KETUA POLIS JOHOR JAWAB TUDUHAN ANAK SAUDARA MENTERI KESIHATAN (AYAQ SUAM ) MALAYSIA


Anak sedara Menteri air suam rupanya



Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay menafikan dakwaan dan fitnah yang dilemparkan oleh Dr. Hairin Anisa Tajuddin yang merupakan anak saudara Menteri Kesihatan Malaysia, Dr. Adham Baba bahawa pihak polis tidak buat kerja dan duduk di pejabat sahaja.
Datuk Ayob Khan juga memberikan fakta seramai 3,765 pegawai dan anggota polis ditugaskan sama ada di sekatan jalan raya, kawasan kuarantin, hospital dan sebagainya. PDRM turut dibantu 1,575 pegawai dan anggota daripada pelbagai agensi termasuklah Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) serta Angkatan Pertahanan Awam (APM).
Menurut Datuk Ayob Khan, "PDRM telah menangkap 2,503 orang sepanjang PKP dilaksanakan jadi mana dakwaan yang cakap polis tidak ambil tindakan?"
"Kita juga telah semak latar belakang doktor berkenaan, dia bukan bertugas dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan dia pun buat video complaint (aduan) berdasarkan cakap orang lain (pesakit) bukan dia pergi tengok sendiri.


No comments: