MGID

Kita lawan sistem p’raya kotor, bukan polis


JASIN, 17 Jun: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (gambar) menggesa polis Malaysia supaya segera berubah dan kembali kepada peranan sebenar sebagaimana polis di negara lain termasuk Eropah dan Indonesia.

"Sikap pihak polis di Malaysia sangat berbeza jika dibandingkan dengan sikap polis di negara lain dengan mengambil contoh di indonesia, di mana ketua polis Jakarta di sana akan membenarkan mana-mana pihak mengadakan demonstrasi aman dan para demonstran akan dilindungi dan perjalanan demonstrasi itu dikawal pihak polis.

Beliau berkata demikian pada ceramah pelancaran Bersih 2.0 peringkat negeri Melaka di Dataran Hamas, Kompleks PAS Jasin di sini malam tadi.

Begitu juga, katanya di negara-negara Eropah yang mana hampir setiap minggu rakyatnya termasuk pelajar-pelajar akan mengadakan himpunan aman dan pihak polis memberikan kebenaran dan mengawal keadaan sehingga tamat himpunan tersebut.

Baginya, kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar yang dilaporkan berkata, pihak polis akan membuat tangkapan terhadap mana-mana mereka yang menyertai himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai nanti sebagai suatu fenomena pelik di sebuah negara demokrasi yang diamalkan di Malaysia.

"Pihak polis memang ada kuasa, mereka boleh buat apa sahaja pada rakyat, kita bukan melawan pihak polis dan tiada niat untuk melawan, tetapi kita hanya melawan sistem pilihanraya yang kotor," ujarnya.

Beliau berkata, penganjur himpunan aman Bersih 2.0 tidak akan gentar dengan ugutan dan amaran pihak polis yang jelas tidak peka kepada hasrat dan kehendak rakyat yang mahukan pilihan raya yang telus, bersih dan adil.

Menurutnya, PAS sendiri akan mengarahkan seluruh ahlinya supaya hadir pada himpunan aman tersebut di mana kira-kira 300,000 ahli PAS dijangka akan mengambil bahagian pada 9 Julai ini.

Turut berceramah pada program tersebut termasuk Pesuruhjaya PAS negeri, Adly Zahari, Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Md Akin dan Pengerusi DAP Melaka, Goh Leong San; Ketua Pemuda PAS negeri, Yuhaizad Abdullah dan Yang Dipertua PAS Jasin, Kamarudin Sidek.

Dr Asri : Kartunis Utusan, Rogol Dan Zina




KOMENTAR : Saya tidak pasti, apakah kartunis Utusan itu hendak menghina Islam atau hendak menghina pihak tertentu. Jika dia bertujuan menghina Islam, dilakukan pula dalam keadaan yang sedar akal fikirannya, maka dia terkeluar daripada Islam.

Namun, jika dia bertujuan mengkritik salah faham sesetengah pihak mengenai perbezaan hukum zina dan rogol, maka itu tidak merosakkan imannya, bahkan satu sumbangan membetulkan fahaman yang salah.

Adapun jika dia bertujuan membohongi fakta yang dimaksudkan oleh seseorang, sehingga menimbulkan salah sangka, maka dia berdosa besar.

Persoalan yang timbul; apakah jika seseorang wanita membuat aduan kepada mahkamah syariah bahawa dia dirogol maka mahkamah syariat akan menyatakan: awak mesti mendatangkan empat orang saksi, jika tidak awak disebat 80 rotan?

Adakah di dunia ini empat orang saksi yang soleh sanggup membiarkan seorang wanita dirogol di hadapan mereka?

Rogol

Mungkin ada yang tidak faham sehingga menyamakan jenayah rogol dan zina. Zina adalah maksiat peribadi yang Islam berusaha menutupnya. Sebab itu diketatkan dengan empat orang saksi.

Adapun rogol adalah pencabulan terhadap individu lain tanpa rela dan kejam, maka pembuktiannya tidak seketat zina. Beza menuduh orang lain berzina dengan mendakwa diri menjadi mangsa adalah soal maruah.
Menuduh orang lain berzina mempunyai unsur menjatuhkan maruah orang lain. Sementara mendakwa diri menjadi mangsa rogol adalah mempertaruhkan maruah diri sendiri.

Secara lojiknya, sukar dilakukan melainkan dalam keadaan yang amat memaksa. Bagaimanakah mungkin seseorang mampu mendiamkan diri apabila dia dimangsakan?

Maka, dalam kes kedua qarinah (bukti kaitan) boleh dipakai seperti yang disebut dalam Surah Yusuf:

“Dan mereka berdua pun berkejaran ke pintu, serta perempuan itu mengoyakkan baju Yusuf dari belakang; lalu terserempaklah keduanya dengan suami perempuan itu di muka pintu.

Tiba-tiba perempuan itu berkata (kepada suaminya): Tiada balasan bagi orang yang mahu membuat jahat terhadap isterimu melainkan dipenjarakan dia atau dikenakan azab yang menyiksanya”.

Yusuf pula berkata: “Dialah yang menggoda diriku”. (Suaminya tercengang mendengarnya) dan seorang dari keluarga perempuan itu (yang ada bersama-sama) tampil memberi pendapatnya dengan berkata:”Jika baju Yusuf koyak dari depan maka benarlah tuduhan perempuan itu, dan menjadilah Yusuf dari orang-orang yang berdusta.

Dan jika bajunya koyak dari belakang, maka dustalah perempuan itu, dan Yusuf adalah daripada orang-orang yang benar.

Setelah suaminya melihat baju Yusuf koyak dari belakang, dia berkata: “Sesungguhnya ini adalah dari tipu daya kamu orang-orang perempuan; sesungguhnya tipu daya kamu amatlah besar pengaruhnya” (Surah Yusuf: ayat 25-28).

Lihat, Al-Quran menceritakan bagaimana qarinah digunakan dalam peristiwa ini.

Lian

Sebab itu juga, Islam tidak mewajibkan pula seseorang yang menuduh isterinya berzina agar mendatangkan empat orang saksi.

Ini kerana tuduhan zina kepada isteri sendiri hanya mencalarkan maruah penuduh. Maka, agak sukar untuk seseorang itu menuduh isterinya secara bohong berzina.
Juga amat berat untuk seseorang itu mendiamkan diri apabila mengetahui isterinya berzina.

Ini kerana kedua-dua keadaan itu merobohkan maruah dan kehormatan dirinya. Jika orang lain yang berzina, mungkin dia mampu mendiamkan diri disebabkan kekurangan saksi. Tetapi sudah pasti tidak bagi kes isterinya.

Justeru Allah menyebut: (maksudnya)

“Dan orang-orang yang menuduh isterinya berzina, sedang mereka tidak ada saksi-saksi (yang mengesahkan tuduhannya itu) hanya dirinya sendiri, maka persaksian (sah pada syarak) bagi seseorang yang menuduh itu hendaklah dia bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa sesungguhnya dia dari orang-orang yang benar;

Dan sumpah yang kelima (hendaklah dia berkata): “bahawa laknat Allah akan menimpa dirinya jika dia dari orang- orang yang dusta. Dan bagi menghindarkan hukuman seksa terhadap isteri (yang kena tuduh) itu hendaklah dia (isteri) bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa suaminya (yang menuduh) itu benar-benar daripada orang-orang yang berdusta;

Dan sumpah yang kelima (hendaklah ia berkata); bahawa kemurkaan Allah akan menimpa dirinya jika suaminya dari orang- orang yang benar. (Surah al-Nur ayat 6-9).

Bab ini dinamakan dengan 'li'an' atau penglaknatan. Inilah jalan yang Allah berikan kepada pasangan suami isteri yang tuduh-menuduh dalam perkara seperti ini.

Selepas proses ini dilakukan, mereka dipisahkan selamanya, tanpa ada hukuman keseksaan mahkamah yang dijalankan, sebaliknya diserahkan urusan tersebut kepada Allah. Ini kerana, kes ini adalah kes mempalitkan keaiban diri sendiri.

Maka, mereka yang mendakwa diri dirogol atau diliwat secara paksa juga adalah menampalkan keaiban ke atas diri sendiri. Amat sukar bagi insan normal itu membuat dakwaan seperti itu secara semberono.

Melainkan jika ada kepentingan tersembunyi yang lain. Maka mereka juga tidak perlu mendatangkan empat saksi. Sebaliknya boleh diterima pakai kaitan (qarinah) yang membuktikan kejadian itu berlaku. Justeru, paksi dalam hal ini semua, ada demi memelihara keturunan dan maruah.

Wanita PKR buat laporan SPRM ketirisan Yayasan Selangor era BN


June 17, 2011

SHAH ALAM, 17 Jun — Exco Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan ketirisan aset Yayasan Selangor antara tahun 1991 sehingga 2008.

Exconya, Salamah Ismail berkata laporan itu dibuat terhadap Yayasan Selangor membabitkan aset bernilai RM594 juta dan 50 kondominium milik yayasan berkenaan.

Laporan Bernama Online menyebut, Salamah dilihat memasuki pejabat SPRM Selangor di Wisma PKPS di sini bersama seorang pembantunya kira-kira 10 pagi dan keluar semula setengah jam kemudian.

Ketika ditemui pemberita kemudian, Salamah berkata laporan itu adalah susulan pendedahan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin kelmarin menerusi sebuah laman portal berita milik kerajaan Selangor yang mendakwa berlaku ketirisan oleh kerajaan negeri sebelum ini.

Demo Pemuda Umno Ada Maksud Tersirat, Kata Shamsul


SHAH ALAM 17 JUN : Pemuda Umno hanya mahu kacau daun. Demikian pandangan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin mengulas kenyataan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin bahawa pergerakan itu juga akan mengadakan perhimpunan pada 9 Julai- hari sama himpunan besar-besaran Bersih 2.0 diadakan.

Sebelum ini, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan melahirkan hasrat untuk sama-sama turun di jalanan bagi menyatakan sokongan terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Namun menurut Shamsul, himpunan yang bakal diadakan oleh sayap Umno itu bukanlah sepenuhnya untuk menuntut demokrasi tulen direalisasikan di negara ini, sebaliknya lebih bersifat untuk menjernihkan spekulasi rakyat tentang hubung kait pergerakan itu dan Perkasa.

“Oleh kerana imej Perkasa itu begitu teruk di kalangan mata rakyat , maka Pemuda Umno tidak sanggup untuk dilihat dengan Perkasa walaupun kita tahu sebahagian besar dari anggota Pemuda Umno memang bersama-sama dengan Perkasa secara langsung dan ini merupakan satu tipu helah dari Pemuda Umno tidak bersama Perkasa. Tapi dalam masa yang sama mahu juga bersama-sama menyatakan pendirian tentang isu pilihan raya kononnya dalam ini mereka bercadang menyokong SPR itu sendiri,"kata Shamsul ketika dihubungi Tv Selangor.

Jelas Shamsul, Pemuda Umno dan Perkasa seharusnya sedar, perhimpunan yang dianjurkan Bersih 2.0 mempunyai maksud yang jelas dan membawa suara rakyat yang mahukan proses pilihan raya di negara ini diadakan dengan telus.

"Ini bukan pertandingan menganjurkan demonstrasi. Kita bukan bertanding anjur demonstrasi. Demonstasi Bersih lebih ramai, Pemuda Umno lebih ramai atau Perkasa lebih ramai. Ini satu pendirian. Ini satu program yang mengajak rakyat menyatakan pendirian yang jelas terhadap isu-isu yang berkaitan dengan wujudnya sistem pilihan raya yang bersih dan adil,"tegasnya.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin semalam dipetik sebagai berkata, pergerakan itu juga mahu menganjurkan perhimpunan bagi memperkukuh sistem demokrasi negara.

Bagaimanapun sayap Umno itu tidak akan bergabung dengan Bersih 2.0. Ia memungkinkan tiga pertembungan berlaku pada hari tersebut.

Menyentuh mengenai dakwaan pihak tertentu yang menyatakan penganjuran Bersih 2.0 sengaja diadakan untuk memastikan ramai pemimpin pembangkang ditahan polis pada hari terbabit, hujah itu ditolak sama sekali oleh Shamsul.

"Yang hendak tangkapnya polis. Yang buat kenyataan untuk tahan itu polis. Itu harus dijelaskan. Sebab itu semalam saya beri pengelasan kepada Timbalan Ketua Polis Negara, jangan kenyataan itu bersifat sombong dan angkuh. Kerana kita nyatakan kepada pihak polis bahawa kita ingin berdemonstrasi pada tarikh 9 Julai dan kita telah beri maklum kawasan-kawasan mana yang kita pergi,"jelas beliau.

Katanya, demonstrasi bukan satu jenayah. Di negara-negara maju pendemonstrasi turun ke jalan untuk menyatakan pendirian dan pihak polis hanya mengendali atau menyelia demonstrasi dijalankan secara aman.

Dengan langkah ugutan yang dilakukan oleh pihak polis itu hakikanya menjadikan Malaysia bukan lagi negara demokrasi, sebaliknya negara polis.

Shamsul turut menuntut penjelasan Ketua Polis Negara mengenai kenyataan ugutan pihak polis itu. Setakat ini Ketua Polis Negara terus berdiam diri.

"Dan saya hairan kenapa KPN senyap dalam perkara ini. Apakah Ketua Polis Negara tak ada taring, tidak ada kepimpinan seperti yang beliau tunjukkan kepada polis-polis di bawah. Beliau seharusnya menerima dan memahami apa yang dimaksudkan kuasa demokrasi dalam sebuah negara yang kononnya diamalkan di Malaysia,"ujar beliau lagi.

Serangan Siber Dijangka Berterusan




KUALA LUMPUR 17 JUN : Serangan terhadap beberapa laman web berkaitan kerajaan dijangka berterusan beberapa hari lagi, lapor agensi berita Bernama yang memetik ketua pegawai eksekutif Cybersecurity Malaysia, Lt Kol. (B) Husin Jazri.

Beliau berkata penyerang siber menyasarkan aplikasi web yang diketahui ramai terdedah kepada kaedah serangan, mempunyai kata laluan lemah dan menyalahtatarajah.

"Cybersecurity, melalui Pasukan Respons Kecemasan Komputer Malaysia (MyCERT), mendapati wujud peningkatan ketara dalam kegiatan berkaitan keselamatan siber dalam tempoh 24 jam lepas.

"Berdasarkan pemerhatian kami, serangan yang dilakukan akan menjejaskan kerahsiaan, integriti maklumat dan kewujudan laman web. Ini seterusnya boleh menjejaskan kegiatan perniagaan sesebuah organisasi," katanya dalam kenyataan.

Oleh itu, Cybersecurity menasihati semua pemilik sistem supaya sentiasa bersiap siaga dan mengambil langkah perlu untuk melindungi laman web masing-masing.

Awal pagi semalam, serangan dikenali sebagai 'Operation Malaysia' dilakukan oleh sebuah kumpulan antarabangsa menggunakan nama 'Anonymous' yang menjejaskan 51 laman web termasuk http://malaysia.gov.my dan http://sabahtourism.com.

Serangan siber juga dipercayai dilakukan kumpulan lain berikutan pengesanan modus operandi berbeza seperti yang digunakan oleh sebuah kumpulan tempatan yang menggelarkan dirinya sebagai Dragon Force, yang lebih gemar melumpuhkan laman sesuatu web dan menghiasi laman itu dengan imejnya.

Pengurus operasi BubTech Sdn Bhd Mazniezan Iqram Mat Zain berkata kumpulan Anonymous cuba mempamerkan kemarahannya terhadap tindakan Kerajaan Malaysia menyekat laman web perkongsian fail kerana ia melanggar Akta Hakcipta 1987.

"Kumpulan ini patut sedar bahawa kerajaan hanya menyekat akses ke laman web berkenaan, tetapi ia masih boleh dicapai melalui sumber terbuka penyedia proksi seperti OpenDNS.

"Sebenarnya, apa yang cuba dilakukan oleh kerajaan ialah untuk memerangi kegiatan pelanunan dan menghalang laman web berkenaan daripada berkongsi secara haram fail yng mengandungi lagu, filem dan fail," katanya.

Daftar PR : Zaid Fitnah Pemimpin PR


SHAH ALAM 17 JUN : Presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Datuk Zaid Ibrahim membuat kenyataan fitnah apabila menuduh parti komponen Pakatan Rakyat tidak mempunyai kesungguhan untuk mendaftar sebagai sebuah pertubuhan politik, kata Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat Saifuddin Nasution.

Saifuddin berkata hujah Zaid kononnya, Ketua Umum PKR dan Penasihat DAP Lim Kit Siang tidak mahu menyertai jawatakuasa pro-tem Pakatan Rakyat tidak masuk akal sama sekali dan menyimpang daripada amalan-amalan standard berhubung pendaftaran sesebuah parti.

“ Pada waktu pendaftaran Pakatan Rakyat, ketiga-tiga parti bersetuju untuk melantik Zaid Ibrahim mewakili Pakatan. Mewakili Pakatan maksudnya memasukkan nama dia. Dan seterusnya perkara itu terletak di bawah bidang kuasa Pendaftar Pertubuhan (ROS) sama ada untuk meluluskan atau menolak,” kata Saifuddin.

" Hakikatnya adalah, Datuk Seri Anwar, Lim Kit Siang dan Hadi memberikan mandat kepada Datuk Zaid pada waktu itu. Datuk Zaid adalah nama besar. Beliau adalah bekas menteri undang-undang. Pada pertimbangan kita pada waktu itu, beliau adalah pilihan yang terbaik,” tambah beliau.

“ Apabila ROS meluluskan, maka kita boleh gantikan nama-nama itu. Ia perkara biasa dalam mana-mana urusan pendaftaran,” tegas Ahli Parlimen Machang itu.

Dalam wawancara dengan akhbar New Straits Times, Zaid hari ini mendakwa beliau terkejut kerana Anwar dan Kit Siang tidak mahu menganggotai jawatankuasa pro-tem Pakatan Rakyat yang mengemukakan permohonan kepada ROS tahun 2009 untuk menjadi sebuah parti politik seperti Barisan Nasional.

Sehingga sekarang, ROS tidak memberi keputusan bersabit permohonan itu. Zaid meninggalkan Parti Keadilan Rakyat selepas menyerang kepimpinan parti itu bersabit proses pemilihan PKR pada tahun lalu.

Beliau kemudian menubuhkan KITA dan pendaftaran parti itu diluluskan oleh ROS dalam kurang tiga bulan.

Saifuddin berkata dakwaan Zaid bahawa jawatankuasa pro-tem Pakatan Rakyat hanya dianggotai pemimpin “junior” atau rendahan tidak dapat diterima.

" Soal nama itu terdiri daripada pimpinan junior tidak timbul kerana Zaid adalah pemimpin yang cukup hebat,” kata beliau.

Saifuddin melahirkan rasa kesal dengan tindakan Zaid cuba menyalahkan kepimpinan PR atas keengganan ROS mendaftar Pakatan Rakyat.

" Kalau sekiranya sehingga sekarang, ROS tidak memberikan sebarang jawapan terhadap pendaftaran, Pakatan Rakyat tidak harus dipersalahkan, apa lagi oleh Datuk Zaid Ibrahim sendiri. Dia pun tahu urusan Pakatan ialah mengemukakan permohonan,” tambah Saifuddin .

" Tidak syak lagi Datuk Zaid berniat jahat apabila beliau mengeluarkan kenyataan sebegitu apabila beliau sendiri mengetahui kedudukan sebenar berhubung pendaftaran Pakatan yang sepenuhnya terletak pada bidang kuasa ROS. Hal itu tidak sepatutnya dipolitikkan oleh Datuk Zaid kerana beliau telah diberikan amanah pada waktu itu menguruskan pendaftaran,” tegas Saifuddin.

711 Peneroka Saman Felda RM344 Juta




TEMERLOH 17 JUN : Seramai 711 peneroka dari kawasan Felda Jengka, Pahang hari ini memfailkan saman terhadap Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), bagi menuntut ganti rugi sebanyak RM344 juta berikutan penipuan dan pecah amanah yang dilakukan agensi itu.

Kesemua peneroka terbabit diwakili peguam R Sivarasa memfailkan saman tersebut di Mahkamah Tinggi Temerloh pagi tadi.

R Sivarasa berkata, saman itu dibuat berikutan penipuan Kadar Perahan Gred Kelapa Sawit (KPG) yang diterima mereka sejak 15 tahun lalu.

Menurut Sivarasa, peneroka terbabit menerima KPG yang rendah dari nilai sebenar iaitu antara 17 hingga 18 peratus.

Beliau berkata, peneroka berkenaan sepatutnya memperoleh KPG yang lebih tinggi sehingga boleh mencapai ke tahap 32 peratus.

Setiap 1 peratus KPG dianggar bernilai RM40.

Sekiranya jumlah itu dikira sejak 10 tahun lalu, setiap peneroka terbabit mengalami kerugian tidak kurang RM100,000.

Saman yang difailkan oleh kumpulan peneroka ini menamakan FELDA sebagai defendan pertama dan FELDA Palm Industries sebagai defendan kedua atas dakwaan pecah amanah dan menipu.

Hadir sama ketika memfailkan saman tersebut adalah peguam Latefa Koya dan Fadiah Nadwa Fikri.

Pada 14 Jun lalu, Mahkamah Tinggi Kota Bharu mengarahkan Felda membayar RM1.2 juta kepada peneroka Felda Kemahang 1 dan 2, selepas gagal membayar semula wang caruman yang disimpan peneroka di bawah tabung wang tanam semula yang diurus agensi itu.

Pada Ogos tahun lalu, Mahkamah Persekutuan mengarahkan Felda membayar 354 peneroka Kemahang 3, Kelantan sebanyak RM11 juta kerana menipu peneroka berhubung isu KPG.

Sebelum ini, Felda Serting dan Gugusan Raja Alias di Negeri Sembilan juga memfailkan saman sebanyak RM200 juta ke atas lembaga tanah berkenaan dalam isu yang sama.Pada 12 Jun tahun lalu pula 654 peneroka Gugusan Felda Maokil, Labis memfailkan saman terhadap Felda bagi menuntut ganti rugi lebih RM80 juta.




711 Peneroka Saman Felda RM344 Juta
Ditulis oleh Nur Atiqah Abd Samad
17/06/2011
Share |



TEMERLOH 17 JUN : Seramai 711 peneroka dari kawasan Felda Jengka, Pahang hari ini memfailkan saman terhadap Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), bagi menuntut ganti rugi sebanyak RM344 juta berikutan penipuan dan pecah amanah yang dilakukan agensi itu.

Kesemua peneroka terbabit diwakili peguam R Sivarasa memfailkan saman tersebut di Mahkamah Tinggi Temerloh pagi tadi.

R Sivarasa berkata, saman itu dibuat berikutan penipuan Kadar Perahan Gred Kelapa Sawit (KPG) yang diterima mereka sejak 15 tahun lalu.

Menurut Sivarasa, peneroka terbabit menerima KPG yang rendah dari nilai sebenar iaitu antara 17 hingga 18 peratus.

Beliau berkata, peneroka berkenaan sepatutnya memperoleh KPG yang lebih tinggi sehingga boleh mencapai ke tahap 32 peratus.

Setiap 1 peratus KPG dianggar bernilai RM40.

Sekiranya jumlah itu dikira sejak 10 tahun lalu, setiap peneroka terbabit mengalami kerugian tidak kurang RM100,000.

Saman yang difailkan oleh kumpulan peneroka ini menamakan FELDA sebagai defendan pertama dan FELDA Palm Industries sebagai defendan kedua atas dakwaan pecah amanah dan menipu.

Hadir sama ketika memfailkan saman tersebut adalah peguam Latefa Koya dan Fadiah Nadwa Fikri.

Pada 14 Jun lalu, Mahkamah Tinggi Kota Bharu mengarahkan Felda membayar RM1.2 juta kepada peneroka Felda Kemahang 1 dan 2, selepas gagal membayar semula wang caruman yang disimpan peneroka di bawah tabung wang tanam semula yang diurus agensi itu.

Pada Ogos tahun lalu, Mahkamah Persekutuan mengarahkan Felda membayar 354 peneroka Kemahang 3, Kelantan sebanyak RM11 juta kerana menipu peneroka berhubung isu KPG.

Sebelum ini, Felda Serting dan Gugusan Raja Alias di Negeri Sembilan juga memfailkan saman sebanyak RM200 juta ke atas lembaga tanah berkenaan dalam isu yang sama.Pada 12 Jun tahun lalu pula 654 peneroka Gugusan Felda Maokil, Labis memfailkan saman terhadap Felda bagi menuntut ganti rugi lebih RM80 juta.


(function() { var d = document, w = window; w

THROWBACK# PENJELASAN RAFIZI ISU KES LIWAT ANWAR & SAIFUL / JAHAT & CELA...