Setelah keputusan PRN Melaka yang mengecewakan dan di PRN Johor yang amat membimbangkan beliau hadir disaat parti dalam keadaan sukar dan kian hilang sokongan.
Pelbagai usaha dari pelbagai pihak meminta beliau kembali ke pentas politik, saya sendiri insan kerdil dalam arus perjuangan ini secara peribadi beberapa kali merayu pada beliau dan beliau membalas kepada saya "Sampai masa kita usahakan" sejak itu saya yakin beliau akan kembali satu hari nanti.
Ini adalah masa yang amat sukar buat Pakatan Harapan dan Keadilan khususnya tetapi tidak dapat dinafikan insan bernama Rafizi ini punyai kelebihan kepandaian kemampuan tersendiri untuk mencorak sesuatu yang lebih baik.
Ia diakui oleh pelbagai pihak termasuk Presiden Keadilan sendiri begitu juga dari UMNO dimana Datuk Lokman Nor Adam pernah menyebut Saudara Rafizi adalah ibarat 'key controller' dalam Pakatan Harapan satu ketika dulu.
Maka hari ini kemunculan semula beliau mendapat sambutan yang sangat luar biasa dari ahli parti khususnya mahupun penyokong dan pendokong yang turut memberi komen² mengalu-alukan penglibatan semula beliau.
Beliau kini menawarkan diri sebagai Calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat dan saya kira beliau adalah insan yang paling layak dan sesuai bergandingan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim seterusnya mampu melonjakan sokongan rakyat dan membawa parti kearah prestasi yang lebih mantap.
Ayuh teman² teruskan memberi sokongan padu kepada beliau.
Kurangkan Emosi Tingkatkan Prestasi..
Rafizi Ramli untuk Timbalan Presiden.
Mohd Latif
Bandar Tun Razak

No comments:
Post a Comment