluruhan usaha melawan pandemik dan pemulihan ekonomi tidak akan jauh bezanya daripada pemerintahan Muhyiddin yang diketahui dengan kegagalannya menguruskan pandemik dan ketidakcekapannya dalam menghidupkan semula ekonomi.

“Ia bukanlah kerajaan yang akan membuatkan ramai berasa kagum.”

Dengan kerajaan PN yang dilihat gagal dalam menguruskan pandemik, bekas ahli akademik Azmi Hassan berkata, pentadbiran baharu dipimpin Ismail boleh menangani semula persepsi negatif ini dengan melakukan dua perkara.

Pertama, Kabinet baharu ini perlu menampilkan muka baharu dan kedua, bakal menteri mestilah cekap dan “bagus dalam melaksanakan tugas”.

“Saya rasa dengan itu rakyat akan memberikan peluang kepada mereka,” kata Azmi.

“Jika ia hanyalah muka sama daripada Kabinet sebelumnya yang tidak menunjukkan prestasi, ia hanya menjadi kegagalan yang sama.”

Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun meminta semua Ahli Parlimen mengemukakan akuan berkanun (SD) untuk menamakan pilihan calon perdana menteri mereka menjelang 4 petang nanti.

Anwar calon PM pembangkang, kata Shafie


Warisan akan memberi sokongan penuh kepada Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.

PETALING JAYA: Blok pembangkang memutuskan Pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim sebagai calon tunggal perdana menteri gabungan itu, kata Presiden Warisan Mohd Shafie Apdal.

“Anwar adalah calon kami, calon tunggal daripada pembangkang. Parti saya akan memberi sokongan penuh kepada Anwar sebagai perdana menteri,” katanya menurut laporan The Borneo Post.

Sebelum ini media melaporkan, parti pembangkang bersetuju menamakan Shafie sebagai pilihan kedua bagi jawatan nombor satu itu selepas Anwar, dengan sokongan asas masing-masing seimbang membabitkan 105 Ahli Parlimen.

Bagaimanapun, Shafie hari ini menyatakan dukacitanya berikutan ketiadaan sokongan daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk merealisasikan pelantikan perdana menteri dari Borneo kali ini.

Walaupun Ahli Parlimen Semporna itu berjanji dan berusaha untuk merealisasikan hasrat berkenaan, Shafie berkata ia tidak akan berhasil tanpa sokongan padu GPS.

Bagaimanapun, bekas menteri persekutuan itu berharap blok parti Sabah-Sarawak akan bersatu pada pilihan raya umum akan datang, yang dijangka diadakan pada pertengahan 2023 namun difahamkan akan diadakan lebih awal.

“Ia bukan untuk saya, ia sudah pun dipersetujui oleh nenek moyang kita bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) bahawa negeri Borneo seharusnya mempunyai hak sama rata seperti sebuah wilayah,” katanya.

Terdahulu, Setiausaha Agung GPS, Alexander Nanta Linggi berkata gabungan itu bersedia memberi sokongan penuh kepada Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri ke-9.

GPS adalah sebahagian daripada kerajaan Perikatan Nasional diketuai Muhyiddin Yassin, yang meletakkan jawatan sebagai perdana menteri Isnin lalu.

Calon PM disokong kleptokrat, MP Bersatu enggan respon

 

Calon PM disokong kleptokrat, MP Bersatu enggan respon


Ahli Parlimen Puncak Borneo, Willie Mongin – yang sebelum ini menolak kerjasama dengan kleptokrat – tidak mahu mengulas mengenai sokongan sebulat suara daripada Umno kepada Ismail Sabri Yaakob – termasuk dari kumpulan kleptokrat atau kluster mahkamah.

“Itu saya rasa saya tak nak komenlah, sebab yang paling penting sekarang ini kita akan tumpu pada agena membantu rakyat,” katanya ketika ditanya apakah dia selesa untuk bersama Ismail yang dikatakan menikmati sokongan kumpulan kleptokrat di dalam Umno.

“Apa-apa yg baik untuk rakyat, kita tengoklah,” kata ahli parlimen Bersatu itu ketika dihubungi hari ini.

Ismail Sabri merupakan pemimpin Umno yang menyokong kelangsungan kerajaan PN – sebelum ini diterajui Bersatu – bertentangan dengan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi yang mahu menamatkan kerjasama berkenaan.

Selepas peletakan jawatan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin selaku perdana menteri kelapan, Ismail Sabri sememangnya dilihat calon yang akan menerima sokongan daripada Bersatu sebagai perdana menteri terbaru.

Jika sebelum ini Muhyiddin sendiri menegaskan dia tidak akan bersekongkol dengan kumpulan kleptokrat bagi menyelamatkan kedudukan sebagai perdana menteri, semalam, Ismail Sabri dilaporkan menerima sokongan sebulat suara daripada Umno.

Ini termasuk beberapa pemimpin Umno yang terpalit kes mahkamah membabitkan rasuah, yang digelar sesetengah pihak sebagai kluster mahkamah atau kleptokrat.

Willie, bersama dua lagi ahli parlimen Sabah dan Sarawak dari Bersatu, Ali Biju (Saratok) dan Jonathan Yasin (Ranau) sebelum ini turut mengeluarkan kenyataan mengangkat pendirian Muhyiddin.

Mereka bertiga – yang adalah bekas ahli parlimen PKR itu – turut mencabar Pakatan Harapan (PH) untuk menyatakan pendirian berkenaan kerjasama dengan “kleptokrat”.

Willie bagaimanapun enggan mendedahkan keputusan pilihan calon perdana menterinya.

“Keputusan saya rahsia, tapi saya menyokong agenda rakyat,” katanya

Terkini! Azmin kempunan, Bersatu calonkan Hamzah TPM

 


Terkini! Azmin kempunan, Bersatu calonkan Hamzah TPM


Semua 35 ahli parlimen Bersatu telah diarahkan oleh presiden parti Muhyiddin Yassin untuk menyokong Naib Presiden Umno, Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri baru.

Bercakap kepada Malaysiakini, anggota Majlis Tertinggi Bersatu, Eddin Syazlee Shith berkata, bahawa kepimpinan parti sebelum ini memutuskan bahawa presiden akan memutuskan pilihan perdana menteri bagi pihak ahli parlimen.

“Kami semua setuju bahawa kita akan menyokong Ismail Sabri. Itulah arahan yang diberikan oleh presiden kepada kami,” kata Eddin, yang adalah anggota parlimen Kuala Pilah.

Semua ahli parlimen mempunyai waktu sehingga jam 4 petang hari ini untuk menyatakan secara bertulis, kepada Istana Negara mengenai siapa yang disokong mereka sebagai perdana menteri kesembilan. Muhyiddin melepaskan jawatan itu pada Isnin lalu susulan penarikan sokongan daripada 15 ahli parlimen Umno.

Malam semalam, ahli parlimen Umno memutuskan bahawa mereka akan menyokong Ismail Sabri untuk menjadi perdana menteri.

Eddin berkata, bahawa selain pemilihan perdana menteri, dia tidak tahu tentang tajuk perbincangan lain seperti pembentukan kabinet baru.

Mengenai siapa yang akan menjadi timbalan perdana menteri, Eddin berkata dia difahamkan bahawa Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainuddin kemungkinan calon berkenaan.

“Ini berdasarkan hierarki. Hamzah adalah setiausaha agung kami,” katanya.

Hamzah dalam kenyataan berasinga, bagaimanapun, mengatakan bahawa parti itu akan membincangkan nama calon calon perdana menteri dari kalangan parti komponen Perikatan Nasional.

Umno bukan komponen gabungan PN tetapi ia adalah sebahagian daripada pentadbiran PN.

Sementara itu, mengenai jika anggota dewan tertinggi Bersatu Azmin Ali – tokoh utama dalam “Langkah Sheraton” yang mengakibatkan terkuburnya kerajaan Pakatan Harapan pada Februari 2020 – akan dilantik sebagai menteri, Eddin berkata bahawa dia tidak mengetahui mengenai perkara itu.

Menurutnya, dia percaya bahawa Azmin dan pengikutnya dari PKR akan berpegang kepada keputusan parti itu untuk membenarkan Muhyiddin untuk membuat sebarang keputusan muktamad mengenai rundingan dengan anggota gabungan parti lain.

Ini kerana dinamika gabungan sekarang berbeza dengan era Perikatan Nasional.

“Ini mungkin ‘BN plus’. Sekarang BN dan PN. Lebih besar,” katanya.

((PANAS)) ISWARDY BONGKAR: UMNO SOKONG ISMAIL SABRI TAPI AHLI PARLIMEN U...

MEMILIH ISMAIL SABRI SEPERTI HANYA MENGUNDANG MALAPETAKA BUAT NEGARA


UMNO akhrinya memutuskan untuk menamakan Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri yang baru bagi menggantikan Mahiaddin Md Yasin.


Begitu pun, seperti yang dipetik daripada kenyataan Azalina Othman Said dalam sebuah portal berita, UMNO tetap memberi kebebasan kepada semua Ahli Parlimennya untuk mencalonkan sesiapa saja dalam surat akuan yang akan mereka hantar secara terus dan peribadi kepada Istana Negara sebelum jam 4 petang hari ini.


Persetujuan UMNO untuk tunduk mencalonkan Ismail Sabri adalah sesuatu yang malang sebenarnya kerana parti itu sanggup mengenepikan tokoh berwibawa seperti Tengku Razaleigh Hamzah yang mempunyai lebih kemampuan dan pengalaman untuk memulihkan negara yang telah rosak teruk ketika ini.


Ternyata, persetujuan UMNO menamakan Ismail Sabri yang lebih dulu persetujui oleh Bersatu, bukan saja menandakan parti itu tunduk kepada kehendak Bersatu yang merupakan musuhnya dan Presidennya, Mahiaddin Md Yasin sendiri dijatuhkan sebagai Perdana Menteri oleh UMNO, malah memperlihatkan kluster mahkamah seperti hilang kekuatan untuk berlawan dengan kemahuan kelompok kluster kabinet yang sudah beberapa kali ingkar ketetapan MT.


Yang lebih nyata, mencalonkan Ismail Sabri yang disokong kuat oleh Bersatu, ia juga bermakna jika beliau berjaya menjadi Perdana Menteri, kerajaan PN yang gagal dan telah berakhir dengan perletakan jawatan Mahiaddin, akan kembali semula mentadbir negara ini.


Hampir semua menteri era Mahiaddin sebelum ini pasti juga akan dilantik semula menganggotai kabinet Ismail Sabri.


Jadinya, kerajaan baru PN 2.0 nanti adalah juga lanjutan kerajaan gagal versi kedua.


Bagaimana kita boleh mengharapkan keputusan atau hasil yang berbeza jika ia diusahakan oleh tangan-tangan menteri yang sama?


Tambahan lagi, Ismail Sabri sendiri dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri sebelum ini adalah untuk memecah-belahkan UMNO di tengah-tengah kemelut Mahiaddin hendak dijatuhkan dan di ketika UMNO sudah ada ketetapan tidak akan menerima tawaran jawatan Timbalan Perdana Menteri daripada Perdana Menteri.


Maka, kiranya Ismail Sabri terpilih sebagai Perdana Menteri, yang benar-benar untung ialah Bersatu dan Mahiddin kerana pengaruh mereka nampaknya berjaya menundukkan keegoan UMNO serta Zahid Hamidi selama ini.


Masa depan politik Zahid Hamidi sebagai Presiden UMNO juga dengan sendirinya boleh dikira sudah berakhir sebaik saja Ismail Sabri mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri.


Malang bagi Zahid Hamidi, selepas beria-ia menjatuhkan Mahiaddin daripada kerusi Perdana Menteri, kerusi Presiden UMNO yang didudukinya bakal dirampas oleh Ismail Sabri.


Tetapi, yang lebih malang ialah nasib rakyat dan masa depan negara selepas ini.


Sebagaimana kita semua sedar, cabaran utama negara sekarang dan selepas ini ialah bagaimana untuk memulihkan semula ekonomi negara yang hampir mati kesan pandemik Covid19 di mana banyak syarikat ditutup dan rakyat hilang pendapatan.


Untuk itu, mahu tidak mahu, kita lebih memerlukan pemimpin yang berwibawa, berkemampuan, berketrampilan, banyak idea, dikenali di peringkat antarabangsa dan mempunyai komunikasi meyakinkan, tidak saja dengan pemimpin dunia, malah juga dengan kalangan pelabur dan pemimpin syarikat-syarikat gergasi yang ternama.


Hanya dengan adanya pemimpin sebegitu yang membuatkan mereka yang mempunyai wang dan modal daripada seluruh dunia sedia untuk melabur di negara kita.


Adakah Ismail Sabri punya kemampuan sebegitu?


Katalah dalam lawatan ke Amerika Syarikat misalnya, jika ada program bertemu pelabur dan peneraju syarikat gergasi di sana yang berjumlah 500 orang, mampukah Ismail Sabri berdialog dan memberi penerangan yang meyakinkan untuk mereka akhirnya setuju melabur dan menanam modal?


Ismail Sabri dengan kemampuan dan ketrampilan yang diketahui amat terhad, tidak dinafikan di dalam UMNO sendiri ramai yang meragui kemampuannya untuk membawa perubahan dan kemajuan kepada negara dari segi ekonomi jika beroleh kuasa nanti.


Menghidupan Mara Digital pun beliau gagal, inikan pula untuk memaju dan melonjak ekonomi secara menyeluruh untuk negara?


Adakah akhirnya hanya malapetaka lebih buruk akan menimpa kita semua selepas beliau menjadi Perdana Menteri?


Dan dengan kegagalan yang sudah boleh dijangka itu, tidak menghairankan jika selepas ini Ismail Sabri dan kerajaan PN 2.0 nantinya lebih menjadi sasaran kemarahan rakyat lagi di media sosial berbanding Mahiaddin sebelum ini.


Jika begitu, bersama pergelutan dengan Bersatu yang akan terus berlaku dalam berebut kerusi, bagaimanakah UMNO mampu menang PRU15 akan datang nanti? (ShahbudinHusin 18/08/2021)

((PANAS)) ISWARDY BONGKAR: ANTARA ANWAR & ISMAIL SABRI - SIAPAKAH PM BAR...

Saya pilih Anwar kerana negara lebih utama dari bangsa, kata Prof Agus

 


Agus Yusuff


Saintis politik, Datuk Dr Mohamad Agus Yusof berkata, beliau memilih Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri pilihannya kerana lebih mementingkan negara dari bangsa.

“Kenapa DSAI pilihan saya? Prinsip perjuangan lebih secocok dengan saya. Jiwa saya mendahulukan negara dari bangsa. Jiwa saya mengangkat empat perkara yang saya nyatakan kelmarin.

“Jika saya dahulukan negara, mana semangat Melayu saya? Saya telah menulis dalam posting sebelum ini tentang staatsvolk. Telah saya nyatakan untuk Malaysia, staatsvolk Melayu adalah asasnya.

“Teras ini jangan diusik, tetapi ini tidak bermakna kita boleh terus dengan sentimen perkauman. Sentimen perkauman adalah anti staatsvolk yang tidak akan membina negara Malaysia yang bersatu,” kata bekas pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu.

Semalam Agus menyatakan, “Jika diminta memilih satu dari empat nama, siapa PM pilihan saya?

“Saya memilih Datuk Seri Anwar Ibrahim, bukannya kerana saya mahu memberi peluang kepada beliau setelah lama berjuang. Tidak.

“Tetapi kerana beliau mengangkat nilai dan falsafah demokrasi yang saya mahukan: kebenaran, keadilan, kesejahteraan dan kemanusiaan,” kata Agus dalam tulisan itu.

Agus membuat pilihan itu berdasarkan empat calon yang ada sejak semalam.

“Sekarang ini difahamkan tidak ada parti yang mempunyai majoriti, tetapi masing-masingnya mempunyai calon sendiri seperti Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tengku Razaleigh Hamzah, dan Datuk Seri Shafie Afdal,” tulis Agus.

[LINTAS LANGSUNG] TERBARU DARI ISTANA NEGARA!! SAH DENGAN INI, P. MENTER...

POLL NANYANG SIANG PAU DAN POLL123.COM

 

POLL NANYANG SIANG PAU DAN POLL123.COM

Kalau ikut Rakyat di mana-mana pun ramai yg sokong DSAI. Kita doa byk2 semoga terbuka hati MP-MP kesemua parti utk mendengar denyut nadi Rakyat yg Majoritinya telah beri mandat pada PH dan tentunya mahu DSAI jadi PM. Insya Allah.

 

May be an image of text that says "ISMAIL SABRI 3% TENGKU RAZALEIGH 4% TUMHTHR9% ANWAR IBRAHIM 84% TENGKU RAZALEIGH 0.6% TUN MAHATHIR2.7 ISMAIL SABRI 4.3% KAJIAN SELIDIK "NANYANG SIANGPAU ILifePost Life Talk Show" JUMLAH RESPONDEN: 3,500 UNDI ANWAR IBRAHIM 47.7% LAIN-LAIN 15.4% KAJIAN SELIDIK "POLL123.COM" JUMLAH N: 113,657 UNDI NAJIB RAZAK 30% KEPUTUSAN KAJI SELIDIK SEMASA "SIAPA CALON TERBAIK PM9?" pada 16HB OGOS 2021 (6PM 10PM)"


OWHHH ..BEGINI CARANYA YA

 

May be a Twitter screenshot of 2 people and text that says "Fab Rahman @FabriRahman 3h Anwar Klopp is in contact with Shafie Tuchel and has offered role of ASSISTANT MANAGER for his support, confirmed as @staronline reported. #Malaysia PH FA now approaching GPS FA- GPS FA can take PH FA numbers to 119. Strong, Formidable, and Convincing. #PH Fab Rahman @FabriRahman 1d DAP FA has asked Anwar, Shafie to lead the way. Talks ongoing very discreetly at the moment to support Anwar to Captain PUTRAJAYA FC it not over. #PH 66 562 777"



MOHD MUKHLIS


Warisan setuju support Anwar dengan jawatan TPM tapi masih short 7-8 kerusi. Kiranya kalau semua PN except kluster MKT UMNO support Mail Sabri termasuk Mahiadin, PN hanya ada 100 kerusi.

Kluster MKT UMNO jadi king maker. Kalau mereka berkecuali, PH masih lead. jawatan mereka dalam UMNO akan reinstate sebab PH dan janji takkan tekan mereka yang tak sokong kerajaan.

Tapi kalau mereka sokong lagi bagus, buat deal CSA dengan PH. Pru15 UMNO boleh restructure, buang kluster menteri dan pengkhianat parti macam dato zaharin tulis.

Tapi kalau kluster MKT buat gila sokong Mail Sabri, that is the beginning of the end. Kluster MKT semua akan hilang jawatan MKT sebab UMNO kena pemilihan semula, dan geng kluster menteri akan ambil alih parti.

Lagi bagus kalau PH boleh secure sokongan GPS, very unlikely but not impossible.

Maybe itu guna yang personal SD AP, in case of mexican standoff, at least ada cara lain nak measure sokongan.

Pukul 2:30 jumpa semua ketua parti secara serentak kalau tak silap nak dapatkan sokongan. Maybe Ketua parti kena submit satu nama.

Dalam masa yang sama Speaker keluar surat suruh 220 MP bagi akuan bersumpah ( dengan cop pensuruhjaya sumpah) ; lalu kena submit ke Setiausaha Sulit YPDA sebelum 4 petang esok. Ini untuk elakkan MP main 2-3 kolam. Sign banyak nama nak selamat.

Kita kena ingat ada YB yang tak silap ada kontak rapat ( walaupun dah negatif) jadi interview sorang-sorang akan makan masa. Undi kat parlimen pun okay tapi dah guna kaedah ini kita follow aje.

Mungkin cara pertama akan di guna untuk cari majoriti, dengan ini ketua parti ini tak boleh bagi lebih dari 1 nama. Akuan bersumpah persendirian MP tadi mungkin di gunakan jika angka dari ketua parti tak tally.

So far PH paling solid angka ada 88, kalau ikut first past the post, masih ada peluang. Unless 100 MP PN tadi sebulat suara calonkan Mahiadin, kalau macam itu susahlah. Kalau ada split 2 nama antara bersatu dan UMNO, maknanya PH masih lead lagi.

Apa-apapun kita tawakkal sahaja. kalau jadi pembangkangpun tak ada apa yang beza, masih status quo. Cuma kesian pada rakyat yang dah lama menderita.

Wallahualam.

𝐒𝐩𝐞𝐚𝐤𝐞𝐫 𝐃𝐞𝐰𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐚𝐝𝐚 𝐡𝐚𝐤 𝐤𝐞 𝐤𝐮𝐭𝐢𝐩 𝐒𝐃?

 


ZUWAIRI MOHD YUSOF


1. Sejak bila Speaker DR ada kuasa dalam menentukan PM di luar parlimen? Bukankah itu tugas YDPA utk lantik PM?

2. Siapakah Speaker untuk tentukan tarikh penghantaran SD? Mengapa tidak buka sahaja parlimen yg ditangguh 2 Minggu untuk pilih PM baharu? Kenapa buat terburu-buru?

3. Point 6 SD TIDAK DIBENARKAN’ hantar secara tangan ke Istana sebab kawasan tersebut dalam Fasa 1? Yang ketua2 parti menghadap YDPA tu boleh sahaja?

Speaker perlu jelas hal ini. Kalau apa yg Speaker buat ini salah,harapnya MP tak perlu hantar SD kepada Speaker, buka parlimen cara

terbaik utk bentuk kerajaan.

Art Harun, sila letak jawatan macam Abah secara bermaruah.

 

AYUH KEMBALIKAN MANDAT RAKYAT PRU 14..ATAU KITA TIDAK AKAN BERUBAH..







Ayuh semua,setelah kita menjadikan PAKATAN HARAPAN memenangi PRU14 pada Mei 2018,Mahathir mengkhianati kita dengan meletakkan jawatan sebagai PM7 tanpa berunding dengan pemimpin tertinggi PH yang lain.Sekarang adalah peluang

terbaik  kami untuk menuntut kembali mandat kami daripada mereka.Pergi merayu kepada Raja anda dari setiap negeri desak mereka untuk campur tangan dan menafikan tuntutan UMNO untuk jawatan PM9 atau kita akan menghadapi masalah yg sama sehingga PRU15 tiba kemudian.Adakah anda benar-benar mahu perkara itu berlaku kehilangan ahli keluarga, saudara, jiran atau rakan / rakan sekerja anda?Adakah anda benar-benar menganggap ISMAIL sebagai PM9 undang-undang berat sebelah SOP dwi standard sudah hilang?TIDAK. Raja dan Sultan Perlis, Kedah, Johor, Kelantan, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu akan berkumpul di Istana Negara pada Jumaat ini untuk bertemu dan membincangkan PM9 jadi masih ada masa untuk anda semua meminta setiap RAJA melantik DSAI dan menolak ISMAIL walau apa pun yang berlaku.

#AnwarIbrahimPM9 #AnwarIbrahimPMMalaysia9 #DSAIPM9 #DSAIPMMalaysia9

 

Semua MP Warisan sokong pencalonan Anwar, kata Shafie

 


Teka-teki siapa Perdana Menteri ke-9 mungkin berakhir hari ini

 

Astro Awani

Teka-teki siapa Perdana Menteri ke-9 mungkin berakhir hari ini
Surat akuan bersumpah itu perlu diserahkan kepada pihak Istana Negara selewat-lewatnya 4 petang, atau ia tidak akan diambil kira. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Teka teki siapa Perdana Menteri ke-9 mungkin berakhir hari ini.
Ini susulan kesemua Ahli Dewan Rakyat perlu menyerahkan satu surat akuan bersumpah untuk menamakan seorang calon Perdana Menteri seterusnya.
Surat akuan bersumpah itu perlu diserahkan kepada pihak Istana Negara selewat-lewatnya jam 4 petang ini, atau ia tidak akan diambil kira.
Perkara ini dimaklumkan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun menerusi notis yang dikeluarkan pada Isnin.
Kerajaan Baharu | Teka-teki siapa PM ke-9 terjawab hari ini?
Jelasnya, selaras Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan Yang di-Pertuan Agong dalam melaksanakan budi bicara perlu melantik seorang Ahli Dewan Rakyat yang dalam hemat Seri Paduka mempunyai kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri.
Azhar berkata surat akuan bersumpah itu tidak dibenarkan dihantar melalui serahan tangan untuk mengelakkan penularan COVID-19 memandangkan Istana Negara masih berada dalam kawasan Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Semalam, barisan pemimpin parti politik menghadap YDPA al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin al-Mustafa Billah shah di Istana Negara bagi proses menentukan calon Perdana Menteri baharu seterusnya membentuk kerajaan.
Sesi itu bermula 2 petang dan selesai kira-kira dua jam kemudian.
Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin meletak jawatan sebagai Perdana Menteri selepas kehilangan majoriti apabila 15 Ahli Parlimen dari UMNO menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional yang dipimpinnya.