ÀNNUAR MUSA LANGGAR KETETAPAN PARTI.SUDAH BOLEH DIAMBIL TINDAKAN



 Bekas Setiausaha Agung BN, Annuar Musa berkata, beliau tidak akan sesekali berputus asa untuk menyatukan parti-parti Melayu meskipun berdepan kemungkinan dipecat daripada UMNO.

Menteri Wilayah Persekutuan itu menambah, beliau sedar ada pihak mendakwanya cenderung kepada ‘sebuah parti Melayu’ tertentu.

“Saya tidak akan ‘give up’ walau saya dipecat kerana dikatakan pro kepada sebuah parti Melayu.

“Saya istiqamah dengan pendirian bahawa parti saya hanya akan menjadi kuat sekiranya parti saya berupaya bermuafakat dan berkerjasama dengan semua parti Melayu yang lain,” katanya melalui satu hantaran di laman sosialnya.

Walaupun tidak menyebut nama parti berkenaan, semua orang tahu parti Melayu yang dikaitkan dengan Annuar itu adalah Bersatu pimpinan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.

Dalam beberapa kenyataannya sebelum ini, Annuar memang terkenal dengan ketegaran pegangannya bahawa UMNO harus bekerjasama dengan Bersatu, selain bersama Pas, jika ingin menang dalam PRU15 akan datang.

Bagi Annuar, UMNO tiada harapan untuk menang jika bersendirian kerana BN yang ditunjanginya kini sudah menjadi semakin kecil dengan hanya ada empat parti saja di dalamnya, berbanding 16 parti pada PRU14 lalu.

“Sebelum kita fikir untuk meletakkan calon Perdana Menteri daripada UMNO, fikirkan dulu sama ada BN boleh menang atau tidak pada PRU akan datang,” katanya dalam sebuah wawancara dua hari lalu.

Begitu pun, di ketika Annuar sehingga hari ini masih mahu berusaha menyatu-padukan parti-parti Melayu, termasuk memastikan UMNO bekerjasama dengan Bersatu dan Pas, UMNO bahagian-bahagian dalam mesyuarat perwakilan pada 1-3 Januari lalu secara majoritinya telah pun meluluskan usul putus hubungan dengan Bersatu.

Keputusan muktamad berhubung usul itu dijadual akan dibawa untuk dibahas dalam Perhimpunan Agung UMNO, 31 Januari lalu bagi menjadikannya sebagai ketetapan parti.

Namun demikian, perhimpunan itu terpaksa ditangguhkan kerana perlaksanaan PKP dan darurat.

Sehingga ini, belum ada tarikh baru bila Perhimpunan Agung UMNO bakal diadakan, tetapi Setiausaha Agung UMNO, Ahmad Maslan baru-baru ini ada membayangkan kemungkinan ia akan diadakan secara maya jika PKP berlarutan lebih lama.

Dengan tertangguhnya perhimpunan itu, bermakna keputusan untuk memuktamadkan ketetapan berhubung usul putus hubungan dengan Bersatu juga jadi tertunda.

Tetapi, Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi, dalam kenyataan media pada 9 Januari lalu ada menegaskan, MT UMNO yang bermesyuarat pada 6 Januari telah bersetuju untuk putus hubungan dengan Bersatu, sesuai dengan usul yang telah diluluskan oleh UMNO bahagian-bahagian sebelum itu.

Oleh kerana MT adalah badan pembuat keputusan tertinggi parti ketika tiada Perhimpunan Agung UMNO diadakan, bermakna keputusan bersetuju untuk putus hubungan dengan Bersatu yang dibuat pada 6 Januari lalu adalah sah dan terpakai buat masa ini.

Dengan itu, sepatutnya tiada mana-mana pihak dalam UMNO dibenarkan lagi bercakap untuk membawa UMNO bekerjasama dengan Bersatu lantaran ketetapan MT ialah setuju putus hubungan dalam PRU akan datang.

Maka, jika Annuar terus berusaha untuk membawa UMNO bekerjasama dengan parti-parti Melayu lain, termasuk Bersatu, ia adalah suatu tindakan yang salah dan bertentangan dengan ketetapan parti.

Termasuk dengan beberapa kecaman yang dibuatnya secara terbuka terhadap Zahid Hamidi, beliau sebenarnya sudah boleh diambil tindakan disiplin oleh parti.

Apakah Annuar tidak tahu atau tidak sedar tentang kesalahan yang telah dilakukannya?

Tetapi, mengapa pula Annuar ada menyebut tentang kemungkinan dirinya dipecat daripada UMNO?

Tidakkah ia menunjukkan Annuar sedar tentang kesalahan melanggar ketetapan parti yang mungkin telah dilakukannya?

Jika begitu, mengapa beliau masih terus mahu bercakap tentang kerjasama UMNO dengan Bersatu?

Apakah Annuar sebetulnya sedang mencabar Zahid Hamidi dan UMNO agar memecatnya atau beliau memang menunggu untul dipecat agar dengan itu akan memudahkannya menyeberang menyertai Bersatu? (Shahbudindotcom 08/02/2021)



APA NAK JADI MELAYU NI




Kak Ida Abdullah


 Saya tak boleh membaca tulisan China, tulisan Tamil. Tertanya juga saya ahli politik Cina dan India bercakaran ka macam Melayu. Sami Cina dan India bergaduh ka macam ustaz Melayu?


Buka FB scroll, satgi nampak ahli politik Melayu tukar hukum haram jadi halal kemudian dipertahankan penyokong samdol apabila pemimpin mereka ditegur.


Scroll lagi, jumpa pula ustaz bergaduh, ustaz tu tuduh wahabi, ustaz ni tuduh bid'ah.


Apa  dah jadi Melayu ni? Nak pupus kot?





MP-MP YANG TAK BERGUNA JIKA MASIH MENYOKONG....

 May be an image of 1 person and text that says "Shahbudin Husin Untuk menjawab perkara ini, rasanya la memerlukan satu agi perutusan khas daripada Tokoh Perutusan Khas Sedunia kita.... Derhaka paling dahsyat jika sengaja 'leka' untuk lanjut PKP, darurat, kata Najib FMT Reporters February 2021 12:10 PM 819 Shares f balutod Bekas perdana menteri Najib Razak berkata PKP 2.0 kali ni lebih susah berbanding PKP kali pertama Mac tahun lalu kerana simpanan dan rizab sektor swasta dan rakyat khususnya, sudah habis digunakan untuk tahun lalu."

PROF SHAMRAHAYU : HADI BAKAL GAGALKAN PERLAKSANAAN RUU 355 SEBAB TAK IKUT ROAD MAP

 

May be an image of 1 person and headscarf


MOHD SHAH RIM

Pakar perlembagaan Prof Madya Dr Syamrahayu, selaku salah seorang Jawatankuasa Teknikal draf pindaan Akta 355, mendedahkan, Jawatankuasa Teknikal itu memohon dan mencadangkan supaya akta itu diperkenalkan oleh kerajaan. Itu keputusan Jawatankuasa Teknikal.

Tetapi entah bagaimana draf itu telah di hijack oleh Hadi Awang.

Menurutnya, penggubalan dan pindaan Akta 355 sebelum ini berjalan lancar dan Ahli Parlimen bukan Islam tidak pernah mencelah dalam parlimen kerana menghormati hak orang Islam. Malangnya, apabila ia digambarkan sebagai Hudud, maka ia mengundang campur tangan pelbagai pihak termasuk pemimpin bukan Islam sekaligus menyukarkannya untuk diluluskan.

Lebih menyusahkan lagi, ia tidak akan dibentangkan oleh menteri sebaliknya oleh ahli parlimen pembangkang sedangkan dalam sejarah parlimen negara kita, belum pernah usul kerajaan yang dibentangkan oleh menteri ditolak dan belum pernah usul persendirian yang dibentangkan oleh ahli parlimen pembangkang diluluskan.

Hadi bakal gagalkan sebab tak ikut Road Map: Prof Syam Rohayu

Fellow Kanan, Pakar Perlembagaan dan Syariah IKIM

10 DALIL bahawa PAS politikkan RUU355

1. RUU355 diluluskan oleh parlimen pada tahun 1965.

2. RUU355 telah dipinda sebanyak 2 kali (1984 & 1989) melalui kerajaan memerintah (Umno BN) tanpa ada masalah.

3. Mengapa pula RUU355 yang hendak dipinda sekarang diberi kepada PAS yang bukan kerajaan memerintah di peringkat pusat?

4. Mengikut konvensyen negara komanwel, sesuatu rang undang-undang perlu dibawa dan dibentangkan oleh kerajaan memerintah, bukan parti pembangkang.

5. Mengapa tiba-tiba TGHH sibuk dan diberi peluang oleh UMNO untuk membentang kemudian menangguhkannya sebanyak 2 kali?

6. Mengapa kerajaan UMNO BN tidak bentangkan sendiri seperti pada tahun 1984 dan 1989 tanpa ada masalah?

7. RUU355 bukan hukum Islam yang mengikut 100% Al Quran dan Sunnah. Ia hanya nak memperluaskan kuasa hukuman. Ada dalam bab hukuman itu, bukan kesalahan syariah (contoh : mengajar tanpa tauliah, tidak mendaftar pernikahan di luar negara). Adakah masalah jika ada muslim yang tidak setuju?

8. Mengapa PAS ingin berdemo pada 18 haribulan, kononnya jangan lawan hukum Islam?

9. Bukankah UMNO bersetuju untuk mengambil alih dan membentangkan dalam parlimen pada bulan Mac ini? Bukankah UMNO dah setuju untuk mengambil alih untuk dibentangkan dalam parlimen Mac ini.

10. TGNA sebagai MP Pengkalan Chepa pada tahun 1984 telah menolak RUU355 yang di bentangkan oleh Menteri BN pada masa itu Dr Yusof Noor kerana menurut TGNA rang Undang-undang yang dibentangkan bukan Islamik.

Bahawa Undang-undang dan Akta 355 sudah sedia ada berpuluh tahun.. Ulama Jahat ini cuba menipu orang Islam.. AJK PAS pusat sejak 2013 mencadangkan usul pindaan ini dibuat oleh kerajaan, bukan Haji Hadi..

Jelas sekali PAS mempolitikkan isu RUU355 terhadap pembaca dan yang tidak faham konvensyen negara-negara komanwel serta jahil yang tidak dapat membezakan antara hukum islam sebenar dengan hukum yang terkandung dalam RUU355.

Fakta yang perlu diingatkan kembali: Cermatnya DSAI dan Almarhum TS Prof Ahmad Ibrahim.

1. Artikel 355 ini telah pun pernah dipinda oleh Kerajaan yang berkuasa pada tahun 1984 dan 1988, tanpa melalui kekecohan apa-apa.

2. Pembentangan dibuat oleh PM di masa itu Dr Mahathir, disokong oleh YB Dr Pairin Kitingan dan disokong pula oleh semua ahli-ahli Parlimen dari Kerajaan.

3. Tokoh-tokoh penggerak utama pindaan ini adalah DSAI dan Almarhum TS Prof Ahmad Ibrahim.

4. Menariknya RUU355 ini ditentang oleh wakil tunggal PAS YB Nik Aziz bin Nik Mat (Pengkalan Chepa).

5. Pindaan ini telah berjaya melonjakkan taraf Mahkamah Syariah setaraf dengan Mahkamah Sivil.

6. Para pegawai telah diberi latihan profesional. Kursus Diploma Kehakiman Syarak di UIAM.

7. Skim gaji baru dipinda dan bangunan mahkamah dinaik taraf menjadi lebih selesa.

8.RUU355 boleh dipinda lagi dengan mudah, tanpa kecoh apa-apa. Apa perlunya dijadikan demo dan kecoh gimik politik bagaikan nak rak seluruh negara?

 

MENTERI AGAMA BENARKAN ???

 

TAHNIAH kerajaan PN sekali lagi kerana catatkan rekod baru 24 kematian dalam sehari tertinggi dlm negara.

 

RINA HAMZAH

Malah jumlah kes aktif COVID-19 negara kita terus meningkat naik !!
Jumlah kes aktif ;
▪️ SEBELUM DARURAT: 30,390 kes
▪️ SELEPAS DARURAT: 51,977 kes (peningkatan 71.03%)
Jumlah kes ;
▪️ SEBELUM DARURAT: 141,533 kes
▪️ SELEPAS DARURAT: 245,552 kes (peningkatan 73.5%)
Jumlah kematian ;
▪️ SEBELUM DARURAT: 559 kes
▪️ SELEPAS DARURAT: 896 kes (peningkatan 60.3%)
SR

May be an image of 1 person and text that says "PECAH REKOD LAGI Setakat 8 Feb. 2021 24 Kematian Sehari 896 Jumlah Kematian Kalau PH masih memerintah, lebih ramai yang mati kerana Covid-19 -Azmin Ali, 24 Ogos 2020-"




HATI HATI KALAU KUMPUL DEPAN RUMAH....LAIN KALI P KE PUB SANA....SAMBIL MINUM DENGAR LAGU...SEMBANG NGUMPAT KERAJAAN BUAT APA.

 May be an image of text

Bekas Peguam Negara akan beri kerjasama dalam siasatan polis

 

Bekas Peguam Negara akan beri kerjasama dalam siasatan polis


Tiga kertas siasatan telah dibuka berkaitan memoir bekas Peguam Negara Tommy Thomas, selepas lebih 100 laporan polis dibuat terhadapnya.

Peguamnya Sangeet Kaur berkata, anak guamnya berjanji untuk memberi kerjasama penuh terhadap siasatan tersebut.

“Kami telah menulis surat kepada Ketua Polis Negara (Abdul Hamid Bador) untuk menyatakan hasrat anak guam kami bagi memberi kerjasama penuh untuk memberi keterangan,” katanya kepada Malaysiakini.

Bagaimanapun Sangeet berkata pihak polis masih belum menyatakan bila akan mengambil keterangan Thomas.

Ditanya jika sebarang tarikh sudah ditetapkan, dia menjawab “belum”.

Semalam, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Huzir Mohamed berkata polis menerima 134 laporan dari seluruh negara terhadap buku tersebut, bertajuk ‘My Story: Justice in the Wilderness’.

Katanya, Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman sedang menjalankan siasatan dan ia akan dibuat secara terperinci sebelum mana-mana pihak, termasuk Thomas, dipanggil untuk memberi keterangan.

“Satu daripada kertas siasatan yang dibuka adalah mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana memfitnah dan satu lagi kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 203A Kanun Keseksaan (membocorkan maklumat) dan Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972.

“Kertas siasatan ketiga dibuka mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 (perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut),” katanya.

Antara pihak yang membuat laporan polis terhadap Thomas ialah bekas Peguam Negara Mohamed Apandi Ali dan bekas Peguam Cara III Mohamad Hanafiah Zakaria.

Ditanya bila Thomas akan dipanggil untuk soal siasat, Timbalan Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani memberitahu Malaysiakini yang pegawai penyiasat perlu diberi masa untuk mengendalikan kes ini.

“Ketika semua sudah selesai, kita akan maklumkan,” katanya.

Selain laporan polis, Thomas juga menerima notis tuntutan daripada bekas perdana menteri Najib Abdul Razak berhubung kandungan yang menyentuh kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Peguam Najib, Muhammad Shafee Abdullah berkata Thomas menggambarkan anak guamnya sebagai pembunuh dengan “kesimpulan secara langsung dan sindiran yang sama sekali tidak benar, palsu dan tidak mempunyai asas atau bukti.”

Thomas, menerusi peguamnya, menafikan dakwaan tersebut.

“Anak guam kami menafikan semua dakwaan dalam surat anda. Selain itu, anak guam kami juga menafikan dia melakukan salah laku fitnah (tort of defamation) terhadap anak guam anda,” kata peguamnya menerusi sepucuk surat kepada Muhammad Shafee, bertarikh 4 Feb.

Dalam memoirnya, Thomas antara lain mendakwa Sirul telah memberi bukti berkaitan penglibatan Najib dalam pembunuhan Altantuya.

Minggu lalu, Malaysiakini melaporkan pengasas syarikat penerbitan Gerakbudaya, Chong Ton Sin disoal siasat polis berhubung memoir tersebut.

Kementerian Dalam Negeri juga dilaporkan sedang meneliti kandungannya meningkatkan kemungkinan buku itu akan diharamkan.

Idrus Harun, yang menggantikan Thomas sebagai Peguam Negara, turut mengkritik buku itu, dengan menyifatkannya sebagai “penghinaan terhadap institusi undang-undang”.



Syarikat Korea bakal buka kilang komponen EV bernilai RM2.3 billion di Sabah

 


Syarikat Korea bakal buka kilang komponen EV bernilai RM2.3 billion di Sabah


Sebuah kilang membuat komponen untuk bateri kenderaan elektrik (EV) bakal dibuka di Kompleks Industri Kota Kinabalu, Sabah.

Syarikat SK Nexilis akan melabur sebanyak RM2.3 bilion untuk membuka sebuah kilang menghasilkan foil tembaga untuk SKC, pembuat bateri untuk EV.

Kilang itu akan mempunyai had pengeluaran sebanyak 50,000 tan setahun dan ia adakah kilang pertamanya di luar Korea.

SK Nexilis dikenali sebagai penghasil foil tembaga terbaik di dalam industri EV dan menggunakan teknologi terkini.

Kilangnya di Malaysia juga bakal menggunakan inisiatif RE100 (Renewable Energy 100), di mana ia akan menggunakan tenaga yang diperbaharui 100 peratus.

Kilang baharu itu bakal beroperasi dalam tahun 2023 dan SK Nexilisi sedang dalam proses untuk menghantar permohonan pengilangan mereka kepada MIDA. 



LADANG DURIAN TERBESAR DI DUNIA LULUS WAKTU PAS PERINTAH?

 

Jokowi mahu ASEAN hormati prinsip demokrasi, Malaysia tiada lagi prinsip itu

 



Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyifatkan kenyataan Presiden Indonesia, Joko Widodo berkenaan prinsip demokrasi di negara ASEAN baru-baru ini adalah sesuatu yang sudah tidak dihormati oleh Malaysia sendiri.

Beliau berkata, kerajaan ketika ini sudah tidak lagi menghormati prinsip-prinsip piagam ASEAN seperti prinsip demokrasi, prinsip berperlembagaan dan mematuhi kuasa undang-undang.

"Pak Jokowi ketika menjadi hos kunjungan kerajaan Malaysia menyebut: Untuk mewujudkan visi komunitas ASEAN, penting bagi semua negara anggota untuk terus menghormati prinsip-prinsip piagam ASEAN terutama prinsip rule of law, good governance, demokrasi, hak asasi manusia, dan pemerintahan yang konstitusional," katanya.

Sebaliknya, Saifuddin menganggap prinsip-prinsip itu tidak lagi dipegang oleh kerajaan, malah proklamasi darurat yang diisytiharkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meyakinkan lagi orang ramai bahawa prinsip-prinsip yang dikatakan oleh Jokowi tidak lagi dihormati.

"Saat di Malaysia terbentuk kerajaan tidak melalui undi rakyat sebaliknya rampasan kuasa dan diisytihar sebagai negara darurat maka tiadalah lagi semua prinsip yang dinyatakan pak jokowi, rule of law, demokrasi dan pemerintahan konstitusional," katanya.

 


ANWAR MAHU MAHKAMAH PERSEKUTUAN PUTUSKAN BERHUBUNG NASIHAT DARURAT

 


Karenah birokrasi faktor utama FDI di Malaysia merudum – Pakar

 


Karenah birokrasi faktor utama FDI di Malaysia merudum – Pakar


Seorang wakil Bank Dunia ke Malaysia menyeru penyelarasan yang lebih baik dalam kalangan agensi kerajaan jika Malaysia mahu menarik lebih banyak pelaburan asing.

Pengurus Negara Bank Dunia Firas Raad berkata, terdapat “pertindihan yang signifikan” dan peranan antara 32 agensi itu yang mempromosikan pelaburan asing, mewujudkan “landskap berpecah-pecah” yang mungkin menjauhkan pelabur.

“Malaysia akan terus menunjukkan prestasi bawah jangkaan jika pendekatan yang tidak selaras itu berterusan,” katanya.

Beliau berkata, Malaysia mesti meningkatkan daya saingnya jika mahu merebut peluang baru dalam perdagangan dan pelaburan global ketika pandemik Covid-19.

Putrajaya juga perlu menetapkan matlamat dasar pelaburan yang jelas, serta “membangunkan sistem insentif yang lebih bersasar, automatik dan telus”.

Komentar Raad itu menyusul pemerhatian daripada seorang pakar pengangkutan yang mengatakan, karenah birokrasi adalah faktor utama penurunan pelaburan asing di Malaysia.

Kolumnis FMT Rosli Khan berkata, banyak agensi ditubuhkan untuk membantu pelabur atau perniagaan dengan lebih baik, tetapi sebaliknya menjadikannya lebih sukar bagi sektor swasta untuk melabur dan beroperasi.

Profesor ekonomi Yeah Kim Leng dari Universiti Sunway menyeru satu kajian semula terhadap pelbagai agensi pengawalselia terutama jika mereka menyebabkan iklim pelaburan negara itu kurang menarik dari negara jiran.

Beliau berkata, agensi pengawalselia perlu mewujudkan persekitaran operasi yang stabil, selamat dan terjaga serta persaingan yang setara untuk pelabur.

“Namun, jika terlalu banyak syarat birokrasi dan karenah serta menghalang kemudahan dan menaikkan kos menjalankan perniagaan, maka badan pengawalselia menjadi sebahagian daripada masalah, bukannya solusi untuk kemajuan ekonomi,” katanya.

Shankaran Nambiar dari Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) berkata, “kita memerlukan tinjauan menyeluruh dalam memikirkan” tentang rangka pengawalseliaan.

Katanya, cara lama untuk menawarkan insentif fiskal dan utiliti pada kadar potongan tidak akan berhasil.

“Penurunan FDI baru-baru ini hanyalah simptom masalah lama,” katanya, merujuk kepada kedudukan Malaysia yang tidak baik dalam kedudukan pelaburan asing antara negara Asean. 



Gempar! Annuar Musa bakal dipecat?

 


Gempar! Annuar Musa bakal dipecat?


Bekas setiausaha agung BN, Annuar Musa menegaskan yang dia tidak akan sesekali berputus asa untuk menyatukan parti-parti Melayu meskipun berdepan kemungkinan dipecat daripada partinya sendiri.

Annuar berkata dia sedar bahawa ada pihak mendakwanya cenderung kepada ‘sebuah parti Melayu’, yang tidak dinamakannya.

“Saya tidak akan ‘give up’ walau saya dipecat kerana dikatakan pro sebuah parti Melayu.

“Saya istiqamah dengan pendirian bahawa parti saya hanya akan menjadi kuat sekiranya parti saya berupaya bermuafakat dan berkerjasama dengan semua parti Melayu yang lain.

“Dan seterusnya memupuk kesatuan dengan parti-parti dan bangsa lain dalam sebuah negara berbilang bangsa dan agama,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya pagi ini.

Annuar sebelum ini dilihat cenderung kepada Bersatu kerana mempertahankan kerjasama Umno dengan parti itu dalam Perikatan Nasional (PN).

Ketika pucuk pimpinan Umno dilihat berusaha memutuskan kerjasama dengan Bersatu, Annuar sebaliknya mempertahankannya.

Annuar merupakan setiausaha agung Umno sebelum tempatnya digantikan oleh Ahmad Maslan pada Mac 2020.

Pada 5 Jan lalu, BN memecat Annuar sebagai setiausaha agung gabungan itu dan tempatnya turut digantikan Ahmad Maslan yang juga setiausaha agung bersama Muafakat Nasional (MN).

 

Annuar sebelum ini mendedahkan kesahihan surat sokongan Umno terhadap Anwar Ibrahim untuk dilantik sebagai perdana menteri yang ditandatangani Ahmad Zahid Hamidi dan Najib Razak.

Annuar berkata dia mendedahkan mengenai surat berkenaan kerana tidak bersetuju dengan pendirian pemimpin Umno menyokong presiden PKR itu.

Dalam pada parti itu, Annuar berkata tindakan menghasut supaya membenci sesama parti Melayu sedang rancak dilancarkan pihak tertentu, dan perkara itu “disambut secara tak sedar oleh sesetengah orang Melayu sendiri”.

“Kita wajib terus berusaha agar penyatuan dan muafakat parti dan orang Melayu mesti dijadikan realiti. Tanggungjawab ini bukan sekadar satu strategi politik, tapi satu jihad dalam menunaikan perintah Allah SWT,” katanya.

Sehubungan itu, Annuar berkata Umno wajib memimpin dengan menerapkan perpaduan dan muafakat.

“Apakah fitrah manusia lebih cenderung kepada permusuhan dari perdamaian?

“Dua anak Adam, di awal kejadian manusia pun berbalah satu sama lain. Namun mendamaikan antara pihak yang berbalah, adalah perintah agama,” katanya lagi.



LA ..AWAT SAMPAI SANGGUP MENIPU DEMI HADI.


Nizam Aka




 Kesian sungguh dengan wanita-wanita  penjilat Pas Selangor(Tak layak panggil Muslimat sebab menipu).. Punyalah nak up Hadi kononnya tersenarai dlm 50 muslim yang terpengaruh,terpaksalah edit nama Hadi dalam senarai 10 ten..Cuba buka link asal,ada tak nama Hadi dalam senarai top 10 tu?Kesian sungguh dengan geng-geng penjilat part hijau pekat ni,dah habis cara nak dptkan sokongan..last-last terpaksa menipu,auta dan kelentong..alohhh laaa..ishhhh..ishhhh..ishhhh..



*ANWAR MAHU MAHKAMAH PERSEKUTUAN DENGAR CABARAN ATAS NASIHAT DARURAT PM*

 *BERITA TERKINI*


*ANWAR MAHU MAHKAMAH PERSEKUTUAN DENGAR CABARAN ATAS NASIHAT DARURAT PM*


Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mahu merujuk beberapa persoalan ke Mahkamah Persekutuan berkaitan semakan kehakiman bagi mencabar keputusan kerajaan melaksanakan darurat.


Peguam Anwar, Ramkarpal Singh berkata, persoalan itu mahu dirujuk Anwar ke mahkamah tertinggi termasuk sama ada nasihat kerajaan untuk Agong menggantung Parlimen adalah tertakluk bawah klausa penggulingan dalam Artikel 150 Perlembagaan.


Beliau juga mahu mahkamah memerintahkan sama ada keputusan menggantung Parlimen boleh disemak semula oleh mahkamah, dan jika bidang kuasa perundangan, termasuk kuasa semakan semula berhubung prosedur, dapat dihalang sepenuhnya oleh badan perundangan.


Anwar juga bertanya, jika Seksyen 39 (2) Akta Malaysia 1963, 15 (d) Akta Perlembagaan (Pindaan) 1981 serta Artikel 150 (6) dan (8) Perlembagaan tidak konsisten atau bertentangan dengan Artikel 4, 5, 8 dan 121 (1) Perlembagaan.



BEER IKAT TEPI



SETELAH lama tidak ke kelab malam, semalam Ah Seng ke kelab malam. Ini situasi Ah Seng dan waiter di kelab malam sejak ia dibenarkan beroperasi oleh MKN.


Ah Seng: Leng chai, ni hao ma? 


Waiter: Mr. Seng, I sihat, PKP punya hal you tak dapat datang, mau order apa?


Ah Seng: Tailo, lagi tanya, kasi biasa punya.


Waiter: Okay, Carslberg 2 bucket, sama kacang. Take away!


Ah Seng: Eh, take away? Kalau I mahu minum dekat rumah. I tak datang sini, I beli dekat 7E.


Waiter: Mr. Seng, MKN kasi buka kelab, tapi tak boleh minum sini, mesti ikut SOP nanti semua kena kompaun.


Ah Seng: Oh, Itu macam ke? Okay, I tukar order, tak mahu bucket. You tapau Carlsberg ikat tepi satu.


Haha! 




25 POSTING SEHINGGA KINI.LAGI BERITA MENYUSUL SESSI PETANG.SELAMAT MEMBACA

 

NAK JUGA LETAKNAMA HADI...ADA KA NAMA HADI ???

Ramzan Ahmad


Dewan Muslimat PAS Selangor terdesak nak juga nama Haji Hadi dalam list “The Muslim 500” sehingga sanggup menipu. Nama Haji Hadi xde pun dalam Top 10 Scholars and Preachers. Yang ada nama Anwar Ibrahim Top 20 bagi kategori Rulers and Politicians.


#Kredit FB Indah Hayat





BURUK SIKU PUNYA KWSP

 

KWSP minta maaf sistem 'tersilap' luluskan i-Sinar, pemohon perlu semak semula

gemilangdaily.com
KWSP minta maaf sistem 'tersilap' luluskan i-Sinar, pemohon perlu semak semula
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tengah malam tadi mengumumkan pihaknya berdepan masalah teknikal berhubung paparan status permohonan kemudahan


KWSP minta maaf sistem ‘tersilap’ luluskan i-Sinar, pemohon perlu semak semula

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tengah malam tadi mengumumkan pihaknya berdepan masalah teknikal berhubung paparan status permohonan kemudahan i-Sinar.

Kenyataan tersebut menyusul beberapa jam selepas kebanyakan pemohonan i-Sinar kategori 2 dilaporkan telah lulus selepas pemohon membuat semakan pada Ahad malam.

Menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman Instagram dan Facebook KWSP tengah malam Ahad, perbadanan tersebut memohon maaf atas kesulitan yang berlaku.

“KWSP ingin memohon maaf atas kesulitan kerana terdapat masalah teknikal pada paparan status I-Sinar online.

“Anda disarankan untuk menyemak semula status anda bermula 8 pagi pada 8 Februari 2021,” demikian kenyataan tersebut.

Semakan Astro AWANI di laman sesawang KWSP mendapati perkhidmatan semakan i-Sinar tergendala buat sementara waktu.

Terdahulu, KWSP memaklumkan bagi pemohonan Kategori 2 adalah untuk ahli yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30 peratus dan ke atas (termasuk pengurangan gaji dan elaun, atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa) selepas 1 Mac 2020, yang mana pengurangan itu hanya boleh dikenal pasti melalui dokumen yang diberikan.

 

ZUS DIN




ORANG JAHAT BIASA BERTINDAK JAHAT..

 

Tindakan Tun Dr Mahathir salahkan Anwar adalah jahat

Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad menyalahkan sepenuhnya Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kejatuhan Pakatan Harapan, adalah satu sangkaan jahat.

Naib Presiden PKR, Datuk Seri Dr Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, beliau hairan mengapa Dr Mahathir sering kali tidak mengakui bahawa punca sebenar kejatuhan PH adalah kerana beliau letak jawatan pada Februari tahun lepas. Dan tindakan itu, dakwa Shamsul Iskandar lagi, dilakukan tanpa sebarang perbincangan dengan pimpinan kanan PH.


Politik | Tindakan Tun Dr Mahathir salahkan Anwar adalah jahat

astroawani.com
Politik | Tindakan Tun Dr Mahathir salahkan Anwar adalah jahat
Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad menyalahkan sepenuhnya Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kejatuhan Pakatan Harapan, adalah satu sangkaan jahat. Naib Presiden PKR, Datuk Seri Dr Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, beliau hairan mengapa Dr Mahathir sering kali tidak mengakui bahawa punca sebenar kejatuha...






(function() { var d = document, w = window; w

JAWATANKUASA BUKA PARLIMEN...PATUT LA SEMBAB

  MOHD MUKHLIS MOHD SYARIF Help me to understand this, nak buka parlimen pun nak kena ada jawatankuasa? Semua benda nak ada jawatankuasa, pa...