Antara skim yang dijanjikan dalam Bantuan Prihatin Nasional kepada rakyat Malaysia dlam menghadapi bencana COVID19 adalah pengecualian pembayaran ansuran pinjaman rumah dan kereta selama enam bulan.
Rata-rata rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu mempunyai tanggapan bahawa penangguhan ini adalah percuma dan tidak dikenakan cas walaupun satu sen.
Namun tanggapan ini sebenarnya meleset.
Yang sebenarnya:
1) Kerajaan tidak langsung mengeluarkan satu sen kepada rakyat Malaysia dalam membantu mengurangkan kadar beban hutang rumah dan kereta
2) Bank2 sebenarnya akan membuat kenuntungan yang lebih berdasarkan langkah kerajaan ini.
3) Hutang rakyat Malaysia sebenarnya bertambah bukan berkurang kerana morotorium ini bukan percuma.
Merujuk kepada Q&A Bank Negara sendiri, saya naqalkan sebahagian :
S: Apakah penangguhan pembayaran balik pinjaman atau pembiayaan?
Jawapan:...Faedah/keuntungan akan terus terakru (yakni diambil kira) ke atas bayaran balik pinjaman/pembiayaan yang ditangguhkan dan peminjam/pelanggan perlu menunaikan pembayaran balik yang tertangguh pada masa akan datang....(BERAKHIR)
Soalnya sekarang kenapa Kerajaan tidak memberi amaran kepada rakyat terlebih dahulu bahawa rakyat akan ditambah hutang mereka sekiranya memilih morotorium ini?
Ada rakyat yang sanggup membayar pinjaman mereka semata-mata tidak mahu menambah hutang mereka yang sudah pun besar.
Bagi Tulang Besi, ini adalah satu ketidak jujuran kerajaan negeri lebih-lebih lagi tindakan ini sebenarnya menambah keuntungan bank-bank dan tidak lah membantu rakyat sangat.
Tapi apakan daya. Inilah kerajaan Melayu PN yang sudah mula menunjukkan belang mereka.
Hakikatnya, ini hutang yg ditanggung rakyat bukan sangat bantuan dari kerajaan bagi mereka yang terbelenggu dengan masaalah Covid 19 ini.
*TULANG BESI