Kenapa Anwar tidak layak menjadi PM....?
Sokong Anwar tiada jaminan ke syurga dan tak boleh jadi kaya
SOALAN DIJAWAB DGN PERSOALAN
Siapa yg menyokong Anwar anda tidak dijamin masuk syurga dan
tidak akn menjadi kaya. Anwar bukan jenis manusia yg menggulakan atau
memperbodohkan org Melayu dgn agama, bangsa dan projek2.
Disebabkan itulah Anwar berjaya menarik jutaan rakyat Malaysia
di kalangan golongan intelektual tapi bukan di kalangan masyarakat luar bandar.
Disebabkan itu penyokong Anwar bukan berdasarkan imaginasi syurga milik kita,
bukan kalangan mereka yg ingin menyokongnya menjadi kaya raya. Anwar mengajak
rakyat Malaysia berfikir secara realistik.
Soalan yg melucukan utk kita berfikir, jika kita bukan seorang
intelektual kita boleh duduk di kelompok itu sebagai pendengar yg baik. Mudahan
bila akal digunakan dgn baik ia akn membawa kesedaran utk kita menjadi
Intelektual. Intelektual dikaitkan dgn segulung ijazah, persepsi itu tidak
benar, intelektual adalah mereka yg mampu memikirkan sesuatu secara
ilmiah/berfakta.
Soalan provokasi yg sering dimainkan utk mengelirukan rakyat...
Jadi kita bertanya kembali.
1. Layak kah Anwar menjadi PM?
Adakah Pak Lah, Najib dan Muhyiddin dulu layak? Adakah
mencalonkan Ismail Sabri itu layak? Anwar seperti kata Tun Musa Hitam, individu
yg paling layak kerana pengaruh, aura, pengaruh atau hubungan baik dgn negara
barat, Asia Timur dan jiran tertangga terutama Indonesia. Utk menjadi ketua
kerajaan kita memerlukan pemimpin yg mampu menguruskan negara soal ekonomi.
Anwar telah buktikan ketika beliau menjadi Menteri Kewangan sebagai Menteri
Kewangan terbaik Asia.
2. Jangan bermain politik di kala rakyat sengsara?
Ketika kerajaan PN ciptaan Muhyiddin dan Azmin mengambil alih
kerajaan dahulu musim durian atau musim Covid19? Malah selepas itu 5 negeri
mereka rampas dlm suasana Covid sehingga tercetus kluster PRN Sabah yg
menyerang Semenanjung.
3. Anwar gila mahu jadi PM?
Yg gila mereka yg sudah tiada majoriti tetapi tetap mahu kekal
jadi PM. Yg gila mereka yg sudah 2 kali jadi PM masih mahu jadi PM. Yg gila
mereka yg gila ingin memilih seorang yg bergelar Moyang sebagai PM. Kenapa
Ismail Sabri sanggup menolak permintaan Presiden Parti dan malah melobi utk
menjadi PM beliau tidak dikatakan gila mahu jadi PM.
4. Anwar akn gadai negara kpd Cina kerana dlm PH ada DAP?
Skandal politik sebelum ini byk kes dari parti Melayu. Malah
dari BN begitu byk parti berdasarkan kaum seperti MCA, MIC, Gerakan, PBS dan
lain2.
5. Anwar tak bela nasib Melayu?
Ketika dia menjadi Menteri Kewangan dan TPM byk jasanya kpd
penubuhan Bank Islam dan Universiti Islam. Ketika zaman bergelar Mahasiswa dia
sanggup dipenjarakan utk membela nasib org Melayu miskin di Baling. Dia tak
curi seekar pun tanah org Melayu, tak curi sesen pun duit org Melayu, tak ambil
saham Bumiputra... buat apa menjadi hipokirit membela nasib Melayu tetapi
berbillion wang org Melayu dicuri, tanah rizab Melayu hilang, saham bumiputra
lesap.... fikir2kan lah.
Ketahuilah sifat pemaaf dan profesional Anwar. Beliau boleh merancuni
pemikiran org Melayu dgn memainkan sentimen bangsa dan agama. Tapi beliau mahu
Malaysia maju dari penipuan tersebut.
Sokong Anwar juga anda tidak boleh menjadi kaya raya. Tanyalah
rakan2 terdekatnya... bila mereka mohon projek kpd Anwar semua ditolak oleh
Anwar malah pemberian beribu ekar kpd bapa Anwar... Anwar minta bapanya
dipulangkan kembali. Negara maju tidak perlukan minyak tetapi perlukan pemimpin
yg tidak korup.
Beliau boleh menyerang Tun tapi beliau memaafkan walaupun buat
kedua kalinya Tun mengkhinatinya. Beliau boleh membiarkan UMNO diharamkan
tetapi beliau pertahankan kerana beliau bukan bermain politik dendam. Cara
Anwar berpolitik tidak bermain sentimen No UMNO, No Najib, No MCA, No no
no..... baginya siapa yg mahu berubah dan mengubah negara kpd yg lebih baik
silakan.
Ingat kata keramat ini, " Tidak perlu saudara simpati kpd
saya dipukul dipenjarakan tetapi kasihanilah diri anda dan rakyat
termiskin."