BERHUJAH LAH DENGAN FAKTA



Dari dalam parlimen sehingga lah ke media sosial sekarang tidak banyak yang kita boleh mendengar atau mendengar hujah-hujah berfakta yang boleh dikongsi. Kebanyakan hujah adalah berasaskan emosi yang penoh dengan persepsi, prasangka dan fitnah yang di reka cipta oleh pihak tertentu untuk menyerang orang tidak disukainya. 

Apa yang lebih menyedihkan ialah bukan sahaja tidak berfakta tetapi sarat dengan maki hamun, provokasi dan penggunaaan bahasa-bahasa kesat yang sangat meloyakan(dianggap budak tak sekolah tinggi) . Perbezaan pendapat adalah perkara biasa dan semua orang berhak memberi hujah-hujah masing dengan menggunakan fakta-fakta yang benar bukannya dengan cara memaki hamun, provokasi dan menyebarkan maklumat-maklumat yang terbukti sebagai fitnah. 

Dimanakah silap nya sistem pendidikan kita sehingga budaya maki hamun dan menyebar fitnah telah menjadi perkara yang lumrah kebelakangan ini.

Bila membicarakan tentang fitnah dan tohmahan, saya teringat tentang cerita tanaman buluh yang pernah disarankan oleh mantan Menteri Perusahaan Perladangan dan komoditi pada tahun 2019 supaya rakyat menukar kecenderungan menanam kelapa sawit kepada buluh. Menurutnya buluh mempunyai potensi menjana perolehan yang lebih baik berbanding dengan kelapa sawit, apatah lagi dalam keadaan harga minyak kelapa sawit yang terus merudum.


Cadangan beliau telah dibalas dengan komen-komen yang sangat negatif samada di dalam parlimen mahu pun di media sosial. Tidak ketinggalan ada penceramah agama yang turut tumpang sekaki mencemuh cadangan tersebut. Pelbagai cemuhan dan sindiran sehingga ke tahap menganjing digunakan seperti kerajaan waktu itu ingin menanam buluh untuk buat lemang dan meriam buluh dsbnya.

 Kehendak Allah antara orang yang telah mencemuh cadangan tersebut di dalam Parlimen ialah Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi kerajaan pintu belakang sekarang. Tidak sampai 3 bulan menteri berkenaan mengambil alih jawatan tersebut, beliau sendiri dengan bangga menyatakan tentang potensi besar industri buluh yang sebelum ini beliau telah mencemuhnya di parlimen.

Yang jelas ahli-ahli politik kita termasuk golongan berserban akan merendah-rendahkan idea yang baik dari orang lain hanya kerana perbezaan parti politik dan bukannya berasaskan fakta atau maklumat yang benar. Setiap idea yang diberikan oleh pihak yang tidak sehaluan dengannya, mereka akan cuba mencari alasan-alasan atau mencipta dalil-dalil untuk mencemuh dan menyindir idea tersebut. 

Ianya bukan sesuatu yang pelik di negara ini kerana fatwa ulamak politik pun sering berubah mengikut kepentingan mereka. Persoalannya kalau budaya begini berterusan, bagaimana kah negara kita akan maju ke hadapan kerana parlimen yang merupakan badan tertinggi dalam menggubal dasar-dasar pembangunan negara hanya menjadi pentas untuk mereka membuat sindiran dan memperlekehkan idea orang lain.

Jika inilah yang berlaku, bermakna ahli politik gagal mendidik pengikut atau kerana keadaan sekeliling yang berbeza mempengaruhi tabuat dan sikap seseorang,taraf pendidikan,acuan ideologi,kelemahan pendidikan atau memang  sikap lemahnya sistem pendidikan atau memang telan kahak sendiri.