TAK MALUKAH MENGAKU JASA PIHAK LAIN?





Sementara itu Presiden KEADILAN dalam satu hantaran di Facebook beliau berkata skandal 1MDB antara dosa Najib yang membebankan Negara. "Alhamdulillah, usaha kerajaan lalu yang wajar diberikan kredit dan penghargaan. 1MDB, antara dosa mantan PM6 yang terus menjadi beban kepada Negara." katanya. Sebelum ini UMNO bersilat menafikan bahawa duit 1MDB hilang, jauh sekali telah dicuri. Kapal mewah Equanimity itu, kata pemimpin UMNO, adalah milik Low Taek Jho, atau Jho Low dan tiada kena mengena dengan 1MDB mahupun Kerajaan Malaysia. Pengarah Strategi AMANAH, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad pula mengimbas kembali kenyataan Timbalan Presiden UMNO, Dato' Seri Mohamad Hasan pernah menegaskan bahawa Amerika Syarikat tidak pernah memulangkan wang tersebut seperti yang didakwa PAKATAN HARAPAN. Mohamad, dakwa Dr Dzulkefly, berkata demikian ketika berceramah berceramah di Pilihan Raya Kecil Semenyih.