PKR KEKAL RELEVAN UNTUK RAKYAT CINTAKAN MALAYSIA



TIDAK seperti BN, dimana Melayu jaga Melayu (what a joke!) Cina jaga Cina, India jaga India, sementara pemimpin mereka songlap kekayaan negara!

TIDAK seperti PAS-HADI HANYA orang Melayu sahaja. Melayu yang diugut dengan neraka jika tidak menyokong mereka walau songsang perlakuan mereka.

TIDAK seperti BERSATU, Melayu tiada halatuju

TIDAK seperti AMANAH Melayu yang semakin terkikis jati diri

TIDAK seperti DAP, parti dominan Cina, walau ada bangsa lain dalamnya.

PKR parti berbilang kaum, yang mana setiap Melayu dari UMNO, PAS, AMANAH, BERSATU,
*yang bersih rasuah,
*yang tidak setuju agama diperdagang demi kuasa politik,  *yang masih punya jati diri menyokong reformasi,
*yang bermaruah ingin dihormati
**Cina dan India dari DAP yang mempunyai prinsip memperjuang demokrasi....

   *** SEMUA DAPAT BERNAUNG DIBAWAH BENDERA INI.***

Perkukuhkan PKR dan bersiap sedia bertempur di PRU15. Seperti keluarnya 313 insan yang punya hati ikhlas keluar untuk menegak kebenaran, PKR bertarunglah di semua 222 kerusi. Jangan lagi peduli dengan Mahathir atau AMANAH atau DAP. Jalan terus. Malaysia MESTI diselamatkan bukan dengan perebutan kuasa, TETAPI dengan mereform institusi yang dirosak oleh mereka yang rakus ingin kekal berkuasa!

Berdiri sendiri bersama rakyat dan yakin dengan Ilahi sepenuhnya. Samada negara ini layak berpemimpin baik, bersih, telus dan adil, atau yang jahat melakukan sesuka hati mereka, rakyat akan pilih dan Allah izinkan atas pilihan mereka.

Pemimpin baik untuk rakyat baik, pemimpin jahat untuk rakyat jahat. Yang mana lebih ramai akan menentu kemenangan, baik atau jahat. Kita hanya berusaha, Allah yang tentukan berdasar kepada pilihan ramai.

Jangan risau jika yang jahat akan terus memegang tampuk kuasa. BUKAN tiada peringatan atau kesedaran, tetapi jika rakyat pilih untuk terus bisu, pekak dan buta, selayaklah yang jahat berkuasa.. Yang baik akan terus berusaha, kerana yang ikut kembali adalah amalan semasa hidup di dunia. Apa yang telah dilakukan apabila melihat kebatilan. Bukan gelaran yang akan turut ke kubur tetapi amalan. Baik atau buruk, benar atau dusta, ia akan mengikut sipelakunya.

Lawan tetap lawan kebatilan selagi nyawa dikandung badan!

#DSAI4PM9
#VotePKR
#sayangiMalaysia

No comments: