BUKAN SEMUA ORANG SUKA PADA KITA.

 

Bukan semua orang akan suka pada anda 



(not everyone is always going to like you). 


Semasa kita kecil ia satu konsep yang susah untuk diterima kerana kita mahu semua orang suka pada kita, tetapi sebenarnya ia adalah satu yang mustahil (impossible). 


Sebenarnya sangat penat untuk menyukakan hati semua orang, sebaliknya mesti ada yang tidak akan sukakan muka anda, tidak suka gaya percakapan anda, tidak suka stail rambut anda, tidak suka gaya jalan anda dan tidak suka cara gerak-geri anda. 


Ada yang akan bercakap buruk dan mengumpat di belakang anda walaupun anda telah bersungguh-sungguh berbaik dengan semua orang. 


Semasa mula bekerja saya cuba puaskan hati semua kakitangan tetapi tetap ada yang tidak berpuas hati dan dengki pada saya.  


Apa sahaja yang saya buat akan disalah-ertikan oleh setengah orang. 


Akhirnya saya memahami bahawa tidak semua manusia akan ‘reciprocate’ atau balas baik budi yang diberikan. 


Pada mulanya saya berasa gusar hati tetapi lama-kelamaan saya terima hakikat ia adalah sebahagian dari kehidupan. 


Ada manusia yang baik hati dan ada manusia yang tidak. 


Apabila anda terima kenyataan bahawa bukan semua orang baik hati dan ada yang tidak suka pada anda, ia memudahkan untuk anda ‘jalan terus’ dan gunakan energy dan fokus untuk capai matlamat anda. 


Tinggalkan mereka yang toksik dan jalan terus. 


Begitu juga di Socmed terutamanya di FB. 


Ada beribu manusia dengan berbagai tahap pelajaran, berbeza tahap IQ dan bermacam-macam fikrah dalam FB ini. 


Jika anda melayan setiap komen yang menghentam anda atau menjawab balas setiap kritikan sehingga menjela-jela, ia tidak akan menjana apa-apa faedah pada 'peace of mind' anda. 


Jalan mudah ialah delete, block dan unfriend orang-orang toksik ini. Setel. 


Pegang prinsip ini dan jiwa anda akan lebih tenang. 


Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar 

FB: zainuddin omar