Dari Kelantan, Kementerian Ekonomi dan saya akan ke negeri Perlis untuk Sesi Libat Urus Bersama Kerajaan Negeri Perlis dan Sesi Madani Mendengar untuk Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) pada 18 November 2024, Isnin, bertempat di Dewan Bankuet, Mes Pegawai Kanan PDRM Perlis.
Sesi sebelah pagi bersama pentadbiran negeri akan berlangsung di Dewan 2020, Kangar.
Sesi Madani Mendengar bersama pelbagai pemegang taruh akan bermula jam 3.00 petang. Semua yang berkelapangan dijemput untuk hadir beramai-ramai ke sesi ini bagi menyampaikan input-input yang relevan dan sesuai dalam merangka dokumen Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13).
Mohon disebarkan kepada semua.