Matra WHO test, test dan test kini akan dilaksanakan oleh KKM

Matra WHO test, test dan test kini akan dilaksanakan oleh KKM


Selepas beberapa kali media melaporkan saranan bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad agar matra Persatuan Kesihatan Sedunia (WHO) test! test! test (uji, uji dan uji) diambil kira, kini ia bakal dilaksanakan secara besar-besaran oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Kementerian Kesihatan akan segera melakukan ujian besar-besaran untuk mengesan kes Covid-19 di kalangan orang ramai, kata Kementerian Kesihatan semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kerajaan telah memesan alat ujian pantas (RTK) dari sebuah syarikat Korea Selatan dan berharap dapat menerimanya minggu depan.
Kit itu dihasilkan oleh SD Biosensor Inc, dan mengesan antigen pada virus yang menyebabkan Covid-19. Noor Hisham berkata, ujian mendapati alatan itu mempunyai tahap kepekaan dan kekhususan yang tinggi.
“Berita baiknya adalah, kepekaan yang kita cari adalah pada 84.4 peratus. Dan kekhususan ujian itu adalah 100 peratus,” katanya pada sidang media di Putrajaya petang semalam.
Seminggu lalu, dalam temubualnya dengan The Malaysian Insight, Ahli Parlimen Kuala Selangor dari AMANAH itu mencadangkan agar KKM membuat ujian secara besar-besaran bagi mengesan dan memutuskan rantaian penyebaran wabak Covid-19.
Sebelum itu, Dr Dzulkefly menegaskan tentang perlunya matra WHO, test test dan test dilaksanakan untuk membolehkan negara mendapat cara terbaik bagi menangani wabak ini secara berkesan.
Ketika itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Pendidikan Tinggi kerana membolehkan 10 lagi pusat kajian di pusat pengajian tinggi membuat kajian secara terperinci tentang Covid-19.
“Meminta rakyat duduk di rumah dan menghentikan pergerakan mereka bagus tetapi ia tidak menyelesaikan wabak ini.
“Kita mesti memastikan pasukan kesihatan kita menggunakan kaedah terbaik untuk mengesan orang yang disyaki dan menyembuhkan mereka,” kata ahli parlimen Kuala Selangor itu melalui twitternya.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari juga mengulangi matra yang sama dalam temubual secara langsung beliau melalui TV3, test, test dan test.