Terkini Tragedi Genting: Sah 37 maut (LM)

Nahas Bas Di Genting Highlands: 37 Maut Termasuk Pemandu

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Seramai 37 terkorban manakala 16 cedera, dalam nahas bas ekspres yang membawa 53 orang, terjunam 60 meter ke dalam gaung di KM3.5 Jalan Genting Highlands Rabu.

Mangsa yang maut terdiri daripada 27 lelaki dan 10 wanita, kata Penolong Ketua Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Datuk Soiman Jahid.

Seterusnya:   Terkini Tragedi Genting: Sah 37 maut

Berapa Nilai Kekayaan Hosni Mubarak?

Berapa Nilai Kekayaan Hosni Mubarak?Di Malaysia ada sekoq,kekayaan hampir sama.

Nama Hosni Mubarak tak syak lagi sudah boleh dimasukkan ke dalam daftar nama-nama diktator kaya di seluruh dunia. Hampir semua diktator di dunia ini selalu mempunyai pola yang sama iaitu pada dasarnya meninggalkan kekuasaannya setelah mencuri wang dari rakyatnya.

Pemimpin Afghanistan, Hamid Karzai adalah contoh lain dari seorang lelaki yang disuap AS dan menimbun kekayaan sendiri sementara rakyat di negaranya kelaparan.

Seberapa besar kekayaan Mubarak? Menurut sebuah laporan, Mubarak sekurang-kurangnya menyimpan kekayaan pribadi bernilai 40 billion dolar.

Selama 30 tahun berkuasa, keluarga Mubarak menguasai real estet, perputaran wang tunai, kapal pesiar kerajaan, dan memiliki 40 billion dollar dalam bentuk tunai.

Selain itu juga ia diduga masih memiliki aset tersembunyi di bank di seluruh dunia untuk memudahkan akses. Di antaranya di: Jerman, Amerika Syarikat, Britain, Swiss, Scotland, Dubai, Madrid dan negara lainnya. Keluarga Alaa Mubarak memiliki kekayaan di dalam negeri atau di kota-kota besar Amerika Syarikat Washington, LA, dan New York.

Isteri Mubarak, Suzanne Mubarak dan kedua anaknya juga sangat kaya. Suzanne bahkan ditaksir mengumpulkan kekayaan sampai 3-5 billion dollar dan dipergunakan untuk peribadinya sendiri.

Kekayaan Mubarak juga memiliki hubungan besar dengan kepentingan korporasi AS seperti: Marlboro, Hermes, McDonalds, Vodafone, Hyundai, Chili dan perusahaan besar lainnya.

Kini Mubarak akan segera dibebaskan dari penjara. Pemerintah Mesir juga menyatakan bahwa Mubarak bebas dari korupsi. -islampos

Model Separuh Bogel Berubah Selepas Kenal Islam

Ini baru sosial, Ini keluar dengan mana-mana lelaki yang suka diajak keluar,pendek kata semua boleh asalkan hidup terisi ......lagi hebat

Dia pernah menjadi seorang model yang glamor dan pernah bergambar dengan memakai seluar dalam sahaja, namun kini Carley Watts, 24, mahu berubah dan menutup aurat.

Semuanya selepas dia mengenali Islam melalui pertemuannya dengan seorang lelaki dari Tunisia, Mohammed Salah, 25.

Model yang berasal dari Dearham di Norfolk itu bertemu Mohammed ketika dia bercuti di Tunisia.

Carley yang juga seorang ibu tunggal kini dalam perancangan untuk memeluk Islam.

Dia juga akan berpindah ke Tunisia bersama anak perempuannya, Alannah, yang berusia dua tahun dan akan mempelajari agama Islam di sana, pada bulan Oktober ini.

“Rakan-rakan saya menyangka saya menjadi gila. Mereka tidak dapat membayangkan bagaimana seorang wanita yang suka bersosial akan menutup kepala dan memeluk Islam.

“Pertemuan dengan Mohammed telah mengubah hidup saya. Saya tidak mahu lagi menjadi liar dan mendedahkan buah dada,’’ katanya .

Menurut Carley, sebagai seorang model, dia biasa berpakaian seksi dan pernah menanggalkan pakaian ketika mabuk.

Malah Carley juga pernah berjalan pulang ke rumah dalam keadaan bogel dari kelab malam akibat mabuk.

Kini, kata Carley, kehidupannya semakin berubah dan dia tidak perlu bimbang lagi berlaku keadaan yang memalukan itu.

Walaupun Mohammed mengetahui pekerjaan Carley sebelum ini, namun dia tidak akan memaklumkan keluarganya di Tunisia kerana ia pasti sukar diterima oleh mereka.

“Mohammed mengetahui mengenai pekerjaan saya dan dia boleh menerima saya. Namun katanya sebaik sahaja kami berkahwin, badan saya hanya untuk tatapannya seorang sahaja,’’ katanya.

Sumber link

Polis nafi terdapat polisi “tembak untuk bunuh”

Polis nafi terdapat polisi “tembak untuk bunuh”


Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini menafikan polis mempunyai polisi “tembak untuk bunuh” merujuk kepada lima suspek penjenayah ditembak mati di Pulau Pinang pada Isnin.
Ketua Polis Negara (KPN) itu menyelar pengkritik yang mempersoalkan mengapa kelima-lima suspek itu tidak ditahan dan sebaliknya ditembak sehingga mati.

“Tiada polisi tembak untuk bunuh. Siapa beritahu kamu terdapat polisi tembak untuk bunuh? Kami hanya tembak untuk mempertahankan diri,” katanya dalam sidang akhbar di Majlis Sambutan Aidilfitri di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau mengecam kritikan terhadap polis yang dituduh tidak melakukan apa-apa ketika kes tembakan semakin menjadi-jadi dan apabila penjenayah ditembak, polis dituduh melampau dan kejam.
“Apa sebenarnya yang orang seperti ini (pengkritik) mahukan,” katanya.

Khalid berkata, polis sentiasa prihantin terhadap keselamatan awam dan polis serius dalam membanteras jenayah.
Berhubung niat keluarga yang ingin mengadakan inkues terhadap lima kematian itu, Khalid berkata beliau tiada bantahan.
“Asalkan mereka menggunakan saluran yang betul untuk memohonnya,” katanya.

Semalam, pemimpin Hindraf dan timbalan menteri, P Waythamoorthy (kiri) mempersoalkan mengenai tembakan di Pulau Pinang.

Beliau mendakwa melihat gambar lelaki yang mati itu dan berdasarkan keadaan ini, agak sukar untuk percaya berlaku berbalas tembakan.

“Melihat kepada gambar itu, saya fikir sesiapa yang boleh berfikiran waras akan percaya wujudnya keadaan tembak menembak antara pasukan polis dan suspek,” katanya.

– themalaysianinsider.com

DUN Seri Delima terima ugutan peluru

ADUN Seri Delima terima ugutan peluru


GEORGE TOWN - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, RSN Rayer menerima kejutan hari ini apabila keluarganya menerima bungkusan plastik mengandungi peluru hidup di rumahnya di Island Park, Green Lane di sini.

Menurut laporan polis dibuat bapa ADUN itu, Rajaji Jeganathan Rayer, bungkusan peluru jenis 9mm itu dihantar oleh seorang lelaki yang tidak dikenali kira-kira jam 7 pagi ini.

Katanya, sejurus menerima bungkusan yang berisi peluru itu, beliau telah menghubungi anaknya yang juga seorang peguam, sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Jelutong di sini.

"Dalam perjalanan ke Balai Polis, anaknya sekali lagi dikejutkan dengan satu khidmat pesanan ringkas (SMS) yang berbaur ugutan bunuh terhadapnya," katanya dalam laporan polis itu.
Baru-baru ini Rayer dilantik sebagai peguam bela dalam kes lima penjenayah yang mati ditembak polis di sini Isnin lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Mazlan Kesah mengesahkan laporan polis itu dan berkata polis sedang melakukan siasatan.

- BERNAMA

Bas jatuh gaung di Genting Highlands (LM)

Bas jatuh gaung di Genting, 33 dikhuatiri terbunuh

Sebuah bas awam terhumban ke dalam gaung ketika menuruni Genting Highlands petang ini dan 32 penumpang dikhuatiri terkorban manakala 17 lagi cedera.

Update: Sehingga jam 7.30 malam tadi, pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat telah mengesahkan seramai 25 mangsa terbunuh dan operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan. 
Seterusnya dan gambar-gambar serta video YouTube berkaitan:   Bas jatuh gaung di Genting Highlands