MGID

SURAT ANWAR PM KE 8 DISUNTING – AZAN ISMAIL

PIAGAM PAS-UMNO: MUNGKINKAH HUDUD DITINGGALKAN?

KETEPIKAN RETORIK POLITIK, BINA SEMULA NEGARA’

KALAU BERANI, CUBALAH..




Oleh: Anuar Ahmad

Anda jangan ingat isu bantahan Dong Zong  terhadap tulisan Jawi  baru-baru ini adalah yang paling besar. Isu ini kecil sahaja berbanding apa yang pernah berlaku pada tahun 1961.

Tetapi syukurlah kerana ketika itu Menteri Pelajaran adalah Abdul Rahman Talib dan Pengarah Pelajaran pula Dr Aminuddin Baki maka sistem pendidikan negara dapat dipertahankan sebaiknya. 

Kalau ketika itu Menteri Pelajaran jenis 'lembik', sibuk kejar populariti dan asyik main politik, memang sistem pendidikan negara dah lama rosak. 

Jangan harap bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar lagi seperti sekarang. Mungkin negara kita dah lama amalkan sistem pendidikan pelbagai bahasa pengantar. 

Sebenarnya tahun 1961 adalah antara tahun yang bersejarah dalam sistem pendidikan negara ini. 

Inilah ketikanya di mana pengasas Dong Zong, Lim Lian Geok telah dilucutkan kewarganegaraan Malaysia oleh kerajaan kerana tindakan beliau membantah keputusan kerajaan berkaitan Laporan Pelajaran Rahman Talib 1960 dan Akta Pelajaran 1961. 

Ini berikutan bantahan keras beliau khususnya terhadap Perkara 21 (2) yang memberi kuasa kepada Menteri Pelajaran untuk menukarkan mana mana Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC)  menjadi sekolah kebangsaan sepenuhnya. 

Beliau juga 'mengamuk' bila Abdul Rahman Talib telah berjaya memujuk 53 buah Lembaga Pengelola sekolah menengah persendirian Cina (SMPC) untuk menjadi sekolah menengah Jenis kebangsaan Cina (SMJKC). 

Hanya 16 buah sekolah pensendirian Cina sahaja yang bertegas menolak tawaran beliau. 

Sekolah persendirian Cina yang pertama bersetuju menjadi sekolah Menengah Jenis Kebangsaan ialah Penang Chung Ling High School. 

Pengetua Chung Ling High School, Mr. Wang Yoon Nien dan Pengerusi Lembaga Pengelola, Mr. Ong Keng Seng telah digelar sebagai pengkhianat besar pendidikan Cina oleh para pemimpin dan penyokong Dong Zong di seluruh negara. 

Jadi jangan kita lupa, ramai juga tokoh pendidikan Cina yang turut menjadi 'mangsa' sifat perkauman Dong Zong sejak dulu. 

Selain mereka berdua, dua tokoh masyarakat Cina yang menjadi ahli jawatankuasa Laporan Rahman Talib iaitu Mr. Leong Yew Koh dan Mr. Ong Yoke Lin juga digelar pengkhianat oleh penyokong Dong Zong. 

Orang Melayu kena tahu sejarah ini. Ramai orang Cina yang mempunyai semangat kebangsaan yang tinggi. 

Mereka sanggup menerima berbagai kejian dari kumpulan Dong Zong semata-mata ingin bersama pemimpin Melayu membina sebuah sistem pendidikan kebangsaan di negara ini. Pengorbanan mereka ini jarang didendangkan. 

Kesabaran kerajaan ada hadnya. Ada ketikanya ketegasan perlukan tindakan.  Akibat bantahan berterusan Lim Lian Geok yang ketika itu memimpin Dong Zong, kewarganegaraan beliau telah dilucutkan pada 19 Ogos 1961.

Selepas beliau, tiada seorang pun pimpinan kanan Dong Zong berani menawarkan diri sebagai pemimpin Dong Zong yang baru. 

Mungkin mereka mula takut akan menerima nasib yang sama.  Mereka nampaknya sudah dapat isyarat jelas dari kerajaan, "kalau berani, cubalah...'

Begitulah ketegasan kerajaan ketika itu khususnya Menteri Pelajaran dalam memastikan sistem pendidikan negara ini tidak diganggu gugat oleh mana mana pihak yang mempunyai kepentingan kaum masing masing. 

Jadi jangan anda ingat tak ada orang yang pernah dilucutkan kewarganegaraan kerana isu membantah sistem pendidikan negara.

Selain Lim Lian Geok, penasihat Dong Zong ketika itu bernama Yan Yuan Zhang juga turut menerima tindakan. 

Disebabkan beliau menetap di Singapura, beliau telah diharamkan masuk ke Tanah Melayu atas arahan kerajaan. 

Sistem pendidikan adalah 'jiwa negara' ini. Kerajaan bertanggungjawab memastikan 'jiwa negara' ini dipelihara. Menteri Pelajaran adalah 'guardian' sistem pendidikan negara. 

Malaysia bertuah kerana pernah mempunyai pemimpin yang tegas dalam mempertahankan sistem pendidikan negara pada tahun-tahun yang mencabar dulu. 

Semoga kerajaan hari ini juga mempunyai ketegasan yang sama.

****
p/s: semua fakta di atas saya  petik dari bahan bacaan ilmiah dan kajian Phd. Boleh rujuk:

Ang Ming Chee, (2014) Institutions and Social Mobilization: The Chinese Education Movement in Malaysia 1951-2011 (mukasurat 54)

Kua Kia Soong (2010), Lim Lian Geok: Soul of The Malaysian Chinese (mukasurat 45)

ZAKIR NAIK BOLEH MERANCANG MENCARI NEGARA YANG SUDI MENERIMANYA



Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad berkata, kerajaan akan menarik balik status penduduk tetap (PR) Dr Zakir Naik sekiranya siasatan polis mendapati pendakwah kontroversi itu melakukan sesuatu yang menjejaskan kesejahteraan negara.
“Kita (kerajaan) boleh tarik balik status penduduk tetapnya jika dia (Dr Zakir) melakukan sesuatu yang menjejaskan kesejahteraan negara ini.
“Pada masa ini, polis sedang menyiasat (sama ada) dia melakukan kesalahan itu atau tidak.
“Sudah tentu, jika dia melakukan kesalahan, kita perlu menarik balik status penduduk tetapnya,” kata Tun Mahathir lagi.
Menurut Tun Mahathir, kerajaan juga akan mengambil tindakan menghalang Dr. Zakir daripada terus membuat ucapan yang provokatif yang dilihat cuba melaga-lagakan masyarakat berbilang kaum di negara ini.
Apakah maksud kenyataan Tun Mahathir ini?
Adakah kenyataan terbaru Tun Mahathir ini suatu bayangan bahwa status PR Dr. Zakir akan ditarik tidak lama lagi?
Rasanya kecenderungan Tun Mahathir memang ke arah itu sekarang ini.
Kenyataan beliau ini jelas berbeza dengan pendiriannya beberapa hari lalu yang bertegas menyatakan Dr Zakir tidak akan dihantar pulang ke negara asalnya, India.
Kata Tun Mahathir, jika dihantar pulang, pendakwah itu bukan saja tidak akan mendapat perbicaraan yang adil, malah mungkin akan terancam nyawanya.
“Kita dalam keadaan ditelan mati emak, diluah mati bapa, tapi kita tiada pilihan selain melindunginya,” tambah Tun Mahathir lagi.
Tetapi, dengan menunggu hasil siasatan polis terlebih dahulu sebelum statusnya PR Dr Zakir boleh dibatalkan, Tun Mahathir nampaknya sudah menyediakan perlindungan buat dirinya daripada kemungkinan kecaman ramai atas tindakan tersebut.
Ini bermakna, tindakan membatalkan PR itu sekiranya dilakukan, ia bukan kerana beliau akur atau tunduk kepada desakan menteri-menteri DAP yang mahukan beliau berbuat demikian, tetapi kerana hasil siasatan polis yang mendapati pendakwah itu telah melakukan sesuatu yang menjejaskan kesejahteraan negara.
Dengan itu, jika ada kecaman ramai terhadapnya, Tun Mahathir sedia dengan sandaran bahawa beliau lebih mengutamakan kesejahteraan rakyat berbilang kaum di negara ini.
Dan sebagai ketua kerajaan, memang itulah yang sewajarnya menjadi keutamaan beliau sebagai Perdana Menteri.
Lebih-lebih lagi kerana polis terletak di bawah Kementerian Dalam Negeri yang menterinya ialah Muhyiddin Yassin, sekali lagi Tun Mahathir juga ada perlindungan lapisan kedua untuk dirinya dalam pembatalan status PR Dr Zakir itu.
Bererti, beliau dan kerajaan hanya bertindak membatalkan status PR Dr Zakir atas faktor keselamatan dan kesejahteraan rakyat setelah disiasat oleh pihak polis serta diperhalusi oleh Kementerian Dalam Negeri.
Dalam pada itu, dengan Dr Zakir sendiri sudah diambil keterangannya selama berjam-jam oleh polis Bukit Aman malam tadi, kebarangkaliannya ialah hasil siasatan polis itu akan diserahkan kepada kerajaan dalam waktu yang terdekat ini.
Yang pasti, dengan perkembangan terbaru ini, Dr Zakir bolehlah mula mencari mana-mana negara lain yang sedia menerimanya, jika beliau berkeras tidak mahu kembali ke India, negara kelahirannya untuk berdepan perbicaraan di sana.
Tempoh beliau dibenarkan berada di negara ini sudah semakin singkat sebenarnya. (Shahbudindotcom 16/08/2019)

PEMIMPIN POLITIK, KAUM GESA ZAKIR TINGGALKAN MALAYSIA

(function() { var d = document, w = window; w

UMNO Tidak Akan Berubah? Tetap Rasuah Dan Salahguna Kuasa?

Datuk Zaharin dedahkan sikap kapitalis pemimpin UMNO yang mengakibatkan UMNO sukar untuk berubah dan mengapa UMNO kekeringan pemimpin muda s...