*KEMPEN #Buy Muslim First ADALAH KEMPEN LIDAH BERCABANG*
Tak sampai dua bulan kerajaan PH ditumbangkan dgn kerajaan Pintu Belakang, maka tiba tiba kita dikejutkan dengan aksi ADUN Semanggol memborong barangan dapur secara terbuka dari pembekal yg bukan dari orang beragama Islam.
Bukan sekadar itu, rata-rata sudah tidak kedengaran lagi pemuka-pemuka kempen ini berkempen meminta orang Islam memboikot perniagaan orang bukan Islam lagi.
Kempen ini pun berasal dari kempen boikot Cina yang diasaskan oleh cybertrooper PAS&UMNO kerana maarahkan orang Cina menyokong Pakatan Rakyat. Ia ditukar nama menjadi #BMF atas dasar takut didakwa di Mahkamah
Namun, tindakan ADUN Semanggol ini membuktikan bahawa kempen ini adalah sandiwara dan bersifat lidah bercabang semata-mata. Tujuan utama kempen ini adalah untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan semata--mata. Bukan tujuan kempen ini untuk membantu orang Melayu dan orang Islam langsung.
Kasihan orang2 kecil mcm saudara kita di bawah ini yang ikhlas berjuang kempen #BMF dengan tujuan untuk membantu Islam. Tapi dia tak sedar, orang2 yg melancarkan kempen ni pada mulanya bukan bertujuan untuk membantu Islam pun.
Orang-orang mcm Dr Maza, Dr Rozaimie, pemimpin2 ISMA dan ramai lagi dah tak sebut #BMF lagi dah. Tinggallah orang-orang seperti Izzat Johari ini mengeluh seorang diri seperti ditinggalkan kabilah yang telah mendapat habuan mereka.
Izzat mengeluh:
Saya mengharapkan setidak-tidaknya, pemimpin Islam yang lantang memperjuangkan BMF di Perak ini akan istiqomah tetapi sangkaan saya meleset,” katanya di laman Facebooknya."
Ini akhir zaman maka amalan memperdagangkan agama itu menjadi-jadi. Kempen #BMF ni salah satu contoh petanda akhir zaman sebelum datangnya Dajjal.
Manusia menjual agama demi mendapat kuasa dan kepentingan dunia. Pemimpin2 yg dibeelakang kempen #BMF ini menjual nama Islam supaya mereka dapat merampas kuasa dari kerajaan yang sah. Mereka-mereka ini terdiri dari orang-orang yang berlatar belakang agama dan kononnya mengaku memperjuangkan agama.
Selain dari itu, mereka juga mahu supaya berlaku benci membenci sesama kaum di Malaysia dan boleh membawa kepada rusuhan dan pertenlingkahan kaum yang serius di Malaysia. Semuanya supaya mereka dapat merampas kuasa dengan cara yang amat jijik.
Yang kasihan adalah orang seperti Izzat Johari yang ikhlas memperjuangkan Islam tapi baru tersedar mereka selama ini diperalatkan oleh puak-puak penjual agama.
*TULANG BESI*