DSA JAWAB HENTAM KROMO JEBAT DERHAKA ISU KWSP..


 

Malaysia zahir komitmen bantu pembangunan umat Islam di Peru



Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara itu dinyatakan beliau dalam pertemuan bersama Persatuan Islam Peru pimpinan Murad Hamida di Lima sempena lawatan rasmi ke Amerika Latin dan Mesyuarat Pemimpin APEC . - Foto FB Anwar Ibrahim

LIMA, Peru: Malaysia menzahirkan komitmen untuk membantu pembangunan umat Islam di Peru termasuk memudahkan urusan pensijilan halal.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara itu dinyatakan beliau dalam pertemuan bersama Persatuan Islam Peru, di sini.

“Alhamdulillah, diberi kesempatan untuk bertemu dan mengadakan perbincangan bersama Persatuan Islam Peru diketuai Presidennya, Murad Hamida.

“Dalam pertemuan ini, kami telah membincangkan soal pembangunan umat Islam di Peru.

“Turut dibangkitkan adalah komitmen Malaysia dalam memudahkan urusan pensijilan halal serta membantu pendidikan Islam dan dakwah dalam kalangan komuniti Islam di Peru,” katanya menerusi perkongsian di media sosial.

Mengulas lanjut, menurut Anwar, dalam pertemuan kira-kira 30 minit itu, Persatuan Islam Peru turut memuji usaha Malaysia yang sentiasa di hadapan dalam memperjuangkan nasib saudara Islam di Palestin dan Lubnan yang ditindas rejim Zionis Israel.

Pada masa sama, Perdana Menteri turut menyampaikan sumbangan kepada komuniti Islam di Peru, selain menyerahkan 50 naskah Al-Quran cetakan khas dan terjemahan dalam bahasa Sepanyol.

Semalam, ketika sidang media bersama Presiden Peru, Dina Ercilia Boluarte Zegarra selepas mesyuarat dua hala, Anwar dilaporkan berkata Malaysia bercadang membangunkan zon ekonomi halal di Peru dalam usaha menembusi pasaran Amerika Latin.

Katanya, Pelabuhan Chancay di republik itu boleh dimanfaatkan sebagai laluan strategik untuk mengeksport produk halal negara.

Perdana Menteri berada di ibu negara Peru sempena lawatan rasmi sulungnya ke rantau Amerika Latin, selain menghadiri Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) ke-31 dari 14 hingga 16 November ini.



AKTA TAHANAN DIRUMAH: KDN SASAR 20,000 TAHANAN REMAN DIRUMAH.




PENJARA KELANTAN ANTARA PALING SESAK DI MALAYSIA.


Antara penjara paling sesak di Malaysia adalah Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan dilaporkan dalam keadaan kritikal apabila penghuni melebihi sebanyak 87 peratus. 


Situasi sekarang hanya dapat menampung penghuni lebih 3,000 orang sahaja, namun kini terdapat lebih 7,000 banduan di semua penjara iaitu Penjara Pengkalan Chepa dan Penjara Pusat Koreksional Machang.


Justeru itu, Dato Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Dalam Negeri menyasarkan 20,000 tahanan reman (jenayah kecil) tahun depan ditahan dirumah.


Ia adalah inisiatif MADANI dibawah Kementerian Dalam Negeri [KDN] bagi membantu mengurangkan kesesakan di penjara, kerana fungsi penjara bukan hanya setakat hukum manusia, tetapi tugas utamanya adalah didik dan memperbaiki manusia dengan penuh kesabaran serta tangungjawab supaya pesalah kembali insaf dan balik ke pangkal jalan.


Di Malaysia sahaja terdapat lebih 87,000 orang penjara, penjara di Malaysia hanya muat 74,000 orang. 

Untuk atasi masalah ini sudah lebih 5,000 diberikan parol dan masih terdapat lebihan lagi hingga sesak penuh penjara.


Nisbah terkini bagi setiap 100,000 berakhir di penjara hanya 241 orang di penjara, jika ikut standard dunia kena 145 orang sahaja, bermakna Malaysia sudah lebih. 


Di Kelantan paling tinggi ni nisbah penjenayah dengan rakyat, iaitu 320 orang dipenjara bagi 100,000 rakyat Kelantan dan masalah utama di negeri ini penagih dadah.


Ini adalah tangungjawab semua, tidak perlu tuding jari kerana perbedaan parti politik, kaum dan agama, masanya sudah tiba semua duduk semeja cari jalan penyelesaian bersungguh-sungguh untuk mengatasi masalah jenayah dan kesesakan di penjara di Kelantan serta Malaysia.


Moga 222 orang YB Ahli Parlimen Malaysia sokong usul ini untuk sama-sama selesaikan masalah ini di Kelantan dan Malaysia. Amen 🤲🏻


Syam Ghaz

https://www.facebook.com/share/pKYDx92vCQR6BAiL/?mibextid=WC7FNe



MALAYSIA KEKAL PERTAHAN PALESTINE.









 

BUKAN SEMUA ORANG SUKA PADA KITA.

 

Bukan semua orang akan suka pada anda 



(not everyone is always going to like you). 


Semasa kita kecil ia satu konsep yang susah untuk diterima kerana kita mahu semua orang suka pada kita, tetapi sebenarnya ia adalah satu yang mustahil (impossible). 


Sebenarnya sangat penat untuk menyukakan hati semua orang, sebaliknya mesti ada yang tidak akan sukakan muka anda, tidak suka gaya percakapan anda, tidak suka stail rambut anda, tidak suka gaya jalan anda dan tidak suka cara gerak-geri anda. 


Ada yang akan bercakap buruk dan mengumpat di belakang anda walaupun anda telah bersungguh-sungguh berbaik dengan semua orang. 


Semasa mula bekerja saya cuba puaskan hati semua kakitangan tetapi tetap ada yang tidak berpuas hati dan dengki pada saya.  


Apa sahaja yang saya buat akan disalah-ertikan oleh setengah orang. 


Akhirnya saya memahami bahawa tidak semua manusia akan ‘reciprocate’ atau balas baik budi yang diberikan. 


Pada mulanya saya berasa gusar hati tetapi lama-kelamaan saya terima hakikat ia adalah sebahagian dari kehidupan. 


Ada manusia yang baik hati dan ada manusia yang tidak. 


Apabila anda terima kenyataan bahawa bukan semua orang baik hati dan ada yang tidak suka pada anda, ia memudahkan untuk anda ‘jalan terus’ dan gunakan energy dan fokus untuk capai matlamat anda. 


Tinggalkan mereka yang toksik dan jalan terus. 


Begitu juga di Socmed terutamanya di FB. 


Ada beribu manusia dengan berbagai tahap pelajaran, berbeza tahap IQ dan bermacam-macam fikrah dalam FB ini. 


Jika anda melayan setiap komen yang menghentam anda atau menjawab balas setiap kritikan sehingga menjela-jela, ia tidak akan menjana apa-apa faedah pada 'peace of mind' anda. 


Jalan mudah ialah delete, block dan unfriend orang-orang toksik ini. Setel. 


Pegang prinsip ini dan jiwa anda akan lebih tenang. 


Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar 

FB: zainuddin omar




KAMI PENYELUDUP TAPI KAMI TAK LAWAN ULAMAK.


Desa HM

 

Walaupun kami seludup gula...


Tapi, kami tak lawan ulamak..


🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣




.

Hipokrasi Walaun: Tak Faham atau Sengaja Buat Tak Faham?


..................................



Mahathir sokong penyelesaian dua negara.

Pak Lah sokong penyelesaian dua negara.

Najib sokong penyelesaian dua negara.


Mahiaddin pun sama.

Anwar Ibrahim juga sokong penyelesaian dua negara.


Tapi bila Anwar Ibrahim jelaskan perkara sama dalam temubual bersama CNN, tiba-tiba dia dilabel iktiraf Israel oleh walaun dan Lebai PAS!


Apa logik mereka? Atau memang tak ada otak dan logik langsung?


Penyelesaian dua negara (two-state solution) adalah kerangka cadangan untuk menyelesaikan konflik Israel-Palestin secara damai. Ia melibatkan penubuhan dua negara yang sah: Israel untuk penduduk Yahudi dan Palestin untuk rakyat Palestin. Formula ini diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai penyelesaian yang adil.


Ia bukan bermakna mengiktiraf kezaliman Israel!


Ironinya, Malaysia di bawah Anwar Ibrahim sedang menyediakan draf resolusi untuk menyingkirkan Israel sebagai anggota PBB. Draf ini dijangka dibentangkan di Perhimpunan Agung PBB nanti. Mana logiknya Anwar menyokong Israel?


Tapi Lebai PAS dan walaun tetap main naratif fitnah murahan. Mereka ini tahu ke beza penyelesaian konflik dengan sokongan terhadap penindasan? Atau memang ini permainan mereka untuk kelirukan rakyat?


Mat Jargon dan geng Lebai PAS patut muhasabah diri. Hentikan hipokrasi politik murahan yang hanya mendedahkan kebodohan sendiri. Kalau tak faham isu global, lebih baik diam. Politik mesti matang, bukan jadi alat propaganda untuk hasut rakyat dengan kebencian dan penipuan.


Wahai rakyat Malaysia, jangan termakan umpan politik toksik. Mari bersama pemimpin yang membawa perpaduan, bukan yang merosakkan akal dan hati rakyat.



MAKNA KATA PEMBANGKANG NI APA PUN TAK TAU.. KERJA PEMBOHONG SAJA. PADA RAKYAT.


 

SAMA SAMA PENIPU GAK..


 

NI PUN BAKAL KENA JUGA.. SIAPA MULAKAN FITNAH? STANDING ONDER... SIAP LA KAU.


 

BYE BYE SELAMAT MENUNGGU PENDEDAHAN LANJUT DAN DIHUKUM. CAKAP PANDAI.