MEMALUKAN : DATIN &TOK PENGHULU CUBA LARI DARI BAYAR HUTANG UNTUK KENDURI KAWIN ANAKNYA.


MEMALUKAN : DATIN &TOK PENGHULU CUBA LARI DARI BAYAR HUTANG UNTUK KENDURI KAWIN ANAKNYA.

KISAH BENAR!!! BERLAKU DI KAJANG…

Perkara ini terjadi sendiri pada diri saya.

Pada penghujung tahun lalu (2019), seorang Datin yang tinggal di Kawasan Kajang, MERAYU-RAYU kepada saya untuk MENDAPATKAN BANTUAN BERBENTUK WANG ringgit bertujuan untuk membayar pihak Katering bagi mengadakan majlis perkahwinan anaknya.

Dia berjanji dua minggu selepas perkahwinan tersebut, dia akan membayar semula pinjaman tersebut hasil daripada penjualan rumahnya yang sedang dalam proses jual beli.

Demi untuk menjaga maruah dia sebagai seorang Datin, SAYA TERPAKSA MENGGADAIKAN KERETA SAYA dan menghantarkan wang sebanyak RM10,000 kepadanya.

Ini kerana, berdasarkan ceritanya, jumlah belanja tidak mencukupi dan pihak Katering tidak akan menyediakan makanan sekiranya tiada bayaran. Sedangkan jemputan sudahpun dibuat.

Kerana itu saya cuba MEMBANTU ATAS DASAR KASIHAN kepada mereka.

Namun, apa yang terjadi sehingga hari ini, saya telefon dia dan suaminya pun tidak diangkat. Whatsapp pun tidak dijawab.

Jadi, sebagai langkah permulaan, saya cuba untuk memberitahu kepada masyarakat disini melalui media social. Agar janganlah mudah terpengaruh dengan manusia-manusia yang sanggup menipu dengan menggunakan gelaran yang mereka ada.

Kepada Datin, Tok Penghulu dan anaknya, sekiranya anda terbaca ayat ini, MOHON MEMBUAT BAYARAN DENGAN SEGERA, SELEWAT-LEWATNYA 10HB JULAI 2020.

SEKIRANYA TIADA YANG MENGHUBUNGI SAYA, MAKA SAYA AKAN DEDAHKAN NAMA ANDA SEKELUARGA DAN GAMBAR2 SERTA BUKTI2 TRANSAKSI. Dan IC Datin sendiri yang ada pada saya sekarang ini, akan saya dedahkan juga.

Kisah ini juga untuk dijadikan peringatan kepada masyarakat yang lain.

BANTU SAYA UNTUK VIRALKAN KISAH INI, AGAR DAPAT BERI PERINGATAN KEPADA SAUDARA KITA YANG LAIN DAN SEMOGA HUTANG INI DAPAT DISELESAIKAN DENGAN BAIK.

PENDEDAHAN SEPENUHNYA DENGAN GAMBAR-GAMBAR DAN BUKTI YANG LEBIH JELAS AKAN DISEBARKAN SEKIRANYA TIADA BAYARAN YANG DILAKUKAN SEBELUM @ PADA .10 JULAI 2020.

#DATINMENIPUDUIT
#TOKPENGHULUSEPAKATMENIPU
#KAWINHUTANG
#2 Julai 2020.



No comments: