Pemilihan PKR 2014 bukan soal siapa MB Selangor semata - mata

Pemilihan PKR 2014 bukan soal siapa MB Selangor semata - mata

25 April 2014

PEMILIHAN PKR 2014 IALAH PERSOALAN MEMBENTUK PASUKAN KE PUTRAJAYA BUKAN SIAPA MB SELANGOR SEMATA -MATA


bijak Azmin menggunakan akaun media sosial dia minta anak
buahnya tanya dan dia menjawab dengan sindiran

  • Minggu ini  akan bermulalah proses pengundian untuk Pemilihan PKR 2014 bagi negeri Sarawak, Pahang, Kelantan, Terengganu, Johor dan Melaka. Jumlah ini membawa kepada lebih 70 Cabang. Namun meneliti realiti walaupun ia mewakili jumlah keanggotaan yang besar namun semua hanya mensasarkan sekitar 5 ke 6 ribu sahaja anggota akan keluar mengundi.
  • Kempen kali ini agak sedikit berbeza, media digunakan sepenuhnya termasuk media arus perdana ini mungkin kerana jumlah pemilih yang terlibat amat besar dan berterabur menyukarkan capaian dan hanya dengan media terbuka sahaja memungkinkan capaian maksima. Ada pro dan kontra dalam perihal ini. Ada yang melihat menggunakan kempen secara terbuka ini negatif dan mereka menyerang teman - teman yang keluar dalam media perdana. Contohnya pasukan (Keadilanraya) Azmin Ali menyerang Tan Sri Khalid Ibrahim kerana mendapat liputan termasuk TV3 tetapi serangan ini sedikit senyap apabila Azmin Ali sendiri mendapat liputan TV3 dengan kempennya disiarkan dalam Buliten Utama malah pasukan Reformasi Tulen (Khalid) membalas Keadilanraya dengan menyiarkan semula serangan yang memang sejak awal seperti muka depan Utusan dimana pasukan pro Azmin pernah mendapat liputan besar kerana isu menyerang Menteri Besar Selangor. Malah Datuk Kamarul Bahrain yang kini selaku Pengerusi Lembaga Rayuan dan Disiplin parti sendiri  pernah keluar beberapa media termasuk media elektronik menggesa Menteri Besar letak jawatan kerana gagal walaupun dalam keadaan dia sendiri gagal selaku Pengerusi MPN PKR N.Sembilan.
serangan pasukan keadilanraya terhadap Khalid kerana mendapat tempat di media arus perdana sedikit kendur bila Azmin sendiri mendapat liputan agak selesa dalam Buliten Utama


  • Namun bagi che'GuBard kempen melibatkan media ini sudah tidak boleh dielakkan dan ia juga ada elemen positif kerana apa pun parti politik itu memerlukan rakyat. PKR khususnya merupakan parti yang punya jumlah keanggotaan agak kecil berbanding tapak sokongan yang besar. PKR ini jentera dan anggota kecil tetapi ia parti yang punya dokongan besar dikalangan rakyat. Maka seharusnya apa pun urusan dalam parti ia harus diketahui dan melibatkan rakyat. Kempen Pemilihan PKR 2014 juga harus terbuka dan harus dituju kepada rakyat juga. Biarlah nampak bergaduh sedikit tetapi kita telus bukan seperti ada pihak yang nampak utuh diluar tetapi mereput di dalam, nampak utuh kerana sama saling melindungi jenayah rompakan dana negara.
  • Cuma kempen seperti menyerang terus Ketua Umum dan keluarga ia amat dikesali. Contohnya serangan mereka yang kini di dalam pasukan keadilanraya lah yang pertama sekali mencipta terma Istana Segambut bagi merujuk Anwar dan Azizah sehingga terma itu menjadi porpular digunakan oleh musuh untuk menyerang parti.

contoh akaun media sosial pendokong kartel Keadilanraya (calon exco wanita pusat) yang secara terang - terang menghina DSAI dan WAWI dengan mengangkat Azmin punya ciri Presiden lebih baik
ini antara banyak contoh lagi pendokong Keadilanraya menyerang DSAI dan WAWI dengan cara musuh dengan menyebut mengenai Istana Segambut
  • Oleh kerana kempen terbuka maka garis kempen harus lebih luas dan ditujukan juga matlamat akhirnya apa yang rakyat dapat bukan sekadar berlegar dalam isu kecil semata - mata. Namun walau begitu ia juga harus dielak dari retorik semata mata sebaliknya praktikal dengan menyedari realiti keadaan parti dan semasa. Bukan sekadar slogan retorik tetapi ia harus menjawab persoalan permasalan dalam parti selama ini seperti isu calon PRU yang sehingga malam sebelum pencalonan bertukar kerana ia bukan kem tertentu. Isu PR satu logo sehinggalah kebajikan anggota bawah.
Ramai tidak lupa ketika rakyat 'all out' untuk kempen melawan penipuan PRU
 'Blackput 505' , Azmin sanggup mencurah air ke api kebangkitan rakyat hanya kerana kecewa selepas
PRU kononya Anwar tidak tunai janji mengenai jawatan MB
  • Hasil dari pandangan orang ramai mereka agak sedikit gusar melihat pertembungan Pemilihan PKR 2014 kini di mana pada persepsi ramai ialah pertembungan merebut kedudukan MB Selangor. Tan Sri Khalid Ibrahim yang sebelum ini agak sedikit ditujah dengan imej kedekut dan berkira tiba - tiba keluar dari imej tersebut menjelajah dari hotel ke hotel mengadakan pertemuan dan jamuan bertemu anggota di bawah bagi mengikis imej sebelum ini. Namun ia tidak mudah mengikis imej itu dan pasukan Keadilanraya menggunakan garis kempen yang membuat ramai terfikir bagaimana anggota di negeri lain hendak mendapat manafaat dari jawatan Menteri Besar sedangkan di dalam Selangor sendiri orang PKR sukar dan orang Umno masih selesa kerana arahan MB yang berbunyi tidak ada rekemendasi politik diterjemahkan oleh pegawai kerajaan dengan abaikan semua orang PKR. Begitulah cekapnya Keadilanraya mematahkan kempen turun padang Khalid.
  • Palinglemah dalam gerakan pertemuan di bawah ini kelihatan Saifuddin tertinggal ke belakang. Ketika dua pasukan lagi menjelajah dari hotel ke hotel, paling tidak restoran ke restoran sebaliknya Saifuddin menggunakan jaringan teman - teman hanya mampu memanafaatkan pejabat dan pusat khidmat parti sebagai medan dialog dan pertemuan. Namun sentuhan terus dalam kumpulan kecil tetapi kerap ini dilihat lebih telus dan berkesan.
adakah Azwan Ali juga digunakan untuk kempen Azmin untuk MB


  • Persepsi ramai pula melihat Pasukan Keadilanraya hanya berminat untuk penumpuanya merampas kerusi MB Selangor semata - mata. Ia dilihat berkisar dalam politik Selangor. Lihat kartel mereka Azmin Ali calon Timbalan Presiden (Gombak) , Zuraidah Kamaruddin, calon Ketua Wanita (Ampang), Amiruddin Shari, calon Ketua AMK (Gombak), Lee Chin Cheh, Calon Naib Presiden (Adun yang meletak jawatan di Kajang), Haniza Talha, Calon Timbalan Ketua Wanita (PJS) dan begitulah pasukan keadilanraya majoritinya dianggotai dan berkubu di Selangor. Ramai melihat ini kerana tumpuannya ialah merampas kerusi MB Selangor semata - mata dan disatu pihak hanya untuk mempertahankan kerusi MB Selangor pula. Jika ini benar maka ia amat tidak sihat. 

Azmin mengamalkan politik matang? Lihat sahaja bagaimana dia berbalas masej di media sosial secara terbuka dengan 'budak - budak' nya. Tanpa susah meneka andartu yang dimaksudkan ialah Faekah dan orang tua yang suka andartu itu ialah Khalid Ibrahim.



  •  Soalnya sekarang sejak 2008 sehingga kini antara punca masalah dalam PKR ialah perebutan kerusi MB Selangor itu. Tanpa menafikan sewajarnya sedikit perubahan perlu segera di buat di Selangor. Ia perlu ditadbir secara berpasukan bukan hanya sekumpulan kecil lembaga pengarah. (klik sini Selangor harus ditadbir secara berpasukan) Ayat YB Yeo Bee Hin (ADUN DAP Damansara Utama) dalam sidang DUN yang lepas yang menyatakan rundingan air umpama dalam kotak hitam yang ADUN penyokong kerajaan pun tidak ketahui apa perlu diambil ikhtibar. Khalid juga harus sedar dia duduk disitu kerana PKR dan banyak perkara perlu diselaraskan semua bersama PKR dan PR itu sendiri.
  • Sampai bila parti  yang punya masa depan cerah, tapak sokongan besar dan agenda reformasi yang jelas untuk rakyat harus terperangkap dengan masalah perebutan di Selangor. Anggota parti seluruh negara harus putuskan untuk semua ini dihentikan segera. Parti ini seharusnya berkembang pantas selepas PRU 2008 tetapi percaturan di Selangor yang tidak kesudahan telah mengakibatkan banyak usaha baik teralih tumpuan. Ia bukan hanya persoalan Selangor semata. Adakah kita cukup berpuas hati dengan punya Selangor ? Sudah tentu tidak agenda perubahan perlu sampai ke Putrajaya.
  • Selain itu parti ini bakal berdepan cabaran besar khususnya jika benar Anwar dipenjarakan regim penguasa. Seorang Timbalan garis tengah yang praktikal harus wujud. Pertembungan keras Khalid dan Azmin harus dikendurkan dengan agihan gerak kerja dan peranan selepas pemilihan. Penumpuan gerak kerja harus jelas. Timbalan Presiden juga harus punya rekod kerjasama baik dengan teman - teman pimpinan utama PR.
  • Untuk itu saya selaku anggota biasa PKR tanpa ragu mengajak semua untuk mengundi Saifuddin Nasution Ismail untuk jawatan Timbalan Presiden. 

Sekian.

tulisan oleh ; che'GuBard (anggota biasa Parti Keadilan Rakyat)

Senarai Menteri Besar Malaysia 2014 Yang Digugurkan? Punca Menteri Besar Disingkirkan



Menteri Besar 2014 Gugur
Senarai Menteri Besar Malaysia 2014 Yang Digugurkan : Selepas berlabuhnya Pilihanraya Umum ke 13 yang cukup panas dalam sejarah politik di Malaysia selama ini, Datuk Seri Najib telah mengumumkan senarai menteri besar Malaysia seperti yang anda saksikan hari ini.
Hakikatnya yang sebenarnya terdapat beberapa negeri Barisan Nasional yang diletakkan calon menteri besar sebagai tujuan strategi politik bagi negeri dianggap “agak panas” dengan harapan sedikit sebanyak dapat meredakan perbalahan dikalangan pemimpin peringkat tertinggi dan kem-kem politik di peringkat negeri. Tetapi….
Tetapi selepas 11 bulan lamanya, kalangan senarai menteri besar Malaysia 2014 seperti yang ada sekarang mula seperti “cacing kepanasan” apabila meletusnya spekulasi di mana Datuk Seri Najib Razak tidak lama lagi akan mengambil tindakan drastik menggugurkan dua menteri besar UMNO dan digantikkan calon lain. Siapakah gerangannya itu? Adakah………..?
Ketua Menteri Melaka (Idris Haron) dan Ketua Menteri Sabah (Musa Aman) dikecualikan kerana mereka adalah Ketua Menteri.

Senarai Calon Menteri Besar Malaysia 2014 Yang Akan Gigugurkan?

  1. Menteri Besar Johor (Khaled Nordin)
  2. Menteri Besar Negeri Sembilan (Mohamad Hasan)
  3. Menteri Besar Perak (Zambry Kadir)
  4. Menteri Besar Terengganu (Ahmad Said)
  5. Menteri Besar Pahang (Adnan Yaakob)
  6. Menteri Besar Perlis (Azlan Man)
  7. Menteri Besar Kedah (Mukhriz Mahathir)
Berdasarkan sumber yang Berita Semasa perolehi, Datuk Ahmad Said akan digugurkan sebagai Menteri Besar Terengganu. Tetapi persoalannya “beranikah” Datuk Seri Najib Razak  mengambil tindakan drastik sebegini rupa? Apatah lagi memandangkan situasi di Terengganu cukup genting kerana kerusi Barisan Nasional di Terengganu cukup kritikal dengan hanya berkelebihan 2 kerusi sahaja berbanding Pakatan Rakyat di Terengganu. Sebarang kemungkinan boleh berlaku…
Sekarang ini di Terengganu ada 2 kem bagi politik Barisan Nasional di Terengganu
  • Kem Mat Said
  • Kem Idris Jusoh yang tidak disenangi Sultan Terengganu
Walaubagaimanapun Berita Semasa dikhabarkan Mat Said akan diberikan “jawatan baru”…..

Senarai Menteri Besar Malaysia 2014 Yang Digugurkan? Punca Ahmad Said Digugurkan?

  • “Geng Idris Jusoh” menemplak tindakan kem Ahmad Said yang telah membentuk kroni dan menyingkir lawannya secara halus disemua peringkat.
  • Kem Ahmad Said juga dikatakan tidak menghormati perjanjian perdamaian antara dua puak yang diusahakan oleh UMNO Pusat sebelum ini.
  • Ahmad Said membantu pembangkang untuk menjadi lebih kuat
  • Ahmad Said secara terang-terang mencabar beberapa arahan pimpinan atasan UMNO
Dan seorang lagi yang Berita Semasa difahamkan adalah Datuk Seri Mukhriz Mahathir akan digugurkan sebagai Menteri Besar Kedah dan akan ditarik masuk ke dalam Kabinet Persekutuan.
Walauapapun, berdasarkan pemerhatian Berita Semasa dalam banyak-banyak daripada senarai menteri besar Malaysia 2014 dan ketua menteri Barisan Nasional, Mohd Hassan antara pemimpin Barisan Nasional yang cerdik dan “think out of the box“.
Tetapi, disebabkan pemikiran Mohd Hassan macam itulah, Mohd Hassan mempunyai “musuh dalam berselimut” yang tidak gemar dengan caranya. Banyak masalah dan “sisa-sisa kotor” terpaksa bersihkan oleh Mohd Hassan.
P/S : Sama-sama kita nantikan pembaharuan yang bakal diumumkan oleh Datuk Seri Najib Razak bagi senarai Menteri Besar Malaysia 2014 yang terbaru ini!
PP/S : Berdasarkan pemerhatian anda, mana satu baik Ketua Menteri mahupun menteri besar di Malaysia yang berjaya mencatatkan prestasi membanggakan setakat ini? Mengapa? Buktinya?

Najib arah beri geran MOSTI RM100j pada syarikat komersil

Najib arah beri geran MOSTI RM100j pada syarikat komersil

(Azuan Ab Rahman)
rafizi_pkrHQ_MostiPETALING JAYA 21 APR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak campur tangan dengan mengarahkan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) meluluskan geran penyelidikan dan pembangunan (R&D) bernilai RM100 juta kepada sebuah syarikat yang menjalankan projek komersial.
Menurut Rafizi, hasil kajian dibuat menunjukkan pemberian geran kepada syarikat NSE Resources Corporaton (M) Sdn Bhd
Tindakan itu kata Rafizi bertentangan dengan prosedur dan tatacara biasa pemberian geran R&D di bawah MOSTI.
“Setelah kaji, kita dapati ianya diberikan tanpa patuhi prosedur yang telah ditetapkan. Lebih dari itu pemberian geran kepada Syarikat ini adalah bagi sebuah projek komersial yang melibatkan dana awam sebanyak RM100 juta.
“Selalunya kalau nak buat projek komersial, pembiayaan selalunya datang dalam bentuk pinjaman mudah.
“Bukan dengan penganugerahan geran penyelidikan,” kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.
Pada sidang media tersebut juga, Rafizi mengedarkan salinan surat rasmi kementerian tersebut yang menyatakan persetujuan kepada permohonan syarikat tersebut untuk permohonan geran pembangunan.
Najib_Arah_Bagi_Geran_RM100jTambahnya, oleh kerana jumlah pembiayaan tersebut diberikan dalam bentuk geran, maka syarikat terbabit berkemungkinan tidak perlu membayar apa-apa kepada kerajaan.
Pendedahan tersebut menunjukkan bagaimana berlakunya campur tangan dan arahan bagi menyalahgunakan dana awam dari peruntukan geran R&D MOSTI bernilai RM1.1 bilion.
“Kita menyaksikan bagaimana pinjaman mudah kepada NFC yang bukan bersifat geran pun tidak dibayar balik kepada kerajaan.
“Apatah lagi jumlah RM100 juta yang diberikan dalam bentuk geran.

(function() { var d = document, w = window; w

KITA MENJADI NEGARA PALING TINGGI MELIBATKAN KEMATIAN MENGIKUT PURATA PENDUDUK

  Hamdan Taha. 7910 kes kematian di sebabkan covid 19 pada bulan sept sehingga semalam Kita menjadi negara paling tinggi melibatkan kematian...