Kenaikan Gaji Naik 2014 di Malaysia Sebanyak 5.7%. Berita Gembira Penjawat Awam & Kakitangan Swasta!

Kenaikan Gaji Naik 2014 di Malaysia Sebanyak 5.7%. Berita Gembira Penjawat Awam & Kakitangan Swasta!

kenaikan gaji 2014
Berita Kenaikan Gaji Naik 2014 di Malaysia : Dikala rakyat berhadapan dengan lonjakan kos sara hidup, terdapat berita gembira yang menanti rakyat Malaysia tidak kira penjawat awam mahupun kakitangan swasta apabila kalangan majikan telah mengunjurkan akan berlakunya….kenaikan gaji naik di Malaysia sekitar 5.7% pada tahun 2014.
Kajian yang terperinci ini dilakukan sendiri melalui kaji selidik oleh Trend Gaji ECA International.
Peranan ECA International adalah pembekal utama dunia bagi pengetahuan, maklumat dan teknologi bagi pengurusan dan tugasan pekerja di seluruh dunia.

gaji naik 2014

Kadar Kenaikan Gaji Naik di Malaysia 2010 – 2013?

  • Kadar kenaikan gaji naik di malaysia tahun 2010 : 5 %
  • Kadar kenaikan gaji naik di Malaysia tahun 2011-2013 : 5.5%
  • Kadar kenaikan gaji naik di malaysia tahun 2014 : 5.7%
Jikalau melihatkan jadual di bawah ini, berita semasa mendapati peratus kenaikan gaji nominal Malaysia pada tahun 2014 lebih tinggi berbanding jiran kta Malaysia walaubagaimanapun masih rendah berbanding Indonesia.
Secara puratanya untuk tempoh 3 tahun terakhir ini kenaikan gaji naik di Singapura hanyalah berlegar pada kadar 4.5% sahaja.
Pengarah serantau ECA Internationa, Lee Quane ada mengatakan pekerja industri Perbankan dan Kewangan di Malaysia akan memperoleh kenaikan tertinggi pada tahun 2014.

Kadar Kenaikan Gaji Naik di Malaysia VS Kos Sara Hidup?

gaji baru naik 2014
Tetapi realitinya pa yang sedang berlaku dan menekan rakyat Malaysia hari ini?
Paling penting bagi Berita Semasa bebanan kos sara hidup perlu distabilkan semula. Sekadar berkongsi.
  • Pembelian strawberi 250gram contohnya di New Zealand $1.34 jer sahaja.
  • Di Malaysia? RM10.00!!
Dengan gaji 3000 dollar contohnya, pelbagai barangan dapat dibeli (perbelanjaan boleh guna). Contohnya?
  • iPhone baru di New Zealand contohnya 300 dollar bagi pendapatan 3,000 dollar
  • iPhone baru di Malaysia pula sekitar RM2,000 dengan gaji RM3,000
Mengapa? Nah…..Berita semasa amat menekankan supaya Malaysia kena kembalikan zaman kegemilangan nilai duit Malaysia sekurang-kurangnya bersamaan 1 kepada 1 dengan Singapore dan juga Brunei. Ini kerana ia penting untuk kesenangan hidup rakyat Malaysia. Tetapi…..tersangatlah menyedihkan kerana ini tidak berlaku, sebaliknya nilai duit rakyat Malaysia semakin jatuh dan jatuh. Something wrong somewhere?
  • US atau New Zealand gaji $3000. Beli kereta kualiti pada nilai $15000 sahaja. Tidak perlu hutang pun boleh beli.
  • Malaysia gaji RM3000. Beli kereta kurang kualiti RM40000-RM50000, jikalau mahu yang berkualiti sedikit perlu berbelanja sehingga RM70000-RM200000. Terima kasih dengan bantuan hutang bank selama 7-9 tahun lamanya
kenaikan gaji baru 2014
Apa respon balas anda pula? Bincangkan kenaikan gaji 2014 dengan bebanan kos sara hidup anda seharian?

Cuepacs UGUT KERAJAAN NAJIB

Najib diberi tempoh tujuh bulan laksana tuntutan Cuepacs



Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman di sidang akhbar di Wisma Cuepacs, hari ini. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 14 November, 2013.


  Kesatuan Kongres Persatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs ) hari ini memberi tempoh sehingga sebelum 30 Jun tahun depan kepada kerajaan untuk meluluskan peruntukan penambahbaikan Sistem Saraan Malaysia (SSM)  sebelum mereka bertindak mengadakan satu kongres khas .

Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman, berkata menerusi Bajet 2014 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Otober lalu, cadangan Cuepacs bagi penambahbaikan 168 skim SSM tidak diluluskan.

"Daripada 279 penambahbaikan skim perkhidmatan yang kita cadangkan, kerajaan hanya meluluskan 81 sahaja.
Antara penambahbaikan yang dituntut oleh Cuepacs ialah faedah pinjaman perumahan daripada 4% kepada  1% dan elaun bantuan sara hidup (Cola).

11 Mac lalu, Najib mengumumkan sistem saraan baru perkhidmatan awam yang dikenali sebagai Sistem Saraan Transformatif (SST).

Pelaksanaan tersebut ialah berdasarkan kepada perubahan-perubahan yang sedang dilaksanakan dan input daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

Najib ketika pengumuman mengenai SSR berkata kerajaan bersetuju dengan tuntutan Cuepacs bahawa semua struktur gaji maksimum dalam Jadual Gaji Minimum-Maksimum diperuntukkan tambahan Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) sebanyak tiga kali berkuat kuasa 1 Januari lalu.

Perdana Menteri berkata, keputusan itu dicapai memandangkan situasi  membabit  182,434 penjawat awam yang berada di paras gaji maksimum pada 2013 menyebabkan mereka tidak dapat menikmati kenaikan gaji tahunan.

Kerajaan juga bersetuju memberi semua penjawat awam faedah pemindahan gaji sebanyak satu KGT diawalkan pada 1 Julai ini bermakna setiap penjawat awam mendapat antara RM80 dan RM320 dimana membabitkan perbelanjaan sebanyak RM1.5 bilion.


Bagaimanapun menurut Osman, Cuepacs melihat pelaksaan  SST yang menggantikan skim lama iaitu Sistem Saraan 1 Malaysia masih mempunyai kekurangan terutama yang melibatkan isu berbangkit seperti imbuhan perumahan, soal gred kumpulan, kenaikan pangkat, mekanisma ganti peperiksaan PTK, struktur gaji dan sebagainya. – 14 November, 2013.

20 jaga Filipina didakwa guna IC palsu, milik orang lain

20 jaga Filipina didakwa guna IC palsu, milik orang lain.Bagaimana sendiket membuat IC palsu  dan  begitu mudah untuk menjadi kerakyatan Malaysia.


PETALING JAYA - Dua puluh warga Filipina termasuk enam wanita hari ini dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret berasingan di sini selepas mengaku bersalah menggunakan kad pengenalan palsu dan kad pengenalan milik orang lain sebagai pengenalan diri.
Kesemua tertuduh yang berumur antara 19 hingga 44 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nazri Omran dan Majistret KB Elina Hong Tze Lan.
Mengikut pertuduhan, 10 daripada tertuduh didakwa menggunakan kad pengenalan palsu sebagai pengenalan diri manakala 10 lagi didakwa menggunakan kad pengenalan milik orang lain di kawasan Blok A dan B, Flat SS8, Jalan SS3/39, Sungei Way di sini pada 2.30 pagi tadi.
Pertuduhan dibuat mengikut Peraturan 25(1)(e) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Mengikut fakta kes, kesemua tertuduh menggunakan kad pengenalan palsu dan kad pengenalan milik orang lain yang beralamat di Sabah.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa daripada Jabatan Pendaftaran Negara Zubaidah Zahol Ahmad. - BERNAMA

Profesional mahu Pas kekal dalam kerangka PKR, DAP

Profesional mahu Pas kekal dalam kerangka PKR, DAP


KUALA LUMPUR - Golongan profesional Pas lebih cenderung membawa parti itu ke dalam pakatan pembangkang berteraskan kerangka yang diinginkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP.

Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Abdullah Zaik Abd. Rahman berkata, sebaliknya, golongan ulama pula mahu mengekalkan Pas pada landasan yang asal.

Menurut beliau, golongan ulama berhasrat memelihara Pas sebagai sebuah parti bebas dan tidak tunduk kepada pengaruh parti-parti lain.

"Walau bagaimanapun, Pas kini diikat kemas oleh perjanjian sedangkan dalam pengertian tahaluf siyasi, parti itu tidak sepatutnya diikat dalam pakatan pembangkang.

"Pas sepatutnya mempunyai hak dan kebebasan untuk membuat keputusan dan dasarnya sendiri," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Abdullah Zaik mengulas perebutan jawatan Timbalan Presiden Pas antara penyandangnya, Mohamad Sabu dan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Amar pada Muktamar Pas Ke-59, 22 November ini.
Abdullah Zaik

Tekad halang golongan liberal kuasai Pas

Tekad halang golongan liberal kuasai Pas


KUALA LUMPUR 13 Nov. - Pengendali akaun Facebook Fikrah Islamiah Pilihan Kami yang identitinya masih menjadi teka-teki bertekad untuk menghalang kemenangan calon-calon liberal dalam Muktamar Pas Ke-59, 22 November ini.

Beliau yang mengakui ahli Pas berkata, pasukannya akan terus berkempen secara sihat bagi menghalang golongan parasit daripada terus merosakkan jemaah dan perjuangan Islam.

Menurutnya, tujuan pasukannya adalah untuk memastikan calon-calon yang berfikrah jelas dalam perjuangan Islam memenangi jawatan-jawatan penting dipertandingkan.

"Kemenangan calon-calon berfikiran liberal seperti Timbalan Presiden, Mohamad Sabu; Naib Presiden, Datuk Husam Musa dan Datuk Mahfuz Omar serta calon Ketua Dewan Pemuda, Zulhazmi Shariff adalah cukup berbahaya untuk parti khususnya dan nasib umat Islam di Malaysia.

"Kemenangan calon-calon liberal ini sudah pasti akan menghalang usaha-usaha penyatuan ummah dan orang Melayu yang telah sekian lama kita idamkan bagi sebuah negara Islam yang menjadi matlamat perjuangan seluruh pencinta parti," katanya dalam kenyataan dipaparkan pada akaun Facebook Fikrah Islamiah Pilihan Kami.

Pada 10 November lalu, Facebook Fikrah Islamiah Pilihan Kami memaparkan imej seekor anjing bagi menggambarkan Zulhazmi.

Zulhazmi menyifatkan taktik itu sebagai 'kempen jijik' dan meminta pucuk pimpinan Pas menyelesaikan siasatan sebelum muktamar bermula.

Berhubung isu tersebut, pengendali akaun Facebook Fikrah Islamiah Pilihan Kami memohon maaf kepada semua ahli Pas terutama para perwakilan.

"Kesilapan ini sebenarnya berpunca daripada ahli baharu dalam pasukan ini yang masih belum luas pengalaman serta terlalu mengikut perasaan dan emosi ketika menulis," jelasnya.

Sementara itu, Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasrudin Hassan dalam kenyataan menerusi akaun Facebook miliknya hari ini menempelak cubaan segelintir pihak mencatur keputusan muktamar parti.

"Ini tidak selayaknya berlaku. Saya sebut, mujur mereka ini tidak menjadi perwakilan. Jika tidak, habislah Pas jadi lunyai seperti roti canai," ujarnya.



PPSMI: Mahathir ulang hujah yang sudah jadi sejarah

PPSMI: Mahathir ulang hujah yang sudah jadi sejarah


KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad masih terperangkap dalam pemikiran kolonial apabila mahu subjek sains dan matematik kembali diajar dalam Bahasa Inggeris, kata Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras) Mohd Azmi Abdul Hamid.

Beliau berkata, pandangan Dr Mahathir harus diketepikan kerana kerajaan sendiri akur dengan kehendak rakyat yang menolak Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
"Dr Mahathir ulang dan ungkit isu yang sudah selesai dan keputusan sudah dibuat oleh kerajaan supaya dasar ini dimansuhkan.

"Pandangan Dr Mahathir yang mahu PSSMI ini dikembalikan adalah ke belakang dan Dr Mahathir terperangkap dengan pemikiran kolonial," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Dr Mahathir ketika berucap di Persidangan Antarabangsa Pendidikan Guru dalam Dunia Islam di Petaling Jaya semalam merayu agar subjek sains dan matematik diajar dalam bahasa Inggeris kerana berpandangan Bahasa Melayu belum menjadi bahasa sains dan matematik.

Beliau juga dilaporkan berkata, tanpa penguasaan bahasa Inggeris peluang pekerjaan seseorang itu akan menjadi sempit walaupun cemerlang dalam akademik.

Mengulas lanjut, Azmi yang lebih dikenali sebagai Cikgu Azmi berkata, peluang pelajar untuk mempelajari Bahasa Inggeris terbuka luas namun subjek sains dan matematik harus diajar dalam bahsa Melayu kerana sesuatu ilmu itu lebih senang difahami apabila diajar dalam bahasa ibunda.

"Dr Mahathir harus sedar bahawa kita tidak menyekat pelajar-pelajar mempelajari Bahasa Inggeris malah peluang untuk belajar terbuka luas dan ada di mana-mana.

"Namun dalam konteks pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik, kita mahu Bahasa Melayu digunakan kerana bahasa Melayu ialah bahasa ilmu dan tunggak kepada pembangunan bangsa dan budaya," tegasnya.

Sementara itu, Pengerusi Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) Prof Shahrir Md Zin pula berkata, segala hujah yang digunakan dr Mahathir merupakan hujah lapuk dan sudah disanggah oleh banyak pihak.
"Dr Mahathir ulang hujah yang sama, hujah yang sudah jadi sejarah tapi surat khabar suka keluarkan pandangan beliau.

"Saya dan beberapa rakan yang lain sudah lama menjawab hujah-hujah beliau contohnya sains dan matematik tidak sesuai diajar dalam bahasa Melayu.

"Tapi hujah dan pandangan kita tidak dikeluarkan surat khabar, maka pandangan Dr Mahathir tetap menjadi perhatian orang," katanya yang juga dihubungi Harakahdaily.

Tambah beliau juga, tiada alasan untuk kerajaan meneruskan PPSMI sedangkan Kementerian Pendidikan sendiri membuktikan terdapat kemerosotan keputusan akademik pelajar melalui pelaksanaan dasar yang bermula pada 2003 itu.

"Tidak perlu peduli dengan pandangan Dr Mahathir kerana beliau dari dulu lagi mahu PPSMI dilaksanakan dan tak peduli dengan pandangan orang kebanyakan," katanya.

Dalam perkembangan lain, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) berpegang teguh kepada pendirian kerajaan untuk menarik balik pelaksanaan PPSMI kerana statistik Kementerian Pendidikan membuktikan terdapat kemerosotan keputusan akademik pelajar melalui pelaksanaan dasar itu.


Ketua Pengarah DBP, Datuk Dr Awang Sariyan dilaporkan berkata, PPSMI tidak mempunyai hala tuju selain Kementerian Pendidikan membuktikan keputusan pelajar merudum dalam subjek sains dan matematik dan Bahasa Inggeris.