Friday, July 3, 2020

TIAN CHUA PERLU PILIH SAMA ADA TERUS BERSAMA KEADILAN ATAU TINGGALKAN PARTI


ZALI ZAKRI

Tian Chua perlu segera melepaskan jawatan sebegai Pengerusi Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) jika masih mempunyai prinsip dan ingin terus bersama KEADILAN.
Gesaan ini juga selari dengan keputusan yang dibuat oleh Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat yang telah memutuskan Tian Chua untuk melepaskan jawatan lantikan politik di bawah kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Tindakan beliau untuk terus memegang jawatan GLC di bawah kerajaan PN telah menimbulkan ketidaksenangan hati dalam kalangan ahli KEADILAN khususnya di peringkat akar umbi.
KEADILAN perlu segera bergerak melangkaui episod pengkhianatan yang telah berlaku. Oleh itu, Tian Chua dan mereka yang seangkatan dengan beliau perlu memberi kata putus dengan segera.
Jika tidak, KEADILAN perlu mengambil tindakan yang tegas terhadap kumpulan ini bagi mengelakkan perjuangan parti ini daripada terus dikhianati oleh segelintir mereka yang hanya mementingkan jawatan dan pangkat.


No comments:

Blog Archive

My Blog List

Followers