1.Penamatan perkhidmatan Pengerusi Bursa Malaysia Bhd oleh Menteri Kewangan amat mengejutkan.
2.Dalam suasana ekonomi menghadapi cabaran terbesar hari ini dan memerlukan tumpuan total para menteri khususnya Menteri Ekonomi dan Kewangan, keputusan seperti ini memberi signal yang salah kepada pemain industri dalam dan luar negara.
3.Menteri Kewangan kelihatan mengikut tempo dan langkah2 sumbang yang dilakukan oleh Menteri2 lain pada masa ini yang asyik mengatur posisi2 penting didalam kementerian masing2 sebagai habuan politik.
4.Kuasa sebagai menteri ditumpukan untuk habuan sesama mereka dan bukan menggunakan kuasa untuk menumpukan perhatian kepada masalah rakyat susah yg melarat sekarang.
5.Amat menghairankan , Menteri Kewangan yang belum punya latarbelakang politik yang panjang ini juga terikut rentak menteri2 lain menggunakan kuasa untuk kepentingan diri keluarga,parti dan puak mereka sendiri sahaja.
6.Keputusan Kementerian Kewangan oleh Menterinya hari ini tidak profesional, memberi imej buruk kepada institusi kewangan dan petanda buruk buat negara.
7.Ianya juga mengesahkan kesangsian kita selama ini bahwa kerajaan baru ini adalah sebuah kerajaan yang menuju ke era poltik kuasa tanpa moral yang akan menyuburkan kembali budaya rasuah,kronisma,politik naungan (patronage) dan salahguna kuasa.
8.Kesemua nilai dan praktis ini hanyalah resipi kepada sebuah ekonomi dan negara yg gagal lebih2 lagi dalam menghadapi cabaran ekonomi dunia paling sukar skrg.
9.Menjadi tanggungjwab kita menegur keras dan menentang kerajaan tidak bertanggungjawab dan tiada moral ini.Malapetaka Covid19 bukan alasan untuk kita berdiam diri dan membiarkan negara ini menuju kehancuran.
Mohamad Ezam Mohd Nor
17 April 2020, 23 Syaaban 1441H