BAGUS TANAM BULUH ASALKAN NEGARA TANPA DAP





Menterinya Dr Mohd Khairuddin Aman Razali dalam satu kenyataan media hari ini berkata saiz pasaran global bagi produk buluh dianggarkan berjumlah AS$68 bilion (RM295 bilion) pada 2018. Bagaimanapun, katanya, sumbangan eksport industri berasaskan buluh negara masih rendah iaitu sekitar RM9 juta pada 2019. "Oleh itu, industri buluh mempunyai potensi yang besar untuk diusahakan dan dimajukan di negara ini," katanya dipetik Bernama. Khairuddin berkata beliau turut membentangkan status pembangunan industri buluh negara dan potensinya untuk dimajukan sebagai sumber pertumbuhan baharu dalam sektor agrikomoditi dalam Mesyuarat Jemaah Menteri. Beliau menjelaskan, pokok buluh merupakan tumbuhan mudah ditanam dan dijaga kerana tempoh matangnya yang singkat iaitu di antara tiga hingga empat tahun dan boleh dituai selepas tempoh berkenaan.

Bangsa cina berniaga. Mereka tidak banyak tanah seperti kaum Melayu yang punya ladang sawit. Peluang diberikan supaya bangsa Melayu tidak bergantung pada kerajaan sampai kiamat. Tapi bangsa Melayu yang pemalas , malah ,alas berfikir menganggap cina mahu tipu Melayu..tapi apa nak dikata pimpinan Melayu cakap dulu, baru fikir kemudian dan curi idea orang lain belum tentu tahu pasarannya.

Zahid tuntut Muhyiddin lantik pemimpin Umno Sabah

Zahid tuntut Muhyiddin lantik pemimpin Umno Sabah

Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini membuat tuntutan bagi melantik barisan kepimpinan Umno di Sabah.
Dalam satu surat rasmi kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Zahid menyenaraikan empat tuntutan antaranya, mahu melantik Ahli Parlimen Kinabatangan yang juga Pengerusi Perhubungan Sabah Datuk Seri Bung Mokhtar Radin sebagai Pengerusi Pembangunan Persekutuan Sabah.
Zahid juga mencadangkan pelantikan Ahli Parlimen Kimanis merangkap Ketua Umno Bahagian Kimanis iaitu Datuk Mohamad Alamin sebagai Timbalan Menteri bagi mewakili Umno Sabah.
Manakala, Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno yang juga Ketua Umno Bahagian Tuaran, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan sebagai Ahli Dewan Negara bagi mewakili Umno Sabah.
Dan tuntutan terakhir, Zahid meminta Datuk Yakubah Khan iaitu Ahli Majlis Kerja Tertingi Umno yang juga Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Sabah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pelabuhan Labuan.
Menurut Zahid, tuntutan dan cadangan itu dibuat atas semangat Perikatan Nasional dan wajar diberi perhatian khusus oleh Muhyiddin.
Cadangan dan tuntutan itu adalah hasil perbincangan yang telah diadakan antara Zahid bersama kepimpinan tertinggi Umno Sabah.
“Saya berharap YAB, Tan Sri dapat memberi perhatian dan pertimbangan sewajarnya cadangan bagi memperlihatkan kebersamaan mereka dalam kerajaan Perikatan Nasional bukan hanya di peringkat pusat tetapi khususnya di peringkat negeri Sabah,” ujar Zahid di dalam surat berkenaan yang bertarikoh 16 April 2020.


KAMI PUN DAPAT JUGA PENGHORMATAN DARI TURKI

W.Faudzin&Aim



Laaa...aku ingatkan ucapan tahniah dari Kerajaan Turki. Rupa-rupanya dari parti pembangkang Turki yang hidup segan mati tak mahu....hahaha...bangga le terr lebai..haha
Kononnya mudah kalau faham apa tujuan tunjuk negara Turki tu, lebai ada juga pengaruh di Turki. Ingat Erdogan yang ucap tahniah.Bolehlah perlekeh Anwar ke lebai lebai bawahan bahawa bukan Anwar saja yang dapat penghormatan, kami pun ada aihhhh...tak gitu?




Woiii...BERITA LONGKANG MANA NIH..


W.Faudzin

Cekap depa buat kerja, sama cekap dengan Harakah.

Kalau orang kabur politik sudah tentu percaya bulat-bulat (mcm lambang parti je) dan tanpa fikir panjang melihat tahap itu je politik Anwar...

Kalau nak mengemis jadi TPM dengan Muhyiddin tak perlulah Anwar masuk penjara 2 kali, dulu dah jd TPM.... masa tu ikut je apa kehendak Tun M sdh tentu dia jd PM dlm kerajaan BN.


Ya lah... geng-gang  kabur politik nih kena cari macamana nak tambah power kanta politik mereka, kena tipu byk kali pun tak rasa mereka kena tipu, itulah masalah yg perlu kita rawat minda mereka ini.


WANG 1MDB BUKAN DURIAN RUNTUH TAPI WANG CURI!





Selain bekas Perdana Menteri Dato' Seri Najib Razak, beberapa individu termasuk Low Taek Jho atau Jho Low dan Riza Shahriz Abdul Aziz (anak tiri Najib) turut didakwa terbabit. Mengulas mengenainya Najib berkata kerajaan PERIKATAN NASIONAL perlu meneruskan penyelesaian dengan International Petroleum Investment Company (IPIC) jika mahu mengambil balik wang 1MDB sekaligus dan bukan sedikit demi sedikit. Ahli Jawatankuasa AMANAH Nasional, Muhammad Faiz Fadzil berkata Najib keliru dan mengelirukan. "Jho Low tidak berjawatan dalam 1MDB sedangkan Najib adalah Pengerusi yang berkuasa penuh, jika duit 1MDB hilang, takkan Pengerusi tidak terlibat dan tidak tahu. Sampai hari ini, Najib tak saman Jho Low," kata Faiz.


TAK MALUKAH MENGAKU JASA PIHAK LAIN?





Sementara itu Presiden KEADILAN dalam satu hantaran di Facebook beliau berkata skandal 1MDB antara dosa Najib yang membebankan Negara. "Alhamdulillah, usaha kerajaan lalu yang wajar diberikan kredit dan penghargaan. 1MDB, antara dosa mantan PM6 yang terus menjadi beban kepada Negara." katanya. Sebelum ini UMNO bersilat menafikan bahawa duit 1MDB hilang, jauh sekali telah dicuri. Kapal mewah Equanimity itu, kata pemimpin UMNO, adalah milik Low Taek Jho, atau Jho Low dan tiada kena mengena dengan 1MDB mahupun Kerajaan Malaysia. Pengarah Strategi AMANAH, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad pula mengimbas kembali kenyataan Timbalan Presiden UMNO, Dato' Seri Mohamad Hasan pernah menegaskan bahawa Amerika Syarikat tidak pernah memulangkan wang tersebut seperti yang didakwa PAKATAN HARAPAN. Mohamad, dakwa Dr Dzulkefly, berkata demikian ketika berceramah berceramah di Pilihan Raya Kecil Semenyih.

KENYATAAN EZAM MOHD NOOR



1.Penamatan perkhidmatan Pengerusi Bursa Malaysia Bhd oleh Menteri Kewangan amat mengejutkan.

2.Dalam suasana ekonomi menghadapi cabaran terbesar hari ini dan memerlukan tumpuan total para menteri khususnya Menteri Ekonomi dan Kewangan, keputusan  seperti ini memberi signal yang salah kepada pemain industri dalam dan luar negara.

3.Menteri Kewangan kelihatan mengikut tempo dan langkah2 sumbang yang dilakukan oleh Menteri2 lain pada masa ini yang asyik mengatur posisi2 penting didalam kementerian masing2 sebagai habuan politik.

4.Kuasa sebagai menteri ditumpukan untuk habuan sesama mereka dan bukan menggunakan kuasa untuk menumpukan perhatian kepada masalah rakyat susah yg melarat sekarang.

5.Amat menghairankan , Menteri Kewangan yang belum punya latarbelakang politik yang panjang ini juga terikut rentak menteri2 lain menggunakan kuasa untuk kepentingan diri keluarga,parti dan puak mereka sendiri sahaja.

6.Keputusan Kementerian Kewangan oleh Menterinya hari  ini tidak profesional, memberi imej buruk kepada institusi kewangan dan petanda buruk buat negara.

7.Ianya juga mengesahkan kesangsian kita selama ini bahwa kerajaan baru ini adalah sebuah kerajaan yang menuju ke era poltik kuasa tanpa moral yang akan menyuburkan kembali budaya rasuah,kronisma,politik naungan (patronage) dan salahguna kuasa.

8.Kesemua nilai dan praktis ini hanyalah resipi kepada sebuah ekonomi dan negara yg gagal lebih2 lagi dalam menghadapi cabaran ekonomi dunia paling sukar skrg.

9.Menjadi tanggungjwab kita menegur keras dan menentang kerajaan tidak bertanggungjawab dan tiada moral ini.Malapetaka Covid19 bukan alasan untuk kita berdiam diri dan membiarkan negara ini menuju kehancuran.

Mohamad Ezam Mohd Nor

17 April 2020, 23 Syaaban 1441H

SEMUA AZMIN NAK TERLIBAT KECUALI BUAT KERJA MITI?

OTAI UMNO GELAR AZMIN GILA KUASA?


ELLY YUSOFF

Hari ini...shahril Samad, Khaled Nordin dan Nazri Aziz bersependapat dan menggelarkan Azmin sebagai 'MENTERI GILA KUASA'.

Sharil Samad..."Tidak wajar seorang Menteri MITI mengeluarkan arahan yang bukan dalam bidang kuasanya. Saya tak faham, kemana hilangnya PM, Menteri Kesihatan dan yang paling penting Menteri Dalam Negeri?...sehingga mereka semua hanya menutup mulut sahaja atas arahan-arahan dari Azmin yang tak masuk akal itu" ujar beliau.

Sementara Khaled Nordin pula memberitahu "Azmin mungkin bimbang kehilangan KUASA berbanding keupayaan yang di miliki oleh Ismail Sabri Yaakob. Dia (Azmin) terlalu gelojoh dan dia tidak menampakkan kreadibiliti sebagai seorang Menteri. Nampak sangat dia tidak sesuai berada di dalam jamaah (Menteri)!"

Nazri Aziz pula berkata "Nampak sangat Azmin ni tak tahu nak buat kerja. Selama ni pun kami tau...dia hanya mengharapkan penasihat-penasihat dia jer yang berikan idea. Kami tahu. Entah apa-apa lah dia tu. Kita pernah kata bahawa ada Menteri-menteri PH teruk, tapi yang ini (Azmin) jelas terlalu BURUK. Bukan sahaja dari percakap beliau malahan dari perbuatannya juga. Ada jugak lagi orang yang takde akal dan masih nak sokong dia!" (mungkin dia merujuk kepada Zuraida, Kamaruddin Jaafar dan Saifuddin Abdullah).

Tak lama lah 'penyatuan' PN ni..kan? hehehehehehehehe.
Pssssttttt...nak bagitahu, yang atas tu, bukan aku yang kutuk Azmin tau!.

Walau bagaimana pun,hasil dari maklumat,carian bahawa Khaled Nordin dan Nazri Aziz tidak mengeluarkan kenyataan selain Shahril Samad.


OLEH KERANA SAYA SELALU MENGAMBIL YANG TERBAIK UNTUK SAYA



FB : REEYA HALLEM


Patrick Schweinteiger

Presiden Turkey Erdogan berkata:
Ketika saya masih kecil, saya sangat ego, selalu mengambil yang terbaik untuk diri saya sendiri.
Perlahan-lahan, semua orang meninggalkan saya dan saya tidak punya teman, saya tidak berfikir itu salah saya tetapi saya mengkritik dan menyalahkan orang lain.
Ayah saya memberi saya 3 kalimat dan beberapa pilihan untuk membantu saya dalam hidup.
Suatu hari, ayah saya memasak dua mangkuk mie dan meletakkan dua mangkuk di atas meja. Satu mangkuk disajikan dengan satu telur di bagian atas mie dan mangkuk lainnya tidak memiliki telur di atasnya.
Ayah berkata, "Anakku, silakan kamu pilih, mangkuk mana yang kamu inginkan". (Telur sulit didapati saat itu).
Hanya boleh makan telur selama Festival Tahun Baru Islam, tentu saja saya memilih mangkuk dengan telur..
Saat kami mulai makan, saya mengucapkan selamat kepada diri saya sendiri atas pilihan & keputusan cerdas yang saya lakukan dan mendapatkan telur itu.
Lalu saya terkejut ketika ayahku makan mie bersamaku, ternyata ada dua telur di bawah mangkuknya, tersembunyi di bagian bawah mie.
Saya sangat menyesal.. memarahi diriku sendiri karena terlalu terburu-buru dalam keputusanku. Ayah saya tersenyum dan ibu kepada saya,
"ANAKKU, KAMU HARUS INGAT APA YANG DI LIHAT MATAMU MUNGKIN TIDAK BENAR.
JIKA KAMU BERNIAT MENGAMBIL KEUNTUNGAN DARI ORANG LAIN, KAMU AKAN BERAKHIR DENGAN KEKALAHAN.
Keesokan harinya, ayah saya kembali memasak dua mangkuk mie, satu mangkuk dengan telur di atasnya dan mangkuk lainnya tanpa telur di atasnya.
Sekali lagi, dia meletakkan dua mangkuk di atas meja dan berkata kepada saya, "Anakku, silakan kamu pilih, mangkuk mana yang kamu inginkan".
Kali ini saya lebih pintar, saya memilih mangkuk tanpa telur di atasnya, dan yang mengejutkan saya, saat saya memisahkan mie di atas, tidak ada satu pun telur di dasar mangkuk.
Sekali lagi ayah saya tersenyum dan berkata kepada saya,
"ANAKKU, KAMU TIDAK HARUS SELALU BERGANTUNG PADA PENGALAMAN KARENA TERKADANG HIDUP DAPAT MENGECOHMU ATAU MENIPUMU, TETAPI KAMU TIDAK BOLEH TERLALU JENGKEL ATAU BERSEDIH, INI HANYA SEBAGAI PENGETAHUAN YANG KAMU DAPAT SEBAGAI PROSES PEMBELAJARANMU. DAN KAMU TIDAK AKAN MENDAPATKAN PELAJARAN SEMACAM INI DARI BUKU,SEKOLAH MAUPUN DI BANGKU KULIAHMU".
Hari ketiga, ayah saya lagi memasak dua mangkuk mie lagi, satu mangkuk dengan telur di atas dan mangkuk lainnya tanpa telur di atasnya.
Ayahku meletakkan dua mangkuk di atas meja dan kembali berkata kepadaku.
"Anakku, silakan kamu pilih, mangkuk mana yang kamu inginkan".
Kali ini, aku memberi tahu ayahku,
"Ayah yg pilih dulu, ayah adalah ketua keluarga dan berkonstribusi paling banyak kepada keluarga"
Lalu Ayah saya tidak menolak dan memilih mangkuk dengan satu telur di atasnya, saat saya makan semangkuk mie saya, di hati saya berkata pasti tidak ada telur di dalam mangkuk.
Yang mengejutkan saya, ada dua telur di dasar mangkuk, ayah saya tersenyum kepada saya dengan cinta di matanya.
"ANAKKU, KAMU HARUS INGAT.. KETIKA KAMU BERFIKIR UNTUK KEBAIKAN ORANG LAIN, MAKA HAL-HAL BAIK AKAN SELALU TERJADI PADA DIRIMU".
Saya selalu ingat tiga kalimat nasihat ayah saya dan hidupku selalu melakukan sesuai nasihatnya, dan Alhamdulillah saya boleh berjaya.
Sebab di mana ada iri hati dan mementingkan diri sendiri di situ ada kekacauan dan segala macam perbuatan jahat..
Selamat beraktivitas di rumah, semoga selalu sehat dan semangat.

KEMPEN #Buy Muslim First ADALAH KEMPEN MENJUAL ISLAM DGN HARGA MURAH



*KEMPEN #Buy Muslim First ADALAH KEMPEN LIDAH BERCABANG*

Tak sampai dua bulan kerajaan PH ditumbangkan dgn kerajaan Pintu Belakang, maka tiba tiba kita dikejutkan dengan aksi ADUN Semanggol memborong barangan dapur secara terbuka dari pembekal yg bukan dari orang beragama Islam.



Bukan sekadar itu, rata-rata sudah tidak kedengaran lagi pemuka-pemuka kempen ini berkempen meminta orang Islam memboikot perniagaan orang bukan Islam lagi.

Kempen ini pun berasal dari kempen boikot Cina yang diasaskan oleh cybertrooper PAS&UMNO kerana maarahkan orang Cina menyokong Pakatan Rakyat. Ia ditukar nama menjadi #BMF atas dasar takut didakwa di Mahkamah 


Namun, tindakan ADUN Semanggol ini membuktikan bahawa kempen ini adalah sandiwara dan bersifat lidah bercabang semata-mata. Tujuan utama kempen ini adalah untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan semata--mata. Bukan tujuan kempen ini untuk membantu orang Melayu dan orang Islam langsung.



Kasihan orang2 kecil mcm saudara kita di bawah ini yang ikhlas berjuang kempen #BMF dengan tujuan untuk membantu Islam. Tapi dia tak sedar, orang2 yg melancarkan kempen ni pada mulanya bukan bertujuan untuk membantu Islam pun.

Orang-orang mcm Dr Maza, Dr Rozaimie, pemimpin2 ISMA dan ramai lagi dah tak sebut #BMF lagi dah. Tinggallah orang-orang seperti Izzat Johari ini mengeluh seorang diri seperti ditinggalkan kabilah yang telah mendapat habuan mereka.

Izzat mengeluh:



Saya mengharapkan setidak-tidaknya, pemimpin Islam yang lantang memperjuangkan BMF di Perak ini akan istiqomah tetapi sangkaan saya meleset,” katanya di laman Facebooknya."


Ini akhir zaman maka amalan memperdagangkan agama itu menjadi-jadi. Kempen #BMF ni salah satu contoh petanda akhir zaman sebelum datangnya Dajjal. 

Manusia menjual agama demi mendapat kuasa dan kepentingan dunia. Pemimpin2 yg dibeelakang kempen #BMF ini menjual nama Islam supaya mereka dapat merampas kuasa dari kerajaan yang sah.  Mereka-mereka ini terdiri dari orang-orang yang berlatar belakang agama dan kononnya mengaku memperjuangkan agama.

Selain dari itu, mereka juga mahu supaya berlaku benci membenci sesama kaum di Malaysia dan boleh membawa kepada rusuhan dan pertenlingkahan kaum yang serius di Malaysia. Semuanya supaya mereka dapat merampas kuasa dengan cara yang amat jijik.

 Yang kasihan adalah orang seperti Izzat Johari yang ikhlas memperjuangkan Islam tapi baru tersedar mereka selama ini diperalatkan oleh puak-puak penjual agama.


*TULANG BESI*


KETUA POLIS JOHOR JAWAB TUDUHAN ANAK SAUDARA MENTERI KESIHATAN (AYAQ SUAM ) MALAYSIA


Anak sedara Menteri air suam rupanya



Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay menafikan dakwaan dan fitnah yang dilemparkan oleh Dr. Hairin Anisa Tajuddin yang merupakan anak saudara Menteri Kesihatan Malaysia, Dr. Adham Baba bahawa pihak polis tidak buat kerja dan duduk di pejabat sahaja.
Datuk Ayob Khan juga memberikan fakta seramai 3,765 pegawai dan anggota polis ditugaskan sama ada di sekatan jalan raya, kawasan kuarantin, hospital dan sebagainya. PDRM turut dibantu 1,575 pegawai dan anggota daripada pelbagai agensi termasuklah Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) serta Angkatan Pertahanan Awam (APM).
Menurut Datuk Ayob Khan, "PDRM telah menangkap 2,503 orang sepanjang PKP dilaksanakan jadi mana dakwaan yang cakap polis tidak ambil tindakan?"
"Kita juga telah semak latar belakang doktor berkenaan, dia bukan bertugas dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan dia pun buat video complaint (aduan) berdasarkan cakap orang lain (pesakit) bukan dia pergi tengok sendiri.


Ke mana perginya bakul makanan untuk kawasan MP pembangkang?



Kenyataan media oleh Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh

Memasuki fasa ketiga dan minggu keempat perintah kawalan pergerakan (PKP) dilaksanakan, 1,000 bakul makanan yang dijanjikan oleh kerajaan untuk diagihkan kepada rakyat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ke kawasan parlimen tidak berjalan seperti yang diharapkan.

Sehingga kenyataan ini ditulis, terdapat sekurang-kurangnya 54 kawasan parlimen pembangkang yang masih belum menerima sebarang bantuan tersebut.

Kelewatan pengagihan bakul makanan ke kawasan parlimen pihak pembangkang akan memberi kesan kepada keluarga kumpulan B40 terutama apabila kita kini memasuki minggu keempat PKP dan Menteri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM) perlu bersedia untuk mengurus bantuan ini secara lebih adil andai PKP ini bersambung ke fasa yang seterusnya.

Menteri KPWKM juga digesa untuk segera memperbaiki sistem pengagihan bakul makanan ini tanpa melakukan pemberian terpilih dan tidak mengambil kesempatan di atas kerja keras warga JKM serta menjadikan mereka dalam keadaan serba salah sedangkan rakyat dalam kesusahan dalam tempoh PKP ini. 

*Tangguh Bayar Pinjaman 6 Bulan Tapi Hutang Bertambah*



Antara skim yang dijanjikan dalam Bantuan Prihatin Nasional kepada rakyat Malaysia dlam menghadapi bencana COVID19 adalah pengecualian pembayaran ansuran pinjaman rumah dan kereta selama enam bulan.

Rata-rata rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu mempunyai tanggapan bahawa penangguhan ini adalah percuma dan tidak dikenakan cas walaupun satu sen.

Namun tanggapan ini sebenarnya meleset.

Yang sebenarnya:

1) Kerajaan tidak langsung mengeluarkan satu sen kepada rakyat Malaysia dalam membantu mengurangkan kadar beban hutang rumah dan kereta
2) Bank2 sebenarnya akan membuat kenuntungan yang lebih berdasarkan langkah kerajaan ini.
3) Hutang rakyat Malaysia sebenarnya bertambah bukan berkurang kerana morotorium ini bukan percuma.

Merujuk kepada Q&A Bank Negara sendiri, saya naqalkan sebahagian :

S: Apakah penangguhan pembayaran balik pinjaman atau pembiayaan?

Jawapan:...Faedah/keuntungan akan terus terakru (yakni diambil kira) ke atas bayaran balik pinjaman/pembiayaan yang ditangguhkan dan peminjam/pelanggan perlu menunaikan pembayaran balik yang tertangguh pada masa akan datang....(BERAKHIR)

Soalnya sekarang kenapa Kerajaan tidak memberi amaran kepada rakyat terlebih dahulu bahawa rakyat akan ditambah hutang mereka sekiranya memilih morotorium ini?

Ada rakyat yang sanggup membayar pinjaman mereka semata-mata tidak mahu menambah hutang mereka yang sudah pun besar.

Bagi Tulang Besi, ini adalah satu ketidak jujuran kerajaan negeri lebih-lebih lagi tindakan ini sebenarnya menambah keuntungan bank-bank dan tidak lah membantu rakyat sangat.

Tapi apakan daya. Inilah kerajaan Melayu PN yang sudah mula menunjukkan belang mereka.

Hakikatnya, ini hutang yg ditanggung rakyat bukan sangat bantuan dari kerajaan bagi mereka yang terbelenggu dengan masaalah Covid 19 ini.

*TULANG BESI



SEKALI LAGI DAP SEKOLAHKAN LEBAI YANG BAWA FAKTA 'HANYUT"


TERESA KOK JAWAB SALAH FAKTA HJ BAKRI JAMALUDDIN BERKAITAN BEBERAPA ISU BERBANGKIT TERMASUK PENANAMAN BULUH.

Saya memang tertarik dengan tajuk artikel “Apakah Buluh PAS dan DAP sama?” yang ditulis oleh Haji Bakri Jamaluddin disiarkan dalam Harakahdaily.net pada 16 April 2020.

Saya ingin membetulkan beberapa poin yang salah yang dibangkitkan oleh Haji Bakri :-

1. Pelan Tindakan Pembangunan Industri Buluh Malaysia sebenarnya dirangka oleh Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) bagi tempoh 2011 - 2020, dan ia bukan dirangka pada tahun 2016 seperti apa yang disebut oleh Haji Bakri.

2. Pelan Tindakan Pembangunan Industri Buluh 2011 - 2020 memang dirangka sebelum PH menjadi kerajaan, tetapi pelan ini tidak dilaksanakan dengan seriusnya. Oleh sebab itu, nilai eksport buluh pada tahun 2019 adalah sebanyak RM 9 juta sahaja, sedangkan saiz pasaran bagi buluh global ialah AS$ 68 billion pada tahun 2018, seperti apa yang dinyatakan oleh Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi sendiri.

3. Semasa saya memegang jawatan Menteri di Kementerian Industri Utama, bila saya diberitahu oleh Pegawai MTIB berkenaan Pelan Tindakan Pembangunan Industri Buluh, saya pun mula giat mempromosi penanaman buluh sebagai tanaman baharu bagi negara kita, termasuk membawa pegawai MTIB untuk memberi pembentangan kepada beberapa Menteri Besar dan barisan kepimpinan kerajaan beberapa negeri. Selain daripada itu, saya juga berjaya mendapat peruntukan sebanyak RM 6 juta dalam bajet 2020 untuk menubuhkan nurseri benih buluh.

4. Tulisan Haji Bakri yang menyatakan YB Menteri Dr Mohd Khairuddin Aman Razali “berani menjadikan program memajukan industri berasaskan buluh sebagai ‘game changer’ di bawah MTIB” adalah tidak tepat kerana Pelan Tindakan Pembangunan Industri Buluh telahpun bermula pada tahun 2011. Beliau hanya meneruskan dasar yang lama di bawah MTIB sahaja.

5. Saya tidak pernah menyaran para penanam sawit untuk “lupakan sawit, tanam buluh”. Ini adalah tajuk laporan yang sengaja diputar-belitkan oleh akhbar Utusan Malaysia pada waktu itu.

6. Untuk makluman Haji Bakri, “minum satu sudu minyak sawit setiap hari” adalah kenyataan Tun Dr Mahathir semasa beliau melancarkan Kempen Sayangi Sawitku pada 24 Mac 2019. Ia sengaja diputar-belitkan oleh penyokong UMNO & PAS untuk menghina Kempen Sayangi Sawitku yang dimulakan oleh saya.

7. Selain daripada itu juga, “menoreh getah dalam musim hujan” adalah kenyataan Lembaga Getah Malaysia (LGM) kerana LGM memang telah berjaya mengeluarkan alat yang membolehkan penorehan getah dijalankan pada musim hujan. Alat-alat seperti ini juga digunakan oleh penoreh getah di negara Thai dan di Hainan, China. Saya suka mencadangkan agar Haji Bakri mengunjungi LGM untuk mendapat taklimat berkenaan rekaan ini daripada penyelidik dan Ketua Pengarah LGM.

8. Sebab utama YB Menteri Dr Khairuddin menghadapi kritikan dan ejekan daripada orang ramai pada ketika ini adalah kerana beliau pernah membuat kenyataan pada Mac tahun lepas (2019) yang tidak betul yang menghina usaha saya selaku Menteri pada masa itu untuk mempromosi penanaman buluh berdasarkan laporan yang salah yang disiarkan dalam Utusan Malaysia. Ironinya ketika ini, YB Dr Khairuddin jelas kuat mempromosi penanaman buluh.

9. Haji Bakri sebagai seorang Ustaz dan pemimpin PAS haruslah bercakap dan menulis apa yang benar, dan bukan memutar belitkan fakta mengikut kepentingan diri kerana Islam telah mengajar kita bahawa “fitnah adalah lebih buruk daripada membunuh”.

10. Saya juga berharap Harakahdaily.net bersedia bagi menyiarkan kenyataan saya yang membetulkan fakta yang salah dalam artikel Haji Bakri Jamaluddin, supaya Harakahdaily.net dilihat sebagai media yang menjunjung fakta sekali gus mempunyai kredibiliti. Sekiranya tidak, Harakahdaily.net juga tidak lebih daripada sebuah portal penyambung fitnah.

TERESA KOK
Ahli Parlimen Seputeh
16 April 2020


ANWAR TAK MUNGKIN KHIANATI PH DEMI MENGEJAR JAWATAN



Walaupun Presiden PKR, Anwar Ibrahim sudah menjelaskan intipati perbincangannya dalam pertemuan dengan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin baru-baru ini adalah berkaitan usaha menangani wabak Covid-19 serta perlunya sidang khas Parlimen diadakan bagi membincangkannya, nampaknya masih ramai yang tidak mempercayainya.

Ramai yang membuat tuduhan, terutama mereka yang pro UMNO bahawa Anwar didakwa telah membincangkan soal penyertaan PKR ke dalam PN dalam pertemuan dengan Muhyiddin itu.

Seterusnya, Anwar juga diheboh-hebohkan menuntut jawatan Timbalan Perdana Menteri jika penyertaan PKR ke dalam PN itu menjadi kenyataan.

Mereka mendakwa, itulah sebenarnya yang menyebabkan pertemuan Anwar dengan Muhyiddin itu berlanjutan sehingga 45 minit lamanya.

Kalau sekadar bercakap soal Covid-19 dan sidang khas Parlimen, paling-paling pertemuan itu hanya perlu selama 15 minit saja, kata mereka lagi.

Keinginan Muhyiddin mengajak Anwar bersama dalam PN turut diperkuatkan lagi dengan teori pihak lain berdasarkan rungutan tak sudah-sudah pihak dalam UMNO yang seolah-olah masih tak puas hati dengan kedudukan mereka dalam kerajaan.

Mereka masih meniupkan sentimen bahawa Muhyiddin tidak berlaku adil kepada UMNO berbanding kumpulan Azmin Ali dan Bersatu, walaupun parti itu menyumbang paling banyak kerusi dalam PN.

Lantaran merasakan UMNO hanyalah penumpang semata-mata, mereka mengatakan sebab itulah hanya kementerian-kementerian yang kurang penting diperuntukkan kepada parti itu.

Dari segi Muhyiddin, memang tidak mustahil untuk beliau mengajak Anwar dan PKR untuk bersamanya dalam kerajaan, lebih-lebih lagi jika difahami kedudukannya yang tidak stabil dalam Bersatu serta jika tiba-tiba UMNO buat hal terhadapnya.

Tetapi, harus juga difahami tentang pendirian Anwar yang sentiasa komited kepada PH dan tidak sesekali akan meninggalkan DAP dan Amanah dalam sebarang keputusan yang bakal dibuatnya.

Dalam konteks ini, Muhyiddin mungkin perlukan Anwar dan PKR, tetapi barangkali masih tidak bersedia untuk menerima DAP, tambahan lagi kerana ingin putus hubungan dengan DAPlah yang dijadikan asas ketika beliau beria-ia membawa Bersatu keluar daripada PH sebelum ini.

Maka, jika kerjasama itu menjadi keinginan Muhyiddin, pertembungan yang berlaku ialah berkenaan kedudukan DAP.

Anwar bukan saja tidak mungkin meninggalkan DAP serta Amanah, bahkan tentu saja sukar untuk berada di dalam kerajaan tebuk atap Muhyiddin yang ada kumpulan Azmin dan Pas di dalamnya.

Untuk itu, kerjasama politik antara Muhyiddin dengan Anwar dan PKR sebenarnya sangat sukar untuk menjadi kenyataan.

Anwar adalah pemimpin yang berpegang kepada setiakawan dan tidak akan sebegitu mudah meninggalkan rakan-rakan atau menggadai prinsipnya semata-mata kerana jawatan.

Lagi pula, kerajaan PN ini adalah kerajaan tebuk atap dan mustahil Anwar juga masuk melalui atap untuk menjadi sebahagian daripada kerajaan.

Laluan Anwar dan PH untuk kembali menjadi kerajaan ialah sama ada melalui usul undi tidak percaya di Parlimen atau bersabar sikit melalui kuasa rakyat dalam PRU15 akan datang.

Melihat kepada caca-marba kerajaan PN dan hakikat bahawa sokongan UMNO kepada Muhyiddin hanya sementara tibanya PRU15 saja, selepas itu di mana Bersatu akan bertanding masih menjadi misteri tanpa jawapan, realitinya cahaya di hujung terowong pilihanraya akan datang adalah cerah buat Anwar dan PH.

 (ShahbudinHusin 17/04/2020)


(function() { var d = document, w = window; w

Undi Pas Tidak Jamin Islam Didaulatkan (ULANGSIAR)

Oleh: Syed Mohd Al-Amin Tuan Sharif Sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) 14 dan jauh sebelumnya pun pada PRU13,12,11 dan 10, malahan sejak ...