MOHD SHAH RIM
Pakar perlembagaan Prof Madya Dr Syamrahayu, selaku salah
seorang Jawatankuasa Teknikal draf pindaan Akta 355, mendedahkan, Jawatankuasa
Teknikal itu memohon dan mencadangkan supaya akta itu diperkenalkan oleh
kerajaan. Itu keputusan Jawatankuasa Teknikal.
Tetapi entah bagaimana draf itu telah di hijack oleh Hadi Awang.
Menurutnya, penggubalan dan pindaan Akta 355 sebelum ini
berjalan lancar dan Ahli Parlimen bukan Islam tidak pernah mencelah dalam
parlimen kerana menghormati hak orang Islam. Malangnya, apabila ia digambarkan
sebagai Hudud, maka ia mengundang campur tangan pelbagai pihak termasuk
pemimpin bukan Islam sekaligus menyukarkannya untuk diluluskan.
Lebih menyusahkan lagi, ia tidak akan dibentangkan oleh menteri
sebaliknya oleh ahli parlimen pembangkang sedangkan dalam sejarah parlimen
negara kita, belum pernah usul kerajaan yang dibentangkan oleh menteri ditolak
dan belum pernah usul persendirian yang dibentangkan oleh ahli parlimen
pembangkang diluluskan.
Hadi bakal gagalkan sebab tak ikut Road Map: Prof Syam Rohayu
Fellow Kanan, Pakar Perlembagaan dan Syariah IKIM
10 DALIL bahawa PAS politikkan RUU355
1. RUU355 diluluskan oleh parlimen pada tahun 1965.
2. RUU355 telah dipinda sebanyak 2 kali (1984 & 1989)
melalui kerajaan memerintah (Umno BN) tanpa ada masalah.
3. Mengapa pula RUU355 yang hendak dipinda sekarang diberi
kepada PAS yang bukan kerajaan memerintah di peringkat pusat?
4. Mengikut konvensyen negara komanwel, sesuatu rang
undang-undang perlu dibawa dan dibentangkan oleh kerajaan memerintah, bukan
parti pembangkang.
5. Mengapa tiba-tiba TGHH sibuk dan diberi peluang oleh UMNO
untuk membentang kemudian menangguhkannya sebanyak 2 kali?
6. Mengapa kerajaan UMNO BN tidak bentangkan sendiri seperti
pada tahun 1984 dan 1989 tanpa ada masalah?
7. RUU355 bukan hukum Islam yang mengikut 100% Al Quran dan
Sunnah. Ia hanya nak memperluaskan kuasa hukuman. Ada dalam bab hukuman itu,
bukan kesalahan syariah (contoh : mengajar tanpa tauliah, tidak mendaftar
pernikahan di luar negara). Adakah masalah jika ada muslim yang tidak setuju?
8. Mengapa PAS ingin berdemo pada 18 haribulan, kononnya jangan
lawan hukum Islam?
9. Bukankah UMNO bersetuju untuk mengambil alih dan
membentangkan dalam parlimen pada bulan Mac ini? Bukankah UMNO dah setuju untuk
mengambil alih untuk dibentangkan dalam parlimen Mac ini.
10. TGNA sebagai MP Pengkalan Chepa pada tahun 1984 telah
menolak RUU355 yang di bentangkan oleh Menteri BN pada masa itu Dr Yusof Noor
kerana menurut TGNA rang Undang-undang yang dibentangkan bukan Islamik.
Bahawa Undang-undang dan Akta 355 sudah sedia ada berpuluh
tahun.. Ulama Jahat ini cuba menipu orang Islam.. AJK PAS pusat sejak 2013
mencadangkan usul pindaan ini dibuat oleh kerajaan, bukan Haji Hadi..
Jelas sekali PAS mempolitikkan isu RUU355 terhadap pembaca dan
yang tidak faham konvensyen negara-negara komanwel serta jahil yang tidak dapat
membezakan antara hukum islam sebenar dengan hukum yang terkandung dalam
RUU355.
Fakta yang perlu diingatkan kembali: Cermatnya DSAI dan Almarhum
TS Prof Ahmad Ibrahim.
1. Artikel 355 ini telah pun pernah dipinda oleh Kerajaan yang
berkuasa pada tahun 1984 dan 1988, tanpa melalui kekecohan apa-apa.
2. Pembentangan dibuat oleh PM di masa itu Dr Mahathir, disokong
oleh YB Dr Pairin Kitingan dan disokong pula oleh semua ahli-ahli Parlimen dari
Kerajaan.
3. Tokoh-tokoh penggerak utama pindaan ini adalah DSAI dan
Almarhum TS Prof Ahmad Ibrahim.
4. Menariknya RUU355 ini ditentang oleh wakil tunggal PAS YB Nik
Aziz bin Nik Mat (Pengkalan Chepa).
5. Pindaan ini telah berjaya melonjakkan taraf Mahkamah Syariah
setaraf dengan Mahkamah Sivil.
6. Para pegawai telah diberi latihan profesional. Kursus Diploma
Kehakiman Syarak di UIAM.
7. Skim gaji baru dipinda dan bangunan mahkamah dinaik taraf
menjadi lebih selesa.
8.RUU355 boleh dipinda lagi dengan mudah, tanpa kecoh apa-apa.
Apa perlunya dijadikan demo dan kecoh gimik politik bagaikan nak rak seluruh
negara?