TIAN CHUA PERLU PILIH SAMA ADA TERUS BERSAMA KEADILAN ATAU TINGGALKAN PARTI


ZALI ZAKRI

Tian Chua perlu segera melepaskan jawatan sebegai Pengerusi Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) jika masih mempunyai prinsip dan ingin terus bersama KEADILAN.
Gesaan ini juga selari dengan keputusan yang dibuat oleh Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat yang telah memutuskan Tian Chua untuk melepaskan jawatan lantikan politik di bawah kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Tindakan beliau untuk terus memegang jawatan GLC di bawah kerajaan PN telah menimbulkan ketidaksenangan hati dalam kalangan ahli KEADILAN khususnya di peringkat akar umbi.
KEADILAN perlu segera bergerak melangkaui episod pengkhianatan yang telah berlaku. Oleh itu, Tian Chua dan mereka yang seangkatan dengan beliau perlu memberi kata putus dengan segera.
Jika tidak, KEADILAN perlu mengambil tindakan yang tegas terhadap kumpulan ini bagi mengelakkan perjuangan parti ini daripada terus dikhianati oleh segelintir mereka yang hanya mementingkan jawatan dan pangkat.


OWHH KABUR DAN TAK JELAS

Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang duduk, orang makan, makanan dan teks

OWHH MEMANG KAKI PELAHAP RASUAH LA GAMAKNYA


HAMSINA HAMZAH

Maknanya.. betul lah parti UMNO ni mengamalkan rasuah.
Kalau tak, tak kan lah Pak Lebai keluar kan 'statement' mcm ni..
Ni Pak Lebai kata tau.. bukan DAP.
SEBENARNYA Ularmak Pas nak beritahu sememangnya UMNO memang kaki RASUAH tu je kan..😂😂🤣
PAS ni lebih hina dari babbb.. kerana sanggup menghalalkan amalan rasuah yang sebati dalam parti UMNO..

JANGAN JADI PELACUR POLITIK

ZAIN AZMAN

Kah kah kah. Semalam Shahrir Samad. Hari ni Ku Li pulak. UMNO mana sokong Muhyiddin PM bro. Yg Annuar Musa umum semalam tu bukan suara UMNO. Silap haribulan sidang parlimen bulan ni, PN niat nak tukar speaker, PN yang tumbang. Haha.
Hat terhegeh² sokong Muhyiddin ni PAS aje. Itu pun goyang gak tu. PAS ni mcm pelacur politik. Dulu beriya sokong Mahathir. Siap keluar kenyataan akan sokong sehingga habis penggal. Sekarang apa sudah jadi? 🤣🤣🤣
PH sekarang cuma perlu perkuatkan parti sahaja. Lupakan Mahathir. Sebelum ni tanpa beliau, PR kukuh bersama Anwar. Malah masa kempen PRU14 pun PH dok sebut nama Anwar Ibrahim sebagai PM selepas tempoh PM sementara Tun M. Sebab itu rakyat pangkah PH. Buktinya parti Anwar menang paling banyak, parti Mahathir bertanding aje paling banyak. Menang 13 aje.
Insya Allah kita boleh menang PRU15. PN sekarang ada masalah calon PM. Tu belum lagi masalah pembahagian kerusi² Melayu. Semalam pun Tajuddin Abd Rahman bgtau takkan berkompromi dalam soal kerusi² UMNO ni. Maknanya kerusi UMNO, PAS & PPBM boleh get lost. Main jauh².
Jadi, apa yg ana nampak pada PRU15 nanti ialah, UMNO sabotaj PAS, PAS sailang UMNO, PPBM kena campak dalam longkang. 🤣🤣🤣
Dr Ariff Kadir Al-Katami
Presiden Majlis Ulamak Nusantara




TINGGAL TAHI 75 BILLION


ZAIN AZMAN

03hb Julai 2020
17.45
Mohd Najib Abdul Razak tinggalkan "tahi" lebih RM75 bilion melalui bermacam-macam skandal - 1MDB, SRC International, Felda, FGV, Tabung Haji, LTAT, Sabah Multi-prodict pipelines dan banyak lagi.
Hampir habis tanah kerajaan dijual untuk bayar hutang 1MDB. Bila tidak lagi yang mampu beli, Bank Negara dipaksanya.
Itu pun ada lagi Melayu Islam tok haji dan tok lebai yang angkat dia jadi bossku.
Malah ada pensyarah dan profesor yang termakan dan terkena sihir politiknya.
Hari ini tersebar tulisan seorang pensyarah UKM bernama Abdul Muein Abadi yang kritik keras kerajaan Pakatan Harapan kerana kononnya jual harta negara.
Pihak UKM dan Kementerian Pendidikan tolong pantau kualiti penghujahan dan kecenderungan ideologi kakitangan akademik mereka.
Kebebasan akademik tidak bererti lesen untuk menabur fitnah dan menyebarkan kepalsuan.
Kalau ia pun kerajaan PH jual aset, ia adalah aset perniagaan yang memang boleh dijual beli.
Tapi kerajaan mana paksa LTAT beli konsesi EAS bila projek pengawasan laju jalan raya itu tidak dapat dilaksanakan? Kerajaan BN. Sekarang kenapa salahkan PH kalau LTAT terpaksa jual harta?
Kenapa tidak sebut RM17 bilion yang kerajaan PH belanja untuk selamatkan Tabung Haji dan RM6.23 bilion untuk selamatkan Felda yang Najib dan kroninya jahanamkan?
Kerajaan PH dan GLC terpaksa jual aset kerana Najib tinggalkan najis kewangan yang bertimbun kerana dia nak jadi raja dengan menggunakan duit. Malang bagi raja duit rakyat tolak dia.
Wallahuaklam...
Terima kasih....


AKTIVITI DSAI DAN KUNJUNGAN YANG DITERIMANYA


2 JULAI
Hari ini menerima sepucuk surat dari pemimpin Hamas Ismail Haniyeh yang dikirim melalui wakil tatkala kezaliman Israel terhadap Palestin semakin memuncak.
Beliau memohon dukungan umat Islam dan rakyat Malaysia yang cintakan keadilan dan kerukunan.
3 JULAI
Menerima kunjungan Pimpinan KEADILAN Sabah diketuai saudari Christina Liew.
Sebagai sebuah parti nasional sedari awal penubuhannya, KEADILAN sudah bertapak di Sabah sebagai wadah anak watan dari segenap kaum dan ras.
Saya hargai sokongan serta dukungan rakan-rakan dan akan meneruskan khidmat bakti kami buat semua rakyat di Sabah.


3 JULAI
Siang tadi saya menerima kunjungan YB Dato’ Ir Hj Ahmad Zakiyuddin, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang yang juga Yang DiPertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP).
Mengambil maklum berkaitan pembangunan umat Islam P.Pinang, terutama sekali dalam memperkasakan umat Islam menerusi institusi masjid.
Turut serta dalam perbincangan Syed Mohd Nazli bin Syed Ahmad, Ahli Majlis MAINPP dan Saudara Mohd Fitri bin Ibrahim, Setiausaha Sulit TKM1 Pulau Pinang.



3 JULAI

Terus bersama perkukuh muafakat.
Bersama
Lim Guan Eng
hari ini di pejabat.


LEPAS JUMPA MAT SABU, HARI INI JUMPA GUAN ENG

ShahbudinHussein


Dua hari lalu dengan Mat Sabu, hari ini dengan Guan Eng pula....bye-byelah nampaknya...😜😜😋😋



KOMPLOT RAHSIA TUN M - AZMIN*



1. Memilih Tun M sebagai PM samalah dengan memilih Azmin menjadi PM. Tun akan ‘serahkan’ jawatan PM kepada Azmin selepas enam bulan atau setahun. Untuk tujuan itu, komplot mereka akan mewujudkan misi seperti Langkah Sheraton 2.0.

2. Azmin adalah pilihan Tun yang sebenar. Bukan Muhyiddin. Apatah lagi Anwar yang kononnya ditawarkan sebagai TPM.

3. Komplot Azmin-Tun telah berlaku lama untuk menghalang Anwar menjadi PM dengan cara apa sekali pun. Keadaan politik Malaysia yang kucar-kacir hari ini berpunca daripada Tun dan Azmin.

4. Sentimen untuk mengembalikan mandat rakyat telah digunakan Tun untuk menumbangkan Muhyiddin. Ia adalah permulaan untuk mengangkat Azmin sebagai PM. Bukan untuk mengambalikan PH menjadi kerajaan yang stabil.

5. DAP dan Amanah telah termakan umpan Tun. Kedua parti itu sanggup mengenepikan Anwar dan “membuka opsyen lain.”

6. Ia sekaligus menunjukkan sikap sebenar DAP dan Amanah terhadap setiakawan Anwar selama lebih 20 tahun. DAP telah kembang hidung apabila beberapa kali dipuji oleh Tun sebelum ini.

7. Tujuan memuji DAP kerana mahu mendapat sokongan daripada DAP yang kini merupakan parti terbesar dalam PH. DAP dan Amanah sangat terdesak untuk kembali berkuasa sehingga keliru dengan tipu muslihat Tun-Azmin.

8. Apabila Tun menamakan Shafie Apdal sebagai calon PM, ia menjadi langkah seterusnya untuk memecah-belahkan PH selepas cara pertama gagal.

9. Dengan perpecahan PH dan menguasai DAP dan Amanah, Tun akan merampas dan menguasai PH untuk membawa masuk parti-parti lain yang tidak mahu bersama Anwar sebelum ini. Semua parti itu akan digunakan untuk menekan Muhyiddin dan mengangkat Azmin.

10.  PKR akan ditendang keluar dari PH.

11.  Dalam masa sama, Azmin pula akan terus memainkan peranan di dalam PN untuk dilihat terus ‘menyokong’ Muhyiddin.

12.  Kalau semua usaha Tun untuk memberi tekanan dan membunuh Muhyiddin dari luar gagal, Azmin masih boleh mengharap Muhyiddin menyerahkan kuasa kepadanya suatu hari kelak. Azmin pula sedang membeli sokongan di dalam PN dengan cuba menguasai PAS, beberapa MP UMNO, GPS dan Warisan.

13.  Dia sedang menjadi diktator muda untuk menggantikan diktator tua.

#demirakyat

Tangani isu pengangguran belia – Sheikh Umar


Kerajaan perlu serius dalam menangani isu pengangguran belia, kata Adun Paloh, Sheikh Umar Bahgrib Ali.
Beliau berkata, ia seharusnya dijadikan agenda tetap negara demi kesinambungan perkembangan ekonomi yang lebih dinamik untuk masa hadapan.
Ke arah itu, beliau memberitahu, kualiti pendidikan serta penstrukturan semula akademik dengan mengambil kira penekanan bidang Latihan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) untuk memenuhi keperluan industri perlu dititik beratkan.
Di Jerman, jelasnya, Sistem Dwilatihan Vokasional Teknikal telah berjaya memadankan perantis dari sekolah beraliran vokasional dengan industri.
“Pendekatan yang holistik ini dapat menggabungkan pengalaman pembelajaran berasaskan kerja untuk terus disambut oleh industri. Pendekatan ini dikatakan telah menyumbang kepada penurunan peratusan kadar pengangguran belia di negara tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.
Dalam pada itu, Sheikh Umar menambah, komunikasi dan kolaborasi dalam pendidikan dan latihan perlu diperhebatkan dalam pembangunan komuniti khususnya golongan belia.
Interelasi sektor pendidikan dan industri ujarnya, tidak boleh dilihat ‘syok sendiri’ dan akhirnya golongan belia yang sukar memenuhi keperluan industri pula yang dikatakan ‘tidak peduli’.
Di Australia, beliau berkata, Jawatankuasa Industri dan Kemahiran telah diwujudkan.
Menurutnya, jawatankuasa itu diberikan tugas khas menyediakan platform rasmi bagi membolehkan penggerak serta pemain industri berperanan aktif dalam mencorakkan hala tuju dasar dan proses pembuatan keputusan bagi sektor TVET.
“Ini termasuk merumuskan pakej-pakej latihan yang releven untuk dibekalkan kepada para belia berdasarkan maklumat berkaitan jurang kemahiran pasaran kerja mengikut keperluan semasa industri,” katanya. 

AHLI PAS 4 KUMPULAN?

PEMIMPIN UMNO, PAS TAK LAYAK JADI PM? – IBRAHIM ALI

MANA DIA. ... DAH DIAM KOT...


Horas.

Saja aku up semula dan peringatkan kamu bahwa sekarang ni pas yang perintah negeri kedah...Allah bayaq cash pada kamu...sebab kamu bukan nak buat pun...kamu hanya nak tunjuk kat orang saja...


GENG AZMIN DAN HAMZAH TIADA KERUSI UNTUK BERTANDING?



Dalam gambar perjumpaan antara Muhyiddin Yassin dengan ketua-ketua parti dalam kerajaan PN dua hari lalu, turut terselit dalam pertemuan itu adalah Azmin Ali dan Hamzah Zainuddin.

Dalam makluman yang dibuat oleh Muhyiddin, beliau menyebut kehadiran Azmin adalah atas kapasitinya sebagai Ketua Whip PN, manakala Hamzah atas kedudukannya selaku Setiausaha Agung Bersatu.

Ramai yang berasa hairan dan meluahkan rasa pelik bagaimana Azmin dan Hamzah boleh dijemput sama, sedangkan kedua-duanya bukan ketua mana-mana parti.

Apa kaitan perjumpaan dengan ketua-ketua parti perlu disertai oleh kedua-dua mereka?

Meskipun atas kedudukan selaku Ketua Whip dan Setiausaha Agung, ramai yang melihat tiada kewajaran berkaitan kehadiran mereka itu, sedangkan ketua parti lain tidak pula membawa setiausaha agung masing-masing untuk hadir.

Lagi pula, bukankah Muhyiddin boleh memberi apa saja arahan kepadan mereka selepas perjumpaan tersebut jika ada hal-hal lain yang perlu dilaksanakan?

Dalam pada itu, sehari selepas perjumpaan tersebut iaitu semalam, UMNO melalui Annuar Musa dan Pas melalui Hadi Awang pula secara terbuka menyatakan sokongan kepada Muhyiddin untuk terus kekal sebagai Perdana Menteri selepas PRU15 akan datang.

Kata Annuar, persoalan untuk mengekalkan Muhyiddin itu telah dibangkitkan dalam mesyuarat Muafakat Nasional atau MN yang akan dibawa kepada UMNO dan Pas untuk diputuskan kemudian.

Dengan yang demikian, dalam pertemuan Muhyiddin dengan ketua-ketua parti itu, tidak mustahil turut dibangkitkan bukan saja soal sokongan terhadapnya sebagai Perdana Menteri, tetapi juga berkaitan pembahagian kerusi dalam PRU15 akan datang.

Di dalam PN sekarang, isu yang paling kritikal adalah pembahagian kerusi antara Bersatu, UMNO dan Pas kerana ketiga-tiganya adalah parti Melayu yang akan bertanding di kawasan yang sama.

Dalam PRU14 lalu, Bersatu bersama PH bertanding 53 kerusi Parlimen, UMNO yang mengetuai BN bertanding 120 kerusi, sementara Pas dengan iltizam sebagai kuasa ketiga telah meletakkan calon di 145 kerusi.

Ditambah dengan geng Azmin seramai 11 orang yang dulunya bersama PKR dan kumpulan Hamzah yang merupakan pelompat parti daripada UMNO di mana kedua-duanya kini dalam Bersatu, bagaimana soal berbahagi-bahagi kerusi kali ini mahu diputuskan?

Sediakan UMNO memberi laluan kepada geng Azmin dan kumpulan Hamzah, selain perlu juga memberi laluan kepada Muhyiddin yang memang asalnya daripada Bersatu?

Selain soal kerusi yang dilihat kritikal itu, akar umbi UMNO juga secara majorinya masih berat hati untuk menerima Muhyiddin sebagai Perdana Menteri selepas PRU15 datang kerana mereka mahukan jawatan itu dikembalikan kepada UMNO semula sebagai blok terbesar dalam PN

Dengan itu, mengekalkan lagi Muhyiddin sebagai Perdana Menteri bukanlah suatu persoalan yang mudah.

Lebih kritikal lagi berkaitan pembahagian kerusi itu ialah berikutan kedudukan geng Azmin dan kumpulan Hamzah Zainuddin yang majoritinya tidak diterima sama sekali oleh UMNO akar umbi.

UMNO mahukan semua kerusi Melayu yang dipegang oleh geng Amin dan Hamzah mesti ditandingi dan direbut semula.

Dalam hal ini, disebut oleh beberapa pihak dalam UMNO, itulah sebabnya kata mereka, dalam perjumpaan antara Muhyiddin dengan ketua-ketua parti pada Rabu lalu, Azmin dan Hamzah telah dijemput sama.

Maknanya, Muhyiddin mahu geng Azmin dan geng Hamzah diterima secara sama rata seolah-oleh mereka juga adalah ketua parti dalam PN sementara beliau amat menyedari UMNO sukar memberi tempat atau berkompromi dengan kedua-dua kumpulan itu.

Seorang pemimpin Bersatu juga ada memberitahu, keberadaan geng Azmin dan Hamzah dalam Bersatu lebih menyulitkan usaha rundingan antara Muhyiddin dengan UMNO berhubung pembahagian kerusi.

Sediakah UMNO berlembut hati menerima Azmin yang masih terlekat dengan isu “video Haziq” dan Hamzah yang dianggap tidak setia kerana meninggalkan UMNO sebaik parti itu hilang kuasa, bukan saja memberikan mereka kerusi, bahkan juga berkempen memenangkan mereka atas nama PN dalam PRU15 nanti?

(Shahbudondotcom 03/07/2020)


BENAR KAH KISAH MOKHTAR SENIK



Dalam kes Fikah dulu, ada walaun berhujah, konon untuk membela Mokhtar Senik, yang Fikah adalah perangkap yang sengaja dipasang oleh Alex untuk memerangkap Moktar.

Aku tak bantah kalau nak katakan ia perangkap. Tapi kenyataannya, cerita itu bukan fitnah. Ia kisah benar dan jelas lagi nyata yang Mokhtar Senik mempunyai aras moral yang rendah.

Dan dalam kes Leena ini, kalau diperhatikan, kedua pihak, Alex dan Mokhtar, berbicara tentang perkara yang berbeza.

Alex membongkarkan sifat jengkil Mokhtar yang bermesej lucah. Pada Alex, itu adalah tanggungjawabnya mendedahkan sikap buruk seorang yang menggelarkan dirinya ulama.

Di pihak Mokhtar pula, tiada sebarang penafian. Bahkan Mokhtar hanya menitik beratkan soal aibnya dibuka. Dalam erti kata lain, Mokhtar akui dia ada melakukan perbuatan itu dan hanya marah kerana ianya terbongkar.

Dalam posting mengenai munajatnya, juga Mokhtar tidak menyebut dia difitnah. Sebaliknya Mokhtar mengatakan yang maruahnya telah diinjak. Apakah ini bermaksud benar Mokhtar melakukan perbuatan itu?

Seorang ustaz Pas pernah berkata orang yang solat tetapi masih melakukan dosa bererti solatnya tidak betul. Habis kalau ulama, membawa maksud orang yang berilmu, berbuat perbuatan begini? Adakah solatnya juga tidak betul. Adakah ilmunya juga tidak betul?

Benar Mokhtar juga manusia, punyai nafsu. Tetapi Mokhtar mengaku dirinya ulama. Sepatutnya ilmu yang dimilikinya mampu menjadi perisai menghalang dia melakukan kejelekan begini.

Bahkan Mokhtar gunakan kedudukannya untuk menggoda wanita. Mengajak melakukan zina (berdasarkan tangkap layar yang tidak dinafikan oleh Mokhtar). Ulamakah begitu?

Tambah lagi Mokhtar begitu kerap menaikkan posting menghina orang lain. Dituduhnya khadam kafir, munafik, musuh Allah dan sebagainya sedangkan kelakuannya sendiri seolah khadam syaitan.

Apa yang paling aku pelik, individu yang beriya mempertahankan Mokhtar. Mulanya kena klon. Kemudian kena pukau. Terbaharu, admin pula yang bermesej dengan Leena.

Dari gayanya, individu itu arif bahawa Mokhtar melakukan perkara tersebut. Kerana itu berbagai cara dia cuba buktikan Mokhtar tak bersalah. Di manakah moral orang yang sebegini?

Tidak takutkah dengan dosa bersubahat? Bukan setakat bersubahat dalam hal maksiat (menghampiri zina), bahkan bersubahat menggunakan Islam untuk menipu orang awam.

Kesimpulannya, posting Mokhtar mengenai mahu berdoa minta orang yang memalukannya agar mati tidak begitu menakutkan. Allah tidak tidur dan Allah Maha Mengetahui.

Allah bukan milik Mokhtar dan Allah tidak berkhidmat untuknya. Sesungguhnya Allah Maha Adil. Mungkin sebagai jawapan kepada doa Mokhtar, kita berdoa bersama...

Sekiranya kisah Leena ini bukan fitnah, semoga apa saja doa keburukan yang Mokhtar pohon kepada orang yang dia dakwa mengaibkannya, dikembalikan kepada dirinya.

Aamiin.

- R a j a G e l a p -



SPEAKER DEWAN RAKYAT CEMERLANG, TIADA SEBAB DITUKAR

TIAN CHUA DIKEHENDAKI LEPAS JAWATAN KERAJAAN ATAU TINDAKAN TEGAS

TANGGUH BICARA, BERGEMBIRA DI CHINI

Tangguh bicara untuk ber’fun fair’ di Chini
Alasan Datuk Seri Najib Razak untuk menangguhkan perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) rupanya untuk pergi berpesta dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Chini.
Inilah komen-komen netizen selepas tular video Najib menaiki kereta berangkai menemui para pengundi di kawasan Felda dalam kawasan PRK itu.
“Alasan tak nak hadir mahkamah, sebab nak buat fun fair,” tulis seorang netizen ketika mengulas video Najib bermain kereta itu ketika berkempen.
“Macam yang ada kat shopping mall. Sape nak naik beli tiket dulu ye,” tulis Najib dalam facebook beliau.
Hakim Mahkamah Tinggi, Collin Lawrence Sequerah pada 1 Julai lalu membenarkan permohonan penangguhan perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bagi memberi laluan kepada Najib untuk berkempen di PRK Chini yang akan berlangsung Sabtu ini.
Chini merupakan salah satu DUN dalam kawasan Parlimen itu dan PRK kali ini merupakan yang pertama dijalankan selepas Perintah Kawalan Pergerakan kerana pandemik Covid-19 sejak Mac lepas.
Najib ke Chini untuk berkempen bagi calon Barisan Nasional (BN) Mohd Sharim Md Zain mewakili UMNO yang akan menentang dua calon bebas iaitu Tengku Zainul Hisham Tengku Hussin dan Mohd Shukri Mohd Ramli.
Terdahulu, Collin ada bertanya kepada Najib yang sedang menghadapi pertuduhan penyewelengan dana sebanyak RM2.3 bilion sekiranya perbicaraan boleh disambung esok pagi untuk setengah hari.
Namun menurut peguambela Najib, keadaan itu agak susah memandangkan beliau sudah memulakan kempen di Chini dan untuk pulang bagi perbicaraan keesokan pagi agak menyukarkan.
Jadual kempen Najib juga agak padat siang malam untuk beberapa hari sehingga pengundian kata Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.


BIAR ANWAR TENTUKAN HALA TUJU MALAYSIA