LAIN MACIAM INI PUAAD

 



Makin hebat 𝗣𝘂𝗮𝗱 buat lawak. Dia tak faham ataupun 𝗰𝘂𝗯𝗮 𝗻𝗮𝗸 𝗸𝗲𝗹𝗶𝗿𝘂𝗸𝗮𝗻 orang awam? 𝗔𝗸𝘁𝗮 𝗔𝗻𝘁𝗶 𝗟𝗼𝗺𝗽𝗮𝘁 𝗣𝗮𝗿𝘁𝗶 terpakai kepada MP (dan Adun). Tengku Zafrul ni kan 𝘀𝗲𝗻𝗮𝘁𝗼𝗿. Apa nak kira lompat parti pulak?


Kalau Zafrul diterima masuk 𝗞𝗲𝗮𝗱𝗶𝗹𝗮𝗻 pun, ia takkan menjejaskan kerajaan. AALP tu dibuat untuk 𝗲𝗹𝗮𝗸𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗷𝗮𝗱𝗶𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗽𝗲𝗿𝘁𝗶 𝗟𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗵 𝗦𝗵𝗲𝗿𝗮𝘁𝗼𝗻 berulang. Benda mudah macam pun pun Puad tak boleh nak hadam?


Secara peribadi, aku lebih suka kalau permohonan Zafrul untuk menyertai Keadilan 𝗱𝗶𝗽𝗲𝗻𝗱𝗮𝗺𝗸𝗮𝗻 𝗱𝘂𝗹𝘂. Jangan terima sekarang. Tunggu lepas setahun baru terima. Besar juga natijahnya kalau terima sekarang. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


𝗦𝗲𝗹𝗮𝗴𝗶 𝗰𝗲𝗿𝗮𝗺𝗮𝗵 𝘁𝗮𝗸 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗶𝗺𝗽𝗮𝗻𝗴 𝗮𝗴𝗮𝗺𝗮, 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗮𝗽𝗮 𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂 𝗱𝗶𝘀𝗲𝗸𝗮𝘁?






Aku setuju 100% dengan kenyataan ni. Kalau ceramah tu betul ikut ajaran sebenar Islam, bukannya disekat malah sepatutnya 𝗱𝗶𝗴𝗮𝗹𝗮𝗸𝗸𝗮𝗻.


𝗧𝗮𝗽𝗶! Macamana nak tentukan ceramah tu betul dan tak menyimpang dari ajaran agama? Macamana kita boleh pastikan penceramah 𝗮𝗱𝗮 𝗸𝗲𝗹𝗮𝘆𝗮𝗸𝗮𝗻?


Di situlah pentingnya 𝗽𝗲𝗻𝘁𝗮𝘂𝗹𝗶𝗮𝗵𝗮𝗻. Dengan tauliah barulah kita tahu penceramah itu tidak bawa ajaran yang bersalahan dengan fahaman kita.


Persoalannya, kalaulah betul tak menyimpang dari agama, 𝗸𝗲𝗻𝗮𝗽𝗮 𝘁𝗮𝗸 𝗺𝗼𝗵𝗼𝗻 𝘁𝗮𝘂𝗹𝗶𝗮𝗵? Kalau ilmu yang nak disampaikan tu betul, tentu tak ada masalah nak dapatkan tauliah tu. Kan?


Macam suami. Kalau dalam 𝘩𝘢𝘯𝘥𝘱𝘩𝘰𝘯𝘦 dia tak ada benda yang boleh buat 𝗸𝗮𝗻𝘁𝗼𝗶, apa dia nak takut kalau isteri minta password nak pinjam 𝘩𝘢𝘯𝘥𝘱𝘩𝘰𝘯𝘦. Kan?


Undang-undang dah tertulis. Ikut je la. Bila kena tahan sebab tak ikut peraturan, salahkan diri sendiri yang gagal ikut peraturan. Bukan salahkan peraturan tu.


𝗣𝗲𝗻𝘁𝗮𝘂𝗹𝗶𝗮𝗵𝗮𝗻 ini 𝗽𝗲𝗻𝘁𝗶𝗻𝗴 demi menjaga akidah 𝘂𝗺𝗮𝘁 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗱𝗶𝘀𝗲𝘀𝗮𝘁𝗸𝗮𝗻 dengan ajaran palsu. Supaya fahaman songsang seperti 𝗸𝗵𝗮𝘄𝗮𝗿𝗶𝗷 tidak membiak.


Muslim yang baik akan patuh kepada peraturan selagi mana ia tidak bercanggah dengan hukum. Apatah lagi jika peraturan itu dibuat demi 𝗺𝗲𝗻𝗷𝗮𝗴𝗮 𝗸𝗲𝗽𝗲𝗻𝘁𝗶𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


KEM RAFIZI TARIK SOKONGAN ? BERGOLAK BESAR ?

Bakal MB Kedah dari Umno kata PKR tak beradab.....

APA BAKAL BERLAKU KEPADA DS RAFIZI? YANG MENJADI HOT SEPERTI PISANG GORENG!

Rafizi warns of consequences from Tengku Zafrul’s party switch

Kalau Presiden Dilantik Pun Saya Tak Minat, Ini Bukan Soal Jawatan Tapi ...



Datuk Seri Rafizi Ramli menegaskan pendiriannya untuk tidak menerima sebarang tawaran jawatan, termasuk jika ditawarkan sebagai Timbalan Presiden parti. Beliau menekankan bahawa perjuangan politik bukan berlandaskan jawatan tetapi mesej dan prinsip yang dibawa. Rafizi juga menjelaskan bahawa beliau kekal sebagai Ahli Parlimen dan ahli parti kerana menghormati mandat yang diberikan oleh rakyat serta cabang Pandan yang mencalonkannya. As the video platform of Malaysia's leading online news portal https://malaysiagazette.com/, we deliver authentic, fact-checked reports covering a wide range of topics: national news, international developments, human-interest stories, politics, economics, educational contents and everything happening in the country and beyond. Stay informed with our in-depth coverage, exclusive interviews, and insightful analyses designed to keep you connected to the pulse of the nation. Subscribe to MalaysiaGazette now for daily updates and never miss the stories that matter most to you. #malaysiagazette #mgtv






RAFIZI-IZZAH : PENYOKONG PKR TENGOK VIDEO INI, ISWARDY MORNI SENDIRI BER...

Sanusi raikan anak muda secara organik, Madani ????

FAIZAL BONGKAR!, KENAPA IZZAH,RAMANAN ANTARA DISEBUT GANTI RAFIZI, NIK N...

KENAPA SEKARANG? – FAIZAL JAWAB MOTIF TENGKU ZAFRUL MOHON MASUK PKR!

Langkah Zafrul

Reformasi? Sudah-lah…

 

Reformasi? Sudah-lah…

Adakah PM mempunyai kemauan politik untuk melaksanakan reformasi utama?

By

 Sarajun Hoda Abdul Hassan

 -

 

Share

 

Description: https://aliran.com/wp-content/uploads/2023/07/Anwar-Ibrahim-Malaysia-Madani.jpgANIL NETTO/ALIRAN

Follow us on our Malay and English WhatsApp, TelegramInstagramTiktok and Youtube channels.

Apa kaitan PKR dengan usaha mereformasi institusi? Sangat sedikit. Salah faham bahawa parti itu pembawa obor reformasi mestilah diketepikan.

Perjuangan untuk mereformasi institusi tidak bermula dengan pemecatan Anwar Ibrahim daripada kabinet pada 1998. Ia bermula beberapa dekad lebih awal, dengan berpuluh-puluh aktivis sosial dan politik ditahan secara berkala.

“Reformasi” yang dilaung oleh PKR, terutamanya oleh keluarga dan penyokong Anwar merupakan sanggahan terhadap pemecatan Anwar selaku timbalan PM dan timbalan presiden Umno oleh Perdana Menteri ketika itu, Dr Mahathir Mohamad, pada 1998.

Matlamat parti itu adalah untuk menggulingkan kerajaan Barisan Nasional dan merampas kuasa.

Selepas gagal merampas kuasa daripada Mahathir, PKR kemudiannya mendakwa mengusung agenda keadilan sosial, kesaksamaan dan meritokrasi.

Anwar sendiri kemudiannya didakwa atas tuduhan rasuah dan liwat. Amnesty International berpendapat perbicaraan Anwar “mendedahkan wujud corak manipulasi politik institusi negara utama termasuklah melibatkan polis, pejabat pendakwa raya dan badan kehakiman”.

Sudah tentu, jika anda bertanya kepada kerajaan “Madani” yang ada sekarang, bilamana salah guna kuasa tersebut ditangani, untuk memastikan tiada orang lain yang akan mengalami akibat dan ketidakadilan yang sama, boleh jadi anda tidak akan mendapat jawapan yang begitu meyakinkan.

Support the struggle to build a Malaysia based on Justice, Freedom, Solidarity:

·         Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both

·         Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948

·         Make a regular pledge or periodic auto-donation to Aliran

·         Become an Aliran member

Tel: 04-658 5251 email: aliran.malaysia@yahoo.com

Baru-baru ini, selepas hampir 30 bulan memerintah, Perdana Menteri Anwar menegaskan bahawa kerajaannya kekal komited kepada reformasi. Namun, katanya, ia tidak boleh dilaksanakan secara tergesa-gesa. Beliau bercakap tentang reformasi namun tampaknya semua seperti hanya janji bulan dan bintang. Anak beliau Nurul Izzah juga mengulangi bahasa yang sama untuk menyokong bapanya. Kata Nurul Izzah, Reformasi tidaklah ditinggalkan tetapi laluannya tidak akan berlaku dengan pantas. Tampaknya ia hanyalah retorika ‘modal air liur’ yang sama.

Ahli politik PKR dan DAP perlu diingatkan bukan mereka sahaja yang memperjuangkan keadilan sosial dan reformasi. Ramai aktivis sosial, pemimpin NGO dan pemimpin tersohor yang lain juga bertarung habis-habisan, kadangkala membayar harga yang tinggi, dalam perjuangan. Bagi mereka yang telah meninggal dunia, jiwa mereka barangkali masih akan resah – kerana banyak reformasi yang sangat diperlukan masih tidak dapat direalisasikan.

READ MORE:  Memahami kelembapan reformasi 'Madani'

 

Sesetengah ahli politik yang tidak tahu malu malah bertindak dan berkelakuan seolah-olah mereka memperoleh sendiri jawatan dan kuasa yang mereka nikmati sekarang.

Realitinya, advokasi, kempen dan perjuangan untuk isu-isu penting yang telah diperjuangkan selama beberapa dekad – malah yang pernah menjadi sebahagian daripada agenda ahli politik dalam kerajaan ini – kini seakan terkubur jauh di bawah banyak alasan.

Belas kasihan dan empati terhadap masyarakat terpinggir di kalangan sebilangan ahli politik kini seakan menghilang setelah mereka mengecap kekuasaan.

Ambil contoh laporan oleh jawatankuasa reformasi institusi, yang dirangka oleh tokoh-tokoh terkemuka semasa Pakatan Harapan memegang kuasa persekutuan buat pertama kali di bawah Mahathir. Adakah kerajaan Madani mempunyai tekad politik untuk melaksanakan cadangan dalam laporan itu?

PKR mesti mengingati kekalahannya yang memalukan ketika pilihan raya umum 2004. Parti itu kehilangan semua kerusi yang ditandinginya kecuali satu, Permatang Pauh, yang disandang isteri Anwar, Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Begitulah, arus boleh cepat berubah dalam sekelip mata jika rakyat memilih untuk enggan memaafkan dan melupakan, apalagi jika janji tidak ditepati.

Pada pilihan raya umum 2008, gabungan pembangkang Pakatan Rakyat yang diketuai PKR – digerakkan oleh perhimpunan besar-besaran oleh Hindraf dan Bersih – memenangi 82 kerusi parlimen dengan sokongan 46.8% undi popular. PR juga mengambil alih lima kerajaan negeri.

Peratusan undi popular PR menghampiri 50.3% undi popular BN, yang memberikan 140 kerusi kepada pakatan pemerintah. Lihat bagaimana PR memenangi 58 kerusi kurang daripada BN walaupun hanya ketinggalan 3.5% undi popular.

Perbezaan ini disebabkan terutamanya oleh gerrymandering, yang masih belum diperbetulkan. Adakah kerajaan Madani akan mengeksploitasi kelebihan ini dengan mengumumkan pilihan raya umum awal, iaitu sebelum persempadanan semula kawasan pilihan raya harus diadakan iaitu menjelang 2026? Atau adakah ia akan membetulkannya sebelum pilihan raya umum yang harus diadakan menjelang 2028?

READ MORE:  Aliran concerned as PKR mulls 'no contest' for top party posts

 

Pembaharuan sistem pemilihan cukup mendesak untuk memastikan pilihan raya yang bebas dan adil. Ia tidak boleh dilengahkan.

Beberapa pengkaji politik percaya Anwar mungkin memanggil pilihan raya awal sebelum persempadanan semula dilakukan. Ideanya adalah untuk merampas antara 25-30 kerusi daripada Perikatan Nasional yang Pakatan Harapan kalah dengan undi yang tipis – terutamanya apabila PH dan BN yang dipimpin Anwar telah bergabung.

Keputusan pilihan raya kecil Air Kuning baru-baru ini bagaimanapun tidak begitu memberangsangkan bagi pasukan Madani. Gabungan undi PH-BN untuk Air Kuning jatuh daripada 15,963 (68.0% undi popular) dalam pilihan raya negeri 2022 kepada 11,065 (60.7%) kali ini.

Pembaharuan utama yang telah lama tertunggak ialah pengasingan kuasa yang jelas antara eksekutif, badan perundangan dan badan kehakiman.

Ahli politik di pihak kerajaan berhujah bahawa gabungan itu dihalang oleh dinamik sosio-politik dan agama yang kompleks. Bergerak terlalu pantas melakukan pembaharuan boleh merisikokan perpecahan politik bagi kerajaan Madani. Ini barangkali menjelaskan sikap pemimpin PH yang kelihatan suam-suam kuku terhadap reformasi.

Ada pemerhati yang lain tidaklah begitu terkesan dengan hujah ini dan menegaskan PH hanya kekurangan tekad politik.

Ada yang mencadangkan bahawa reformasi institusi mati sebaik saja Anwar mengangkat sumpah sebagai PM dengan sokongan Umno, yang menjadi batu penghalang terbesar untuk reformasi sejak merdeka. Kepercayaan sebegini tidaklah berlaku tanpa asas.

Tidak lama selepas “kerajaan perpaduan” ditubuhkan, Umno memerah pakatan dengan mengambil alih beberapa kementerian yang mempunyai paling banyak sumber. Ahli politik Umno, beberapa daripada mereka yang sudah tercemar, dilantik ke syarikat berkaitan kerajaan, agensi dan badan kawal selia serta mendambakan jawatan seperti yang dipertua negeri.

Siapa yang boleh melupakan rentetan individu yang didakwa dengan “dilepas tanpa bebas”. Yang paling mengejutkan ialah Keputusan melibatkan seorang pemimpin kanan Umno selepas mahkamah telah menemui kes prima facie terhadapnya atas 47 pertuduhan pecah amanah jenayah, rasuah dan pengubahan wang haram. Ini berlaku selepas 77 hari perbicaraan telah diadakan dan 114 saksi dipanggil.

READ MORE:  Lantikan semula Azam Baki bukti kerajaan tiada arah untuk reformasi

 

Kononnya anti-rasuah!

Sebenarnya, pembaharuan perlu bermula dari atas – pejabat PM yang mengawal hampir semua hal di bawah sinaran mentari Malaysia.

PM, bersama beberapa menteri, timbalan menteri dan penjawat awam kanan, akhirnya bertanggungjawab ke atas pembaharuan undang-undang, hal ehwal Islam, audit negara, pertahanan awam, insolvensi, latihan kehakiman dan perundangan, jabatan pembangunan Islam, pembangunan Orang Asli, fungsi peguam negara, perkhidmatan awam dan sebagainya.

Pejabat PM juga perlu bersuara mengenai pelantikan ke pelbagai badan berkanun seperti Tabung Haji, Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman, Suruhanjaya Pilihan Raya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Sukaham, Khazanah dan PNB.

Mengapa wujud pemusatan kuasa yang berlebihan? Mengapakah PM memerlukan kuasa yang begitu besar?

Bilakah dia akan mula mengasingkan kuasa yang ada? Ini adalah usaha reformasi di peringkat bawahan yang boleh dilaksanakan oleh perdana menteri tanpa majoriti besar di Parlimen.

Beberapa rang undang-undang utama telah pun diluluskan oleh Dewan Negara: Rang Undang-undang Majlis Media Malaysia dan Rang Undang-undang Perkhidmatan Parlimen. Ini harus dipuji. Anwar mesti segera melaksanakannya untuk menegakkan kebebasan media dan Parlimen.

Beliau juga harus memindahkan pengawasan Jabatan Peguam Negara, Suruhanjaya Pilihan Raya, SPRM dan Suhakam kepada jawatankuasa pilihan parlimen.

Tubuhkan suruhanjaya ketua hakim negara baharu untuk menempatkan semua suruhanjaya kehakiman dan undang-undang, pendaftar Mahkamah Persekutuan, Suruhanjaya Perkhidmatan Undang-undang dan pastikan ia bertanggungjawab untuk pelantikan dan latihan. Mungkin juga masukkan sekali mahkamah Syariah dan jabatan pendakwaan. Suruhanjaya ini harus diawasi oleh agong.

Semua ini boleh dilakukan. Namun, persoalan yang penting kekal: adakah perdana menteri mempunyai tekad politik untuk meneruskan agenda reformasi dengan segera?

Sarajun Hoda Abdul Hassan
Editor bersama, surat berita Aliran
4 Mei 2025

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama

1.     Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat

2.   Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar

3.   Raikan kerencaman dan keterangkuman

4.   Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang

5.    Lawan rasuah dan kronisme

 

Heboh MARDI lepaskan ikan asing, Jabatan Perikanan sahkan pelepasan tanpa makluman


 

Heboh apabila pihak Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) melakukan kesilapan besar melepaskan sejumlah 2,000 kilogram (kg) ikan keli Afrika yang merupakan spesies asing invasif.

Tindakan melepaskan kira-kira 1,300 ekor ikan itu dengan purata berat 1.5 kg seekor telah dilepaskan oleh pihak penganjur pertandingan memancing sempena Program Showtech 2025 ke dalam Tasik MAEPS, Serdang pada 29 Mei lalu.

Esoknya, Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) telah melakukan lawatan tapak dan mengadakan sesi libat urus berhubung perkara tersebut susulan aduan awam.

Pengarah Perikanan Negeri Selangor, Noraisyah Abu Bakar berkata, tindakan itu dilakukan tanpa sebarang pemakluman atau permohonan mendapatkan khidmat nasihat daripada Pejabat Perikanan Negeri Selangor.

“DOF memandang serius sebarang pelepasan spesies ikan asing ke dalam perairan umum kerana tindakan ini boleh menjejaskan keseimbangan ekosistem, mengancam spesies tempatan dan memberi kesan jangka panjang terhadap sumber perikanan negara.

“Sehubungan itu, usaha sedang dipertingkatkan bagi memperkukuh kawal selia terhadap aktiviti pelepasan ikan melalui penggubalan peraturan baharu serta hebahan berterusan melalui media massa dan elektronik,” katanya kepada Sinar Harian.

Memusnahkan ekosistem

Terdahulu, orang ramai bimbang dengan pelepasan ikan keli Afrika ke dalam Tasik MAEPS, Serdang memandangkan spesies hidupan yang tahan lasak itu amat mengancam dan memusnahkan ekosistem perairan tempatan.

Ekoran bantahan orang ramai, segelintir kakitangan MARDI menafikan bahawa Tasik MAEPS terhubung dengan perairan umum.

Walau bagaimanapun, laman Facebook Jejak Air Tawar menyanggah penafian itu dengan mengemukakan antara aliran air keluar dari tasik di MAEPS ke Wetland di Putrajaya yang terhubung dengan Sungai Langat.

“Dengan erti kata lain Wetland adalah sebahagian dari lembangan Sungai Langat. Sistem saliran dan perparitan dari MAEPS ke Wetland agak kompleks.

“Tapi itu bukan halangan bagi ikan dari genus Clarias seperti Keli Afrika (Clarias gariepinus) yang memiliki daya ketahanan tinggi dan boleh menyelinap merentasi kawasan yang amat cetek, sempit dan juga ada kemampuan untuk bergerak di daratan dalam tempoh yang singkat.

“Ini kerana ikan keli adalah jenis yang akan berimigrasi ke habitat lain untuk mencari sumber makanan yang lebih banyak.

“Itu sudah pasti akan berlaku kerana kita bukan baru hari ini membuktikannya, walaupun akan mengambil masa dan secara berperingkat untuk jajahannya jadi lebih meluas, ia pasti akan sampai juga ke Wetland,dan akan datang ke Sungai Langat pula,” katanya.

Menurut laman pencinta perairan air tawar Malaysia tersebut, keli Afrika yang rakus dan cepat membiak itu akan lebih mudah bergerak ke kawasan lain yang lebih jauh dalam tempoh lebih singkat jika hujan berterusan dan berlaku limpahan air atau banjir.

Dibenar keluar IJN, ini perkembangan terbaharu Sultan Brunei


 

HarapandailyJune 1, 2025

Jabatan Perdana Menteri (JPM) Brunei memaklumkan Sultan Hassanal Bolkiah dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur semalam.

Baginda kini bersemayam di sebuah hotel di Kuala Lumpur selepas menerima rawatan di IJN sejak 27 Mei lalu kerana keletihan.

“Pakar perubatan telah menasihatkan baginda berehat beberapa hari lagi sebelum berangkat balik ke Brunei Darussalam,” menurut hantaran di Instagram JPM Brunei.

Pada 25 Mei lalu, Sultan Brunei tiba di Malaysia untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 dan Sidang Kemuncak Berkaitan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 26 dan 27 Mei.

Sultan Hassanal Bolkiah, 78, adalah antara individu terkaya di dunia dan berasal daripada keluarga diraja yang telah memerintah Brunei, sejak lebih 600 tahun.


TIADA APA-APA AKAN BERLAKU, SEBABNYA UMNO TAK MUNGKIN BERANI NAK LAKUKAN APA-APA



31 May 2025


Beberapa orang bertanya kepada saya, apakah hubungan UMNO dan PKR akan terputus berikutan tindakan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz mengumumkan keluar UMNO dan menyertai PKR?


Walaupun ada beberapa pemimpin UMNO ternampak marah dan kecewa dengan tindakan luar biasa Tengku Zafrul yang tidak pernah berlaku dalam sejarah mana-mana hubungan antara dua parti yang sama-sama berada dalam kerajaan – percayalah – tiada apa-apa akan berlaku.


Saya berpandangan tiada apa-apa akan berlaku kerana UMNO tidak mungkin berani melakukan apa-apa.


Lihat saja komen Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi mengenainya di mana beliau sekadar mengatakan perbuatan Tengku Zaftul itu sebagai tindakan tidak beretika saja.


Selebihnya beliau lebih fokus mahu kouta kerusi menteri yang dipegang Tengku Zafrul sekarang diserahkan semula kepada UMNO bagi mencukupkan tujuh kerusi sebagaimana sebelum ini.


Tidak ternampak langsung beliau melenting dan marah atas perbuatan itu, walhal Tengku Zafrul adalah Ahli MT UMNO, Ketua UMNO Bahagian Kota Raja, pernah bertanding dalam PRU15 atas tiket UMNO dan sudah tentu keberadaannya sebagai menteri selama ini juga adalah atas kouta UMNO.


Begitu juga dengan dua pemimpin kanan UMNO iaitu Timbalan Presiden, Mohamad Hasan dan Naib Presiden, Johari Ghani.


Mohamad dipetik sebagai berkata, tindakan Tengku Zafrul bukanlah sesuatu yang luar biasa kerana semua orang katanya, ada hak memilih parti pilihan masing-masing.


Malah beliau menyifatkan tindakan Tengku Zafrul keluar UMNO dan menyertai PKR, dua parti yang sama-sama berada dalam kerajaan perpaduan sebagai dinamika politik semasa.


Johari pula yakin hubungan UMNO dan PKR tidak terjejas dengan apa yang dilakukan Tengku Zafrul itu.


Bahkan katanya, UMNO dan PKR perlu terus bekerjasama demi kepentingan negara.


Daripada reaksi tiga pemimpin utama UMNO itu, langsung tidak ternampak mereka marah, jauh sekali mengecam Tengku Zafrul dan ini memperlihatkan seolah-olah bagi mereka, tindakan Tengku Zafrul keluar UMNO dan menyertai PKR itu bukanlah suatu pengkhianatan, tetapi sekadar penghijrahan.


Yang marah-marah, melenting, mengecam Tengku Zafrul, mahu Anwar dan PKR diberi teguran keras serta mencadangkan dikaji hubungan parti itu dalam kerajaan hanyalah pemimpin UMNO peringkat bahagian dan negeri yang pasti suara mereka tidak lebih hahyalah ibarat angin lalu.


Kenapa pemimpin utama UMNO tidak melenting dan marah?


Besar kemungkinan ianya disebabkan sudah ada persefahaman antara Zahid Hamidi dengan Anwar Ibrahim dalam isu Tengku Zafrul ini sebelum Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri itu membuat keputusan rasmi keluar UMNO dan menyertai PKR.


Tanpa ada persefahaman, tidak mungkin Tengku Zafrul boleh membuat pengumuman itu semalam, sedangkan ura-ura beliau mahu meninggalkan UMNO itu sudah pun berbangkit sejak sekian lama. 


Bak kata orang zaman sekarang, dua pemimpin berkenaan mungkin  sudah lama merancang, pemimpin UMNO di bawah saja yang lalai dan tidak sedar.


Selepas ini – buat kali kedua, percayalah – UMNO akan membuat ketetapan menerima dengan baik keputusan Tengku Zafrul itu sambil mendoakan kesuksesannya bersama wadah baru iaitu PKR.


Jika ada PRK selepas itu di mana Tengku Zafrul akan bertanding mewakili PKR atas tiket PH – buat kali ketiga, percayalah juga – UMNO akan membuat ketetapan agar parti itu mesti bekerja keras bagi memenangkan bekas Ahli MT UMNO itu demi perpaduan dan kestabilan kerajaan yang dipimpin oleh Anwar.


Yang bising-bising akan jadi diam dan akhirnya wala’ dengan pendirian UMNO, sama seperti wala’nya ahli dan penyokong Pas kepada keputusan pemimpin mereka.


Semuanya akan khalas sebagaimana dirancang. – ShahbudinHusin 31Mei2025.


https://shahbudindotcom.net/2025/05/tiada-apa-apa-akan-berlaku-sebabnya-umno-tak-mungkin-berani-nak-buat-apa-apa/



INSAN INI LAMA DILUPAKAN....



 Bertenang sahabatku sekalian... Rafizi & Nurul dua2nya adalah kristal yang sedang digilap. PMX pula adalah intan yang gemerlapan. Rafizi atau Nurul bagi saya tak ada masalah selagi Anwar terus bersinar. Alhamdulillah 🤲 





Negara sedang berada dilandasan terbaik dan dipimpin oleh orang yang terbaik. Tidak perlu gusar. Sebenarnya yang gundah gulana ketika ini adalah musuh2 kita yang sebenar. Dan musuh kita yang sebenar bukanlah team Rafizi atau team Nurul selagi kita patuh dengan Kapten yang sama - Anwar.


Sebenarnya yang saya amat khawatir adalah musang2 berbulu ayam yang sedang merobek perpaduan kita meratah daging kita. Ingat! Diluar sana musuh tanpa henti berusaha dan melakukan apa saja untuk menggagalkan agenda Reformasi yang sedang dilakukan oleh Malaysia Madani dibawah pimpinan Anwar. 


Bangkitlah. Bersatulah. Bermuwafakatlah. Kerana muwafakat itu membawa berkat.


Salam hormat.

Badrulamin Bahron.

28 Mei 2025.