Akhirnya kini pasti. Keputusan pengampunan Najib di mana hukuman penjaranya dikurangkan 50% menjadi enam tahun manakala jumlah denda yang perlu dibayar juga dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.
Ini bererti benarlah laporan berita dari luar negara. Persoalannya, bagaimana berita itu boleh diketahui lebih awal oleh wartawan luar negara? Ada perisik atau ada seseorang yang gadaikan integriti dengan menjual berita ini kepada mereka?
Ia adalah satu pengkhianatan. Perkara ini wajar disiasat dan pengkhianat itu mesti dihukum.
Keputusan mengurangkan hukuman Najib bagi aku jalan tengah yang diambil oleh mantan YDP Agong. Membebaskan atau mengekalkan hukuman Najib membawa implikasi yang besar terhadap negara. Jadi kurangkan hukuman tindakan paling sesuai.
Melihat ke ruangan komen di mana berita ini disiar, aku lihat pelbagai reaksi oleh netizen. Ada yang salahkan DS Anwar kerana gadaikan prinsip. Ada yang sedih kerana keputusan ini bermakna karier politik Najib telah tamat.
Ada juga walaun yang menyamar jadi penyokong UMNO menghasut supaya UMNO tinggalkan PH kerana DS Anwar tak dapat bebaskan Najib. Walaun bukan kisahkan Najib. Cuma bercita-cita nak lihat kerajaan tumbang. Itu je.
Pertama sekali, keputusan pengampunan ini adalah prerogatif YDP Agong. DS Anwar tak punya kuasa untuk tentukan. Kalau aku jadi DS Anwar, baik Najib kekal dalam penjara sebab dulu Najib yang buatkan DS Anwar dipenjara kali kedua. Tapi YDP Agong yang tentukan apa bentuk keputusan. Bukannya DS Anwar.
Kedua, aku melihat keputusan ini tak langsung beri kesan kepada peperangan terhadap rasuah. Yang perlu dilihat di sini, keputusan Najib bersalah tak berubah. Dia masih lagi bersalah. Bezanya, hanya hukumannya telah dikurangkan.
Lainlah kalau sabitan Najib dibatalkan. Bermakna semua tuduhan sebelum ini gugur. Kalau begitu, ya memang seakan keadilan dicacatkan. Tapi Najib masih lagi dihukum atas dosanya mencuri wang negara. Jadi tak timbul soal pesalah tak dihukum atau DS Anwar gadai prinsip.
Ketiga, ada yang menyindir, orang curi gula, roti dan barang kecil dihukum. Yang curi berjuta pula dilepaskan. Jawapannya, adakah yang curi barang kecil itu ada buat rayuan?
Dalam kenyataan media ini, disebut ada lima kertas pengampunan telah dibincangkan. Lima. Bererti sesiapa saja boleh buat rayuan. Bukan cuma Najib. Dan rasanya, tentu jasa atau sumbangan seseorang itu diambil kira dalam membuat keputusan.
Memang Najib jahat curj wang negara. Akan tetapi, suka atau tidak, tetap kena akui Najib, sebagai PM serta menteri sebelum itu dan ahli parlimen Pekan, sedikit sebanyak Najib ada sumbangan terhadap negara dan rakyat.
Jadi yang curi roti, curi sardin dan sebagainya tu, bolehlah cuba mohon pengampunan. Jika mereka ada sumbangan kepada negara, tak mustahil jika mereka juga dapat pengampunan. Daun serai daun gaharu, belum try belum tahu.
Kesimpulannya, keputusan ini adalah keputusan YDP Agong. Tapi seperti yang dijangka, DS Anwar akan tetap menjadi sasaran tohmahan. Apa sekali pun, kalau nak komen jangan sampai terlihat bagai menghina YDP Agong. Nanti kalau kena penjara, sibuk nak minta pengampunan pula. Guane boh?
Raja Gelap II
.