BETULLAH KATA ORANG, PAS SENTIASA ADA DALIL

 


PAS tidak mendesak ‘secara agresif’ penganjuran konsert ketika mentadbir bersama Putrajaya dari 2020 hingga 2022 kerana mahu menyelesaikan perkara lebih penting, kata Mursyidul Am Hashim Jasin.

Bercakap kepada FMT, Hashim berkata pihaknya tidak boleh melaksanakan atau menyelesaikan pelbagai perkara sekali gus dan keadaan itu sama seperti ketika PAS mula memerintah Kelantan pada 1990.

Menurutnya, PAS menyelesaikan masalah dan memperkenalkan 100 inisiatif untuk rakyat secara berperingkat, bukan pada penggal pertama pemerintahannya di negeri pantai timur itu.

“Walaupun kita bantah (konsert) tetapi kita bagi keutamaan terhadap apa yang kita patut bangkitkan semasa kita memerintah.

“Tak boleh nak buat semua sekali gus. Kalau dahulu semasa memerintah sekejap (2020-2022) bukan tak nak bangkit tapi ada perkara lain lebih utama untuk kita beri perhatian,” katanya.

Bagaimanapun bekas Adun Sanglang itu tidak menjelaskan masalah menjadi keutamaan PAS ketika menjadi sebahagian kerajaan bersama Bersatu, Barisan Nasional, dan Gabungan Parti Sarawak sebelum PRU15.

Kelmarin, bekas menteri Khairy Jamaluddin berkata PAS tidak pernah secara agresif mendesak konsert dibatalkan ketika berada dalam kerajaan di bawah pentadbiran Muhyiddin Yassin dan Ismail Sabri Yaakob.

Bertanggungjawab dalam portfolio kesihatan ketika itu, Khairy berkata Idris Ahmad iaitu naib presiden PAS hanya minta jumlah konsert dikurangkan.

Hashim berkata bantahan terhadap konsert artis antarabangsa, Ed Sheeran di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 24 Februari ini dibuat kerana diadakan menjelang Ramadan. Umat Islam dijangka berpuasa pada 12 Mac depan.

“Itu kena tunjuk sikap kita,” kata Hashim mengulas gesaan Dewan Ulama PAS supaya konsert bintang pop itu dibatalkan kerana Sheeran menyokong lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari pula pula menegaskan PAS sentiasa menyatakan bantahan di luar mesyuarat Kabinet seperti dibuatnya ketika mengetuai sayap Pemuda parti itu.

“Bantahan sering diutarakan termasuklah di dalam Dewan Rakyat,” katanya.

Untuk rekod, Fadhli yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas mengetuai bantahan Pemuda PAS terhadap Konsert Billie Eilish: Happier Than Ever, The World Tour di Stadium Nasional Bukit Jalil di Kuala Lumpur, dua tahun lalu.

Beliau menyifatkan penganjuran banyak konsert sebagai “kerja gila” menjemput kemurkaan Allah. Bagaimanapun, konsert itu diteruskan mengikut jadual.

Sumber – https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2024/02/02/ada-isu-lebih-penting-daripada-konsert-pas-jawab-kj/

5

 


[gempak] LOKMAN ADAM GORENG SOTONG KEPALA KETUA PENERANGAN PAS!

UMNO hormati keputusan Lembaga Pengampunan



Oleh: Helmi Mohd Foad



UMNO menghormati keputusan dan hak mutlak yang telah diambil oleh Lembaga Pengampunan berhubung permohonan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.



Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi UMNO dalam kenyataan berkata parti itu menghormati keputusan yang telah diambil oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16 Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.



"Sementara kita mendukung Perlembagaan Persekutuan, UMNO terkesan dan bersedih dengan keputusan tersebut," kata kenyataan itu hari ini.



Ahli MT UMNO mengadakan mesyuarat khas tersebut hari ini susulan kenyataan rasmi Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan mengenai keputusan permohonan Najib semalam.



Lembaga tersebut memberikan pengurangan separuh hukuman penjara ke atas Najib sekali gus menetapkan tarikh pembebasan dari penjara pada 23 Ogos 2028.



Kenyataan itu berkata, UMNO akan tetap meneruskan usaha-usaha mendapatkan pembelaan terhadap bekas Presiden parti sesuai dengan laras undang-undang negara.

Di samping itu katanya, kepimpinan parti itu berpegang kepada keputusan Perhimpunan Agung UMNO yang mahukan usaha pembelaan terhadap Najib diteruskan.



"UMNO ingin menegaskan, pembelaan terhadap Datuk Seri Najib dibuat kerana merasakan beliau tidak mendapat keadilan seawal proses perbicaraan.



"Sehubungan itu, UMNO berharap atas prinsip keadilan, Perdana Menteri akan sama-sama menjunjung semangat ini," katanya.

 

SEDARLAH WAHAI PENYOKONG2 NAJIB, LEMBAGA PENGAMPUNAN BUKAN MACAM LEMBAGA DISIPLIN UMNO!! Shahbudin Husin

 

Terdapat kecenderungan yang ketara, malah semacam berlebih-lebihan di kalangan para penyokong Najib Razak dalam menzahirkan rasa tidak puas hati terhadap keputusan Lembaga Pengampunan WP berkaitan bekas Perdana Menteri itu.

Selain beberapa pemimpin UMNO yang pro Najib memberi kenyataan terbuka yang tidak senang dan mengecam pengampunan separuh itu, UMNO sendiri turut terbawa-bawa dengan sentimen yang sama.

Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi malam tadi memaklumkan, parti itu akan mengadakan mesyuarat MT khas pada jam 11 pagi ini bagi membincangkan pengampunan tersebut.

Susulan itu , kata beliau, Kolokium Kongres Ekonomi Bumiputera membabitkan 2,000 pimpinan UMNO dari 191 bahagian daripada seluruh negara yang sepatutnya diadakan hari ini akan dibatalkan.

Untuk apa tindakan sedrastik ini diambil oleh UMNO?

Mereka mahu protes kepada siapa tentang keputusan Lembaga Pengampunan itu?

Tidakkah mereka sedar Lembaga Pengampunan WP dipengerusikan oleh Yang Dipertuan Agong dan sebarang keputusan berkaitan pengampunan adalah budi bicara baginda?

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim sendiri berkata, proses pengampunan adalah di luar hak prerogatif Perdana Menteri dan kerajaan.

Bahkan Perdana Menteri juga bukan anggota Lembaga Pengampunan WP itu.

Ertinya, kuasa pengampunan, sama ada penuh atau separuh, adalah hak Agong memutuskannya sebagaimana di negeri-negeri lain, ia juga menjadi hak Sultan atau Raja di di negeri berkenaan membuat keputusan.

Ketika keputusan pengampunan Najib dibuat, lembaga itu dipengerusikan oleh Agong daripada Pahang iaitu Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, tetapi kini ia dipengerusikan Agong baru, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bermula 31 Januari lalu.

Jadi, yang UMNO bising-bising tak puas hati dan mengecam keputusan Lembaga Pengampunan itu, mereka nak tuju kepada siapa?

Cuba cakap terang-terang, nak tuju kepada Agong lama atau Agong baru?

Janganlah anggap Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan Agong/Sultan itu macam Lembaga Disiplin UMNO yang keputusannya boleh dipertikai dan diperlekehkan sesuka hati.

Kalau selama ini UMNO melalak kata parti itu sentiasa mempertahankan institusi Raja, menghormati keputusan Lembaga Pengampunan adalah sebahagian daripada sifat itu.

Lagi pun, Najib sepatutnya banyak-banyak bersyukur dengan keputusan Lembaga Pengampunan yang memberikannya pengampunan separuh itu.

Tiada banduan lain pernah diberi nikmat itu di mana hanya baru setahun lima bulan menjalani hukuman penjara daripada 12 tahun yang dijatuhkan mahkamah, selain masih ada empat lagi kes yang belum selesai berkaitan 1MDB, tetapi sudah mendapat pengurangan hukuman kepada enam tahun penjara.

Cuba beritahu, siapa pernah mendapat nikmat seperti ini selain Najib?

Selain itu, tidak pernah juga ada mana-mana banduan yang didenda sebanyak RM210 juta, tetapi dikurangkan jumlahnya hanya kepada RM50 juta iaitu pengurangan sebanyak 76 peratus hanya setelah setahun lima bulan dijatuhkan hukuman.

Nikmat apa lagi yang hendak didustakan?

Bersyukurlah, walau berada di dalam penjara, nikmat Tuhan itu tetap ada.

Tambahan lagi, seperti kata Anwar semalam, kalau Najib masih tak puas hati, ruang merayu kepada Agong baru masih terbuka buatnya.

“Sekarang Lembaga Pengampunan telah membuat keputusan. Jika keputussn tidak memuaskan hati, dia masih mempunyai ruang untuk merayu pada tahap berikutnya,” kata beliau.

Jadi, apa susah dan buat apa nak kalut tak puas hati, kecam sana kecam sini – sedarlah – ini adalah hak serta kuasa Agong. – ShahbudinHusin 03/02/2024.

5

 

Pengurangan hukuman ke atas Najib hak Agong - William Leong



 


Oleh: Abdullah Zaid



Pengurangan hukuman penjara dan denda ke atas bekas Perdana Menteri Najib Razak merupakan hak Yang di-Pertuan Agong.



Menurut Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen kuasa pengampunan termaktub di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.



Agong dalam Perlembagaan boleh memberi pengampunan penuh atau mengurangkan jumlah hukuman serta denda selepas baginda mendapat nasihat daripada Lembaga Pengampunan.



"Selain itu keputusan berkenaan mengambil kira status Najib Razak yang sebelum ini telah berkhidmat sebagai Perdana Menteri dan berjasa kepada negara," katanya kepada Suara Keadilan.



Malah, menurut beliau, fungsi Lembaga Pengampunan adalah berbeza dengan mahkamah dan lebih kepada memberikan belas kasihan kepada pesalah.



"Sebelum ini kita telah melihat ada ahli politik yang disabit kesalahan membunuh dan dihukum mati tetapi diberikan pengampunan atas khidmat sebagai Ahli Parlimen.



"Oleh itu, saya fikir adalah munasabah walaupun tidak ada boleh mencabar tetapi kita mengambil kira jasanya yang pernah berkhidmat kepada negara," ujar beliau yang juga seorang peguam terkenal.



Terdahulu, Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya memutuskan bekas Presiden UMNO Najib Razak dikurangkan hukuman penjara daripada enam tahun ke 12 tahun sedang dijalaninya sejak 2022 diberi pembebasan awal.



Manakala denda bekas Ahli Parlimen Pekan itu turut dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.



Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menggunakan kuasa baginda di bawah Perkara 42(4) (a) dibaca dengan Fasal (3) Perkara 40 Perlembagaan, yang menyatakan Agong bertindak dalam hal pengampunan selepas berunding dengan Lembaga Pengampunan.



Pada 28 Julai 2020, Najib didapati bersalah atas tujuh pertuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.



Hakim Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta ke atas Najib, dan keputusan berkenaan dikekalkan Mahkamah Rayuan pada 8 Disember 2021 serta panel lima Hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, pada 23 Ogos 2022.

 


Pengurangan hukum Najib: Hormati keputusan Agong, Lembaga Pengampunan

 



Rakyat dan pihak yang tidak berpuas hati dengan pengurangan hukuman atau mahu bekas Perdana Menteri (PM) Najib Razak dibebaskan sewajarnya menghormati keputusan dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong dan Lembaga Pengampunan.



Menurut Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil, keputusan telah pun dibuat dalam lembaga yang dipengerusikan Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Menteri Wilayah Persekutuan, Peguam Negara, Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang undang dan 3 penasihat yang dilantik Agong baru baru ini.



"Seperti kita maklum, Perkara 42 (1) Perlembagaan menetapkan bahawa tuanku mempunyai kuasa membuat sebarang keputusan dan kita hormat keputusan yang telah dibuat.



"Memang sebarang keputusan akhirnya adalah kuasa tuanku. Tetapi saya sedia maklum pandangan disampaikan oleh rakan rakan.



"Seperti yang disebut oleh PM sendiri dengan keputusan yang dibuat oleh Lembaga Pengampunan maka ada beberapa perkara yang boleh disusuli, dan saya percaya di pihak kerajaan kita ambil maklum reaksi, ada yang setuju dan tidak setuju," katanya kepada media di Pahang, pagi ini.



Menurut Fahmi, perbuatan mempersoalkan keputusan Yang di-Pertuan Agong berkenaan pengurangan hukuman ke atas Najib sejak semalam perlulah dihentikan sama sekali kerana hal pengampunan itu merupakan kuasa mutlak di bawah Perlembagaan.



"Ini adalah kuasa tuanku dan tidak boleh dipersoal di mahkamah. Kalau di mahkamah tak boleh dipersoal saya pohon kita hormat keputusan ini.



"Namun ada beberapa yang boleh kita teliti, termasuk lembaga parol, termasuk permohonan baharu contohnya kepada Lembaga Pengampunan," ujarnya. Bagaimanapun hal itu kata beliau terlalu awal untuk diulas.



Dalam perkembangan berkaitan, Fahmi juga menegur pemimpin mahu pun ahli KEADILAN yang membuat komen tanpa berfikir panjang.



Katanya, mereka seharusnya menghormati rakan komponen Kerajaan Perpaduan.

Manakala dalam kes Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim yang baru baru ini mengkritik urusan dalaman UMNO, Fahmi berkata, beliau telah mengeluarkan amaran keras mengenainya.



"Saya mahu memberi teguran kepada beberapa pimpinan politik, mungkin termasuk daripada parti saya sendiri. Saya rasa kita semua perlu bermuhasabah dan tidak terlalu pantas memberi komen. Terutama ada pihak (pembangkang) menangguk di air keruh.



"Dalam kes YB Hassan Karim, MP Pasir Gudang, tetapi beliau agak lantang dalam beberapa perkara. Bagi saya pendapat beliau itu pandangan peribadi bukan mewakili parti. Saya ada berhubung dengan beliau dan membei teguran keras tentang perkara ini," katanya.



Kelmarin Hassan memberikan pandangan yang mencetuskan kemarahan pemimpin UMNO dan dianggap mencampuri urusan dalaman parti tersebut.

 

MESKI PENGUMUMAN RASMI PENGAMPUNAN NAJIB TIDAK LAGI MEMBAWA KEJUTAN, TAPI IA SERLAH KEBIJAKSANAAN AGONG

 

Urusetia Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya iaitu Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri akhirnya mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung pengampunan bekas Perdana Menteri, Najib Razak.

Dalam kenyataan media itu, diumumkan secara rasmi bahawa hukuman penjara 12 tahun yang diterima Najib dikurangkan kepada 6 tahun., manakala denda RM210 juta pula diturunkan kepada RM50 juta.

Dengan itu, tarikh pembebasan Najib yang baru sekarang disahkan ialah pada 24 Ogos 2028.

Tetapi, jika denda RM50 juta yang telah dikurangkan itu gagal dibayar, hukuman penjaranya ditambah selama setahun lagi dan menjadikan tarikh pembebasannya dianjakkan kepada 23 Ogos 2029.

Kenyataan media itu dikeluarkan hanya beberapa jam setelah Perdana Menteri, Anwar Ibrahim sebelum solat Jumaat tengahari tadi membayangkan pengumuman rasmi mengenai pengampunan Najib akan diumumkan hari ini.

Walaupun kenyataan media oleh urusetia Lembaga Pengampunan ini akhirnya menjawab segala teka-teki mengenai pengampunan yang diterima Najib, namun ia tidak lagi memberi apa-apa kejutan atau suspen kepada orang ramai.

Ini kerana Media Singapura, Channel News Asia atau CNA lebih dulu iaitu tiga hari lalu, telah membocorkan keputusan Lembaga Pengampunan itu.

Meski CNA hanya menyebut hukuman penjara Najib dikurangkan sebanyak separuh daripada 12 tahun yang diterimanya, sementara denda RM210 juta pula diturunkan kepada jumlah yang tidak ditentukan, setidak-tidaknya apa yang mereka laporkan itu 99 peratus tepat.

Bagaimanapun di waktu yang sama, dalam banyak Grup Whatsapp, pengurangan jumlah denda kepada RM50 juta itu telah menjadi sebaran yang meluas sejak beberapa hari lalu.

Dengan itu, tiada siapa lagi yang terkejut, suspen atau menangis dengan berita rasmi mengenai pengampunan Najib oleh Urusetia Lembaga Pengampunan pada petang ini.

Ia semacam soalan periksa yang telah bocor jawapannya.

Dengan keputusan Lembaga Pengampunan itu, harapan dan kepercayaan sesetengah pihak bahawa Najib akan dibebaskan serta boleh kembali aktif dalam politik secara serta merta selepas ini, ternyata tidak menjadi kenyataan.

Najib kini hanya dikurangkan hukuman dan denda, tetapi perlu terus berada di Penjara Kajang untuk menghabiskan tempoh hukumannya.

Di sebalik barangkali masih ada pihak yang tidak puas hati dengan keputusan tersebut, tetapi jika diteliti dengan mendalam, inilah keputusan paling bijaksana yang diserlahkan oleh Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam tugas terakhir baginda selaku Yang Dipertuan Agong ketika mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pengampunan itu.

Memutuskan bahawa Najib tidak diberi pengampunan penuh, sebaliknya hanya dikurangkan tempoh penjara dan jumlah denda yang diterimanya, adalah bukti jelas baginda mempunyai kebijaksanaan yang luar biasa yang tentunya keputusan itu dibuat setelah mengambil kira pelbagai faktor semasa.

Antara faktor semasa yang tentunya diambil kira ialah kerana Najib baru saja kira-kira setahun lima bulan menjalani hukuman penjara 12 tahun yang dijatuhkan terhadapnya.

Najib mula dihantar ke Penjara Kajang ialah pada 23 Ogos 2022.

Berdasarkan amalan atau konvensyen sebelum ini, pengampunan penuh hanya menjadi pertimbangan setelah seseorang itu menjalani sekurang-kurangnya satu pertiga atau separuh daripada hukuman penjara yang diterima.

Dalam erti kata lain, adalah tidak kena dengan masa dan tidak sesuai untuk memberi pengampunan penuh kepada Najib di ketika hanya baru setahun lima bukan menjalani hukuman penjara, meski beliau merupakan bekas Perdana Menteri.

Ini sekali lagi membuktikan Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan oleh Al-Sultan Abdullah bersikap amat adil, teliti dan mengambil pertimbangan paling munasabah dalam membuat keputusannya iaitu tidak membezakan pengampunan antara rakyat biasa dengan orang yang ada nama.

Selain itu, Najib juga masih berdepan beberapa kes lain lagi yang sedang dihadapinya di mahkamah berkaitan skandal 1MDB.

Tentunya tidak cantik kelihatannya, malah mungkin dipersoalkan, jika beliau diberi pengampunan penuh dalam kesalahan berkaitan SRC International, anak syarikat 1MDB, tetapi kemudian perlu terus pergi ke mahkamah untuk menghadapi perbicaraan lain berhubung induk 1MDB itu sendiri.

Bagaimana jika dalam kes-kes lain yang sedang dihadapi perbicaraan itu, Najib nanti didapati bersalah juga akhirnya, sama seperti kes SRC International?

Takkan dua tiga kali beliau hendak diberi pengampunan?

Dengan itu, keputusan Lembaga Pengampunan terkait Najib iaitu hanya mengurangkan hukuman penjara dan denda hendaklah diterima dengan hati serta dada yang terbuka oleh semua, khususnya kaum keluarga dan penyokong-penyokong tegar Bossku yang harapan mereka nampaknya belum lagi kesampaian.

Maka, jangan ada yang marah-marah atau cuba menuding jari kepada sesiapa dengan keputusan ini. – ShahbudinHusin 02/02/2024.

 


PAKAR EKONOMI JAWAB ISU HARGA BARANG- SEBELUM JADI KERAJAAN DAN SELEPAS JADI KERAJAAN.


 

SANUSI DOK MUHONG. MAI NAK HABAQ KAT HANG...DENGAQ KA DAK....


 

BERTABAHLAH PARA WLAUN,WALABOT WALAQ KERANA KAMU MEMANG DAH GAGAL.


 

KEH..KEH..KEH


 

HABIH BAIK DAH ANWAR KOMPROMI. TU PUN UMNO DOK KATA KE DIA LAGI


 

HANGPA DENGAQ LA SANUSI DOK MOHONG..TAK CAYA JOM TENGOK SAMPAI HABIH. DIA BUKAN BUAT APANPUN DI KEDAH NU.


 

ADA YANG SEKOQ TU PI MAKAN KENDURI JA KERJA DIA

 Harga Barang Naik.


Panduan dan nasihat ulamak pun walaun PAS kesampingkan, inilah krisis akhir zaman bila dajjal diagungkan, ulamak ditolak.




ADA KAJIAN KAH MELAYU AKAN MISKIN ?

 


Learry Jabul


Klu begini punya pendapat atau kajian, mmg pelik la... Ada terbitkn dlm journal ker kajian ini?? Hehehe... Blh kena gelak nanti klu ada hasil kajian yg begini... Ianya seakan spt pendapat yg tdk blh di anggap sbg pandangan yg berilmiah... Kemiskinan sesuatu kaum bknnya diukur pd penerimaan pencennya... Hehehe...


Jika wujud tatakelola yg bgs spt pentadbiran yg telus, bebas rasuah, tanpa mengamalkn budaya kroni, adil n sbgnya, maka bkn saja kemiskinan di kalangan org melayu berkurangan malah kemiskinan di kalangan kaum2 lain juga akan menurun, malah mungkin akan terhapus....


Ukuran sebenarnya ialah tatakelola yg baik...


Andai berpencen sekali bekas kakitangan awam berbangsa melayu, tp negara tdk mempunyai kemampuan utk membayar pencen mereka misalnya, apa akan jd dgn kakitangan tersebut?? Apa akan jd dgn status kewangan negara?? Jika negara muflis maka tak ada sorang pun yg akan menerima pencen...


Usaha kerajaan ialah mengurangkn hutang, status kewangan negara ialah, kita sdg menanggung bebanan hutang lbh kurang rm1.5 trillion... Negara tdk blh terus berhutang semata-mata utk memastikn pencen itu terus wujud... Tugas berat pemimpin negara skrg ini ialah bagaimana cara utk melangsaikn hutang rm1.5 trillion tersebut dgn meminimumkn kesannya kpd rakyat... Slh satu drpdnya ialah tukarkn pencen kpd kwsp utk kakitangan awam yg baru...



PATUT BERSYUKUR. DUIT NEGARA MACAM DUIT MAKBAPAK SENDIRI...

 




Learry Jabul


Tak ada masaalah sebenarnya kalau bapa kau bebas serta merta n mendapat pengampunan penuh pun... Tp pengurangan hukuman pun sepatutnya dusyukuri la... Rm42 juta tuhh bukan skit, banyak tuhh...


Bkn nk tuduh bapa kau menyakau, tp transaksi bank akuan bapa kau yg menunjukkn pengaliran Wang tersebut... Malah Wang itu di belanjakn... Rm4 billion bapa kau minta kwap percepatkn proses pinjaman itu... Kemudian dikatakn rm42 juta drpdnya "hilang" ...


Okay la, bapa kau tak slh... Tp bapa kau cuai sehingga Wang masuk akaunnya sendiri pun bapa kau tak laporkn kpd BNM... Kecuaian yg menyebabkn kerugian kpd negara adalah hal yg tak dpt dimaafkn... Lbh2 lg bila melibatkn pemimpin utama negara...



PDRM Bakal Dilengkapi Dengan Kamera Badan




1. Keputusan KDN memberikan kelengkapan kamera badan (BWC) kepada anggota PDRM adalah keputusan yang tepat. Ia dilihat seiring dengan perkembangan teknologi dan penugasan kepolisan yang semakin mencabar. 


2. PDRM dijangka mula menerima 7,648 unit kamera badan (BWC) secara berperingkat mulai September tahun ini hingga Februari 2025. 


3. Mereka yang melakukan rondaan baik dengan kereta atau motosikal akan dipakaikan BCW. Merangkumi penugasan;


- Unit Kereta Peronda (MPV)

- ⁠ Unit Rondaan Bermotosikal (URB) di bawah JPJKK


 selain akan diperluaskan untuk penugasan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT). 


4. BWC akan ditempatkan di 157 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan 640 balai polis di seluruh kontinjen dan penggunaannya adalah secara berperingkat mulai Oktober 2024. Dijangkakan, BWC akan digunakan sepenuhnya oleh petugas MPV dan URB pada Mac 2025.


5. Malah, atas dasar keprihatinan KDN turut memastikan semua petugas MPV dan URB mahir dalam mengendalikan BWC, dengan memastikan latihan penggunaan akan dilaksanakan mulai Mac 2025 hingga Disember 2025. 


6. Menariknya lagi, BWC yang bakal digunakan di pakaian seragam polis akan meningkatkan lagi hubungan dan kerjasama orang awam dengan polis kerana setiap perbualan mereka akan dirakam. 


7. Perkara ini secara tidak langsung, dapat menjaga imej anggota polis yang seringkali dikaitkan dengan rasuah di tepi jalan. 


8. Rakamannya boleh dijadikan bukti di mahkamah dan di dalam sebarang kes jenayah, termasuk kes membabitkan petugas difitnah ketika menguatkuasakan undang-undang.


9. Keputusan KDN memberikan BWC untuk digunakan oleh anggota PDRM turut disokong oleh Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW). Langkah ini dikatakan antara inisiatif pemantauan terbaik, terutama memastikan warga PDRM bertugas dengan jujur dan berintegriti.


10. Ia menjadi khabar gembira buat seluruh warga PDRM, khususnya unit-unit yang terlibat. Penggunaan kamera badan ini mampu meningkatkan integriti perkhidmatan malah menjadi sumber bukti kepada anggota polis dan petugas agensi keselamatan lain. 


11. Tekad Saifuddin Nasution memelihara imej kepolisian bakal berjaya direalisasikan. Keputusan memberikan BWC secara tidak langsung dapat memastikan kelicinan tata kelola anggota PDRM.