Selain bekas Perdana Menteri Dato' Seri Najib Razak, beberapa individu termasuk Low Taek Jho atau Jho Low dan Riza Shahriz Abdul Aziz (anak tiri Najib) turut didakwa terbabit. Mengulas mengenainya Najib berkata kerajaan PERIKATAN NASIONAL perlu meneruskan penyelesaian dengan International Petroleum Investment Company (IPIC) jika mahu mengambil balik wang 1MDB sekaligus dan bukan sedikit demi sedikit. Ahli Jawatankuasa AMANAH Nasional, Muhammad Faiz Fadzil berkata Najib keliru dan mengelirukan. "Jho Low tidak berjawatan dalam 1MDB sedangkan Najib adalah Pengerusi yang berkuasa penuh, jika duit 1MDB hilang, takkan Pengerusi tidak terlibat dan tidak tahu. Sampai hari ini, Najib tak saman Jho Low," kata Faiz.
WANG 1MDB BUKAN DURIAN RUNTUH TAPI WANG CURI!